Monday, May 28, 2018

IPOH - DAY 02 - PART 06 - MINIATURE WONDERS ART GALLERY - ALONG THE RIVER DURING THE QINGMING FESTIVAL

Next, adalah pameran yang paling grand di galeri ini iaitu pameran 'Along the River During the Qingming Festival'.

Ini adalah lukisan “Along the River During the Qingming Festival,” oleh Zhang Zeduan (1085–1145). It is one of the ten major China paintings. Scroll ini tingginya 25.5 cm (10 inci) dan 5.25 m panjang (5.74 ela). Ia memaparkan kehidupan seharian di ibu kota Bianjing ketika zaman Dinasti Song (tahun 960 hingga 1279). Dalam lukisan ini terdapat 814 individu, 83 lembu, 29 bot, lebih daripada 30 bangunan, 17 jambatan, 170 pokok dan lain-lain details. Ia dilukis secara scatter perspective mapping forming a drama with flowing rich rhythm.





Ini Zhang Zeduan (1085–1145), seorang pelukis Cina Dinasti Song. Beliau hidup dalam tempoh peralihan dari Northern Song ke Southern Song, dan memainkan peranan penting dalam sejarah awal gaya seni lanskap Cina yang dikenali sebagai shan shui.

Miniatures Mr. Xu dan Mr. Phoon ini pula terdiri dari 547 figurines, 64 rumah, 82 pokok, 23 bot, 18 kereta sorong, 57 haiwan kecil dan lebih daripada 3,000 small props.  Panjangnya pula ialah 56 kaki. Mungkin inilah salah satu miniatures set yang dibuat selama lebih 6 bulan seperti yang diberitahu oleh Mr. Phoon.

Dalam lukisan "Along the River During the Qingming Festival," oleh Zhang Zeduan digambarkan setiap rumah, bot, kedai, atau gerai makanan dengan penduduk dari pelbagai lapisan kehidupan orang-orang Cina purba dengan terperinci dan jelas. Bagi kita di abad ke-21 ini, ia menawarkan pemandangan sinematik  masa lalu dan peluang untuk merenungkan keadaan landskap bandar ketika itu.

Ia adalah kepercayaan Cina purba bahawa sebuah bandar adalah enjin industri yang direka oleh mandat kosmik. Watak Dinasti Shang untuk sebuah bandar pada dasarnya adalah seorang yang 'berlutut di belakang dinding bandar' iaitu dinding kota bukan sahaja berfungsi sebagai pertahanan untuk orang-orang di dalam tetapi juga melambangkan kuasa negara.

Sama seperti semua tamadun purba, tamadun Cina purba dibangunkan di sepanjang tebing sungai. "Along the River During the Qingming Festival" menggambarkan sebuah bandar di sepanjang Sungai Bian, yang merupakan nadi kehidupan Dinasti Song Utara. 

Pameran ini menggambarkan kehidupan bandar semasa ekonomi Song berkembang. Ia sibuk dengan aktiviti komersil. Pemandangan ini terletak di ibu kota Song Utara Bianjing, atau bandar Kaifeng sekarang di Henan. China kuno mempunyai antara beberapa bandar terbesar di dunia pada 1100.

Judul "Along the River During the Qingming Festival" ini menggambarkan suasana semasa Festival Qingming, yang merupakan perayaan besar-besaran yang datang pada bulan April, 100 hari selepas solstis musim sejuk.

Walau bagaimanapun, perayaan tradisional ini seperti membersih kubur dan penyembahan tok moyang tidak digambarkan secara langsung. 

Qingming juga boleh diterjemahkan untuk bermaksud "damai dan teratur," dan kerana tidak ada pengemis atau setinggan yang ditunjukkan, lukisan tersebut boleh ditafsirkan sebagai sebuah idealisasi bandar Song.





Seperti lukisan asalnya, pameran ini mendedahkan kemegahan kota yang penuh dengan jalan-jalan, jambatan, bangunan, kedai, restoran, dan orang ramai dalam suasana yang meriah, membawa kita dalam perjalanan di sepanjang sungai. 

Secara keseluruhannya, ia menawarkan pemandangan panorama bandar. As visitors walk along pameran diorama yang panjang ini, ianya seolah-olah seperti satu babak dalam filem di mana rakaman dibuat secara berterusan di sepanjang bandar ini.

Ok, jom tengok some of the activities that made up this wonderful miniature exhibition. 

Ini sebuah kedai dengan sign 'Official Zhao’s House'. Ia adalah sebuah farmasi dan kelihatan pharmacist sedang berunding dengan seorang pesakit. 

Di hujung jalan, di bawah payung-payung besar itu ialah seorang penjual patung-patung.

Yang ini pula ialah tiga orang pekerja sedang menyedok air dari telaga.  

Dan di hadapan pekerja-pekerja tadi, sedang lalu seorang peniaga jalanan membawa bingkai belakang menjual barangan mainan.

Dari 4 contoh side-by-side original painting vs miniatures di atas, we can see how dedicated Master Xu and Mr. Phoon were in ensuring that their masterpiece do justice to the drawings on the ancient scroll.


In beberapa contoh lagi. 




A crowd of literati men gathers around a storyteller. 



Literati men watching a small child learning to walk.

Dua keldai sedang menarik dua tong berisi arak.

Dua orang Daoists berjubah kelabu passing by.

Literati men gathering for chat.

Dua orang penjaja jalanan mengendong jualan dalam bakul dibawa dengan batang kayu sandang di bahu.

Suasana di depan sebuah rumah penginapan dan di jalan.

Sebuah rumah penginapan tiga tingkat yang mewah. Para tetamu tiba dalam sedan chairs dan bersedia untuk check-in at the fancy three-storied inn. Di depan pintu masuk ke rumah penginapan ini ada banner 'wholesaler' dan 'fragrance wine'. 

Lukisan Zhang Zeduan vs miniatures oleh Master Xu dan Mr. Phoon.










Juga terdapat sebuah gerbang kota yang besar menandakan sempadan bandar. Gerbang ini dibina dengan bata dengan ciri-ciri senibina Dinasti Tang dan Song. 

Ada sekumpulan peniaga-peniaga bersama unta-unta mereka yang baru tiba di kota ini dari Silk Roads, the ancient network of trade routes that connected the East and West.




Di jambatan kecil.







Modes of transportations pada zaman itu; sedan chair dan wheel cart ditarik lembu.





Sebuah kedai membuat roda kayu untuk kereta sorong. 







Seterusnya pemandangan di Sungai Bianhe. Sungai ini sangat penting dalam perkembangan ekonomi dan komersil kota Bianjing dan digelar 'Golden Waterway'. Ada banyak kegiatan kapal dan perahu di sini di awal kurun ke 12.





Bila saya buat comparison antara lukisan dan miniatures macam ni I cannot help but think how it was like for Master Xu dan Mr. Phoon. Bagaimana mereka nak merealisasikan sebuah lukisan zaman kuno China ke dalam bentuk diorama miniatures. Meneliti setiap objek yang ada dalam lukisan itu. Huii... what a daunting task, betul tak?! Tapi kalau dah minat, tak kisah dah tu semua. 









Seterusnya kejadian dramatik di Rainbow Bridge. Merupakan high point dalam lukisan ini. 

Dalam foto di bawah, kelihatan sebuah perahu datang dari arah kiri jambatan Rainbow, mendekati dengan sudut yang agak canggung disebabkan oleh arus yang kuat sehingga perahu itu seolah-olah akan melanggar jambatan.


Boatmen dengan cepat menurunkan tiang perahu supaya tidak tersangkut bila melalui bawah Rainbow bridge ini. 

Seorang pekerja perahu ini cuba menolak dan memesong layaran perahu ini dengan menongkat sebatang kayu pada jambatan supaya perahu tidak melanggar jambatan. 


Penduduk bandar di atas jambatan kelihatan cemas dan salah seorang dari mereka cuba melontar segelung tali kepada pekerja perahu. 



Sementara itu, 'kekecohan' juga berlaku di atas Rainbow bridge ini. 

Jambatan itu penuh dengan actions: Ada gerai makanan, kenderaan lalu lalang dan orang ramai yang berdiri di kiri kanan jambatan yang menambah kesesakan lalu lintas di jambatan ini. 


Laluan jambatan ini sempit jadi mungkin boleh berlaku perlanggaran antara pembawa kerusi sedan dan beberapa lelaki berkuda seperti dalam foto di bawah.













Boatmen using oars to row their boat. 








Pemandangan di kawasan kampung. 

Seorang peniaga membawa barangan dengan keldai berjalan ke kota.














Huii... panjangnya entry.. hehe. Jenuh nak habiskan.. hehe. 

Anyway, as a closing, kepada yang suka miniatures, galeri ni memanglah a must. Even if you are not, still it is worth the visit. It is super amazing and detailed. And EPIC!

Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. yup !!
    EPIC !!!!!!

    the details are so out of the world!!
    mimik muka , lentur jari , posture...
    so damn amazing!!
    so damn talented lah them !!
    how come tak get lots of exposure kat Malaysia ni mereka ni ..?

    'enjin industri yang direka oleh mandat kosmik'
    apa tuuuu !!
    saya tak pahammm !! hehehheh

    tu lah
    kalau sebut Qing Ming mesti terbayang semayang kubur dan jalan jem kat kubur !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pameran yg epik! Juga efforts yg sgt epik! Bukan senang nak buat miniature skala macam ni!

      So glad you noticed the details! Pada saya, saya appreciate pameran ni adalah exactly kerana details yg doc stated tu!
      I know right! They should get lots of exposure and publicity! Sgt deserving for the momentous efforts. Amazing display of skills and perseverance. I hope in time they will!

      Hehehe... something like the city is designed by cosmic mandates... something like that la. It has something to do with the people's beliefs pada zaman itu.

      Kan.

      Delete