Seterusnya kami nak ke Padang Mengatas. Saya requested nak ke sana selepas seorang rakan dari Indonesia yang saya kenal di Instagram mencadangkan supaya saya ke sana. Ada ladang lembu yang cantik di situ macam yang di NZ tu.
Jadi saya pun check la dalam internet, memang cantik tapi tempat tu adalah ditutup pada umum dan perlukan permohonon dan kebenaran untuk dilawat. Dulu di buka, tapi lepas Jokowi lawat, tempat tu jadi famous dan ramai yang datang melawat. Langsung tempat tu jadi kotor dengan sampah sarap dan ada pulak pelawat yang beri makan pada lembu-lembu di situ. Mana la boleh buat macam tu, kan ni ladang penyelidikan.
Anyway, Pa'unchu kata kita pergi je ke sana dan tengok macam mana nanti. Kami ok je la.
Tiba di Balai Pembibitan Ternak Unggul Hijauan Pakan Ternak (BPTUHPT) Jl. Padang Mangatas, Mungo, Luak, Kabupaten Lima Puluh Kota, Sumatera Barat.
The do's and don'ts.
Ranch penternakan ni lokasinya di kaki Gunung Sago.
Kami passed through a long and scenic road yang di tepi belah kirinya ada ladang rumput hijau yang luas dan ada banyak lembu. Cantik dan gemuk lembu-lembu tu.
Ada 1,250 ekor lembu di sini. Terdapat 3 jenis lembu yang dibiakkan iaitu lembu baka simental, limosin dan lembu pesisir atau local breed.
Ini adalah jenis lembu simental.
Pa'unchu cari dulu tempat parking yang proper. Tak boleh main park tepi jalan je.
Memang cantik ranch ni. Bersih, udara segar dan sangat hijau suasananya.
Anak lembu simental yang comel 😊.
Pemandangan dalam ranch ni memang cukup indah. Kebetulan mendung masa tu, jadi atmospheric pulak 😊.
Lembu-lembu di situ kami nampak semuanya besar dan sihat!
Mewah makan lembu-lembu di sini sebab di area ni even masa musim panas tetap ada banyak rumput hijau. Beratus ekar besarnya kawasan ladang ternak ni.
Macam-macam tagging di telinga lembu ni.
Dari jauh Pa'unchu beri signal suruh kami pose.. hehe.
Ok, saya share some of the beautiful padang rumput sceneries di ladang ternak ni.
Ke kawasan kandang. Bau memang la semerbak masa jalan di sini.. hehehe.
Lagi beberapa pemandangan indah di sini. MashaAllah, cantiknya!
Kami diberitahu kalau nak tengok banyak lembu-lembu roaming the green fields, boleh ikut jalan ni, dalam 2 km further inside. We were on foot masa tu, so tak jadi lah.. hehe. Boleh actually, jalan pelan-pelan tapi we cannot spend too much time here.
Ada lawatan adik-adik tadika comel masa tu. Meriah ceria suasana.. hehehe.
Salah satu gate masuk ke padang rumput.
Maka perlulah berselfie satu di sini 😃.
Ni lah pertama kali saya berada di tempat macam ni, di padang rumput hijau subur yang luas sejauh mata memandang tanpa sebatang pokok pun, dengan kaki gunung di horizon, lengkap dengan langit yang dramatik. Alhamdulillah.
Sempat juga saya bergambar dengan guru-guru tadika yang datang melawat ke tempat ini bersama murid-murid tadika mereka. Lupa pulak nama mereka.
Dan bergambar beramai-ramai.. hehe.
Satu foto oleh Pa'unchu 😊.
Kami berjalan lagi sambil snapping more photos of this beautiful place.
Kami tiba di satu kandang di mana ada beberapa ekor lembu. Di sini ada sapi simental. Juga dikenali sebagai Sapi Metal. Di Australia dipanggil Fleckvieh dan di Perancis dipanggil Pie Rouge.
Sapi simental ni pertama kali dibiakkan di lembah Simme, Switzerland. Selalunya specis lembu ni berwarna coklat/merah bata dan muka, kaki dan hujung ekor berwarna putih.
Sapi simental ni dibiakkan untuk susu dan dagingnya. Yang jantan beratnya boleh sampai 1,150 kg. Yang betina boleh sampai 800 kg.
Cakap pasal susu, jom kita minum susu sapi dari ladang ternak ni di Ren's Milk 😃.
Sempat je Pa'unchu ambik gambar kami.. hehe.
Susu yang dijual datang dalam 3 rasa, yang murni, perasa vanilla dan perasa coklat. Sumber susu segarnya adalah dari ladang ini. Saya beli yang perasa vanilla with less sugar (but of course). Oooo.. sedap lemak 😋.
Sebelum beredar kami singgah dulu di padang rumput yang kami nampak masa kami drove masuk ke bahagian parking di pejabat ranch ni.
Banyak lembu-lembu di sini.
Lepas tu kami ke tepi padang sekejap for a quick stop.
Ibu dan anak.
Si kecik ni sibuk nak menyusu 😃.
Nibble, nibble... mencari puting.. hehehe.
Beautiful scenery dengan berlatar belakangkan banjaran.
Sempat je Pa'unchu minta toleh.. hehehe.
Such a beautiful healthy cow!
Panorama satu 😊.
Sebab tu saya tak ambik group photo dengan kamera saya sebab Pa'unchu dah ambik banyak dah.. hehehe.
Pada saya memang menarik dapat melawat ladang ternakan lembu di Padang Mengatas ni. Seperti yang selalu harapkan, saya suka kalau ada kelainan tempat-tempat yang saya lawati. Kepelbagaian ni saya suka sebab ia akan memberikan pengalaman yang unik untuk setiap tempat yang saya lawati menjadikan keseluruhan vacation jadi lebih adventure 😊.
Syukur Alhamdulillah.
Meneruskan perjalanan ke satu lagi lokasi untuk berfoto-fotoan 😊.
Bersambung...
Saya list di bawah semua entries JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) for easy reference:
01) SUMATERA BARAT 2017 - DAY 01 - PART 01 - DEPARTURE - MASJID RAYA - JOPHIRA TINTIN
02) SUMATERA BARAT 2017 - DAY 01 - PART 02 - PULAU PAGANG - PULAU PAMUTUSAN
03) SUMATERA BARAT 2017 - DAY 02 - PART 01 - JOPHIRA TINTIN - SAWAH PADI
04) SUMATERA BARAT 2017 - DAY 02 - PART 02 - PUNCAK KAWA - DESA PARIANGAN - BALAI ADAT - NAGARI RAO-RAO
05) SUMATERA BARAT 2017 - DAY 03 - PART 01 - ABDI HOMESTAY - LEMBAH ECHO
06) SUMATERA BARAT 2017 - DAY 03 - PART 02 - PADANG MENGATAS
07) SUMATERA BARAT 2017 - DAY 03 - PART 03 - TARUSAN KAMANG - GOING HOME
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
kat mana encik syed baca tentang baka-baka lembu tu?
ReplyDeletesaya tak sempat cari kat web site dia hari tu ..
limosin?
sentimental?
hehehe...
masa encik syed dok selpoe dengan cikgu-cikg tu kita orang dok gelakkan dari jauh!!
lepas tu join sama !! :)
comel anak lembu yang tengah mencari nenen tu!!
saya suka gambar yang ada lembu dengan banjaran Barisan kat belakang dia tu
cantik kan tempat ni!!!!
suka sangat!
Tak ingat exactly, tapi it was an article about penternakan sapi di Sumbar. Dari website ladang ternak ni sendiri saya tak jumpa maklumatnya. Susah betul nak navigate website tu. Ke saya yg tak reti.. hehe.
DeleteHehe.. yep.. limosin dan simental. Lembu limosin tu tegap betul!
Hahaha... jahat! Actually, cikgu-cikgu tu yg approached me first asking me to take their photos. Langsung saya mintak bergambar sama. Peramah betul mereka.
Kan. Mak dia tengah sibuk meragut dia nak susu pulak masa tu. Dah tu dari arah bontot mak dia pulak tu.. hahaha.
Memang cantik sangat. Scenic habis!
Wah.. kemarin saya pulang kampung datang ke padang mengatas tak dapat izin dr penjaga. Beruntung anda,pak.. hehe
ReplyDelete