Monday, May 21, 2018

IPOH - DAY 02 - PART 03 - MINIATURE WONDERS ART GALLERY - ROYAL BANQUETS AND OTHER FIGURINES

Ok, lepas selesai jalan-jalan di Taman Rekreasi Gunung Lang, next kami ke bandar Ipoh. Dah lunch time masa tu. So bincang la dengan Man (the taxi driver) mana saya nak makan. Saya ni, saya bagitau dia, tak kisah sangat pasal makan. Asal kenyang dah. Si Man pun bawa saya ke satu restoran Melayu tapi ada baris panjang. Sedap kot situ. Tak payah. Buang masa... hehe. Lagi pun penat masa tu so tak de selera sangat nak makan beria-ia.

Masa dalam perjalanan tu saya tanya la pada si Man kalau dia tahu di mana Miniature Wonders Art Gallery. Dia kurang pasti so saya tunjukkan below info. Dia kata jangan risau, boleh dicari sebab ada alamat tu. Cool. Masa research tempat menarik di Ipoh saya terjumpa galeri ni. Saya ni kalau miniature memang la suka sangat!

Sambil pusing-pusing cari tempat makan, sambil rakam bangunan-bangunan lama di Ipoh ni. So nice to see that most of the old buildings had been restored and occupied/soon-to-be occupied. 

Sebuah bangunan lama di persimpangan Jalan Sultan Idris Shah dan Jalan Horley.

Shoplots lama di Jalan Sultan Idris Shah.

It is especially nice to see end lot macam ni yang dah di restored. 

Man kata ini salah satu major restoration which eventually will become a hotel. Suka betul tengok tingkap-tingkap kayu tu!

Di persimpangan Jalan Raja Ekram dan Jalan Mustapha Al-Bakri. 



Last-last makan di restoran mamak Restoran M. Salim. Haa.. senang. Tak payah queue. Tak sesak dengan orang. 

Aaaa.. lega betul dapat duduk bawah kipas. Panas hari tu di Ipoh. 

Tak nak buang masa, saya order je mee goreng. Cepat dan sedap.. hehe. Actually memang sedap! Half hour later I called Man to pick me up to continue with my jalan-jalan program. He said while I was having my lunch dia dah cari dan jumpa Miniature Wonders Art Gallery yang saya tanya dia tadi. Super cool!

Art Gallery tu terletak di kawasan old town. Man drove ke sana melalui jambatan di Jalan Sultan Iskandar menyeberangi Sungai Kinta. 

Kinta River.

Tiba di Jalan Market. Sebelum masuk ke Miniature Wonders Art Gallery, jalan-jalan sikit di Jalan Market ni, Macam interesting pulak. Rimbun redup depan shoplot ni. Tak sure if it is a restaurant or hotel or something else. 

Ada patung kuda besar ni. The Happy 8 is a cafe.

Tapi kedai macam ni yang lebih menarik perhatian saya. Sykt Malaya Pulicat. Kain Pulicat. Chop Sipoth. How precious!  

Pulicat Cap Sipoth Tanggung Tidak Luntur. 

Ok, jom ke art galeri tu.

Inilah Miniature Wonders Art Gallery, 49, Jalan Market, Ipoh, Perak. Buka setiap hari dari 8:30 pagi hingga 6:00 petang.  

Lokasinya dalam area Ipoh Old Town. I was totally stoked! Can't wait to immerse myself lah.. hehe.

Masuk ke galeri seni ini adalah percuma. Tapi pengunjung yang hendak ke tingkat atas dikenakan bayaran RM5. Jumlah minimum ini adalah untuk tampung kos penjagaan galeri ini. Tunggu nanti saya share apa ada di tingkat 1 tu. Totally worth paying the RM5. In fact, amount tu saya rasa tersangat berpatutan considering the items on display. Like, totally!

Apakah keistimewaan pameran di galeri ini? Dalamnya ada exhibitions patung-patung buatan tangan yang dibuat dari adunan tepung (dough sculpturing) yang menggambarkan sejarah, cerita rakyat dan legenda China. Ianya adalah hasil kesenian tinggi oleh Beijing artist Mr. Xu Shiying and local artist Mr. Phoon Lek Kuin. 

Mr. Xu Shiying, seorang kelahiran Beijing, adalah dough sculptor generasi ketiga yang terkenal di Beijing dan terkenal di seluruh dunia kerana kemahirannya. Di Beijing, dia menghasilkan patung-patung berukuran tinggi kira-kira 5.5 cm yang sangat detail, manakala menantunya Phoon Lek Kuin, dari Ipoh, membuat landskap.

Miniature Wonders Art Gallery yang terletak di Jalan Market ini dimiliki dan diuruskan oleh Phoon Lek Kuin dan isterinya Xu Zhongmei. Inilah Mr. Phoon. Peramah orangnya. Masa saya masuk dan tengok an amazing display betul-betul di entrance masuk galeri ini, Mr. Phoon datang menegur and welcomed me. Tentulah saya excited dapat jumpa pemilik galeri ini. And of course la saya tanya macam-macam soalan pada Mr. Phoon. 

Baik sungguh Mr. Phoon melayan semua soalan-soalan saya. Dia cerita pada zaman dahulu, patung-patung dough ini hanyalah merupakan mainan kanak-kanak atau dibuat sebagai seni paparan. Apabila bakat pak mertua dia dan kebolehan Mr. Phoon sendiri digabungkan, maka terciptalah diorama 3D miniature yang hebat ini. 

Galeri seni ini ada dua tingkat. Bermula pada tahun 2008, untuk memaparkan idea-ideanya, Mr. Phoon mengambil masa dua tahun untuk penyelidikan dan perancangan, diikuti dengan lima tahun (2011 hingga 2016) untuk mencipta dan menyiapkan pameran diorama 3D ini yang dibuat secara manual sepenuhnya. Needless to say, nak buat patung dan landskap dough ini memerlukan banyak kesabaran, masa dan sumber.

Di tingkat dua ada pameran yang dinamakan 'Along the River During the Qingming Festival'. Ooo... me so excited lah.. hehe.

Uwahhh..!! Ada juga Terracota!! Tak sabar nak naik up stairs!

Saya tanya Mr. Phoon adakah semua pameran di sini juga untuk dijual? Dia kata tidak tapi kalau ada yang nak beli, si pembeli boleh bincang, put in an order dan dia dan pak mertua dia akan buat. Sebuah diorama yang besar boleh ambil masa sampai 6 bulan untuk disiapkan. Malah baru-baru ini Mr. Phoon cerita ada creations mereka yang telah dibeli oleh seorang pembeli dari Singapura. Diorama itu memang dibuat untuk dijual dan belum pun seminggu diletak di galeri ini, ia telah dibeli. Ianya adalah diorama sebuah perkampungan Melayu zaman dulu. Bulat mata saya dengar Mr. Phoon describe diorama 3D tu.. hehe. Pembeli itu adalah seorang restaurant owner yang menghidangkan authenic Malay cuisines dan diorama yang dibelinya itu dijadikan sebagai sebuah hiasan di restorannya. Saya rasa it is a fine dining restaurant. Mr. Phoon juga beritahu saya yang owner restoran itu telah meletakkan diorama miniature 3D tersebut di dalam sebuah binaan khas di dalam restoran siap dengan wonderful lightings yang membuatkan diorama itu being displayed is such a beautiful and dignified manner. Mr. Phoon is very happy tahu rekaan pak mertua dan dirinya itu dihargai begitu.  Harganya pula? Huiii... berpuluh-puluh ribu!! 

Masa Mr. Phoon cerita pasal diorama miniature kampung Melayu tu saya teringat a similar miniature diorama sebuah perkampungan nelayan yang saya pernah lihat di Muzium Nelayan Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor. Di bawah ni saya letakkan satu contoh. Kalau nak baca entrynya, boleh baca di sini
Ini bukan diorama di Miniature Wonders Art Gallery Ipoh ni, tapi diorama miniature perkampungan nelayan yang on display di Muzium Nelayan Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor.

Fotografi adalah dibenarkan dalam galeri ini. In fact, Mr. Phoon suggest saya rakam video. Ini adalah kerana kalau nak tengok secara teliti dan appreciate semua pameran ini akan ambil masa yang panjang. Jadi kalau ambil video boleh la tengok semula at your own leisure time. Bagusnya! In fact, itulah Mr. Phoon suggest pada semua tourists yang datang ke galeri dia ni sebab dia tahu kalau tourists especially yang datang secara pakej berkumpulan mereka tak punya masa yang lama untuk berada di satu-satu tempat lawatan. How considerate of him.   

Ini adalah pameran diorama miniature 3D di ground floor bertajuk 'Once Upon A Time in Beijing'. I'll share more detailed photos of this particular exhibition in the next entry.


Ok, untuk entry 'Miniature Wonders Art Gallery' ini saya akan divide it into four major sections in four separate entries. They are:
1) Royal Banquets and other figurines
2) 'Once Upon A Time In Beijing'
3) The Story Of Making Terracotta Warriors
4) 'Along The River During The Qingming Festival'

Mula-mula saya kongsi pameran lima diorama miniature Royal Banquets. Pameran royal feast yang pertama ialah 'Song Dynasty Royal Banquet'. 

Sambil saya ambil gambar Mr. Phoon terus mengiringi saya dan menjawab beberapa lagi soalan saya. Obviously mesti la saya tanya macam mana dia dan pak mertua dia buat patung-patung ni. Secara asas, patung-patung ini dibuat dari tepung biasa yang dicampur dengan air dan pewarna dan kemudian dikukus sampai keras. Untuk mengurangkan keanjalan adunan, proses pengukusan ini dilakukan beberapa kali.

Setelah berpuas hati dengan hasil kukusan, adunan pun dicampur dengan pewarna, untuk menjadi adunan berwarna. Jadi patung-patung itu bukannya diwarnakan selepas ia dibentuk menjadi patung atau figurines. Tapi adunan tu memang dah siap berwarna. Selepas itu adunan dibentuk menjadi patung dan lain-lain bentuk untuk landskap dan dibiarkan kering. Nak kering ambil masa lebih seminggu.

Just look at how amazing this is!

Lengkap dengan kolam teratai.

Kata Mr. Phoon salah satu aspek research yang dibuat untuk buat period scene macam ni ialah penyelidikan tentang pakaian pada zaman itu. He said he try to make them historically correct. 

Nampak tak waitresses siap dengan sanggul dan head decorations. Begitu juga dengan the guests yang berpakaian lengkap ketenteraan zaman itu. 

Dan perhatikan juga details kedutan-kedutan pada pakaian mereka. And the wonderful hand gestures. Please be reminded that these figurines are only 5.5 cm in height!  

Saya tanya Mr. Phoon makanan atas meja dengan chopsticks tu pun dia buat juga dengan tepung ke? Ya, kata dia. Waaa... halus sangat tu. 

Tak tahu mana nak tengok dulu. So much details.. hehe.

The Emperor mesti la duduk di tempat khas. Binaan ini juga dibuat oleh Mr. Phoon mengikut design arkitek sebenar zaman Song Dynasty yang lengkap dengan ukiran, hiasan dan lukisan pemandangan pada panel bumbung. Nampak tak lima lukisan pemandangan yang panjang pada panel bumbung tu. Huishh... it could not have been more than just a few mm in height! 

Mujur la compact camera saya ni boleh zoom miniatures ni dan ambil foto style macro. 

Di depan bahagian bucu platform banquet ini ada gazebo untuk pemuzik. Gazebo ini juga dibuat oleh Mr. Phoon mengikut design zaman Song Dynasty.

Please do nottice the necklaces worn by these beautiful musicians. Ada blings! 

View dari atas belah kanan. Tempat jamuan terbahagi dua dan di tengah majlis ada persembahan oleh para akrobatik. 


Aww.. come on! Just check out renda dan hujung kain waitresses tu. Dan tengok la details pakaian guest tu. And I think more importantly are the mannerisms, that human-like gestures and body language. The 'interactions' between the figures. Awesome or what la! 

The amazing acrobats. 





Ok, next kita tengok pula miniature untuk the next royal banquet iaitu 'Yuan Dynasty Royal Banquet'. 

Yuan Dynasty secara rasmi dikenali sebagai 'Great Yuan' adalah kerajaan atau dinasti China yang ditubuhkan oleh Kublai Khan, ketua puak Mongolia Borjigin.

Dan kalau Mongolian, mesti la ada yurt, khemah bulat tradisional tu. Royal yurt yang warna kuning tu










Next 'Qing Dynasty Royal Banquet'.

Dinasti Qing, yang juga dikenali sebagai Empayar Qing, secara rasminya, 'Great Qing' adalah dinasti imperial terakhir China, ditubuhkan pada 1636 dan memerintah China dari 1644 hingga 1912.
















Lepas bayar RM5.00, saya pun naik ke tingkat satu. Masa naik tu pada dinding di tangga ada beberapa poster tentang pameran di galeri ini.




Di dinding tangga naik ini juga ada foto-foto Mr. Xu Shiying. Beliaulah master yang membuat dough miniatures di galeri ini.


Di tingkat satu bangunan galeri ini. 

Ini lantai pameran di tingkat satu yang lebih kemas dan fully air-conditioned. Nice.

Seorang saja saya masa tu, which was super nice lah.. hehe.

Ok, di tingkat satu ini ada miniature 3D diorama royal feast  yang seterusnya iaitu 'Tang Dynasty Royal Banquet'. 

Dinasti Tang atau Empayar Tang adalah dinasti imperial China yang didahului oleh Dinasti Sui dan diikuti oleh tempoh pemerintahan the Five Dynasties and Ten Kingdoms. Ia umumnya dianggap puncak dalam tamadun China, dan zaman kegemilangan budaya kosmopolitan.









Ok, next ialah royal banquet yang terakhir di galeri ini iaitu royal banquet yang ke lima which is the Qin Dynasty Royal Banquet. 










Ok, itulah semua kelima-lima exhibitions 'Royal Banquets' yang ada di Miniature Wonders Art Gellery ini iaitu royal banquets Song Dynasty, Yuan Dynasty, Qing Dynasty, Tang Dynsaty dan Qin Dynasty. All painstakingly made by the amazing Master Xu and his son-in-law Mr Phoon. For me personally it was quite a 'feast' to the eyes with its amazing attention to details and the mere fact that these figurines are exquisitely small in size. 

Also from what I can see, each royal banquet has different entertainments for the Emperor and the guests. Let's have a look.

Song Dynasty Royal Banquet. Entertainers adalah para akrobatik. Light and fun entertaining.

Yuan Dynasty Royal Banquet. Dynasty yang di establish oleh Kublai Khan. So naturally entertainment masa banquet adalah fighting dan beradu kuat.

Qing Dynasty Royal Banquet. Di banquet ini pula adalah tarian gemalai wanita-wanita cantik. Beautiful and elegant performances. 


Tang Dynasty Royal Banquet. Yang ni juga ada persembahan tarian wanita-wanita cantik. Tapi tariannya nampaknya risque dan sexually suggestive. Perhaps it was an era of most prosperous and decadence. 

Qin Dynasty Royal Banquet. Sword play and fighting entertainment. Perhaps the emperor was pretty much involved in military and defending the kingdom. 

Of course those were just my observations and conjecture only lah. Just basing on these beautiful miniatures that was supposedly created based on historic research by Mr. Phoon. For me personally, these banquets gave me a bit of insight of what it was like during those eras. Fun stuff really.. hehe.


Next adalah pameran yang bukan saja miniature tapi lebih kecil lagi. Ni adalah salah satu pameran kesenian kebanggaan Mr. Phoon dan Mr. Xu. These are 'Dough Figurnes on Half Walnut Shell'. 

Halus sangat sampai disediakan kanta pembesar.

Imagine lah saiz figurines tu! Dalam walnut shell!

Magnifying glass yang disediakan untuk pengunjung galeri ini.


Ni lagi la rumit nak buat. Ada beberapa figurines dalam shell ni.

Juga ada pameran beberapa figurines pelbagai characters. 






Yang kanan tu ialah Sun Wukong, also known as the Monkey King, is a figure who features in a body of legends, which can be traced back to the period of the Song dynasty.


Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. Zhi org Kuala Kangsar, dan selalu ke IPOH. Tapi tak pernah pegi ke miniature wonders ni.. Nampak comel2 nya stuff kt situ . haha. thanks for the info. Nanti nak checkout this place.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Great. I'm sure you'll have a good time there. I know I did :).

      Delete
  2. masa jalan jalan di Ipoh few years back , ada jumpa kedai pulicat tu ! punya lah excited !! kita orang jalan kaki , exploring Ipoh dari Stesen keretapi .. jalan sana sini sampailah lintas jembatan tu , tracing the wall art/ murals..

    how come saya tak pernah tahu pasal muzium miniature ni ??!! hehhehee
    bestnya !!

    jap
    nanti komen balik..
    ada hal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nice kan explore jalan-jalan macam tu.. Walau pun masa saya jalan tu hari panas berpeluh, still saya bersemangat.. hehe.
      Yesss... I love that pulicat shop! Heritage sangat.. hehe.
      Ok, lain kali ke Ipoh silalah ke galeri miniature tu. Super nice!

      Delete