Morning tour kami diteruskan ke Jerudong Park. Tapi tutup pulak hari tu. Tapi park ni nampaknya macam taman-taman tema lain juga la so tak la rasa terkilan tak dapat masuk. Sejarahnya park yang dibuka pada tahun 1994 ni, dulunya sini la dibuat konsert besar artis-artis barat.
Ini Jerudong Park Garden, just across Jerudong Park. Juga tutup. Would have nice kalau dapat masuk. Actually saya prefer being in a garden rather than themed parks sebab nicer for photography.. hehe.
Ok, cerita ringkas-ringkas je la ya sebab Brunei ni tak banyak cerita yang saya ada.
Next kami lalu di Royal Brunei Golf & Country Club (RBGCC).
Dan tentunya ada padang golf kelas dunia.
Sebelah padang golf tu ada padang polo. Di sini kami diberitahu Sultan yang suka polo sports akan main polo di padang ni setiap hari from 4 pm to 6 pm.
Ini Gleneagles dan Jerudong Park Medical Centre.
Ini horse stables milik Sultan.
Berhenti kejap ambik gambar... hehehe... like typical tourists or what! Hahaha.. Still, horses are such lovely and amazing creatures and I'm sure that these are top breed and I have never seen such horses before. So it was a nice experience.
And how often la do I get to take photos of horses kan.. hehehe.
And even nicer experience bila kami dapat stop tepi kandang kuda ni 😊.
Aaa... my favorite shot of that day.. Alhamdulillah.
Next kami ke Pantai Jerudong.
Pantainya macam yang di Malaysia.
Tapi yang menarik pada saya ialah gerai-gerai ni.. hehe. Jom tengok apa yang mereka jual.
Durian udang merah.
Mula-mula reaksi saya.. Oooo.. cutenyaaaa... Tapi lepas tu.. 'Kesiannyaaa...' 😩.
Next a quick stop di Pantai Tungku. Dekat je pantai ni dengan Pantai Jerudong tadi.
Selesai dengan morning tour, kami balik semula ke hotel dan mula pula dengan afternoon tour pula. Semasa dalam bas tour guide kami, Hafizul banyak share info. Antaranya:
- Kalau nak gi shopping, go to Gadong area.
- Sini kalau potong satu pokok, mesti tanam semula 4 pokok baru.
- Tiada cukai pendapatan.
- Dulu ada industri minyak, gas dan getah. Now getah dah tak de tapi pokok getah di protect in case minyak habis.
- 6 sumber baru minyak telah ditemui, 2 di laut dan 4 di darat. Will lasts for 70 years.
- Kereta murah di Brunei. Dgn BND500 boleh beli satu kereta 1990's. Kereta lain, 23k for Vios, 70k Mercedes, 18k Proton. Car loan max 7 tahun depending on salary.
- Iwan, wakil travel agent yang jemput kami di airport semalam, dia tu orang Indonesia dan dia ada 3 kereta. Bila dia perlu duit, dia akan jual kereta dia.
- Universiti-universiti di Brunei: Universiti Brunei Darussalam, Universiti Teknologi Brunei, Universiti Islam Sultan Sharif Ali dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.
- Hukum hudud telah dilaksanakan di Brunei, yang pertama di Asia Tenggara.
- Driver bas kami tengahari tu adalah orang Surabaya, dah 8 tahun kerja di Brunei.
- Kalau tak solat Jumaat kena denda BND300.
- Mahkamah sepi. Tak de kes jenayah. Dulu banyak, orang Thai, India dan Vietnam, mereka minum arak lepas tu gaduh. Now tak ada lagi pekerja Thai dan Vietnam.
- Cuma ada satu sahaja gereja di Brunei.
- Bil air dan letrik dibayar secara perpaid. Sultan tak nak rakyat berhutang. Contohnya BND60 untuk letrik dan BND0.80 untuk air for 1 month.
- Brunei ada banyak duit zakat. So di sedekahkan kepada Acheh dan Masjidil Haram. Zakat juga dibayarkan semasa Ramadhan, diberi BND10 kepada kanak-kanak bawah umur 10 tahun yang datang solat Tarawih. And BND250 masa raya.
- Brunei tak de hiburan, so more on makan. Jadi ramai yang overweight dan ada diabetes.
Masjid Hassanil Bolkiah yang kami akan lawat lepas lunch.
Restoran Biji Kopi dan Daun Teh.. hehe. Tak, kami tak lunch di sini.
Kami lunch di sini. Hafizul kata usually dia tak bawak customers dia makan di sini tapi disebabkan kebanyakkan restoran tutup hari tu due to cuti umum, maka kami dibawa lunch di restoran Millennium ni.
Restoran ni milik anak saudara Sultan kata Hafizul. Also dia kata jangan ragukan kehalalannya sebab di Brunei ni cuma ada satu je restoran tak halal. Moreover, di Brunei ni checking halal dan kebersihan dibuat setiap minggu oleh Brunei Halal authority.
Sedap makanannya. Ada macam-macam hidangan buffet, from local food to western. Alhamdulillah.
Bersambung...
Saya list di bawah semua entries JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) for easy reference:
01) BRUNEI 2017 - DEPARTURE & ARRIVAL - EMPIRE HOTEL & COUNTRY CLUB
02) BRUNEI 2017 - JERUDONG PARK & GARDEN - RBGCC - JERUDONG POLO CLUB - PANTAI JERUDONG - PANTAI TUNGKU
03) BRUNEI 2017 - MASJID JAME' 'ASR HASSANIL BOLKIAH - ROYAL REGALIA - KAMPONG AYER
04) BRUNEI 2017 - MASJID OMAR ALI SAIFUDDIEN - PERPUSTAKAAN DEWAN BAHASA & PUSTAKA BRUNEI - CITY TOUR - PASAR MALAM GADONG
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment