﷽
Ok, sambung lagi cerita lawatan kami ke Menara Alor Setar.
Dari Aras TH03, kami naik satu lagi lift ke Aras TH04 which is the Open Deck.
I was quite taken by the beautiful lighting dalam lift ni actually 😀. It felt futuristic! |
Tiba di TH04, the Star View level i.e the Open Deck at 105 meter above ground level.
SubhanAllah... cantiknya!
Yep, you guessed it... for sure I will snap, like, hundreds of photo lah 😆😄.
I mean, how could I not, right? 😊 Just look at this amazing view!!
Breathtaking!! 😲
Pemandangan Bandaraya Alor Setar, hamparan sawah padi, Gunung Keriang, jajaran pergunungan dan langit senja yang berawan. It's pretty obvious that I had described this scenery very poorly because no matter how good a job I did, it pales in comparison to the magnificence of Allah's creations. It's beyond description!
Lokasi Menara Alor Setar dan Gunung Keriang.
Gunung Keriang ini tingginya 217.92 meter dengan lokasi di tengah-tengah sawah padi. Ia merupakan bukit batu kapur purba yang berasal sejak zaman Permian (sekitar 250 juta tahun) dan Early Triassic conodonts di barat laut Semenanjung Malaysia.
Gunung Keriang merupakan pembentukan Batu Kapur Chuping yang paling ke selatan. Formasi Chuping banyak tertabur di bahagian tengah Perlis. Bukit-bukit batu kapur yang terdapat di sekitar pekan Kodiang, dan juga Gunung Keriang, Kedah juga kepunyaan Formasi Chuping. Formasi Chuping juga terdapat di Pulau Langkawi.
Adalah dipercayai bahawa air laut yang susut sehingga 2-3m melonjak pulau Keriang membentuk apa yang masa kini dikenali sebagai Gunung Keriang. Walau pun saiznya kecil penduduk tempatan tetap memanggilnya gunung.
Foto dari lawatan ke Muzium Padi. |
Keseluruhan Formasi Chuping terdiri daripada batu kapur warna cerah berlapisan tebal hingga masif.
Foto dari lawatan ke Muzium Padi. |
Dikatakan terdapat sekurang-kurangnya 10 jenis batu berlainan di Gunung Keriang. Kepelbagaian batu yang menarik ini menjadikan Gunung Keriang sebagai warisan geologi unik bagi penyelidikan dan kajian lanjut dan patut dilindungi.
Foto dari lawatan ke Muzium Padi. |
Gunung Keriang juga mempunyai kisah lagendanya sendiri. Sumber kisah mitos ini saya dapat dari sini.
Cerita mengenai Gunung Keriang bermula apabila ada makhluk aneh dan mistik bernama Sang Gedembai yang telah jatuh cinta terhadap puteri raja. Namun lamarannya untuk berkahwin dengan puteri raja tersebut telah ditolak dan hal ini menyebabkan Sang Gedembai berasa marah dan tercabar. Sang Gedembai merupakan makhluk yang mempunyai kuasa sakti dan disifatkan mempunyai tubuh badan yang tinggi dan besar. Sang Gedembai dikatakan tinggal di sebuah hutan dan berkuasa untuk menyumpah sesiapa sahaja yang dikehendakinya menjadi batu.
Kemarahan Sang Gedembai terhadap puteri raja sudah sampai ke kemuncaknya apabila dia sanggup menyumpah puteri raja menjadi batu.
Sewaktu peristiwa itu berlaku dikhabarkan sebuah kapal sedang membawa Pengantin Diraja iaitu puteri raja tersebut berlayar ke suatu tempat.
Di dalam Gunung Keriang juga terdapat sebuah gua yang dipercayai terdapat peninggalan serpihan-serpihan pinggan yang amat banyak kepunyaan tuan puteri raja. Penemuan tersebut menguatkan mitos yang diceritakan oleh orang-orang yang terdahulu.
Di gunung ini juga banyak ditemui batu-batu kristal. |
Hari semakin senja.
Keindahan matahari terbenam makin terserlah.
Kelihatan juga Bukit Tunjang (kanan).
Capturing Bandaraya Alor Setar, Sungai Kedah, sawah padi, Gunung Keriang dan sunset dalam satu framing 😀.
Bergambar kenangan.
Itu adalah Darul Aman Highway. Tak pasti apakah gunung dan bukit di hujung sana. Mungkin Bukit Malau, Bukit Wang, Bukit Perangin dan Bukit Lebai Hassan.
Stadium Darul Aman juga boleh dilihat dari Menara Alor Setar ini.
Stadium Darul Aman telah dibuka pada tahun 1962. Ia boleh menempatkan kira-kira 32,387 penonton dalam satu-satu masa. Ia juga pernah digunakan sebagai venue utama Sukan Malaysia 2006.
Kalau tak silap di pergunungan itu adalah lokasi Hutan Lipur Bukit Wang.
Dan ini pula adalah Kompleks Al Bhukary.
Di kompleks ini ada Masjid Al Bukhary, Al Bukhary International University dan Souq Al Bhukary.
Ini adalah Wat Nikrodharam Temple di Taman Tunku Habsah, Alor Setar, Kedah. It is a Thai Buddhist temple.
Terletak di antara Jalan Telok Wanjah dan Jalan Stadium, mercu tanda Alor Setar ini dibina pada tahun 1968 - menjadikan kuil gaya Siam ini sebagai salah satu kuil Buddha terbesar dan tertua di Alor Setar. Setiap tahun semasa Hari Vesak dan bulan purnama pada bulan Mei, kuil ini akan dipenuhi dengan para penyembah yang membuat doa dan permintaan mereka.
Ada 2 glass box di open deck ini. Saya tak berani. Berkeringat just thinking about it 😅.
Ambil gambar dari pintu je. Itu pun ketaq dah... 😄.
Huii.. cemas pak cik! 😅
Kami pun terus membuat satu pusingan di open deck ini. Oh ya, masa itu tak ada ramai pelawat. Just a handful of us. Which was quite nice.
Kami terus membuat pusingan di open deck ini. Next kami nampak Istana Sepachendera dan Istana Kuning.
Bangunan yang nampaknya sudah tidak terpelihara itu adalah Istana Sepachendera.
Istana Sepachendera, dikhabarkan dibina Sultan Kedah ke-25, Sultan Abdul Hamid Halim Shah, ketika era pentadbirannya pada 1882 hingga 1943.
Istana ini katanya dibina sebagai lambang kasih baginda kepada permaisurinya Che Sepachendera, sepertimana Shah Jahan membina Taj Mahal untuk isterinya Mumtaz Mahal.
Sultan Abdul Hamid dikatakan menggunakan manisan lebah dan putih telur yang dicampur bersama bancuhan simen, dipercayai untuk menguatkan lagi struktur dinding bangunan istana. Bancuhan ini dikatakan diletakkan di bahagian dinding dan bumbung. Dikatakan juga semua bahan manisan lebah dan putih telur itu diperoleh dari Siam. Che Sepachendera dikatakan berasal dari Siam.
Selepas kemangkatan Sepachendera, bangunan istana itu dijadikan sebagai Sekolah Perempuan Kampung Baru pada 1922 iaitu sekolah Inggeris perempuan pertama di Kedah.
Bangunan istana ini kemudiannya dijadikan pula Sekolah Rendah Tunku Abdul Halim dan seterusnya cawangan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
Yang ini pula adalah Istana Kuning. Ia dibina oleh Sultan Muhiyuddin Mansur Syah. Kini ia digunakan sebagai pejabat Persatuan Kerabat di Raja Kedah.
Kita pusing lagi open deck ni.
Bangunan Sultan Abdul Halim.
SJK (C) Keat Hwa.
Bangunan kuning tu ialah City Plaza, sebuah shopping mall.
Dan gunung yang magnificent ini adalah Gunung Jerai. Tak nampak jelas sebab berawan masa tu.
Gunung Jerai juga dikenali sebagai Puncak Kedah. Tingginya lebih kurang 1,207 meter. |
Gunung Jerai tidak seperti gunung-gunung lain di semenanjung, Sarawak dan Sabah yang selalunya berada di dalam banjaran, Gunung Jerai berada di pesisir pantai, terpisah daripada sistem banjaran Semenanjung Malaysia.
Ok, sekarang kita halakan pandangan ke arah Medan Bandar pula.
Below are the locations of some of Alor Setar famous landmarks: Galeri Seni Negeri Kedah, Masjid Zahir, Balai Besar, Menara Jam Besar, Balai Nobat, Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Monumen Tanjak Emas, Muzium Diraja Kedah, Rumah Api Tanjung Chali dan Sungai Kedah.
Galeri Seni Negeri Kedah, Menara Jam Besar, Balai Nobat dan Monumen Tanjak Emas.
Masjid Zahir, Menara Jam Besar dan Sungai Kedah.
Masjid Zahir.
Galeri Seni Negeri Kedah dan Monumen Tanjak Emas.
Balai Nobat.
Menara Jam Besar dan Balai Nobat.
Balai Nobat dan Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Rumah Api Tanjung Chali dan Sungai Kedah.
Rumah Api Tanjung Chali.
Tokong Hoi Chee Tzee Thai Pak Koong.
Masjid Al-Ghufran.
Dari Open Deck Menara Alor Setar ini saya terus ambil gambar. Every now and then saya akan zoom-in to see anything interesting to capture.
Then ternampak jambatan ini, salah satu dari beberapa jambatan yang menyeberangi Sungai Kedah. Tak tahu saya apa nama jambatan ini yang menjadi laluan Sultanah Bahiyah Highway. Tapi pada sebelah jambatan ini saya nampak ada binaan tiang-tiang yang bukan part of the bridge.
Curious, saya pun cari la di internet. Rupanya ia adalah Tandop Kawalan Pasang Surut Sungai Kedah, Ampang Jajar, Alor Setar. Fungsi binaan ini adalah untuk mengawal aras air Sungai Kedah. Bila berlaku air pasang, pintunya ditutup untuk elak air laut (pasang) memasuki Sungai Kedah yang boleh mengakibatkan banjir teruk.
Pengawalan air begini juga dapat memberi kesan positif seperti air sungai tidak busuk, warna air lebih jernih, bebas pencemaran sampah sarap dan indeks kualiti air bertambah baik. Ini dapat menghidupkan semula ekosistem Sungai Kedah. Fascinating!
Satu lagi glass box.
Kami bertanya pada petugas ini kalau di Alor Setar ini ada river cruise di Sungai Kedah. Specifically laluan cruise di sekitar Rumah Merdeka menghala ke jambatan yang ada Pintu Gerbang Muhibbah. Lebih kurang route itu lah. Saya macam pasti tentu ada sebab laluan itu begitu unik dan strategik kerana ia memberi peluang kepada pelancong melihat Alor Setar dari perspektif lain yang sangat menarik where major landmarks can be seen. Unfortunately dia kata tak ada official cruise. Like, seriously?! Ruginya!! Alangkah bagusnya kalau Tourism Kedah buat cruise yang macam di Melaka tu.
Note: saya dah check di internet dan ada river cruise dekat Muzium Negeri Kedah tapi laluannya bukan di bahagian bandar. Ianya lebih kepada nature cruise.
Gunung Jerai.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
cantiknya gambar yang ada gunung keriang ,sawahpadi , bandar alor staq tu...yang vertical tu
ReplyDeletegunung keriang tu nampak menarik... pergi tak ke sawah padi dekat gunung tu?
istana sepachendera tu pun nampak best kalau nak buat photoshoot
atau cari antu malam-malam :))
Kan. View dari menara ni mmg awesome sgt.
DeleteAda juga, passed by je dan ambil gambar dari dalam kereta.
istana tu nampak macam dah run down sgt. Not sure if can go inside or near it.