Wednesday, February 8, 2017

SUMATERA BARAT 2017 - DAY 02 - PART 02 - PUNCAK KAWA - DESA PARIANGAN - BALAI ADAT - NAGARI RAO-RAO

Seterusnya Pa'unchu nak bawak kami ke satu lagi tempat dengan pemandangan sawah yang cantik. Di satu puncak. So dapat tengok view dari atas. 

Terus juga merakam suasana semasa dalam perjalanan.

Aaa... I like this shot 😊.



Masuk area Pariangan. Ada banyak tempat yang boleh di lawat di sini. Tapi kami ke Puncak Kawa dulu. 

Melalui kawasan kampung. 

Drive naik ke puncak.


Sampai di  Puncak Kawa di Jorong Guguak. Ada cafe di sini yang dinamakan Puncak Kawa. Pa'unchu kata we should try kopi kawa di gerai ni. 

Pada menu gerai ni ada kopi kawa. Kalau nak yang campur susu pun ada. 

Tapi sebelum minum-minum dan rehat, mesti la nak ambik gambar dulu 😊.


Dan inilah pemandangan dari Puncak Kawa. Cantik sangat. MashaAllah. 

Spot ni bukan la tempat yang tertinggi di kawasan ni sebab further up ada area penduduk yang lebih tinggi lagi. Tapi dari sini pemandangannya cukup jelas dan lapang. Senang nak ambik gambar. 

Ada sawah bertingkat, hamparan bukit bukau hijau. Segar mata memandang. Tapi lupa pulak nak berselfie di sini... hehe.

Tadi dapat shots pembajakan guna traktor bajak, yang ni dapat yang guna lembu 😊.

Kebetulan ada akak ni tengah lalu. 

Haaa.. ni la kopi kawa. Serve dalam tempurung kelapa. Mula-mula rasa pelik kopi ni. After a few sips, rasa sedap jugak la. Habis saya minum.. hehe. Di meja cafe ni pulak ada macam-macam jajan. Kek/roti tu pun sedap! Kami order juga pisang cheese coklat. Huu.. manisnyaaa... 😋.


Few more shots before we leave.


Harus ada satu panorama 😊.

Selesai ambik gambar dan minum-minum makan jajan, kami pun bertolak ke destinasi seterusnya. 


Ada banyak rumah gadang di sini. Agaknya yang ni dah dibuat homestay. Would be cool to stay in a rumah gadang.

Signboard of places of interests di area Pariangan ni. Ada 'Desa Terindah Di Dunia' di sini and that was where we were heading. 

Sebuah rumah gadang dengan jemuran padi di halaman. Could not have been more authetic than this! 😊


A closer look of the papan tanda.

Masa on the way tadi ada kami ternampak Kuburan Panjang tu tapi tak sempat ambik gambar. And we did not make a stop there. Tapi one thing for sure, memang kubur tu sangat panjang. 



Ok, jom kita jalan masuk ke desa tu. 

Ada sebuah masjid besar di sini. 

Ini ialah Masjid Ishlah, Masjid Tua Minangkabau. Masjid ini merupakan salah satu masjid bersejarah kerana berada di Luhak Nan Tuo (desa tertua). 'Ishlah' adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud damai. 
Masjid Islah ini dahulunya dibangun oleh Syekh Burhanuddin,tokoh pengembang ajaran Islam di daerah Minangkabau, atas persetujuaan Tuangku Nan Barampek, yaitu Tuangku Labai, Tuangku Katik Basa, Tuangku Aji Manan, dan Tuangku Kali Bandar, dengan sejumlah tukang yang dipimpin Datuk Garang. Keunikan lain dari Masjid Islah ini adalah tersedia pancuran air angek ‘panas’ yang berasal dari Gunung Merapi untuk berwudhu dan mandi.
Sumber: http://duniamasjid.islamic-center.or.id/1007/masjid-islah/

Kami pun terus bersolat di situ. Panas sungguh airnya masa ambik wuduq.. hehe. 

Sesuai dengan pepatah adat “Adat basandi Syarak, Syarak basandi Kitabullah, Syarak Mangato, Adat Mamakai”, ini mengindikasikan bahwa antara adat dan agama saling keterkaitan antara satu dengan yang lain.
Sumber: http://anaknagaripariangan.blogspot.my/2016/10/masjid-ishlah-pariangan-pusat-peradaban_26.html 

View dari tingkap masjid. 

Selesai solat saya pun berjalan-jalan di sekitar kawasan masjid sambil ambil gambar. 



Kalau ada masa teringin juga nak naik ke atas melalui tangga tu. Sure cantik. 


View Masjid Ishlah dari jambatan.

Di bagian bawah pemandian ini mengalir sebuah sungai yang bernama Batang Bangkaweh. Di sungai ini hidup berbagai jenis ikan, namun tidak boleh ditangkap oleh siapapun. Di Sumatera Barat ada beberapa tempat seperti ini, dimana ikan yang hidup di suatu tempat terlarang untuk diambil. Masyarakat setempat menyebutnya “Ikan Larangan”. Ada denda besar menanti bagi siapa saja yang berani menangkap atau meracuni ikan yang hidup di sungai ini.
Sumber: http://www.marahadil.com/pariangan-desa-terindah-di-dunia/


Naik ke spot viewpoint. Tinggi juga tangga ni tapi tak la penat sebab stop beberapa kali ambik gambar 😊. 


Sampai dah. 

Inilah view 'Desa Terindah Di Dunia'. Cantik!

Di bawah tu tangga yang kami panjat tadi. Di halfway tu ada papan tanda 'Kolam Renang' tapi kami tak nampak pun. 

Panorama satu 😊.

Wefie satu. No idea why I was showing my teeth like that.. hehehe 😁.

Di bawah binaan atap gonjong papan biru tu ada Batu Prasasti, batu bersejarah. Tapi dari apa yang saya baca tulisan di batu tu dah tak nampak jelas. 

Gonjong and minaret. 

Haaa.. itu la tangga yang saya berangan nak naik tadi, nak jalan-jalan bahagian atas desa ni. Huih.. tingginya.. hehehe. 


Selesai menikmati keindahan Desa Pariangan ni, kami pun berjalan keluar ke tepi jalan utama. Bertembung pula dengan adik-adik ni. Salah seorang dari mereka ada anjing yang sangat comel ni! 

Berjalan ke jalan utama tepi sawah.

A couple of shots of this mak cik while she was tending to her kebun. 

How can I not, right! Hehehhe.. 

Seterusnya kami ke Balairung Sari Tabek berlokasi di Jorong Tabek, Nagari Tabek, Kecamatan Pariangan, Kab. Tanah Datar. 

Bangunan ini berasal dari periode Islam kira-kira abad ke-17/18 Masehi. Balairung Sari Tabek merupakan bangunan balai adat yang terbuat dari kayu dengan atap dari bahan ijuk dengan enam gonjong dan lantai panggung. 
Sumber: http://kebudayaan.kemdikbud.go.id/bpcbsumbar/2016/02/16/594/

Tantetjo Gurhano adalah orang dibalik pembuatan Balairung Sari Tabek ini, dengan menerapkan bentuk bangunan tradisional Minangkabau. Bangunan Balairung Sari ditopang tiang kayu yang berjumlah 18 pasang, dengan tinggi tiang 3 m. sedangkan tinggi panggung adalah 1 m. Bangunan ini memanjang dan tanpa dinding, berukuran panjang 18 m dan lebar 4.40 m.
Sumber: http://kebudayaan.kemdikbud.go.id/bpcbsumbar/2016/02/16/594/




Balairung Sari ini digunakan sebagai tempat berkumpul, musyawarah dan atau pertemuan adat, masih bertahan hingga sekarang. 






Lepas tu Pa'unchu singgah di gerai ni, suruh kami try juga Lamang Tapai. 



Lemang ni dimakan bersama kuah tapai dan pulut hitam.

Bungkus nak makan malam nanti.

Next, kami ke Nagari Rao Rao, Sungai Tarab, Kabupaten Tanah Datar. Ada rumah gadang lama yang besar di sini kata Pa'unchu. 

Dinding rumah gadang yang sudah usang. 

Bahagian rumah gadang yang sama, dah bersambung dengan rumah batu.

Tiba-tiba sesuatu yang tak diduga berlaku. Saya lihat Cik Anna seperti hendak rebah. Saya panik. Ehh... She kept saying she was not able to walk further, she needed to rest for a while. Pucat muka dia masa tu. Terus je dia baring di verandah rumah pale pink belah kiri tu. Kebetulan kerusi-kerusi di situ ada pillow seat, terus Cik Anna took both pillows dan baring. Kesiannya! Of course all of us tried to help her. 

Within seconds, datang 2 orang mak cik dari rumah seberang dan rumah sebelah bertanya apa dah berlaku. They were genuinely concern about Cik Anna and even suggested Cik Anna segera dibawa ke hospital. Then terus ibu Rahimah (yang duduk di kerusi) balik ke rumah dia di sebelah dan bawakan secawan air teh super manis untuk Cik Anna. Saya dok tengok telan air liur je masa tu. Terus la saya bergurau dengan ibu Rahimah tanya kenapa secawan je tehnya... hehehe. 

Lepas tu kami didatangi pula oleh 2 orang lagi mak cik. Maka jenuh la kami menjawab soalan-soalan mereka. Yang challengingnya kami tak berapa faham bahasa Minang, sikit-sikit here and there tu boleh la. Then Cik Gadis Bunga dapatkan Pa'unchu yang masa tu di kereta. Bila Cik Anna dah beransur pulih, ibu yang bertelekung tu then bercerita yang 2 houses away ada rumah batu besar 2 tingkat pemiliknya bernama Helmi, ada bekerja di Malaysia, yang dulunya seorang pelakon. And she told us the exact same thing like 3 times.. hehehe. Agaknya dia bangga dengan kejayaan Helmi 😊.

Sebenarnya sebelum kejadian nak rebah tu, Cik Anna kata dia telah terkejut tiba-tiba masa sampai tempat ni ketika dia sedang sangat lena tertidur dalam kereta semasa perjalanan. Jadi dia mamai. Then satu kejadian negri berlaku bila jari dia tersepit pada pintu kereta! Ouch! Jadi dari mamai dan terkejut from the excruciating pain, tu yang dia jadi goyang dan vertigo. Kesian! 

Sambil Cik Anna menikmati kesedapan menghirup teh, kami bersembang dengan ibu Rahimah dan ibu Upik. Ibu Upik tu lucu la. Nampak tu masa ni dia tutup kepala dengan tuala mandi je. Tapi bila kami nak bergambar bersama dia, dia balik rumah dulu dan pakai tudung proper.. (see above photo).. hehehe. 

Pa'unchu sedang menenangkan keadaan menjawab soalan-soalan dari orang kampung yang apparently very concern with Cik Anna's condition. 

Bila Cik Anna dah pulih, syukur Alhamdulillah, kami teruskan perjalanan, tidak berjalan tapi naik kereta. 

Inilah rumah Helmi ex-actor yang diceritakan oleh mak cik bertelekung tadi. 

Sampai di sini kami turun kereta dan berjalan masuk. Jalan sempit dan tak boleh dimasuki kereta. Kami prefer actually berjalan sebab boleh stop dan ambik gambar. Gerimis masa ni.

Sebuah rumah yang dulu pastinya glorious. So sad. 

Tentunya masih ada juga rumah gadang yang cantik macam ni. 

Sebuah lagi rumah gadang lama. Kebanyakan rumah gadang yang kami nampak di sini dah disambung dengan extension rumah batu.

Yang ini pula rumah batu beratap rumah gadang.

Seronok berjalan tepi-tepi rumah orang.. hehe.

Kawasan perumahan yang saya rasa boleh saya described as organized chaos, which I find rather disarmingly charming 😊.


Ini sebuah rumah gadang separuh kayu separuh batu. Bukan extension, tapi half-half. Unik! Agaknya yang bahagian batu tu dulu ialah kayu/papan yang dah uzur serta reput/rosak. Jadi digantikan terus dengan batu supaya lasts longer. 

Dan inilah rumah gadang yang kami cari. 

Nama rumah gadang ini ialah Rumah Gadang Sembilan Ruang. Lokasinya ialah di Jorong Balerong Bunta, Nagari Rao-Rao, Tanah Datar, Sumatera Barat.

Di Kenagarian Rao-Rao ni ada 4 jenis rumah gadang mengikut 4 kaum iaitu kaum Koto Piliang, kaum Bodi Caniago, kaum Bendang Mandahiliang dan kaum Patapang Kutianye. Dan Rumah Gadang 9 Ruang ni ialah rumah gadang kaum Koto Piliang, yang terletak di Piliang Mudiak 4 Suku Nan Ketek.

Pada June 1927, terjadi kebakaran besar di kampung ini dan beratus rumah gadang dan rumah biasa musnah, termasuklah rumah ini. Jadi rumah ini bukanlah rumah yang asli kerana ia telah dibina semula pada tahun 1928. 

Rumah yang dibina semula akibat kebakaran ini adalah bersaiz kecil dari yang asal. Rumah yang asal telah dibina pada tahun 1800an dan adalah sepanjang 60 meter dan ada 30 bilik. Yang sekarang ni adalah 40 meter panjang dan ada 12 bilik. 

Dulu rumah ni ada 3 rangkiang, bila dibina semula tak dibuat sebab beras di simpan di bawah rumah. Juga disimpan kayu, bukan lagi ternakan.

Ukiran pada dinding adalah masih yang original, diukir oleh juru ukir dan juru bina dari daerah Situmbuk yang pakar membuat rumah gadang.


Bila dibina semula, atap juga ditukar dari atap jerami ke atap zink kerana faktor susah mencari bahan dan faktor ekonomi.  

Bukti rumah in dibina semula pada tahun 1920an ada pada papan atap depan ni.


Pada saya personally, kampung ini macam muzium hidup. Saya berharap dapatlah pihak kerajaan Sumbar menjadikan Nagari Rao-Rao salah satu wisata muzium hidup kerana pada pelawat seperti kami, tempat begini adalah sangat menarik dan tak ada di mana-mana tempat lain. Diharapkan juga dengan usaha menjadikan lokasi ini salah sebuah wisata, maka rumah-rumah gadang yang terbiar reput itu dapat diselamatkan dan 'dihidupkan' semula to their former glory. I know memang mudah saya membuat suggestions, tapi saya juga aware reviving the kampung will be a monumental effort and will definitely costs a lot.

Puan Doc sedang tangkap gambar bunga 😊.

Gunung Marapi diselimuti awan.

Cukup indah sekali.

Selesai di Nagari Rao-Rao kami bertolak ke Lembah Harau. Dah mula gelap dah masa tu.

Singgah sebentar kata Pa'unchu. Beli pisang karamel 😊.

Pisang sapu dengan air gula dan dibalut dengan kulit popia and deep fried. Loceng amaran dalam kepala saya berbunyi dengan kuat sekali.. bingit... hahahaha... 

Hmmm.. baunya cukup harum sekali, bau pisang goreng, bau gula.. bau manis sangat! 

Kata pak cik di gerai ni, kini hanya tinggal dia saja yang menjual pisang karamel di kawasan ni. Lain semua dah stop. Dia mula menjual dari petang lebih kurang pukul 4 hingga malam kerana tak ada orang situ yang nak makan manis-manis masa sarapan dan makan tengahari. 

Lepas lebih kurang sejam lebih kami pun selamat sampai ke Lembah Harau. Kami menginap di Abdi Homestay. Ni kali kedua saya menginap di sini. Puan Doc dan Cik Gadis Bunga juga dah lebih sekali duduk di sini. Cik Anna ni first time dia. Memang best sangat duduk di sini. Syukur Alhamdulillah ada rezeki saya menginap di sini sekali lagi.

Bilik yang besar dan cukup selesa. Tak perlu aircon dan kipas sebab suasana sejuk. Malam tidur sure tarik selimut la 😊.

Lepas letak beg dan ke toilet, masa untuk makan malam. 

Wahh.. rindunya dengan masakan buk Noni!! Sedapnyaa... 😋. Syukur Alhamdulillah. Pa'unchu tahu saya memang teringin sangat nak makan masakan buk Noni lagi, so dia kata dia dah bagitau buk Noni untuk prepare for me alone 2 portions for breakfast!! Hahaha... 

Dah kenyang, tidur... Alhamdulillah.

Bersambung....
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. laaa .. apesal tak cakap nak naik tangga tu kat saya .. saya no hal.. boleh ae
    ke masa tu kita dah nampak dak ana atas bukit tu dan kita dah excited nak ke sana jugak!?

    teringat cerita pa'unchu pasal asal usul ikan larangann tu..
    bila orang tu meninggal , dah tak ada lagi yang tahu macamana nak ' edit' larangan tu!!

    kita tak nampak pn kan kolam renang yang kat belakang tu ...

    kucing dan anjing tu comel laaaa
    saya tak perasan pun namanya Puncak Kawa
    nampak kat kat menu dekat kain tu..
    ada nasi goreng pataya , nasi goreng paprik
    sebab .. kan tuan punya [ kot ] tu kan ada kata dia dah duduk malaysia lama , dan dah dapat ic tapi dia balik sumbar bukak bisnes ..

    haa!! nampak saya tengah solat !! yang kat tengah tengah tu !! hehehhe

    memang drama lah ana masa tu!!
    hahahaaaaaaa...
    tsengeh sengeh sorang bila nampak gambar dak ana di kelilingi ibuk upik dan ibuk rahimah tu !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas solat saya jalan sikit ke belah depan masjid tu, belah ke arah kiblat dan nampak tangga tu. Saw lots of rumah2 gadang di atas sana. Nampak menarik sgt. Ye betul, at same time dah ternampak GB dan Che Na kat atas bukit tu, so I thought better to stick to the group rather than wonder off.

      I pun teringat jugak. Dah cari di internet kisah tu tapi tak jumpa. Jumpa apa yg saya copy paste di atas tu. Gitu kan, orang dulu2 banyak ilmu mereka.

      Saya fikir la kan, may be tu kolam renang untuk wanita so may be it was covered, so tak nampak dari steps tu or dari atas. Agaknya la.

      Seriously saya rasa macam nak gosok2 je anjing comel tu! Baik pulak tu. Saya datang dekat sembang dengan adik tu, anjing tu dok je elok2. Geram!

      Kot Puncak Kawa tu nama gerai tu kot.. hehehe.. Kalau nak kata tu puncak, further into the area lagi tinggi arasnya. I suppose it is a lookout point.
      Betul tu, tu sebab menu macam masakan di kedai tomyam di Malaysia. Sure akak tu dah picked up a few cooking recipes dari Malaysia masa di bekerja di sini.

      Ooo... tu doc ker? Tak perasan. Tenteram betul kan rasanya solat di situ. Nyaman je.

      Oh Che Na... saya tu la baru pertama kali jumpa dia doc. Agaknya hidup dia macam penuh drama dan pancaroba ke doc? Apa2 pun saya doakan semoga dia terus tabah dan sukses selalu.

      Tetiba rasa nak nyanyi lagu 'That's what friends are for'.. hehehehe...

      Delete