Wednesday, May 16, 2018

IPOH - DAY 02 - PART 01 - GUA KEK LOOK TONG

Di hari ke 2 kami di Ipoh, isteri akan memulakan kursus hari pertama dia. Saya pula pagi tu akan memulakan my second set of jalan-jalan program selepas malam semalamnya dah ke Kinta Riverfront. 

Kami sarapan dulu di Coffee House Impiana Hotel ni. 


Buffet breakfast hotel ni ada macam-macam pilihan. Nice. 

Kenyang kami, Alhamdulillah.

Untuk jalan-jalan saya pagi ini saya dah arrange transport dengan pemandu teksi malam semalam yang bawa saya ke Kinta Riverfront. Dari interaksi dengan dia, orangnya baik dan ikhlas. Dan juga penting dia dah lama bawa teksi di Ipoh ni so he is very knowledgeable about the interesting places di Ipoh ni. 

Nama taxi driver tu ialah Man, seorang lelaki berbangsa Cina tapi rupanya macam orang Jepun especially bila rambut dia diikat style man bun. He came and picked me up at 9:00 am. Kenapa tak earlier? Sebab Man has to send his kids to school first. Saya setuju sebab nak santai je, malas nak gerak awal sangat. Lagi pun by then traffic condition dah ok. 

Tak perlu saya bincang panjang lebar dengan si Man sebab dia faham sangat apa yang saya nak dan expect from my jalan-jalan. And as it turned out si Man ni pun minat photography! How excellent was that! Maka bersembanglah kami pasal fotografi dan kamera. And of course dia suggested wonderful locations for photography. I could not have asked for a better 'tour guide'!

So lepas kami mapped out a rough itinerary for my jalan-jalan, Man pun drove to the first location iaitu ke sebuah gua. Since Ipoh ni merupakan bandar gua batu kapur kerana dikelilingi banjaran batu kapur maka haruslah saya buat satu lawatan ke gua. Saya beritahu Man yang dulu saya pernah pergi ke Gua Tempurung di Gopeng. Dia kata gua yang saya nak pergi tidaklah sebesar Gua Tempurung tapi ia adalah cantik dan adalah salah satu tarikan pelancong di Ipoh ni.

Suasana jalan masuk ke gua tu sungguh alami. Lokasi gua ini terletak di Gunung Rapat, lebih kurang 7.5 km dari bandar Ipoh, melalui kawasan perumahan dan juga perkuburan Islam.

Pintu gerbang masuk ke kawasan gua. Nama gua ini ialah Gua Kek Look Tong atau juga spelt as Kek Lok Tong. Juga dikenali sebagai Gua Kegembiraan Hebat atau Cave of Ultimate Bliss/Great Happiness kerana dikatakan 'can bring a feeling of well-being to the many visitors'.  

Ini lokasi Gua Kek Look Tong dalam barisan gunung batu kapur Lembah Kinta di Gunung Rapat. Arrow merah itu ialah pintu gua dari arah parking lot.

Ada kawasan tempat letak kenderaan yang luas di sini. Ada untuk kereta dan bas. Kata Man gua ni ramai dilawat bukan saja oleh Malaysian tapi juga popular di kalangan pelancong luar negara terutamanya dari China.  

Sebelum masuk ke dalam gua Man suggested that I have a look at the turtle pond dulu, di sebelah kanan kawasan parking. Bagus la si Man ni walaupun sebenarnya dia cuma perlu drive saya, but he played the role of a tour guide as well. 

Cantik hujau kolam kecil ni. Tapi tak nampak pula any turtles.

Teduh di kolam ini dengan tebing dinding bukit batu kapur berlubang-lubang yang jadi sarang burung-burung hutan. 

Then Man told me turtles ada di sebelah sini  kolam. Haa... sini baru banyak kura-kura! Berdiri di tepi kolam ini seemed to make the turtles gravitated towards me. Agaknya they are expecting to be fed. Apparently pengunjung boleh beli sayur-sayuran dari auntie yang ada berjual di situ to feed the turtles. 

Sorry dear Mr. Turtle. I got no kangkung for you la.

This one is particularly big saiznya. 

What I like about this pond is that it is a natural pond, bukan sebuah man made enclosure designed to prevent the turtles from escaping. 

Ok, balik ke cerita pasal gua ini. Di Lembah Kinta ini ada 7 buah gua batu kapur yang terkenal dan 3 darinya dijadikan tokong oleh penganut agama Buddha di sini iaitu rumah ibadat Tokong Sam Poh Tong, Tokong Perak Tong dan Tokong Kek Lok Tong ini. Secara rasminya Kek Lok Tong dikenali sebagai 'Gua Kek Look Tong' seperti yang tertera pada pintu gerbang tempat ini. 

Gua ini telah digunakan sebagai tempat ibadat sejak tahun 1920-an tetapi pada tahun 1960-an daerah di situ terlibat dalam perlombongan bijih besi dan beberapa bahagian gua telah digali untuk aktiviti ini.

Apabila perlombongan dihentikan, gua ini didedikasikan semula untuk tujuan keagamaan dan dibuka kepada pengunjung pada tahun 1970-an. 

"The Kinta Valley is renowned for its Karst formations, which according to the Malaysian Karst Society, is landscape underlain by limestone which has been eroded by water through dissolution, producing various formations, including the limestone hills and caves".

Gua batu kapur di sini dibentuk oleh stalaktit dan stalagmit yang sudah berusia jutaan tahun dan merupakan tarikan pelancongan di bandar raya Ipoh yang satu ketika dulu pernah terkenal sebagai kawasan perlombongan bijih timah.

Seperti yang kita tahu, pembentukkan stalaktit adalah di dalam gua. Jadi bila nampak stalaktit macam ni, di dinding luar gua, maknanya satu ketika dahulu bahagian ini adalah merupakan bahagian dalam sebuah gua yang kini telah pun runtuh.  

Lepas tu Man suggested sebelum saya masuk ke gua (earlier dia cadang saya ke turtle pond dulu), pergi dulu ke area immediately di sebelah kanan pintu gua iaitu di kolam ini.  

Di kolam yang ada ikan ini ada patung Quan Yin (Goddess of Mercy). 

Lokasi patung ini didirikan dengan backdrop kehijauan alam memang bertujuan untuk menyerlahkannya. 

Memang asyik tengok ikan-ikan ni. 


Jom masuk ke dalam gua. Tangga masuk ke gua dari arah tempat letak kereta ini sebenarnya berada di bahagian belakang gua. Tangga ini telah dibuat melengkung untuk menyerupai bentuk ekor ikan carp.

Di kiri kanan tangga ini ada hiasan-hiasan menarik figurines dan landskap miniatures.  






Tiada bayaran masuk dikenakan di tempat ini.

Lantai gua telah diratakan dan diturap dan sebahagian besar dinding bawah dipenuhi dengan jubin marmar. Bumbung dan dinding atas bagaimanapun kekal dalam keadaan semulajadi dengan beberapa formasi stalaktit dan stalagmit yang menarik.

Facade bahagian luar gua.

Lantai gua rata berjubin memudahkan pengunjung berjalan-jalan dalam gua ini.  


Dan inilah Man, the taxi driver, also the 'tour guide' untuk program jalan-jalan saya di Ipoh ni. Dia beritahu arah laluan dalam gua ini serta menerangkan apa tarikan yang ada di dalamnya. And he also suggested that I take a walk at the beautiful garden outside the other entrance of the cave. He asked me to just take my time and told me that he'll wait until I'm done. So very helpful he was.

Bukit kapur gua ini terdiri dari crystalline kinta limestone warna kelabu hingga putih.

Pelbagai saiz stalaktit. Bahagian bawah tu pula pada saya nampak macam mini frozen cascading waterfall. Nice!

Luas bahagian gua yang ini. Silingnya tinggi. 

Sebagai tempat ibadat penganut Buddha, maka dalam gua ini terdapat beberapa patung.

Ini adalah patung-patung 'Three Pure Ones' yang merupakan tiga dewa tertinggi Tao. Dari kanan: Grand Supreme Elderly Lord, Grandmaster of Heaven dan Supreme of All Beings.


Gua ini dalamnya luas dan dengan 2 pintu masuk yang besar di kedua-dua hujungnya, maka ia diterangi dengan pencahayaan semula jadi disamping menjadi laluan angin yang menyegarkan. 

Tempat-tempat duduk serta tangga-tangga berpagar disediakan untuk keselesaan pengunjung. 

Beautiful cave rock formations.



Cahaya lampu dipancar menimbulkan bentuk dan permukaan dinding gua. Amazing! 

Beberapa lagi patung.

Nama patung-patung ini bermula dari kiri: Samantabhadra Bodhisattva, Vairocana Buddha, Manjusri Bodhisattva.

Patung keemasan Buddha sedang ketawa ni namanya Maitreya Bodhisattva.

Di hujung gua ini ada pintu gua yang sangat besar. Di depannya terhampar sebuah taman yang cantik yang hijau, bersih dan begitu dijaga. 

Jom turun dan jalan-jalan di taman ni.

Taman berkolam ini dipagari oleh gunung/bukit batu kapur yang cukup indah. Walaupun di hujung sana ada bangunan kilang simen, pada saya view keindahan taman ini tidak 'rosak'. 

Ini pemandangan pintu gua yang baru saya lalui untuk ke taman Gua Kek Look Tong ini.

So earlier saya masuk ke Gua Kek Look Tong ini dari pintu gua di red arrow (dari parking lot) dan keluar dari gua untuk ke taman di pintu gua blue arrow. 

Pandangan Gua Kek Look Tong dari arah taman. Di blue arrow ialah pintu gua yang mengadap taman.

Di taman ini ada dibuat laluan konkrit mengelilingi tasik kecil sesuai untuk kegunaan pengunjung bersenam jogging/walking. 

I was so in awe of this amazing of what looks like layers upon layers of rocks that forms this part of Gunung Rapat. Ini adalah bahagian bukit/gunung yang pada satu ketika dahulu telah pun runtuh. SubhanAllah. 

Di bahagian dinding batu kapur yang 'berkelar-kelar' ini pula warnanya kemerahan. 

And then there is this absolutely beautiful scenery. Although there on the left ada this massive imposing electricity pylon, pada saya ia tak 'kacau' keindahan yang ada di depan mata saya ketika itu.  

Karst mountains, lush green and reflective pool. Gorgeous!

Mestilah rakam satu panorama shot.. hehe. 

Cantik sungguh bayang pada permukaan kolam ini.



Saya ikut nasihat Man suruh saya jalan-jalan di taman ini. Tak besar taman ni tapi big enough for a good distance kalau nak jogging. 

Seperti di tangga masuk ke gua tadi, di laluan taman ini juga ada hiasan patung/landskap batu. 

Antara patung hiasan yang impressive di pavement ini ialah golden dragon and phoenix. 

Di taman ini juga ada benches and reflexology path. 


Pada saya, selain dari view di kolam tadi, pemandangan padang hijau berdinding bukit batu kapur ini juga adalah breathtaking. 

Angsa pun ada.

Berjalan keliling 'walking path' taman ini will bring you to this beautiful lotus filled pond. 

Tak ada banyak bunga teratai masa ni. Ada la a few. 

Managed to capture a few shots. 

The young and about to bloom lotus flowers.


Penduduk berdekatan yang datang ke taman ini untuk bersenam.   

More amazing views di taman ini.  

So beautiful!


Beautiful green lawn.


Ada saya berteguran dengan mother and daughter yang sering ke taman ini untuk bersenam sejak lebih 10 tahun yang lalu. Auntie tu dah 65 years old and her daugther about 40. 

Berjalan keliling kolam dan menuju semula ke pintu gua. 

Sebenarnya walkways di taman ini adalah lebih jauh lagi cuma saya jalan route yang pendek ni saja. 

One more shot before masuk semula ke dalam gua.

Ada bahagian di dalam gua yang dibina tangga supaya pengunjung boleh explore lebih dalam lagi untuk menikmati keindahan pembentukkan semulajadi stalactites and stalagmites dalam gua ini.

Tak pasti samada itu adalah cahaya nyalaan lampu atau cahaya dari lubang semulajadi. Can't tell from down here. 

Di certain areas kena berjalan berhati-hati sebab lantai licin dari air yang menitik dari siling gua. 

Ada macam-macam bentuk yang menakjubkan yang mengambil masa jutaan tahun untuk terbentuk.

Melihat dalaman gua ini mengingatkan saya pada Silver Cave yang saya dan isteri lawat semasa bercuti ke Guilin, China pada 2016.

Inilah pemandangan dalam Silver Cave.

Saya sorang je masa tu so seram rasanya nak jalan further into the caves. Tak ada pengunjung lain masa tu. Cukup la dengan foto-foto yang dah diambil.. hehe.



Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment