Wednesday, September 18, 2019

KUANTAN - DAY 02 - PART 04 - JETI NELAYAN TANJUNG API

Lepas singgah di Natural Batik Village (tak buka lagi), Pasar Nelayan Balok dan Pantai Gelora, En. Badrul cadang hendak bawa saya ke Tanjung Api pula. Di situ kata dia ada jeti nelayan yang besar dan ada banyak bot-bot nelayan. Pastinyalah saya bersetuju sangat.. hehe. As you can see dari peta di bawah, kami sudah pun balik semula ke kawasan bandar Kuantan. Tak jauh jeti tu, cuma 4 minit drive sahaja dari Pantai Gelora. 

Dah sampai ke jeti Tanjung Api. 

Selain ada jeti, di sini juga ada pasar dan medan selera dan restoran. 

Yang kanan tu ialah bangunan Pasar Nelayan Tanjung Api dan yang kanan ialah Medan Selera Nelayan Tanjung Api. Pasar tu sepi je sebab nelayan belum pulang ke jeti.

A fishermen shack by the jetty where they store their fishing knick knacks.

Di tebing Sungai Kuantan.

Kelihatan beberapa bot-bot nelayan yang dicat dengan warna yang ditetapkan bergantung di negeri mana bot-bot itu didaftar.

Di seberang Sungai Kuantan tu ialah kawasan Tanjung Lumpur.

Ini bot nelayan kelas C, yang boleh tangkap ikan dari 12 batu nautika hingga 30 batu nautika. Undang-undang perikanan Malaysia kata bot-bot nelayan yang besar macam kelas C ini tidak dibenarkan masuk menangkap ikan di zon-zon bot-bot nelayan yang kecil, iaitu di zon-zon A dan B. Baguslah begitu. Kalau bot-bot besar dibenarkan tangkap ikan di kawasan dekat pantai, kesian la pada nelayan bot-bot kelas A dan B yang akan terjejas pendapatan mereka. 

Ini Pengezonan Perairan Perikanan Malaysia.

Itu sebuah jambatan kecil untuk Jalan Tanjung Api yang menyeberang Sungai Galing yang mengalir bertemu dengan Sungai Kuantan. 

Kuala Sungai Galing yang bertemu dengan Sungai Kuantan.


Dari jeti nelayan Tanjung Api ini boleh nampak Menara Teruntum yang sedang dalam pembinaan. 

The contrast. Yang tradisional dan yang moden.

Seperti ketika saya ambil gambar sawah padi, berada di jeti seperti ini juga buat saya rasa tenang. 


Organized chaos. Pada saya nampak macam extremely messy tapi mereka knows exactly where everything is 😊.  


"Walaupun Malaysia telah mencapai lebihan dalam tahap sara diri bekalan ikan makanan sejak tahun 2010, namun pengguna di negara ini terus menghadapi isu kenaikan harga ikan. Ini menunjukkan cabaran yang dihadapi bukan sahaja bagi memastikan kecukupan bekalan, tetapi juga jaminan kemampuan rakyat memperolehi ikan sebagai sumber protin dalam makanan. Jaminan bekalan ikan makanan akan terus menjadi cabaran yang besar di masa depan akibat kesan daripada perubahan iklim, faktor pengeluaran yang terhad, kenaikan harga input, persaingan bahan makanan untuk pengeluaran bio-tenaga dan liberalisasi perdagangan. Permintaan ikan makanan akan terus meningkat akibat daripada pertambahan penduduk dan pendapatan serta perubahan citarasa pengguna. Kesinambungan bekalan ikan yang mencukupi bergantung kepada daya maju perusahaan ini untuk menjamin pendapatan kepada nelayan dan penternak ikan."
Sumber: www.dof.gov.my - Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia

Lepas baca info dari Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia di atas tu dapat kita rasakan kepentingan peranan nelayan di negara kita ini. 

"Memandangkan ikan merupakan sumber protein penting kepada penduduk tempatan, adalah perlu agar diurus secara mapan. Adalah penting agar peruntukan yang mencukupi dan berterusan diperlukan bagi mengurus sumber perikanan negara agar ianya kekal menyumbang pada tahap tertinggi secara mapan. Permintaan ikan negara dijangka akan semakin bertambah selari dengan pertambahan penduduk. Permintaan sepatutnya diimbangi dengan bekalan yang mencukupi."
Sumber: www.dof.gov.my - Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia

Bendera Negeri Pahang Darul Makmur.
◐ Bendera Negeri Pahang Darul Makmur mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bahagian bawah.
◑ Warna putih melambangkan kedaulatan dan pemerintahan negeri meliputi perkara-perkara berkenaan adat resam, adat istiadat, undang-undang, tatasusila dan kuasa-kuasa seorang Sultan yang memerintah negeri ini.
◐ Manakala, warna hitam adalah warna kebesaran Bendahara pada masa lampau yang pernah memerintah negeri ini.
Sumber: www.dirajapahang.my

May be those are lebihan tiang-tiang konkrit masa pembinaan jeti baru. Or perhaps untuk pembinaan fasa 2. In any case, seemed like a waste je dibiar di situ when it can benefit so many nelayan.

Nelayan yang on break dari ke laut. 

Then saya ajak En. Badrul ke bahagian sebelah sana jeti yang sama ini. Besar/panjang jeti ni sebenarnya. Di bahagian ini ada restoran Tomyam Seafood. Ada hidangan Maggi Ketam!

Oooo... Maggi Ketam! Saya memang suka! Dulu pernah makan di 'Restoran Raja Maggie Ketam dan Udang' masa saya jalan-jalan di Kota Bharu pada 2016 lalu. Bukan je ada ketam tapi ada udang juga! 😋
Di 'Restoran Raja Maggie Ketam dan Udang' itu pelanggan boleh order maggi ketam biasa atau yang special. Yang biasa ada ketam saja dan berharga RM25.00. Yang special pulak ada tambah udang dan harganya RM30.00. Saya ordered yang special... hehe. 

Opsss... sorry I digressed.. hehe. Saya sambung balik cerita.

Saya diberitahu restoran ni memang favourite ramai for seafood dishes. 

Haa... tu dah nampak bot-bot nelayan.

Di kawasan jeti ini juga ada bengkel-bengkel kecil yang digunakan untuk membuat kerja-kerja pembaikan bot-bot dan peralatan nelayan.


Juga ada sumber air kolah. Nelayan perlukan bekalan air yang banyak jika nak lama di laut untuk kegunaan harian. Kalau yang pakai pukat tunda boleh selama 2 hingga 3 minggu. 

Di tepi kolah besar juga ada tempat membasuh pakaian yang digunakan oleh nelayan-nelayan bila mereka tidak ke laut.

Jemuran pakaian.


Pemandangan yang cukup scenic.


Jeti kayu yang sudah condong, nampaknya perlu dibaiki.

Salah satu tempat nelayan-nelayan di sini berkumpul.



Atau mereka berkumpul beramai-ramai di atas bot.


PAF 4993 itu adalah Nombor Pendaftaran bot. 
Ada saya baca tentang penangkapan 14 nelayan asing dari Vietnam yang menyamar sebagai bot tempatan menggunakan Nombor Pendaftaran PAF 4*** di perairan Terengganu. Dalam penangkapan itu, hasil tangkapan ikan sebanyak dua tan dan peralatan menangkap ikan dianggarkan bernilai RM1 juta termasuk nilai bot telah dirampas.
Sumber maklumat dari: www.sinarharian.com.my


Besar sungguh longgokan jaring hijau tu.


Bot nelayan dan Menara Teruntum.





Yang hampir di Jambatan Tanjung Lumpur tu ialah sebuah bot Kuantan River Cruise. 

Dulu saya di Kuantan ni ada saya naik cruise tu. Memang best. Tapi kali ini saya tidak la ulang semula naik cruise tu sebab dulu tu saya dah cover both cruise routes; yang ke hutan bakau dan yang ke laut lepas. 
Ini peta laluan Kuantan River Cruise. The cruise bermula dari jeti Kuantan River Cruise menuju ke Taman Bakau. Then patah balik ke jeti. Itu route pertama. Cruise yang saya ambil diteruskan dengan route kedua ke arah laut lepas near Taman Gelora dan balik semula ke jeti.




Nampaknya juga ada tempat penginapan sementara bagi nelayan mungkin while waiting the right and safe time untuk ke laut. Dan mungkin juga untuk berehat/bermalam masa in between trips ke laut.

Then I saw them. Ehhh... kenapa ada kereta pulak atas bot tu?!! Bukan satu tapi ada 2 kereta. Laju je saya jalan ke sana sebab curious sangat nak tahu.. hehe. 

Upon closer inspection, ada 3 kereta! And rupanya hanya rangka kereta je. Interior semua dah tak ada. Apa mereka buat dengan rangka-rangka kereta ni?

Kebetulan ada Encik nelayan ni passed by. Dia pun curious jugak, wondering why we were there. En. Badrul pun terangkan la yang dia bawa saya jalan-jalan tengok jeti-jeti nelayan. Lepas penjelasan itu, Encik nelayan ni pun terangkan pada kami yang rangka-rangka kereta itu digunakan oleh nelayan sebagai unjam. Selain rangka kereta gelung konkrit dan rangka bot juga digunakan.

Penerangan di bawah adalah dari: www.dof.gov.my - Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia
"Unjam merupakan satu struktur buatan manusia yang berfungsi sebagai kawasan ikan dan sotong berkumpul. Unjam dibina sebagai perlindungan sementara bagi ikan-ikan dan hidupan laut bersaiz kecil. Unjam adalah kawasan yang menjadi tumpuan utama nelayan mencari rezeki kerana kawasan tapak Unjam kaya dengan plankton dan menjadi tumpuan ikan pelagik yang kecil. Ikan pelagik yang kecil ini akan menarik perhatian ikan besar seperti tenggiri untuk berada berdekatan kawasan Unjam. Setelah unjam berjaya menarik ikan-ikan kecil berlindung, maka ikan-ikan bersaiz besar akan mula berlegar di sekelilingnya. Unjam juga merupakan kawasan terbaik bagi sotong mengabang melindungi diri dari musuh-musuhnya."

Kami juga nampak rimbunan daun-daun pokok ini yang juga digunakan sebagai unjam.
"Unjam dibina menggunakan daun-daun pokok ru, daun nipah, daun buluh, daun kelapa atau jurai plastik dan batang buluh. Daun dan dahan-dahan pokok berkenaan dipotong dan diikat menggunakan tali kemudian ditenggelamkan dengan menggunakan pemberat. Pemberat unjam dibuat menggunakan guni yang diisi dengan pasir pantai atau bongkah simen dan diikat pada buluh. Ada juga unjam ditambah dengan tayar-tayar buruk dan tong-tong ikan terpakai. Pemberat adalah untuk menetapkan  kedudukan unjam itu. Antara daun pokok lain yang digunakan sebagai unjam adalah pokok teja, palma, kelapa laut (tar) dan asam jawa. Bahagian atas unjam diikat menggunakan pelampung-pelampung polisterin atau tong-tong air terpakai."
"Daun pokok ini dapat menarik kehadiran pelbagai spesies ikan bermain di unjam itu seperti ikan kerisi, selar, merah dan kerapu selain mampu bertahan selama enam bulan di dalam air laut tanpa mengalami pengeringan. Unjam adalah kaedah tradisional yang berfungsi menarik kehadiran banyak ikan dalam tempoh dua hari sahaja untuk berkumpul di  situ."

"Unjam yang dibina oleh nelayan pantai/tradisi biasanya berada berhampiran iaitu dalam lingkungan 2 batu hingga 5 batu disekelling tukun tiruan yang dilabuh. Kaedah ini sesuai dengan fungsi dan matlamat di mana Tukun Tiruan sebagai tempat pemuliharaan, pembiakan dan perlindungan sumber perikanan manakala Unjam sebagai tempat pengumpulan dan penangkapannya." 

"Kos permulaan untuk membina tapak unjam agak tinggi iaitu antara RM 15,000 hingga RM 20,000 manakala kos menambah atau membesarkan unjam ialah RM5,000 hingga RM10,000 membabitkan pembelian peralatan dan bahan seperti buluh, tali, pemberat dan daun atau jurai plastik. Mengikut pengalaman nelayan, jika unjam ini telah di labuhkan maka dalam tempoh seminggu sahaja sudah boleh menuai pelbagai spesies ikannya." 
"Pembinaan unjam berskala besar dapat menambah pendapatan nelayan tradisi kepada RM 1,000.00 sebulan selepas 3 bulan unjam dilabuhkan di dasar laut. Selain itu, penyewaan bot untuk pemancing rekreasi dari dalam dan luar negara juga akan meningkatkan pendapatan sampingan nelayan di antara RM300 ke RM 450 sehari atau mengikut bilangan jam iaitu RM 50/jam."

Jadi bagaimana nelayan tahu di mana unjam diletakkan? Dengan meletakkan penanda seperti ini menggunakan buluh duri.


Just look at the crane equipment. Maklum la, hasil tangkapan kan boleh sampai mencecah beribu kg.

Mungkin kedua-dua nelayan ini sedang membuat persediaan untuk next trip ke laut.


Daun-daun pokok beranting juga digunakan sebagai unjam.

Saya memang suka ambil gambar suasana tempat yang saya lawat. 




Terdapat juga beberapa rangka bot-bot nelayan yang tersadai di persisiran sungai.

Ini sebuah bot nelayan yang sudah habis tempoh hayatnya. Fyi, sebuah vessel (bot nelayan) seperti sebuah pukat jerut (Zon C2) seperti bot di bawah sekarang berharga lebih kurang RM1.2 juta. Manakala sebuah pukat tunda (Zon B) berharga antara RM500,000 dan RM700,000. Sebuah bot bubu pula berharga RM300,000.


Inilah adalah beberapa contoh bot-bot nelayan kelas C2.






Pada masa nelayan tidak dapat turun ke laut, mereka akan menggunakan masa itu membaiki pukat yang koyak dan membaiki atau membuat bubu tambahan. Sebahagian dari mereka juga akan mencari pekerjaan lain untuk menyara hidup. 

Tapi ada juga nelayan yang menggunakan bot-bot nelayan besar berani meredah gelombang untuk menangkap ikan. Tetapi tidak nelayan yang mempunyai bot fiber kerana adalah sangat merbahaya jika mereka ke laut ketika laut bergelora.


Kebiasaannya adalah bahaya untuk pergi menangkap ikan pada musim tengkujuh hingga ke bulan Mac atau hingga lepas Chinese New Year. Ada juga pernah sampai ke bulan April.



Bot-bot nelayan besar yang beratnya 35 tan boleh membuat tangkapan yang banyak. Bila berat begitu dikatakan kurang risiko kalau ke laut masa cuaca tidak baik tapi jika berlaku gelombang besar ia tetap merbahaya. 

Tiada hasil tangkapan pastinya menjejaskan pendapatan nelayan, nelayan terpaksa reda dan terima keadaan ini. Pada masa ini kerja-kerja lain dibuat sementara menunggu keadaan cuaca kembali baik. Kalau mereka tiada kemahiran lain maka mereka hanya akan menunggu sahaja.


Kebiasaannya nelayan akan berada di laut selama 3 atau 4 hari sebelum pulang ke jeti. Crew adalah antara 7 ke 8 orang. Hasil tangkapannya lebih kurang 1,800 kg ikan.


Adakalanya masa hendak turun ke laut, keadaan cuaca adalah baik. Tapi bila di tengah laut tiba-tiba angin kuat maka nelayan terpaksalah mengharung gelombang besar. Maka checking laporan cuaca adalah penting.






Dari Jeti Nelayan Tanjung Api ini boleh nampak jelas Menara Teruntum, Jambatan Tanjung Lumpur dan bangunan Mega View Hotel, hotel penginapan kami selama di Kuantan. 

Lokasi Menara Teruntum, Jambatan Tanjung Lumpur dan Mega View Hotel.


Sedang makan.  

Nelayan ni nampak saya ambil gambar dia. Dia senyum dan lambai. Saya pun of course lambai balik.. hehe.



Puas ambil gambar saya dan En. Badrul berjalan semula ke kereta.

Masa tengah jalan tu kami bertembung dengan Encik nelayan ni. Kami pun berbual. 

Antara lain pak cik ni bercerita pada kami tentang masalah yang dihadapi oleh para nelayan di sini. Antaranya adalah:
🌓 Nelayan asing yang menceroboh laut Malaysia menangkap ikan secara haram. Ini bukan saja jejas pendapatan nelayan di sini tapi mereka juga turut diancam. 
🌗 Kekurangan pekerja terutama pekerja muda.
🌓 Kurangnya ikan di kawasan penangkapan ikan mereka kerana cara menangkap ikan yang rakus oleh nelayan asing. Bukan saja ikan kurang, karang laut juga habis musnah dan rosak.
🌗 Ikan juga berkurangan kerana ada nelayan yang menggunakan pukat mata halus yang menyebabkan terhapus anak-anak ikan. 
🌓 Modal juga adalah isu besar. Macam yang saya catat di atas harga sebuah bot boleh cecah ratusan ribu and even lebih sejuta ringgit. Nak buat pinjaman pun susah kerana kerja nelayan dianggap berisiko tinggi.
🌗 Dan juga masalah cuaca buruk. 

Of course before leaving kami berterima kasih pada pak cik ini kerana sudi bersembang dengan kami dan berkongsi tentang kehidupan seorang nelayan dan masalah yang para nelayan di sini hadapi. Saya doakan semoga dia dan semua nelayan-nelayan di Malaysia dimurahkan rezeki, selamat pergi balik dan semasa di tengah laut dan bertabah selalu dalam menghadapi semua cabaran. 

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. oh.. baru tahu betapa mahalnmya satu bot nelayan!!!
    makan ratus ribu !!!

    unjam tu sama tak dengan tukun tiruan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Ada yg lagi mahal. For example, bot kayu yg dibuat oleh seorang pembuat bot di Kuala Terengganu yg clients dari eropah, harganya lebih sejuta. Tu sebab bot-bot tu dalam kategori 'luxury boats' bukan saiz bot nelayan.

      Beza cuma bahan yg digunakan. Natural vs man made.

      Delete