Friday, March 30, 2018

KERALA INDIA - DAY 02 - PART 05 - KERALA BACKWATER CRUISE - SAMPAN CRUISE

Jom cruise naik sampan pulak 😊. 

Mithin sedang sibuk parking houseboat dan Suresh tolong tambat tali bot ke pokok.  

Lepas cruise Kerala Backwater ini dalam houseboat, kami cruise lagi tapi kali ini naik sampan pula. Yang istimewanya cruise sampan ini ialah laluannya akan masuk ke kawasan kampung dan sawah padi. Love it! Dapatlah kami lihat sendiri dengan lebih dekat kehidupan orang-orang kampung di sini. 

Program ini diatur oleh pihak Cruise untuk semua tetamu mereka, tapi ia bukanlah percuma. Kami perlu membayar INR 300 (RM 18) seorang untuk membuat Village Cruise ini. Kalau nak payung boleh pinjam dari houseboat.

See you later Suresh 😊.

Jadi macam mana kami turun ke sampan? Lebih kurang macam dalam gambar ini. Dari side door houseboat, kami turun ke dalam sampan. Agak tinggi juga especially pada orang pendek macam saya ni.. hehe.

Sempat juga ber360° dalam sampan ini.. hehe.

Alhamdulillah, cuaca elok. Cuma panas sikit tapi berangin.

Seronok nak bersampan.. hehe.

Tenang je air di Tasik Vembanad. Dan bersih, tiada sampah sarap terapung sana sini. 

Slow and steady je speed sampan ini dikemudi oleh uncle sampan. Sebenarnya kami nampak ramai pengusaha sampan village cruise macam uncle tu. Tak perlu susah-susah nak pilih yang mana since semua dah diurus oleh pihak Southern Panorama Cruises.

Selain bawa pelancong cruising, mereka juga provide service untuk penduduk setempat.

Bot ini bersaiz kecil. Mungkin sesuai untuk bawa 2 ke 3 orang penumpang. 

Ada banyak Pusat Urutan Ayurveda di sekitar Tasik Vembanad ini.

Pemandangan dari sampan yang cukup scenic.


Dan ada banyak jambatan-jambatan kecil untuk orang kampung menyeberang terusan-terusan kecil yang bersambung dengan tasik.

Budak-budak sekolah sedang menyeberang terusan.

Cikgu-cikgu from nearby school.

Ini sekolahnya.

Cruise kampung melalui terusan kami bermula di sini. 

"Heads down," kata uncle sampan sewaktu kami lalu di bawah jambatan rendah ini. Di bawah jambatan ni pun ada poster politik dan iklan.

Terusan di sini adalah buatan manusia. Macam jalanraya, jalan air ini menghubungkan kampung-kampung dan ke 'jalan utama' iaitu ke tasik. Ianya tidak cukup lebar untuk dimasuki dengan houseboat. Muat untuk sampan dan bot-bot kecil sahaja. 

Cruise dengan sampan ini adalah the best way untuk meninjau suasana kampung di sini. 

Most times kawasan yang kami lalu adalah redup, di bawah rendang pokok-pokok besar di tepi tebing.

Adik-adik balik sekolah. Di sana sekolah cuma satu sessi sahaja. Mula pukul 10 pagi sampai petang.

Ada kerja-kerja membina/memperbaiki benteng sedang dilakukan.

Pastinya ada banyak business di kampung ini dengan pekerja-pekerja yang ada skill untuk buat benteng yang berkilometer panjangnya ini. 

Mungkin ada tanah runtuh di sini. Supaya tak jadi lebih teruk dipenuhi dan dihakis air maka benteng perlu dibina segera. 

Rata-rata rumah-rumah di sini adalah rumah batu single atau double storey.

Sejuk je bila lalu kawasan redup macam ni. Angin pun sepoi-sepoi bahasa gitu.

Sebuah rumah yang cantik.

Secara tradisinya pakaian wanita di sana, especially for the older generations memang nampak perut.

Aaaa... cantiknya sawah padi ini.

Cukup luas!

Sekali sekala nampak juga lembu.


Pose istimewa uncle sampan 😊. 

Cruise under more bridges.

Kalau diperhati betul-betul, kedudukan kebanyakkan rumah-rumah di tepi tebing ini adalah lebih rendah dari paras air di terusan.

Cantik bayang pokok-pokok di permukaan air di terusan ini.


So serene, so calming.

Sebuah banglow mewah.

Lengkap dengan dock depan rumah.

Colorful jugak warna rumah-rumah di sini.

Ada tangga turun ke terusan. Mungkin untuk mandi dan cuci kain.

Itik-itik pun ada.

Yang kepala hijau tu jenis itik mallard agaknya.

Ada juga jambatan pejalan kaki merentas terusan di sini.

Ada decoration bendera parti politik.

Jambatan ini boleh dilalui dengan motor.

Adakala terusan yang kami lalu adalah lebar seperti ini.

Seorang auntie sedang mengail.

Hello auntie 😊.

Nak ke mana tu?

Dan di tengah-tengah kampung ini ada juga terusan yang lagi besar.

Damai.

Such beautiful reflection.

Membasuh dan mandi.

Burung pun ada. 

Beautiful reflection of trees and blue sky.

Sigh....

Lalu di kawasan padi.



Ni nak mandi ke main air dik? 😊

Perkhidmatan water taxi.

Kadangkala uncle bot akan cruise dekat dengan tebing. Maka dapatlah juga sudut ambil gambar macam ni. I like!

Lighting di sini sangatlah brilliant!

Aunties ni semua nak pergi kenduri agaknya.


Nampak tak dua orang budak dalam air tepi bot tu? 😊

Satu lagi jejantas pejalan kaki.


Jauh agaknya adik ni jalan kaki balik rumah dari sekolah. Lalu tepi terusan dan sawah padi.

Honestly, memang tak jemu ambil gambar masa kampung cruise ni.



Sawah padi. Kami perhatikan juga paras sawah di sini adalah lebih rendah dari paras air di terusan. 

Nampak macam tengah mesyuarat.

At certain places benteng dibina cuma di sebelah tebing sahaja. 


Bot-bot bersusun ditambat di tebing.


Kambing-kambing tengah grazing pun ada.

Dengan berlatarbelakangkan sawah padi yang luas.

Mencuci kain baju. 

Other tourists.

Pokok-pokok bunga juga menghiasi tebing laluan cruise.

Couples pun ada. How romantic! 😊

Kalau nak sporty cruise, berkayak pun boleh. 

Bahagian terusan yang ini ada banyak pokok air terapung keladi bunting.

Cantiknya!

Cuci kain.

Boleh juga sewa satu bot naik sorang.

One of my favorite shot masa sampan cruise ini 😊. 

Inilah rupa tumbuhan air keladi bunting ni. 

Budak-budak berbasikal di tepi tebing.


Secara keseluruhan, agaknya berapakah panjang benteng di Kerala Backwater ni? Mesti beratus kilometer. 

Relaxing and enjoying the wonderful views. Alaa.. nak la jugak ambil shots clichΓ© macam ni kan... hehe.

Keluar dari terusan dam masuk semula ke Tasik Vembanad.

Sebuah service villa betul-betul tepi tasik. 

Suasana di tasik yang 'picture perfect'. 

Tu dia houseboat kami.

Kepulangan kami ke houseboat disambut girang oleh Mithin.. hehe. 

Sempat bergambar dengan uncle sampan 😊.

Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. dan jadik sampan bercabang dua pulak!! hehehhehe

    gambar masa berusaha turun dan naik sampan tak ada?:P
    macam tinggi je nak manjat !
    bestnya masuk sekolah pukul 10 pagi!!

    SUBLIME PHOTOS !! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. I know. I know... cara style 360 tu tak sesuai for that situation.. hehe... tapi mcm cantik pulak foto tu.. tu yg tampal sini.. hehe..

      Hahaha.. tak de... nasib baik tak de... sebab kelakar kot... :).

      Saya rasa masuk sekolah pukul 10 mmg elok sebab ramai students tinggal jauh dari sekolah. I saw ada school children dah mula ke sekolah seawal pukul 8:00 pagi.

      Thanks doc! :)

      Delete
  2. assalam , saya ada plan nak kerala . boleh share contact no tour guide tak? rate dia berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya tak ada info tu sebab semua diuruskan oleh travel agent di sini - Dhesu Travel & Tours Sdn Bhd.

      Delete