﷽
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Sambung lagi cerita Alor Setar Morning Walk saya dengan bahagian kedua dalam Jejak Diraja atau Royal Trail di Medan Bandar Alor Setar.
Pada masa itu galeri-galeri pameran di muzium-muzium dan balai seni Kedah sudah dibuka semula bermula 1 Julai 2020.
Pada masa itu galeri-galeri pameran di muzium-muzium dan balai seni Kedah sudah dibuka semula bermula 1 Julai 2020.
Still, the Medan Bandar Alor Setar was quite deserted. Cuma kelihatan beberapa families sedang beriadah dan a few newly wed couples doing photoshoots.
Masjid Zahir.
Monumen Tanjak Emas.
Dari Medan Bandar Alor Setar ini juga ada bangunan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) / Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK).
Di tepi dataran ini ada info board tentang Medan Bandar.
Masjid Zahir, Monumen Tanjak Emas dan Menara Alor Setar.
Ini bangunan Balai Seni Negeri Kedah. Maklumat di bawah adalah dari muziumkedah.gov.my.
Bangunan ini pada asalnya dibina khas untuk Mahkamah Besar pada tahun 1912 dan dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
Bangunan ini merupakan bangunan kerajaan moden terawal dibina di bandar Alor Setar.
Ketua pembinaannya ialah Muhammad bin Lebai Thambi, arkitek dari Jabatan Kerja Raya Negeri. Pembinaannya bermula pada 21 Januari 1893.
Sempena perayaan menyambut Perayaan Jubli Perak pemerintahan KDYMM Tunku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (1985-1983), bangunan ini dijadikan Balai Seni Negeri yang dirasmikan oleh baginda pada 25 Julai 1983 dan dibuka kepada orang ramai untuk dilawati.
Balai Seni Negeri menghimpunkan koleksi-koleksi hasil seni khasnya anak tempatan Kedah iaitu golongan pelukis veteren dan pelukis muda yang diantaranya telah berjaya mencipta nama hingga ke peringkat antarabangsa. Selain Seni Lukis, Seni Ukiran Kayu dan Seni Khat juga turut dipamerkan.
Pamphlet Balai Seni Negeri Kedah.
Jom kita masuk.
Ada pameran Seni Khat.
Juga ada Pameran Datuk Ibrahim Hussein.
Such an illustrious career and achievements.
Beberapa lagi shots Balai Seni Negeri Kedah dari luar.
Bahagian belakang Balai Seni Negeri Kedah.
Ada hiasan yang cantik pada pediment bangunan ini.
Di sini juga ada peta Alor Setar Jejak Diraja / Royal Trail.
Selain yang ada di peta ini, di jejak ini juga ada Replika Pintu Gerbang Kota Tengah dan Monumen Tanjak Emas.
Kalau mahu buat Alor Setar Heritage Trail, ini petanya.
Di seberang jalan pula ada Tugu Alor Setar. Dikatakan di sinilah bermulanya Alor Setar.
Di sini ada dua tugu/monumen berbentuk keris dan cogan agama (I think) yang merupakan Alat-alat Kebesaran Diraja Kedah.
Juga ada sebuah gerbang mungkin sebagai simbol melambangkan lokasi ini sebagai tempat permulaan Kota Alor Setar.
Ada sebuah alor atau anak sungai di belakang tugu ini.
Lokasi Tugu Alor Setar dan Sungai Kedah.
Beberapa lagi foto Masjid Zahir before continuing my Alor Setar Morning Walk.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment