Wednesday, February 1, 2017

SUMATERA BARAT 2017 - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE - MASJID RAYA - JOPHIRA TINTIN

Ehh... Sumatera Barat lagi? A'aa... hehe...

Tahun 2015 pergi ke Padang/Bukittinggi bersama isteri. 
Masa 2016 ke Sumbar sorang-sorang dibawa tour guide jalan-jalan selama 6 hari. 
Dan for my first jalan-jalan in 2017 ni, ke Padang lagi saya tapi kali ni dengan kawan-kawan. 

Sebelum tu nak cerita sikit pasal kamera. Selalunya, without fail, kalau pergi jalan-jalan mesti saya bawak dslr + 3 lens yang total berat beg kamera adalah 5 kg. Sama la macam saya berjalan sana sini bawak beras kampit 5 kg. Patutnya bercuti nak la relax. Instead, I was lugging around the heavy camera and lenses. Sungguh melelahkan.

But for this trip, no more kamera berat. Saya bawak yang kecik ni je. I feel so 'free' and feel like a heavy burden was taken off my shoulder, like literally!! No more carrying heavy camera bag slinged across my shoulder. Also kamera compact ni boleh zoom-zoom, so senang la. Kalau pakai dslr kamera kena tukar-tukar lens. 

Still, I understand and willing to accept the shortcomings and challenges that comes from using a compact camera. Tangkap je gambar mana yang dapat. Kalau tak dapat, oh well, just shrug it off ...hehe. After all, to me, photography should be enjoyable and not be like a chore 😄.

Hujan pagi masa kami bertolak.

Sambil makan, sambil tengok luar tingkap ambik gambar. Haaa... convenient betul pakai compact camera ni. 

Tangan kanan pegang pocket pie, tangan kiri ambik gambar.. 😊.

Dengan mereka yang awesome ni la saya spent 4 days 3 nights with semasa jalan-jalan Sumbar ni. 
Dari kiri:
- The ever resourceful and a dear friend, Dr. Singa [drsinga], leader trip kami ni 😊.
- Yang sibuk dengan handphone tu ialah Anna [coco]. As delicate as the morning dew 😊. 
- Tu Pa'unchu, our tour guide. Tapi more like our friend dah 😄. 
- Dan si cantik manis tu ialah Cik Gadis Bunga. [gadisBunga™]

Tiba di airport Padang. Tak janji pun ungu tu.. kebetulan.. 😊.


First stop, Masjid Raya Sumatera Barat. Still felt as mignificient as I first saw it last year.



Tengah concentrate ambik gambar tetiba Pa'unchu minta turn around. Nak ambik gambar la tu.. hehe. Gitu la si Pa'unchu, kami mesti sentiasa ready to be photographed by him. Tapi saya faham sebab dia tengah excited mencuba lens baru dia 😊.

Bukan saya saje, mereka pun kena pose jugak.. hehehe.




Jom masuk ke dalam.

Ruang solat yang sungguh besar. 

Mihrabnya dibuat menyerupai bentuk batu Hajar Aswad. 




Di siling atas mihrab terdapat ukiran nama-nama Asmahul Husna yang berwarna emas dengan latar putih.



Yep, entries kali ni saya nak breeze through je while sharing photos. Tak de cerita panjang, well... may be a bit here and there.. hehe.

Perjalanan diteruskan.

Orang sana memang suka singkatan which to me yang tak biasa ni boleh jadi confused.. hehe.

Stop kejap di tepi pantai ni.


Oppsss.. kena pose lagi.. haha..


I know I such a gentleman kan.. hehe. Berat tau holding 3 dslr cameras and 2 handbags tu! 😅 . Tapi I was the one yang insisted so that they were free to pose without all the 'distracting accessories'.. hehe. 



Agaknya di hujung minggu mesti ramai orang di sini. 

Ok, jom test keupayaan zooming compact kamera ni, tengok ok ke tak. Actually, ni kali pertama saya guna kamera ni masa jalan-jalan. 
Foto kiri tu normal shot, tanpa guna zoom. Nampak kan betapa jauhnya dan halusnya bot tu. Bila zoom in, bot tu boleh dapat sebesar seperti dalam foto kanan. Lagi kuat zooming powernya dari lens 18-270mm saya. Alhamdulillah. Tapi tentu la kualiti tak sama macam dslr kan.  


As in foto atas, budak-budak tu jauh di tepi pantai. Tapi compact camera ni mampu freeze motion budak berlari tu masa zoomed in. 

Singgah kejap beli Es Durian Ganti Nan Lamo. 



Singgah kejap kedai ni sebab Pa'unchu nak beli sesuatu. Then kengkawan ternampak biskut ni terus beli sebab memang dicari. Memang sedap. Macam-macam jenis biskut ada sekarang. 
Gero Gery Saluut Malkist.

Nak tidur di pulau kami malam tu. So Pa'unchu dah book under Tintin Homestay di Jophira Tintin. 

Nak ke homestay ni tak de jalan darat so kena naik bot. Ni di area Bungus, Teluk Kabung, Kota Padang.

Beautiful scenery.




Jernih airnya.





Pa'unchu begitu sibuk ambik gambar, testing his new lens 😄.

Alhamdulillah laut tenang masa tu.

Ada people knee deep fishing. 




Happy faces 😊. A wonderful start to our island hopping excursion. Actually ni la kali pertama saya jumpa Anna and Cik Gadis Bunga. Sebelum ni cuma kenal mereka melalui blogs. Dr. Singa pun baru sekali je saya jumpa, tu pun like years ago but we kept in touch. 


Amazing rock formations.


Selama atas bot tu, we were captivated by beautiful views. 




















Dan sampai ke Jophira Tintin Homestay. Terletak di sebuah teluk yang sungguh jernih airnya.

Pantai yang pristine.




Jophira Tintin. Homestay by the beach. Boleh dengar jelas deruan ombak memukul pantai dari dalam cottages ni. Such a beautiful place. We hardly see any other guests masa tu. Tak crowded macam beach resort lain. Tenang.





Ni the main house where all guests can hang out. 

Really nice place to chill. 

Lepas letak bag dalam cottage, we had lunch. 

Scrumptious! Rendang daging tu my favourite! And the ikan masak lemak. And the tahu goreng. Semua sedap lah! 😋

Lepas makan, jalan-jalan kejap di tepi pantai before going on the boat again untuk ke pulau-pulau.


Saw this guy, one of the pekerja there, bawak besen ni. Ada ikan rupanya. 

Yang tengah tu ingatkan apa, rupanya ikan! How unique!

Bersambung... 
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

7 comments:

  1. Cantik cantik jugak gambar pakai kamera tu en syed.. macam nak tiru jugaklah next trip!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'aa.. kira decent la jugak. Quiet an adjustment jugak for me sebab dah biasa guna dslr.

      Delete
  2. saya pinjam satu screen shot dari blog ni tau !!hehhee..

    belah kiri kapalterbang .. tu mesti Singgalang kan!!??


    sedappnya rendang tu kan!!?? dan ikan masak lemak tu..

    saya pun nak bawak kamera kecik je lepas ni!! hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je doc :).

      I think so. Saya geram sebenarnya masa ambik gambar dari kapalterbang tu. Susah nak focus on the mountain/sceneries sebab camera dok focus pada calar balar cermin tingkap kapal terbang :(. Tak pernah saya experience macam tu dgn kapalterbang other airlines.

      Sedap sangat! Lain dari rendang sini, tapi sedap! Apa agaknya bumbu-bumbu yang digunakan? Ikan lemak sana memang my favourite. Masa kita pergi restoran yg specialtynya ikan bakar, saya tetap makan ikan masak lemaknya... hehehe...

      Betul la doc. Lega sungguh rasanya bawak camera tu. Sebelum ni saya sibuk dgn camera/lenses sampai ada kalanya tak dapat nak enjoy. Dgn camera ni saya lebih seronok! Just point and shoot! :)

      Delete
  3. ha ah!! banyak sangat calar dekat cermin belah saya jugak! dah lah nampak kepak ! :))
    malam tu saya dengar ombak kuat .. terus doa dan doa agar esoknya tenang sebab kita nak balik ke daratan
    lepas tu sakit perut .. sib baik dak gb ada tinggalkan air segayng dua! kalau tak.. pasti kena pergi bilik air kat luar tu at 3 am!!
    hebat sungguh zoom kamera tu! sampai ke pakcik yang knee deep fishing tu pun clear!
    dalam besen tu pagi tu saya nampak banyak umang-umang jugak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Frust betul sebab views awesome2 pagi tu! Oh well.. hehe.
      Saya dengar juga ombak tu dan berdoa... tapi like for momentarily je, lepas tu terus terlena.. zzz.. :).
      Susah tu tgh malam sakit perut. Kalau u nak ke toilet luar tu pun boleh la jugak minta GB dan Anna temankan. If me? Nak kejut siapa?!! Dah la tak de lampu picit!
      Betul la doc. Saya mmg puas hati dgn camera compact tu.. syukur Alhamdulillah.
      Umang2?!! Saya tak nampak pun!

      Delete
  4. SubhaanaLlah, Maha Suci Allah...

    ReplyDelete