Friday, February 10, 2017

SUMATERA BARAT 2017 - DAY 03 - PART 01 - ABDI HOMESTAY - LEMBAH ECHO

Pagi Hari ke 3 kami di Sumbar, saya bangun awal. Bersemangat nak keluar awal pagi nak pergi ambik gambar. Oh ya, slept like a baby last night, sejuk di Abdi Homestay, Lembah Harau ni. 

Jengok keluar jendela, kelam lagi. 

Tak pe, jom jalan-jalan. 

Ayam berkeliaran di laman. Nyaman masa tu.

Suasana begini yang buat saya nak ke Abdi Homestay ni sekali lagi. Kalau ada rezeki, don't mind untuk bermalam di sini lagi.

Kabus yang cantik dini hari. Sayang bukit tu dah tak hijau dengan tumbuhan kerana kebakaran. Tak pe, inshaAllah akan hijau semula nanti.


Air terjun di sini depends on the musim. Kalau musim panas tak de airnya. Last year masa saya ke sini, banyak airnya. 


Semoga bukit yang indah ini kembali hijau, lebih subur.


Titisan embun? Ke hujan malam tadi? Kalau hujan saya memang tak sedar... hehe.

Thanks Cik Anna for this photo 😊.

Abdi Homestay, indah dengan sawah padinya.

... indah dengan pemandangan gunung berkabusnya... 


Kalau malam tadi tak letih sangat, may be we could have a little gathering here, macam masa kami menginap di Tintin Homestay the night before.

Abdi Homestay yang berjaga begitu rapi oleh Pak Iqbal dan ibu Noni.

Tak ke nampak inviting! 😊

Jom ke tepian sawah. 

Dah pernah saya ambik gambar pemandangan ni masa menginap di sini dulu, but looking at this how could I not take a few more shots.. hehe. 



Bila dapat shots zoomed in macam ni, saya bersyukur compact camera saya ni mampu merakam apa yang camera dslr + lens 18-270 mm saya boleh rakam. Alhamdulillah. 







Picture perfect scenery!  

Le sigh....   



Pak Iqbal sedang membina sebuah lagi rumah penginapan besar. Masa berbual dengan dia, katanya rumah ni sesuai untuk group besar dan untuk family. Ini kerana beliau ada menerima banyak requests to accommodate bigger groups. Ada ruang tamu besar, bilik air dan beberapa bilik-bilik termasuk bilik di atas. Semoga Pak Iqbal terus maju!   

Sempat saya rakam kerja-kerja binaan dilakukan.   




Then it was time for breakfast! Macam-macam ada! Yumm! 😊  

Inilah nasi goreng ibu Noni yang saya impikan.. hehe. Simple tapi sedap sangat!  

Pa'unchu dah siap beritahu ibu Noni dan Pak Iqbal yang saya tengah mengidamkan nasi goreng ibu Noni. How embarassing lah.. hahahaha. Begitu saya menghargai, saya request berfoto dengan ibu Noni di dapur dia untuk buat kenangan.. hehehe. See how happy I was.. hahaha.   

Ini lamang tapai beli semalam. Masih ok lagi untuk dimakan. Manis!  

Hidangan sarapan kami dilengkapi dengan buah manggis yang dibeli oleh Cik Gadis Bunga semalamnya.   

Juga buah avocado. Lemak buah ni.  

Lepas sarapan saya balik ke cottage dulu. Ke toilet.. hehehe. Lepas tu bila jengok ke luar tingkap.. ehhh... kawan-kawan saya dah ke bendang, dibawa oleh Pak Iqbal. Jangan tinggal dakuuuu.... 😊.  

Bergegas la saya ke sawah. Ehhh... cekap jugak kawan-kawan saya tu meniti batasan sawah.. hehe.  

Pemandangan yang cukup indah di sawah di Abdi Homestay ni.  

Toleh belakang kejap dan ambik gambar. Masa ni dah jauh ke tengah bendang.  

Dan berselfie kejap.. hehehe.  

Ada pesawah sedang membajak.   


Rakan-rakan sedang sibuk mengambil gambar sambil diperhatikan oleh Pak Iqbal 😊.  


Beautiful morning light!   

Cik Anna sedang ambik gambar bunga. Hati-hati, balance betul-betul... terguling pulak nanti.. hehe.   

And sometimes, we must let go of the camera and be immersed in the beautiful sceneries.   





Macam biasa, kena ada satu panorama 😉.  

Di sawah ni ada satu jalan concrete kegunaan penduduk kampung. Lega sebab tadi dok balancing masa jalan atas batas.. hehe.  


Ada itik! Excited.. hahaha.   


Di antara petak-petak sawah ada kebun cili.   

Comel je itik-itik ni. Kecoh mulut quacking.. hehe.   



Wonderful friends with beautiful scenery. Abadikan berfoto bersama Pak Iqbal.   



Diwefie oleh Cik Selfie .😊  



View Abdi Homestay yang tak pernah lagi saya rakam sebelum ni.  





Selesai jalan-jalan, kami pack up dan check out. Kami mengucapkan terima kasih pada Pak Iqbal dan ibu Noni for their hospitality dan friendship, semoga kami dapat jumpa mereka lagi, inshaAllah. 

Next stop di Lembah Echo. 

Antara perks bila ada tour guide yang juga suka dan rajin ambik gambar, dapat la foto-foto macam ni 😊. Truth be told, Pa'unchu bukan sekadar tour guide kami, dia dah jadi sahabat kami 😊. 

Since dah ada di situ, kami jalan sekali ke homestay Lembah Echo ni. 



Cantik pemandangan di sini.


Since dah di lembah gema, maka kami pun menjerit-jerit la nak dengar pantulan suara. Sakit tekak melolong-lolong.. hehehe. 

Memang cantik homestay di sini. Tapi hati kami tetap pada Abdi Homestay 😊. 


Terjumpa pelancong dari Malaysia. 

Ada surau.

Ada cottage yang private.






And fun photos from my friends 😃.


Thanks Cik Anna. I love this shot 😊.

Next nak pergi tengok air terjun akar berayun. On the way we saw pemandangan ni yang sebelum ni ada sawah. Tapi sekarang ada lapangan untuk menunggang kuda. Also nampak tak bukit belah kanan tu? Rupanya kebakaran di bukit tu bukan sahaja yang kami nampak di Abdi Homestay tapi juga di kawasan ni!

Juga dah ada platform with sign 'Harau Valley' untuk berfoto-fotoan.

Ini lah Air Terjun Aka Barayun. Kering masa kami di situ. Last year banyak airnya dan kolam di bawah air terjun ni penuh. 

Then Pa'unchu tanya nak makan durian tak? Dan minum air kelapa? Jom!

Masa nak park kereta, saya ternampak pak cik ni ada tatoo. Sememangnya dah lama saya fascinated dengan tatoo mereka ni. Tak perlu saya bahaskan di sini yang dalam Islam tatoo adalah haram. Samalah fascination saya pada mereka yang membela anjing yang mereka pegang, peluk dan ribakan contohnya masa naik motor. 

Anyway, saya fikir tak akan ada masa lain saya berpeluang melihat tatoo mereka dengan dekat kecuali pada masa tu. Jadi saya pun bertanya senyap-senyap pada Pa'unchu boleh ke saya nak tengok dan ambil gambar tatoo mereka? Saya tanya juga adakah permintaan saya ni tak wajar dibuat dan dianggap tidak sopan? Saya bertanya tu pun sebab Pa'unchu kenal mereka yang ada di situ seperti tuan punya gerai durian dan air kelapa tu, yang Pa'unchu dah kenal lama semasa dia tinggal di kawasan ini. 

Pa'unchu kata 'Bolehhh...'. Still I was feeling quite apprehensive. Terus je bertanya pada tuan punya gerai. He just smiled sheepishly and showed me his calf tatoo. At that time riuh la sekejap gerai tu dengan permintaan saya nak ambik gambar tatoo di betis ni... hehe. Agaknya tak pernah-pernah ada permintaan macam ni kot. Saya buat tak kisah je la.. hahaha. 

Interesting, no?

Saya ingatkan tu je la, then Pa'unchu tanya sorang lagi kawan dia. Dia kata this guy ni lagi hebat tatoo dia, penuh badan dia ada tatoo. Siap mintak this guy to take off his t'shirt. Ehh.. cepat-cepat saya kata tak payah la, and just took his hand tatoo. 



The guy was very nice. He then even showed me his calf tatoo as well. Lagi impressive dari calf tatoo tuan punya gerai. Ni tatoo pada kaki kiri belah belakang. 

Yang ni tatoo kaki kiri juga tapi belah tepi. 

Anyway, enough about tattoos.. hehe. Hidangan durian dan air kelapa di depan mata 😋. Musim durian masa tu kata Pa'unchu. 


Bersambung....

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. teringat plak cerita mistik dak ana di loteng rumah kita orang .... hehehe..
    saya tak paksa dia didr kat atas.. main-main je!! hehheehee
    kalau ke Sumbar lagi .. saya nai tidur sini tiga empat malam!! tak nak jalanjalan ke mana mana.. nak tidur dan makan je..

    kita orang tertanya-tanya jigak mana encik syed masa tu .. nak ajak ke bendang .. rupa-rupanyaaaa.....
    menyahut panggilan alam...

    jenuh pak iqbal berhenti0-henti tunggu .. kejap-kejap berenti.. kejap kejap berenti..
    rumput liar tepi sawah punnn nak ambik.. mesti dia kata gitu!! kihkihkih..

    lawa lah zoom itik tu! lagi canti dari yang saya boleh zoom dengan kamera saya!!

    berlakon sungguh kan gambar yang tengah menjerit tu!!!!hahhaaaa...

    ha ah..
    bukan guide
    dah jadik sahabat kita semua dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... mistik sungguh. Syukur tak jadi apa2 kan. Saya last year dok situ sorang2. Pulak tu dok cottage yg ada loteng tu. Mlm tu memang la ada macam-macam bunyi. Masa tu saya fikir baik je la, yg 'mereka' cuma nak menumpang. Saya pun 'cakap' la baik-baik. "Mohon jangan diganggu ya". Gitu lah lebih kurang. Alhamdulillah tak de berlaku apa-apa.

      Kan. That would be a terrific idea! Masa saya balik rumah hari tu dari Sumbar ni, saya dah kata the same thing to my wife, next time kalau kami ke sana, nak just relaks dan jalan sikit-sikit je. Talking about this, ingat tak customer Pa'unchu yg barang dia saya deliver tu. Saya jumpa dia bagi kotak dari Pa'unchu and he said dia dan family dia dah 7 kali ke Padang. Dan the last few visits tu, mereka just relax je dan makan-makan. Btw, kalau doc ada plan nak ke Turki dan Jordan, boleh contact dia sebab dia ada kawan2 student di sana yg boleh bawak jalan-jalan, for a fee of course. Lagi murah la dari harga pakej kata dia. Excited I dengar sebab kalau jln2 dgn orang yg dah memang lama di sana, mesti lagi 'exclusive'.

      Hahaha... Oooo.. penting tu, takut karang dalam perjalanan kena carik jamban pulak.. hehehe.

      Hehehe.. tak pe, sure dia dah faham sangat dah tu. Sporting betul kan Pak Iqbal tu.

      Compact camera ni saya notice fotonya lebih 'posting' ready, tak perlu sangat nak edit bagai. Just minor adjustments. Kalau nak post terus apa yg di download dari kamera pun boleh. Tapi since I dah terbiasa gatal nak edit2, so edit2 la jugak. Lama2 rasa leceh dan ended tak edit pun atau edit sikit je.

      Hahaha... bagus kan lakonan kita semua.. hahaha...

      Semoga persahabatan berterusan, insyaAllah.

      Delete