Monday, February 6, 2017

SUMATERA BARAT 2017 - DAY 02 - PART 01 - JOPHIRA TINTIN - SAWAH PADI

Saya sambung cerita...

Awal pagi saya dah jengok keluar. Sejuk nyaman dengan bunyi ombak. Rasa macam nak masuk balik, rebah ke katil dan tarik selimut...hehe. It was after all a vacation. Last-last, keluar jugak la sebab nak explore dan ambik gambar 😊. Lagi pun morning light nice and soft. Also sarapan pun lambat lagi.. hehe. 

Cottage ada anjung. Nice.



Ini cottage saya. 

Ini cottage kawan-kawan saya. Tak tau la mereka tidur balik atau tak.. hehe. 

Jom jalan-jalan di tepi pantai. Sambil tu baca-baca la jugak apa yang patut. Maklum la berada di tempat yang foreign bagi saya ni.

MashaAllah, cantiknya.

Blue hour gitu 😊. 


Tenang laut masa tu. So serene.

Awal pagi dah ada bot di laut. Mencari rezeki. 


Panorama satu 😊.

Satu lagi.


Jom sarapan. Sedapnya! Agaknya dalam suasana macam ni memang selera datang. Dah la lapar masa tu. 

Lepas makan jalan-jalan lagi di tepi pantai kali ni nak freeze ombak pulak. Dah terang dah masa ni so boleh la freeze2. Ok jugak camera compact ni boleh dapat shots macam ni. Alhamdulillah.




Packed and check-out. Tapi bergambar dulu 😊. 

Satu lagi di pantai pulak.. hehe.

Kami naik bot lagi.  



Bye Jophira Tintin. 

Dan pastinya sedaya upaya ambik lagi gambar walau pun goyang-goyang naik bot..hehe.  






Bot tak boleh laju dan ada kalanya perlu diperlahankan bila merentas/memotong ombak. More like mesti menyusur ombak. Otherwise, melambung la..hehe. 



Views memang la breathtaking.






Melalui tepi Pulau Pasumpahan. 




Saya suka tengok ombak di batu-batu macam ni.



Itu adalah Pembangkit Listrik Tenaga Uap (PLTU) Teluk Sirih. Pembangkit gitu 😊.


Dari bot menuju ke tempat kami akan turun nanti boleh nampak Air Terjun Lubuk Hitam yang terletak di kaki Bukit Barisan. Tapi nampak 2 tingkat je dari Teluk Bungus ni. Jauh sungguh air terjun tu dari lokasi bot kami masa tu sampai kena zoom seketat-ketatnya. Punya la susah nak focus dan framing sebab terumbang ambing... hehe. Dapat la shots ni.. jadi la buat kenangan 😊. 


Itu adalah Masjid Nurul Yaqin Muhammadiyah, Kecamatan Bungus, Teluk Kabung, Kota Padang.


Memang teringin nak tengok dengan dekat 'kepak' bot nelayan tradisional yang dipanggil bagan ni. 'Kepak' ni membantu mengimbang bot semasa laut bergelora. Interesting. 

Sebuah bagan, bot nelayan tradisional di kawasan Teluk Bungus.



Alhamdulillah, selamat tiba.

Cik Gadis Bunga dengan sample rumpai laut 😊.


On to the first destination pada hari ke 2. 


Dari Teluk Bungus, kami lalui pula Teluk Bayur. 

Anjing dan tuannya naik motor, satu pemandangan biasa di sana. 
Not sure apa yang lelaki tu sodok dari dasar sungai tu. 

Trafik jam sikit kerana ada kerja-kerja pembesaran jalanraya. 

Stasiun Kereta Api Duku. 

Rumah-rumah dan gerai betul-betul di tepi landasan keretapi. 

Stop kejap di petrol station for toilet break. Ternampak kerepek jering ni, terus Pa'unchu beli. Sedap pulak rasanya. Ngunyah le kami ramai-ramai dalam kereta.. hehe.

Stop pulak di gerai buah-buahan. 

Cik Gadis Bunga suka avocado so she bought a few. 

Manggis yang so succulent! Juga dibeli oleh Cik Gadis Bunga. 

Ada durian juga. Tengah musim durian di situ kata Pa'unchu. Dan murah harganya. Tapi kami tak beli sebab nanti habis bau kereta Pa'unchu.. hehehe. Kata kawan saya DrSinga kalau nak hilangkan bau durian dalam kereta, ambik tangkai buah durian tu dan dikelar tengah-tengah dan letak pada aircon blower kereta. Akan hilang bau semerbak durian tu. I never knew... 

Stop for lunch 😊.

Makanan standard di Padang. 

Restoran ni specialtynya ialah ikan bakar. Tapi saya lebih suka ikan masak lemak tu 😋. Ikan bakar tu? Hmm.. ok la.. sedap rempahnya.

Masa dalam perjalanan tu boleh nampak Gunung Marapi (kiri) dan Gunung Tandikat (kanan). So magnificient! MashaAllah.


Kami lalu je, tak turun di Air Terjun Lembah Anai ni sebab semua dah pernah visit before this.


Ternampak sawah padi luas terbentang. So Pa'unchu pun berhenti di sini for some photoshoot. Actually ni sawah yang sama yang pernah saya lawat semasa ke Sumatera Barat tahun lalu. Saya jengok-jengok jugak kot Mak Aciak ada ke di rumah makan tu tapi tak de. Teringat masa dulu ke sini saya pinjam selipar Mak Aciak pakai turun jalan-jalan ke bendang di bawah tu.. hehe. 

Pemandangan sawah di sini memang cukup indah. 




Padi sedang menguning. 



Dan kami terus jadi subjects photography Pa'unchu. Well, in this case it was the durian.. hehehe.


Dari jauh ternampak pak cik ni. 



Lepas tu kami naik balik kereta dan jalan lagi dan Pa'unchu pun berhenti di sebuah lagi kawasan sawah. 

Berdiri di tepi jalan ni susah juga nak ambik gambar yang clear. Ada banyak pokok. 

Maka di zoom ketat sikit.. hehe. Haa... baru nampak jelas tingkat-tingkatnya. 

Opposite the road ada juga sawah. Pesawah-pesawah sedang mengerjakan sawah mereka. 




Semula ke belah sini jalan. Punya la susah nak dapatkan shot ni. Terpaksa terjengket-jengket... hehe. 

Ehhh... ada landasan keretapi rupanya. Nampak macam landasan yang masih lagi digunakan. Imagine la kalau masa tu tengah ada keretapi lalu!

Sedang kami berlima sibuk ambik gambar, di tepi sawah ni ada sebuah rumah, dan owner rumah tu yang masa tu tengah buat renovation jemput kami ke balcony atas tingkat satu rumah dia yang mengadap sawah di bawah tu. Cantik pemandangan dari situ kata dia. Ehhh... laju je kami naik ke atas. Tapi memang best orang sana. Sangat peramah dan bersahabat. Terima kasih pak!

Haaa... wahhh... cantiknya! MashaAllah...

Maka sibuk la kami berlima mengetik dan mengetik. Pandangan 180° yang sungguh memukau.

Sambil kami ambik gambar di balcony tu, pak cik owner tu bercerita yang dulu pernah ada seorang pelukis dari luar negara, kalau tak silap dari Germany, yang minta izin melukis view tu dari balkoni rumah dia ni. 

Baik, jom kita zoom-zoom. Ketat sikit.

Zoom ketat sikit lagi.

Zoom tahap ketat separuh maksima.. hehe. 

Huishh.. tingkatnyaaa... 

Di sini saya demo kebolehan zoom camera compact yang saya guna. 
Foto kiri adalah normal shot tanpa zooming. Foto kanan adalah zoom hampir maksima untuk bahagian kotak merah dalam foto kiri. Saya tak zoom sehabis maksima sebab nanti kualiti fotonya terjejas.   

Selain tanaman padi, ada juga kebun sayur. 

Mula-mula saya tak perasan ada burung-burung ni. Jauh sangat ke kiri sudut view, tu yang tak perasan tu. Thanks to my friends yang beritahu 😊.


Tu, dalam foto kanan tu, tak ke jauh benor, mana nak nampak burung-burung tu.. hehe. 

Kami tak lama di balkoni rumah pak cik tu sebab kan rumah orang. Berpada-pada la kan. Needless to say, we were very thankful to the pak cik. 

Lepas tu kami sembang pulak dengan mak cik ni yang tengah raking beras padi. Saya tanya kalau hujan macam mana mak cik, dia jawab ada palstik untuk tutup. Me, the worrier.. hahaha. 
Saya tanya apa beza padi yang warna gelap yang dia tengah ratakan tu dengan padi yang di hujung sana yang warna terang sikit tu. Mak cik tu kata yang dia ratakan tu padi gred yang lebih bagus. Yang sana tu kurang sikit. 

Ni padi gred yang bagus. Kata Pa'unchu lain kawasan, lain nama padinya dan grednya yang considered to be good. 

Beberapa lagi shots pesawah.




Dan rasanya saya tak akan jemu-jemu ambil gambar sawah.. 😊.

Bersambung... 
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. En Syed, PM kamera! hehehehe!!

    unbelievably good lah the photos!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nice kan! I was quite surprise bila review dalam PC. Alhamdulillah, saya puas hati dgn camera compact tu.

      Delete
  2. kerepek jering tu sedap
    manggis tu manis
    ikan bakar tu sedap
    tangga naik ke balkoni rumah itu tinggi!
    sawah itu cantik
    kamera encik syed itu best!!

    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree, agree and agree semua.. hehehe..

      Bila nak beli satu?

      Delete