Friday, April 24, 2015

SANDAKAN - PANTAI DANDULIT

SANDAKAN - DAY 01 - PART 03 - PANTAI DANDULIT

Selepas di Kampung Kuala Gum Gum kami bergerak pula ke pantai kerana saya ada buat permintaan pada En.Aziz nak tengok pantai, kalau ada yang sesuai untuk dilawati. Lalu En.Aziz membawa kami ke Pantai Dandulit. Terus terang saya katakan saya tidak pernah dengar nama pantai itu. 

Suasana perjalanan ke Pantai Dandulit. Jalannya ada bahagian2 yang tar dan ada yang tanah berbatu seperti dalam foto-foto ini. Jadi tidak boleh laju bawak kereta. 

Walau pun kiri kanan adalah ladang kelapa sawit, ada juga kawasan perumahan dan kampung yang kami lalui. 

Berikut adalah peta perjalanan kami dari Kampung Kuala Gum Gum ke Pantai Dandulit.

Actually saya pefer version Google Earth ni. Saya jumpa lokasi SK Gum Gum Kecil dan Kampung Kuala Gum Gum pun memang pakai Google Earth cause if type in the search box using the names of the 2 places memang tak keluar result atau keluar result point lokasi lain. Contohnya masa nak cari lokasi SK Gum Gum Kecil saya zoom in maximum dan cari bumbung sekolah tu. Since saya dah ke sekolah tu, tahulah saya macam mana rupa bumbungnya dari atas. Same way was applied when I was looking for the exact location of Kampung Kuala Gum Gum. 

Lokasi Pantai Dandulit dari bandar Sandakan.

Lokasi Pantai Dandulit. 


Dan kami pun sampai ke Pantai Dandulit. Saya tidak terus ke pantai tapi berdiri dulu di tepi tempat park kereta. Just soaking in the view and took a deep breath. 

SubhanAllah, sangat cantik dan unik pantai ini. 

Pantainya berpasir hitam dan berbatu-batu dengan pokok-pokok kelapa dan kelapa sawit. Dan langitnya sangat biru. Sangat! :)

Terdapat juga sampan-sampan nelayan which was really nice lah, photographically :).

Kami tidak punya masa lama untuk berada di pantai ini kerana ada beberapa tempat lagi yang hendak dilawati. So saya pun did my best to capture this magnificient black sand beach. 

Actually for this shot je saya took about 10 shots! Gelojoh kan. Last2 pakai 1 je letak sini.. hehehe... 

Haaaa... ni pandangan dekat pantai berbatu Pantai Dandulit ini. Amazing!

Pemandangan yang sangat cantik! Masa foto ini diambil lebih kurang pukul 4:40 petang. Kalau lah kami dapat lama di sini tentu dapat tengok sunset yang awesome. 

Hitam pasirnya. Tiada ombak kuat kerana kelihatan landai pantai ni.

Kata En.Aziz, waktu petang dan hujung minggu memang ramai juga penduduk tempatan datang beriadah di pantai ini.

Tiada banyak maklumat yang dapat saya cari tentang pantai ini. I wished I could have found more tapi jenuh dah mencarinya tapi tak berhasil. 
Jadi jom kita nikmati keindahan ciptaanNya. 



















Salah satu pemandangan yang saya sangat suka! :)

Yang ni juga favourite :)



Habis berjalan-jalan di pantai sambil mengambil gambar, saya join my family duduk di tepi pantai buat seketika menikmati keindahan alam pantai Dandulit yang cantik dan unik ini. Rasa bersyukur sungguh saya dapat ke pantai ini. 

Then it was time to move to the next destination....

Bersambung........

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

16 comments:

  1. cantiknyyyyyyyyyyyyyyyyyyaaaaaaaaaa
    nampak pantai tu betul2 landai
    tentu seronok kalau dpt tunggu sunset kan
    mesti lagi cantik gambarnya

    tgh blur nape en syed ke sini
    nanti scroll previous entry
    hehehehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaaannnn :)
      Yep, lantai. Katanya about 300 meters landainya. Entahlah saya tak dpt verify fakta ni cause there's nearly nothing can be found in the net about pantai Dandulit ni.
      Ada saya jumpa masa browsing satu foto sunset di pantai ni.. sgtlah gorgeous!

      Delete
  2. uniknya rupa pasir pasir hitam kat pantai tu!! tapi en syed ada try pijak pijak tak? - itu pasir atau selut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang unik. Saya frust cause tak jumpa langsung apa2 info pasal pantai ni, pasal muka buminya, kenapa pasir tu hitam etc etc :(.
      Yes, saya pijak2 atas pasir hitam, atas batu2 tu. Ada juga batu yag berlumut, tu kena hati2 pijak cause takut licin.
      Semua pasir GB, bukan selut atah tanah lembik. Very clean berpasir hitam campur batu2. I tau kenapa GB kata selut sebab masa saya mula2 sampai pun saya ingat selut. Tgk dekat2 rupanya pasir hitam!

      Delete
  3. Malu pada en.syed...saya yang orang sana pun tak sampai lagi ke dandulit ini...iyelah dulu jalan sangat teruk nak sampai ke sini, lagi satu sebab keadaan pantai yang berbatu dan tajam dengan cenkerang siput, tak ramai yang menjadikan tempat ini untuk berekreasi, klau nak piknik tepi pantai, ramai yang lebih suka ke pantai pasir putih, pulau berhala atau pulua-pulau berdekatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah pergi ke pantai2 yg NM katakan tu. Kami cuma sempat ke Pantai Dandulit sahaja.
      Hmm... saya faham kenapa pantai pasir putih jadi pilihan. And I am sure pantai2 yg NM katakan tu tentunya indah.
      Tapi pada saya pantai pasir hitam berbatu2 macam ni punya keistimewaannya yang tersendiri.
      Lagi pun saya tak pernah lagi dapat ke pantai macam Pantai Dandulit. Tu yang teruja sangat tu... hehehe...

      Delete
  4. saya boleh nengok gambar sahaja
    tak boleh baca apa apa

    adehh ... internet macam siput tua!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. No worries doc. Try next time if got the time :).

      Delete
  5. dah boleh baca dah hari ni!!
    sunset mesti gojes kan kat sini!!
    matahari turun sebelah pokok kelapa tu!!

    pantai nampak kotor, macam selut
    rupa-rupanya sebab pasir hitam..
    mesti panas sangat masa ni kan..?
    sebab langit biru.. awan tak ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada saya google nak tgk foto sunset di pantai ni. Jumpa satu, memang cantik!

      Makin lama saya di pantai tu, saya makin suka. Mula2 macam kotor, pas tu heran when tau tu pasir hitam, terus jadi fascinated dan akhirnya 'jatuh cinta' dengan pantai ni. I suppose it was unique, for me, cause first time berada di pantai pasir hitam berbatu-batu like this one :).

      Fortunately, masa tu tak berapa panas doc. Angin agak kuat so it was quite nice and cool :).

      Delete
  6. nk tanya sikit ..kat sana hari tu ada nampak seaweed xk ,no i mean natural life seaweed yg growth kat sna ... bcoz i have no information about this beach ... and mw buat research bout seaweed tu nk tnya nii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm.. saya tak pulak nampak sebarang rumpai laut....

      Delete
  7. nk tanya sikit ..kat sana hari tu ada nampak seaweed xk ,no i mean natural life seaweed yg growth kat sna ... bcoz i have no information about this beach ... and mw buat research bout seaweed tu nk tnya nii

    ReplyDelete
  8. Saya dan isteri nsk jalan jalan kat pantai dandulit..tak pernah pergi..saja nak tengok2 petang nanti dari tmn permata batu 8 sandakan

    ReplyDelete
  9. Salam...nak tanya..kat sana ada kepah/lokan/kerang laut tak?...atau...ada tk org mncari d
    kepah/lokan/kerang laut kat sna?

    ReplyDelete