Monday, March 21, 2022

MIRI & KUCHING - DAY 02 - PART 07 - MIRI - PANTAI TUSAN

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Sambung lagi cerita. Selepas selesai dengan lawatan Gua Niah, kami dibawa Amza (tour guide) ke Pantai Tusan pula. Perjalanan kami melalui Pekan Batu Niah.

Lokasi Pekan Batu Niah dan Taman Negara Niah

Semasa di Pekan Batu Niah Amza menunjukkan pada kami jajaran bukit batu kapur Taman Negara Gua Niah.


Kata Amza di jajaran ini ada Bukit Kasut yang mempunyai trail sendiri untuk mereka yang sukakan hiking. Menurut Amza bukit itu dinamakan demikian sebab the trail is quite challenging dan sesiapa yang panjat bukit itu akan tercabar sampai tercabut kasut 😄.


Sebelum meneruskan perjalanan ke Pantai Tusan kami dibawa makan tengahari dulu. Sebenarnya makan tengahari kami sepatutnya ada disediakan di sebuah rumah panjang semasa kami lalu di Niah Caves Trail earlier. Tetapi disebabkan Covid-19 maka program makan tengahari dibatalkan.

Our lunch di Min's Cafe, Pekan Batu Niah. Nasi goreng seafood dan mee goreng seafood + telur mata.

Mengenyangkan... Alhamdulliah. 


Lepas makan kami minta Amza stop di mana-mana masjid berdekatan untuk bersolat. 


Kami bersolat di Masjid Al-Jabbar Niah, Pekan Batu Niah.

Suasana di dalam Masjid Al-Jabbar Niah.



Selesai solat kami pun ke Pantai Tusan.

Ada dibina kedai-kedai dan foodcourt besar di sini tapi nampaknya macam baru siap dan tiada sebarang aktiviti perniagaan. Mungkin juga sebab Covid-19.



Ada dua sebab kenapa kami hendak ke Pantai Tusan ini. Pertama kami nak tengok rock formation macam bentuk kuda tengah minum seperti bentuk tugu 'Selamat Datang ke Pantai Tusan' dalam foto di bawah ini. Unfortunately, kata Amza, formasi batu tepi pantai itu sudah runtuh a couple of years back.

Suasana di Pantai Tusan.



Sebenarnya sebelum kami terbang ke Miri, kami requested dari travel agent untuk bawa kami ke Pantai Tusan ini pada waktu malam kerana ingin melihat blue tears. Teruja tengok foto-foto di internet di mana blue tear can be seen on the beach. Maklumlah kami sudah pernah tengok blue tear semasa bercuti di Kuala Selangor in 2020. Unfortunately we were informed that blue tear tu sudah lama tidak kelihatan di Pantai Tusan sejak beberapa tahun yang lalu. Anyway, dulu agaknya beginilah blue tear tu di pantai ini 😁.




Kami perhati pantai ini sempit dan dekat dengan tebing tinggi. Kata Amza hakisan air laut dan angin kuat had taken its toll on the beach surroundings. 

In fact, pelawat boleh turun ke bawah ke tepian pantai tapi we were not able to sebab tangga kayu yang dibina untuk pelawat turun ke bawah sudah runtuh dan tidak selamat digunakan. 

Jadi kami cuma lihat dan ambil gambar dari tebing tinggi ini sahajalah.









Tak lama kami di pantai ini, cuma lebih kurang 20 minit sahaja. 

Sampai ke hotel, kami rasa keletihan sungguh. Our jouney to Niah Caves was more strenuous than we expected. Berjalan atas titi kayu, mendaki dan panjat turun tangga nak ke Gua Niah sejauh 7 km pergi balik buat kaki-kaki lembik, like literally 😅. Berjalan dalam gelap di dalam Gua Niah adalah juga sangat mencabar kerana kena lalu banyak tangga kayu yang tinggi dan curam. Terus kami berikrar that that was be our first and last such activity we will ever do 😁. Silap saya juga, sebelum pergi, dah tahu aktiviti akan macam tu, saya tidak buat sebarang persediaan seperti bersenam and do long walks like I did sebelum pergi umrah dulu. Actually those exercises really did help.

Sebelum naik ke bilik, we had drinks and some pastries di cafe hotel Pullman Miri Waterfront ini.


So refreshing!

Malam tu kami dinner di Restoran Ayam Penyet Ria yang lokasinya cuma beberapa meter dari hotel penginapan kami. 

Apparently, restoran ini sangat popular sebab ramai sungguh pelanggannya. Mujur masa kami sampai ada meja kosong. 


Our drinks. Apparently di Miri ini kalau kita order juices, mereka memang tidak tambah gula, langsung, which is exactly that way I like it. 

And the food is simply delicious! Alhamdulillah.

My wife had the classic Ayam Penyet + nasi. 

I had Sup Tulang + nasi. 

Bersambung with next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. hehehheheheee..
    i am still amazed that you did the 'Berjalan atas titi kayu, mendaki dan panjat turun tangga nak ke Gua Niah sejauh 7 km pergi balik ' tu!!


    stupid people with stupid development ideas destroyed a beautiful site !!

    abis tu .. kalau tawar boleh mintak tambah gula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Honestly sebelum ke sana tu, saya tak buat proper research ttg trail tu. Baca sikit2 je. Tidak pun baca ttg pengalaman orang lain jalan di trail tu. Tu yang kejap2 risau tu.. hihi.. :).

      Kan. Tak kan la tak nampak the environmental impacts.

      Kalau tawar boleh je minta tambah gula. Saya dah biasa minuman tawar. My wife pun ok je.
      Emphasis mereka ialah on rasa asli jus buah itu. Kalau manis, macam dah tak original taste sebab sudah di enhanced with sugar.

      Delete