Dari Pantai Sepat kami meneruskan perjalanan ke Bandar Pekan. Tapi sebelum tu stop sekejap di Jeti Kuala Pahang.
Masa ni kami sedang lalu Kampung Kuala Penor di Jalan Tanjung Perdah.
Masa ni kami sedang lalu Kampung Kuala Penor di Jalan Tanjung Perdah.
Menyeberang Sungai Penur.
Sungai Penur.
Ada jeti kecil di sini. Tak pasti tu sungai apa. Sungai Pahang Tua agaknya.
Dah sampai ke Kuala Pahang. Ini bangunan Pusat Komuniti Desa (PKD) Kuala Pahang, Pekan.
Beca & Tandem Dataran Nelayan Kuala Pahang.
Kompleks LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia), Kuala Pahang.
Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Pahang, Pekan, Pahang.
Ada big sign 'DATARAN NELAYAN @ KP' - Dataran Nelayan Kuala Pahang.
Jom kita explore jeti nelayan Kuala Pahang ni.
Jeti Tun Teja.
Tidak seperti jeti nelayan di Tanjung Api yang saya lawat semalam, jeti di sini tidak dibuat dari kayu.
Jeti lama.
Sambil ambil gambar, saya dan En. Badrul terus bersembang. Basically sharing our life experiences.
For example, En. Badrul said throughout his life dia dah pernah hampir lemas sebanyak 3 kali! Tercengang saya dengar.
Because of that dia dah jadi fobia bila ada around water even though he can swim. So I said it is ok if he wanted to wait je di kereta tapi dia kata dia ok. Lambat laun dia kena juga overcome his phobia, he added.
Bot nelayan kelas A. A menandakan bot tu boleh melakukan penangkapan ikan dari jarak pantai hingga 5 batu nautika.
Bot nelayan dengan bubu kerisi untuk tangkap ikan kerisi.
Sebahagian jeti di sini adalah jeti kayu.
Nampaknya jeti ini adalah tempat berlabuh bot-bot nelayan kecil kelas A.
Selamat Hari Malaysia dan Hari Merdeka.
Minta En. Badrul snapkan satu.. hehe.
Seterusnya kami ke pasar jeti nelayan kecil ini.
Kali ni kami bernasib baik sebab tengah ada nelayan-nelayan sedang menjual hasil tangkapan laut mereka. Let's go see.
Seperti biasa bersama En. Badrul kami beri salam dan chat a bit dengan nelayan di situ. Dan tentunya saya minta kebenaran ambil gambar. Mereka ok je.
Pelbagai seafood segar ada di sini.
Ikan kerisi.
Udang.
Ketam..
Yang ini saya tak tahu ikan apa.. hehe.
Ini belangkas (horseshoe crab). Saya tak makan belangkas.. hehe.
Sotong.
Ikan pari. Saiznya kecil. Masa saya lunch ikan pari masak asam pedas ni di bandar Kuantan, the cut was half of this small fish, which to me was pretty big actually.
Udang lipan, I think. Rasanya saya tak pernah lagi makan udang ni.
Ada ikan, ada la meows.. hehe.
Kucing yang ni menarik perhatian saya.
Tak pernah lagi saya nampak kucing corak bulu muka hitam putih macam ni 😊.
Saya rasa kejap je habis nanti seafood ni semua. Especially yang segar-segar macam di sini. Sekali restoran-restoran datang borong, habis! Pernah saya jalan-jalan di sebuah pasar di Kota Bharu, penjual tu kata dia letak je ikan-ikan dia dalam 30 minit habis diborong oleh restoran-restoran Melayu dan Cina.
Seterusnya kami check out 'di kuala' ni. Lokasinya betul-betul di sebelah jeti tadi.
Nampaknya macam sebuah hub untuk seafood/other restaurants dan kedai-kedai barangan local. Nice buildings yang nampak new. Tempat parking pun banyak. Cumanya masa kami lalu tu macam sunyi sepi. Mungkin tempat ni happening masa waktu malam.
Restoran Kak Chik.
Restoran Nasi Arab Zam Zam Al Habshi.
Then we saw this area. Looked interesting. So we went to check it out.
Kapal apa tu?
Rupanya kapal kargo pasir.
Besar sungguh kapal tu.
Must be dalam tebing sungai tu that kapal ni can be so close.
Banyak betul jentera di sini. Ada mega projek kot.
Sorry but I find all this quite fascinating.. hehe.
Fascinating because it is not something I see everyday 😊.
Ok jom gerak. Ternampak pulak mural ni, so kena la stop.. hehe.
So beautiful.
Kampung nelayan.
Layang-layang di sawah padi.
Aquarium.
Memancing.
Monyet.
Dekat mural tadi juga ada sebuah perigi bersejarah.
Ini adalah Telaga Kuala Pahang.
Di sebelah telaga ada tangga tradisional Pahang.
Dan pada saya yang sangat penting ialah adanya maklumat seperti ini.
Info tentang Kuala Pahang.
Info tentang Telaga Kuala Pahang.
Ok, jom kita ke Bandar Pekan pula.
Bersambung..
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
beca dan tandem
ReplyDeletetandem tu apa eh?
telur belangkas sedap tau!!
jom try :)
Rasanya tandem tu basikal yg boleh dikayuh oleh 2 penunggang. Tapi ada ke tandem di sini? hehehe
DeleteErrr... hmm... errr... dimasak macam mana telur belangkas tu?