Showing posts with label alor setar. Show all posts
Showing posts with label alor setar. Show all posts

Tuesday, March 4, 2025

RAMADAN SERIES 2025 - MASJID & PUSAT ISLAM - MASJID 04 - MASJID AL BUKHARY - ALOR SETAR

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Masjid seterusnya ialah Masjid ke 4 dalam Ramadan Series 2025 ini iaitu Masjid Al Bukhary di Alor Setar.


Maklumat berikut adalah dari Laman Rasmi Masjid Albukhary:
🔵Masjid Albukhary merupakan sebuah masjid yang terletak di Bandaraya Alor Setar, Kedah Darul Aman dengan jarak kira-kira 3 kilometer dari pusat bandar. 

🔵Masjid ini dibina sepenuhnya oleh Yayasan Albukhary. 
🔵Masjid ini mempunyai keluasan 4.96 ekar.

🔵Majlis pecah tanah telah dilakukan pada 15 Januari 1999 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pembinaan bermula pada Mac 2000. 

🔵Perasmian masjid ini disempunakan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada 22 November 2001 bersamaan 6 Ramadhan 1422H. 

🔵Masjid ini mempunyai 7 buah kubah termasuk kubah utama. Kubah utama terletak di tengah-tengah ruang solat utama dengan saiz 14 meter garis pusat.  

🔵Sekeliling luar kubah ini dihiasi dengan ayat suci Al Quran dari surah Al-Hadid ayat 1-8. Manakala dalamnya pula dihiasi dengan kalimah Asma ul-Husna.

🔵Masjid ini ditadbir oleh Jawatankuasa Pengurusan Masjid Albukhary seramai 13 orang yang terdiri dari gabungan tiga pihak iaitu pihak Yayasan Albukhary, Jawatankuasa Kariah Alor Malai dan Pegawai Masjid.


🔵Masjid Albukhary, atau Masjid Albukhary, adalah salah satu mercu tanda yang paling mengagumkan di Alor Setar, Kedah. Ia dibina oleh Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, seorang usahawan tempatan yang berketurunan dari Yaman.




Senibina dataran khususnya kolam dan laluan air yang berbentuk geometri adalah berdasarkan senibina yang terdapat pada Makam Imam Albukhary di Samarkhand, Uzbekistan.

🔵Masjid Albukhary adalah sebahagian dari Kompleks Albukhary, sebuah pusat Islam yang luas yang merangkumi pusat perdagangan (Souq Al-Bukhary), pusat perubatan, pusat komuniti rumah anak-anak yatim dan warga emas dan pusat pengajian tinggi (Universiti Antarabangsa Al-Bukhary). Projek ini dibangunkan oleh Yayasan Albukhary. 

🔵Rekabentuk menara masjid ini dibina berdasarkan senibina menara Masjid Nabawi di Madinah dengan ketinggian 47.92 meter dari paras tanah.


















Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

Thursday, June 9, 2022

PERLIS - DAY 01 - PART 02 - ARRIVAL

    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar pada pukul 12 tengahari.





Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar.


One thing kami noticed penumpang-penumpang sudah dibenarkan turun pesawat seperti biasa dan bukan ikut 4 rows at a time seperti semasa kami bersama Malaysia Airlines ketika turun di airports Miri dan Kuching di awal Februari 2022. Fyi, masa ini adalah Mac 2022. 

Turun tangga ikut pintu belakang pesawat. 

Sambil berjalan di atas tarmac ni, sempatlah ambil gambar kapal terbang. 

Alhamdulillah cuaca baik langit biru cantik. 


Berjalan ke bangunan airport. 

Kapal terbang dan aerobridge. Penumpang-penumpang yang duduk seats depan, disembark ikut airbridge. Kami yang duduk seats belakang pesawat turun ikut tangga belakang. Rasanya seronok lagi ikut jalan bawah ni sebab bolehlah ambil foto-foto macam ni... hihi 😄.



Dewan Ketibaan.


Lepas ambil beg-beg kami, terus cari teksi untuk ke Bandar Kangar. Tak ingat dah berapa taxi fare dari airport ini ke Kangar tapi rasanya dalam RM70.00. May be more kot.

Perjalanan sejauh 51 km ke Kangar ambil masa lebih kurang 1 jam.


Sebenarnya saya memang look forward to our journey dari Alor Setar ke Kangar kerana pemandangan-pemandangannya yang cantik seperti pemandangan Gunung Keriang ini.

Kepala Batas, Kubang Pasu.

Lebuhraya PLUS.

Pemandangan sawah padi yang luas.



Plaza Tol Jitra.


Passed by Kubang Pasu.


Cantik monumen di Bulatan Hospital Jitra ini. Di tengah bulatan ini ada dua monumen-monumen rangka berbentuk bulat bersaiz besar (one smaller than the other) dan empat lagi yang bersaiz kecil di empat penjuru bulatan, setiap satu di penjuru Utara, Selatan, Timur dan Barat bulatan. Tertera in large colorful blocks of letters 'Bandar Wawasan Perdana Jitra'.

Monumen ini merupakan sebuah Mercu tanda budaya di Jitra. Tertera juga Motto Majlis Perbandaran Kubang Pasu iaitu 'Bersih, Indah, Makmur dan Selamat'.

Di sekeliling monumen-monumen bentuk rangka bumi ini ada tertulis 21 nama-nama Mukim dalam daerah Kubang Pasu dengan petanya sekali. Yang kami nampak masa lalu di bulatan ini adalah Mukim-Mukim Binjal, Sanglang dan Sungai Laka. 

Unik sungguh nama restoran ini, Restoran Nasi Kandar Qhenyeh. Curious, saya pun carilah di internet maksud qhenyeh... rupanya 'senyum sampai ke telinga' 😁. 

Pemandu teksi kami membelok ke kanan di simpang Jalan Hospital menuju ke Kangar. 

Kami terus merakam keindahan sawah padi Kedah yang luas.


Sampai di sempadan Negeri Perlis. 

Gerbang sempadan masuk ke Negeri Perlis. Ada potret-potret Raja Perlis dan Raja Perempuan Perlis dan Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis. 

DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis dan DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.
DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Ok, since we are entering Perlis, maka saya kongsi di sini info tentang bagaimana Perlis mendapat namanya.



Meneruskan perjalanan ke Kangar.

Jabatan Penerangan Negeri Perlis.

Kerja membajak tanah sawah. 


Salah satu attractions di Perlis, Muzium Kota Kayang.

Very colorful flyover wingwall by JKR. Ada signage in block letters 'ARAU BANDAR DIRAJA' di bawah flyover ini. 

Allah Tinggikan Daulat Serta Adil, Kekal Perintah Jamalullail
DAULAT TUANKU
RAJA BERDAULAT, RAKYAT BERILMU,
NEGERI SEJAHTERA, PERLIS MAJU

Perpustakaan Pekan Arau, Perbadanan Perpustakaan Awam, Negeri Perlis.

Di persimpangan ini, di Jalan Raja, ada sebuah replika Bunga Mas bersaiz besar. Seperti yang kita tahu Bunga Mas adalah hadiah atau ufti diberi setiap 3 tahun kepada kerajaan Siam bagi memperkukuh jalinan persahabatan dan jaminan perlindungan daripada kerajaan Siam daripada ancaman-ancaman luar.

Pada abad ke-19, empat negeri di Malaysia menghadiahkan "Bunga Mas" kepada kerajaan Siam iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. 

Kadar tingkat dan ciri-ciri bunga emas yang diberi dipercayai berbeza berdasarkan keluasan dan kekayaan negeri-negeri di bawah naungan Siam itu. Bunga emas yang diberikan sebagai ufti dari Negeri Perlis mempunyai 3 tingkat manakala Kedah sebanyak 5 tingkat. 







Universiti Malaysia Perlis. 
Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan
Knowledge, Sincerity, Excellence

Bulatan Jubli Emas, Kangar. Ada monumen tanjak. 

Selamat Datang ke Kangar.


Baik, ini pula maklumat bagaimana Kangar mendapat namanya. 



Masjid Alwi. Masjid Alwi Kangar adalah salah satu daripada mercu tanda syiar Islam di Negeri Perlis. 

Alhamdulillah, kami selamat tiba ke Kangar dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah. Perjalanannya ambil masa lebih kurang sejam. 

Kami menginap di Hotel Seri Garden selama di Kangar. Book secara online. Hotelnya 2 bintang. Kalau nak banyak bintang, hotelnya jauh dari pusat bandar.  

Ok juga biliknya walaupun cuma 2 bintang. Basic amenities semua ada. Memang sempit sikit tapi cukup ada ruang untuk bersolat. 

Ini peta-peta penerbangan kami dari KLIA2 ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan perjalanan dalam teksi dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah ke Kangar, Perlis. 

Selesai check-in, solat dan rehat sekejap, kami pun keluar cari lunch.

Agak lengang juga suasana petang Sabtu di bandar Kangar around this area. 

Tak tahu mana nak pergi makan, kami pun cari je la di internet. Jumpa la Restoran US Pizza di Jalan Raja Syed Alwi. Lokasinya within walking distance from where we were at that time. 

Sambil berjalan, ambil gambar suasana di 'Chinatown' Kangar ini. 


Saya suka perhati jubin-jubin lantai original begini. It's good that the shop owner still keep and maintain it. 

Love taking photos of the rows of old shoplots buildings like these. I especially like the weathered wooden shutters and windows and the crown molding or casing of the windows. 

Aren't they just so beautiful.

A corner balcony. So quaint. 

A more modern building than the post war ones. Perhaps this one was built in the 70s or 80s.

Ternampak ada KFC di Jalan Penjara ni. Bolehlah kami dinner di situ malam nanti. 

Terus berjalan lagi di Jalan Kangar-Alor Setar. 

Most kedai tutup masa ni. Macam sunyi je except for the passing vehicles.


Turn left masuk ke Jalan Raja Syed Alwi. 


Jambatan Pusat Bandar Kangar, Jalan Raja Syed Alwi.


Sungai Perlis.

Sungai Perlis mengalir di tengah-tengah negeri Perlis. Hulu sungai ini terletak di sempadan Malaysia - Thailand dan mengalir ke Kuala Perlis. Sungai ini berperanan mengairi kawasan sawah padi.

Sampai dah ke Restoran US Pizza. Jom makan. Lapar dah. 


Our orders, pizza and spaghetti.

Suasana dalam restoran.







The menus. Macam-macam ada. Jenuh nak pilih... hihi 😄.


Our drinks, Coca Cola and Iced Lemon Tea.

Our lunch 😋.

Alhamdulillah, sedap dan mengenyangkan.

Spicy Chicken Delite Pizza.


Spaghetti Italiano. 

Sambil makan kami pun berbincang mana nak pergi jalan-jalan di Perlis ni. Maka carilah dalam internet places of interest di sini. Dan kami bercadang nak guna khidmat teksi untuk bawa kami jalan-jalan. Kami pun menghubungi Syarikat Teksi Luar Bandar Utara dan diperkenalkan dengan seorang pemandu teksi yang bernama Encik Saadon. Dia bersetuju nak membawa kami berjalan-jalan di sekitar Perlis pada petang itu dan juga sepanjang hari esok.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.