Wednesday, September 4, 2019

CEBU, PHILIPPINES - DAY 04 - PART 05 - LOBOC RIVER CRUISE

Jom lunch. Lapar dah ni! 😄

Setakat ini dalam program 'Bohol Day Tour' ini kami sudah ke Xzootic Animal Park, Chocolate Hills dan Bohol Tarsier Conservation Area. Next kami akan Sungai Loboc pula for river cruise and lunch.  

Tiba di Loboc Tourism Complex.

Ada facilities seperti yang ada di mana-mana tourism complex seperti ruang menunggu, ticket counters, toilets, cafes and souvenir shops. 

Poster Loboc River Cruise. 

Sungai Loboc ni mengalir dari Carmen hingga ke Bohol Sea. Dari Loboc Tourism Complex, the cruise will be going upstream. 

Kehadiran pelancong disambut oleh pemuzik-pemuzik veteran ini yang menamakan group mereka 'Loboc Ambassador Rondalla'. Sebelum pelawat naik bot for the river cruise, tourists dihiburkan dahulu oleh Loboc Ambassador Rondalla ini, yang mempersembahkan native and modern music menggunakan hanya string instruments seperti gitar, bass, dan bandoria. Digalakkan pelawat memberi sumbangan kepada mereka as 'Love Gift'. 

Sebelum kumpulan itu ditubuhkan, hanya beberapa orang sahaja yang bernyanyi untuk sambut para pelancong sehingga kerajaan memutuskan untuk memberikan kumpulan ini, gabungan orang biasa dan buta, peluang untuk menghibur pengunjung. Bagus la begitu. Dapatlah juga sumbangan yang diterima diguna untuk membantu menyara hidup mereka. Earlier, masa kami di Tagbilaran City Tourist Port pun ada juga kumpulan musicians.
Loboc Ambassador Rondalla sebenarnya sudah bertahun-tahun bermain musik di sini. Tujuan utamanya adalah untuk memainkan instrumen ini supaya pengunjung dapat mendengar lagu-lagu muzik Boholano yang asli. Kadang-kadang, mereka memainkan muzik moden untuk sentuhan yang lebih menarik dan selalunya pelawat akan dihibur juga dengan muzik dari tahun 80-an atau 90-an.

Dan mereka ni semua bukan pemuzik. Jauh sekali.. hehe. Kami dok berlonggok di sini sebab Mr. Padre, our tour guide, kata elok kami menumpang duduk menunggu di sini daripada beratur lama nak naik bot. Masa tu ada group besar dari China and Mr. Padre said better to let them go first. We totally agreed. 

Ini tiket 'Loboc River Floating Resto' kami. Kira bot yang kami nak naik tu ialah sebuah restoran terapung. Dan bukan terapung di tepi sungai sahaja tapi akan berlayar, cruising the Loboc River.

Foto kiri: Nampak tu panjang betul queue. Dan bising sungguh mereka tu! Hingar bingar.
Foto kanan: Aaa... dah lega dah. Tak de barisan panjang.

Tu dah nampak dah bot-bot/floating restaurants. 

Sungai Loboc ni nampak hijau dan bersih. 

Turun tangga di jeti board the floating restaurant.

Nampak luas dan selesa. Open concept yang membenarkan pengunjung menikmati the beautiful views and the cool river breeze dan yang paling penting pada kami ialah senang nak ambil gambar.. hehe. 

Tapi yang ini bukan restoran terapung kami. We were just passing through this one to go to our boat.


2 floating restaurants parked side by side at the jetty.

Apa-apa pun kita makan dulu. Makan tengahari dihidang secara bufet. 

Mr. Padre siap bantu beritahu kami dishes mana yang vegetarian dan seafood. Dia pun cepat-cepat book satu meja untuk 4 orang untuk kami. Masa kami ambil makanan dia tolong jagakan meja kami. Tengah dia jaga tu tetiba ada 2 perempuan dari Tanah Besar China dengan selamba nak ambil meja kami. Terus kena halau oleh Mr. Padre.  

Group foto dulu sebelum makan... hehe.

Sambil makan bot pun berlayar.

Itu laluan ke jeti yang kami turun tadi untuk naik bot. 

As expected, 'hingar bingar' di tempat beratur tadi bersambung di atas bot ini juga. Kenapa mereka perlu terjerit-jerit is beyond my comprehension since they were sitting right next to each other or just across the small table. Senyap cuma bila mulut mereka penuh padat dengan makanan.  

And I also noticed mereka kalau ambil makanan bertimbun satu pinggan besar. Tu baru pinggan di satu tangan. Another plate heaping with food on the other hand. Dah tu bukannya ambil untuk his or her table, tapi both plates untuk dia seorang melantak. 

Kalau nak cruise Sungai Loboc guna sampan macam ni pun boleh juga. 


Ini peta Loboc River Cruise kami ini yang bermula dari Loboc Tourism Complex hingga ke Busay Falls. Kalau memandu dari Loboc Tourism Complex ke Busay Falls jauhnya adalah lebih kurang 4 km. Jadi jarak 2 points ini kalau by river may be lebih kurang 3 km.


Sambil makan dan berlayar tu ada musician dan penyanyi yang menghibur the guests. 

Sedap dan power suara wanita ini. Macam kita tahu orang Filipina memang pandai bernyanyi. Repertoire singer ini juga impressive. Dia boleh nyanyi dengan baik lagu-lagu zaman Motown hingga latest hits.

Loboc River juga dikenali sebagai Loay River.

Sepanjang cruise ini guests boleh menikmati pemandangan beautiful lush green, rumah-rumah tepi sungai, orang kampung, other boats passing by dan persembahan kebudayaan. 

Cantik hijau dan airnya bersih. 

Berselisih dengan floating restaurant lain.

Ehh... ada budak-budak sedang bergayut!

Tapi tak sempat pulak ambil gambar mereka swinging dan terjun dalam sungai.. hehehe.

Then dari jauh nampak another boat stopped by a riverside station sedang tengok performance. Bot kami juga akan ke sana. 


Meanwhile, lets enjoy the beautiful scenery.

Kedua-dua belah tebing sungai ini penuh padat dengan pokok-pokok.

So serene. So calming.

Nampak tu, sebenarnya floating restaurant ini diapung di kiri dan kanannya oleh 2 buah bot. Yang ditengah tu ialah sebuah lagi bot berinjin yang peranannya ialah untuk menggerakkan restoran terapung itu dari belakang.  

Ini dia sebuah bot berinjin menolak restoran terapung dari belakang.

Next, giliran bot kami pula berhenti di stesen ini untuk menyaksikan persembahan tradisional orang Filipina. 

Menghampiri pontoon / pentas terapung. 

Ada bantuan diberikan kepada pilot bot kami untuk berlabuh di pontoon ini.

Di pontoon ini ada sekumpulan performers yang berpakaian tradisi Filipina berwarna jingga dan putih yang terdiri dari kanak-kanak dan orang dewasa mempersembahkan lagu dan tarian Filipina tradisional. Ini antara bukti bagaimana masyarakat tempatan mendapat manfaat daripada tourism yang berkembang pesat di kawasan ini.

Persembahan di tebing sungai semasa boat cruise ini mengingatkan saya pada trip kami ke Shangri-la Themed Park, Yangshuo County, Guilin City, China. Masa cruise tasik di situ di tebing tasik juga ada persembahan kebudayaan. Ini fotonya.

Dan all guests di bot kami pada hari itu dihiburkan oleh Gotozon-Balsa Performer's Association. 

Performers singing beautiful traditional Philippines folk songs and dancing.



Sebenarnya di sepanjang sungai ini, ada beberapa lagi pontoon terapung begini yang penghiburnya terdiri dari beberapa buah persatuan kebudayaan yang serupa. Jadi each floating restaurants akan ditetapkan pontoon mana yang ia akan pergi supaya dapat sama rata membantu semua performers / penduduk kampung menambahkan pendapatan.


Memang enjoy menonton persembahan mereka. Tariannya energetic dan penuh semangat. 


Dan kalau ke Filipina tengok persembahan kebudayaan, pastinya ada tarian hentak-hentak 2 buluh ke lantai dan dilaga-lagakan dengan penari menari-nari dan melompat antara buluh-buluh tu. Nama tarian tradisional ini ialah Tinikling. 


Walau pun kami sudah beberapa kali menonton persembahan tarian ini, kami tetap juga cemas.. hehehehe.

Musik live nya juga ceria dan melodious. Persembahan ini adalah percuma tapi guests boleh memberi sumbangan dengan memasukkan duit ke dalam Donation Box. 





Sambil cruise makan dessert. 

Meneruskan pelayaran. Suasana cukup nyaman sekali. Nampak tak resort di atas sebelah kanan tu?

Itulah Loboc Ecotourism Adventure Park, Loboc, Bohol, Philippines. 

Eh.. ada cable car. 


Zoom-in lagi dekat. Oo.. gini rupanya. Cable car ini juga dipanggil 'flying bench'. 

Masa tengah ambil gambar cable car tu, tetiba ternampak 2 dots tu. Ehh... orang sedang meluncur!

Meluncur dengan Zipline! Wow... 

Would I? Yeah, right! Hahahaha... 

Jarak meluncur adalah sejauh 520 meter dan ambil masa 1 minit. Ketinggian pula adalah 100 hingga 120 meter dari permukaan sungai.

Terbang macam Superman dengan selfie stick.. hehe.

Sambung lagi pelayaran.


Yang orang putih memang suka la gaya cruise macam ni. Sambil cruise boleh terjun mandi sungai. 

Kami tak nak sebab tak de lunch.. hehehehe..



Ada air terjun kecil di hujung sana tu.

Tak tahu apa orang tu buat.



Selain floating restaurants dan sampan tadi, boleh juga cruise dengan bot begini. 

Ini waterfall kecil yang kami nampak tadi. Namanya Busay Falls. Tak besar, cuma 12 meter lebarnya dan 4 meter dalamnya. Dan cruise ini berakhir di sini dan bot akan buat U-turn patah balik ke jeti di Loboc Tourism Complex. 

Unfortunately, bot kami ini tak pergi dekat ke air terjun tu. So tak ada la foto air terjun ini dari depan.

Camping agaknya mereka ni.


Setakat ini sahaja yang dapat dirakam.


Suasana di atas 'Floating Resto'.

And of course la we did what tourists typically do... hehehe. 

Breathtaking view!



Selit satu group photo lah 😊.


Hah! Tadi tak sempat ambil gambar mereka kan. Now got la a few 😊.

Macam acrobatics pulak 😊.

Yang ini macam tarzan 😊.




Tiba-tiba hujan turun. Menjadikan suasana tambah segar dan nyaman. 


Persembahan di pontoon.



Kami ke Cebu in July which is actually bulan hujan di Cebu. Lebih tepat lagi dari Julai sampailah ke November. Since kami ke Cebu ni di awal Julai, jadi kira masih ok lagi la. So kalau nak ke Cebu, elak la July-November ya, especially August-November sebab itu musim taufan. 


Lagi budak-budak bergayut.






Ini gereja San Pedro, adalah salah sebuah gereja yang tertua di Filipina. Sedang dibaikpulih selepas gempa bumi.

Dan kami pun sampai semula ke jeti. Hujan masih lebat.

Kami relax dulu. Bagi geng 'hiruk pikuk' get off the boat first.



View dari jeti. 


Dari jeti sebelah sini sungai boleh nampak on the other side of the river, the San Pedro Apostol Parish Church, also known as Loboc Church. Gereja ini rosak teruk dalam kejadian gempa bumi yang melanda Pulau Bohol pada tahun 2013 dulu. Usaha-usaha pembaikan masih dilaksanakan pada bangunan gereja sehingga sekarang.

Payung besar macam payung khemah disediakan oleh petugas di kompleks ini. Begitu jaga pelancong dan attentive. Juga ada petugas yang mengawal trafik yang sesak sebab hujan lebat. Bagus la mereka ni.  

Dari Loboc Tourism Complex, kami naik van terus menuju ke Tagbilaran City Tourist Port untuk naik feri balik ke Cebu City. 

Feri yang kami nak naik balik ke Cebu ialah feri yang terakhir, pukul 4:20 petang. So kami tak boleh lambat. Kalau terlepas feri tu, kena pulak bermalam di Bohol. Esok dah nak balik, nanti terlepas pula flight. 


Sampai ke ferry terminal.

Mr. Padre beli tiket (already booked), saya pergi bayar terminal fees Php20. Pagi tadi di Cebu terminal, the fee is Php25. 

Lepas thank dan babai Mr. Padre dan Mr. Joey, kami pun masuk ke ruang menunggu. Ramai penumpang sebab ada 2 departures dalam jarak masa dekat; pukul 4:00 pm dan 4:20 pm.

Seperti di terminal Cebu dan di Loboc Tourism Complex, di sini juga ada persembahan dari kumpulan pemuzik samada cacat anggota atau buta. 

Persembahan mereka memang cukup hebat. Suara main vocalist (yang duduk baju biru) sangat power dan sedap didengar. 

Jelas kelihatan mereka semua dalam pemuzik yang sangat berpengalaman. Ramai juga yang memberi donation kepada mereka.

Ok, moh kita naik feri.


Boarding.

Suasana dalam ferry.

Ada dijual snacks and drinks.

Suasana kelam hari mendung.

Sempat merakam beautiful sunset dari dalam feri.

Dan kami sekali lagi terpaksa put up dengan mereka ni. 😒😧😦. Dia punya huru hara... urghh... Bak kata Kanaesh, selepas hujan lebat berhenti di Bohol, "hujan lebat" pulak turun dalam feri! Hahahaha... 😃


Bila dah sampai, macam di bot river cruise tadi, kami relax bagi mereka disembark dulu. 


Masa nak turun feri kami nampak ada ramai wanita bertudung. Kata Mr. Padre di Pulau Bohol memang ada ramai orang Islam. Dan syukur Alhamdulillah, kami selamat sampai di Port of Cebu pada pukul 6.30 petang.

Our driver sudah sedia menunggu. Kami terus dibawa untuk makan malam di Shawarma Gourmet, same place as last night.



Alhamdulillah, kenyang. Maunya tak kenyang, tengok la portionnya!

Saya juga beli 2 botol garlic sauce ni di restoran ini. Sedap sungguh kalau makan begitu saja pun. Sesuai sangat makan dengan naan, capati atau regular bread. Or as salad dressing. 

Selesai dinner, kami balik ke hotel naik Grab. Nama driver ni...

Kami juga terima messages dari our local travel agent. 

Good night Cebu City.


Bersambung..

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. OMG !!
    Cina Bukit PRC !!!
    cakap macam nak bergaduh .. potong Q .. buang sampah campak je sini sana .. ludah , berkahak dalam tong sampah ...
    tamak.. ambik makanan menggunung lepas tu tak habis .. tolak-tolak orang sebab nak ke depan
    annoying gila!!

    kalau ambik tour/ pakej mungkin dah ada allocated so and so Peso kot bagi terus ke penari-penari tu ..

    flying bench saya tak rasa saya berani
    zip line mungkin :)
    hahhaha .. ,[yeah right jugak ...] hahhaha

    cantyik aa gambar sungai tu.. just look at the greeneries .. and the green water

    bersihnya sungai tu kan!!??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak cerita pasal mereka mmg dah boleh buat satu blog entry doc.. hehe.
      I was told some of them dari kawasan kampung dan itulah may be kali pertama mereka bercuti abroad so tak tahu peradapan orang di negara yg mereka lawat. Kalau mereka tahu pun, ada yg buat don't care je. So depa buat perangai mereka je la.

      I usually ignore je lah sebab tak nak keruhkan pengalaman percutian saya.. hehe.

      I think so. Apart from the donations from the tourists, perhaps mereka ada dpt bayaran for being there to perform. It is after all a large group, persatuan penari locals.

      Uwah.. seriously! Saya tak berani la. Flying bench tu mcm sangkar je.
      Tapi dulu pernah flying fox, syok sgt pulak.. hehehe.

      Yes, mmg cantik doc. Nampak macam terpelihara. Nampak natural. Ada kawasan perkampungan nearby tapi tak nampak sebarang sampah sarap dibuang merata sungai. Dan yg important pada saya tak ada bau-bau busuk. Nyaman dan bersih. Bukan at certain places je doc tapi di sepanjang cruise tu.

      Delete
  2. I love seeing your huge pictures in your blog. I do hope you write it in English cause there's nothing i can do for now but to browse to it :) love all your pictures very informative :) keep it coming!!!

    https://istar-tariray.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for the comments. I appreciate it.
      I did start my writing in English years ago but then decided to switch to mostly in Malay since I only have a very small total readers and they are mostly from Malaysia. Also because my English is not so good.
      Perhaps you could Google translate my blog into English. I did that but the translation wasn't as accurate though but quite sufficient.

      Delete