Friday, January 13, 2017

JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 02 - PART 03 - BALAI CERAP TELUK KEMANG DAN PANTAI TANJUNG PELANDUK

Program seterusnya nak ke Balai Cerap Teluk Kemang. Dulu masa ikut isteri ke family day office dia di resort sebelah balai cerap ni, memang ada saya nampak balai ni. Masa tu teringin jugak nak lawat tapi tak jadi. So this time around must visit la. 


BALAI CERAP TELUK KEMANG
Inilah bangunan Balai Cerap Teluk Kemang. Nak tengok keindahan alam cakerawala, silalah ke sini, ke Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson.
Salah satu Visi Balai ini adalah: 'Menjadi sebuah balaicerap bertaraf antara bangsa melalui kajian sainstifik, pendidikan, astrofotografi dan penemuan-penemuan astronomi terbaru'.

Di bawah kubah tu la ada satu-satunya teleskop tercanggih di Asia yang mengadap selat Melaka untuk tengok, contohnya, anak bulan.

Balai ni dibina atas sebuah tanjung jadi ia ada pandangan horizon yang luas. 

"Balai Cerap Telok Kemang sering menjadi tumpuan pengkaji ilmu Falak ataupun ilmu astronomi dalam dan luar negara kerana balai ini merekodkan kenampakkan anak bulan paling tinggi dalam sejarah balai cerap di seluruh Malaysia" - www.sinarharian.com.my.

Di ruang lobi balai ni ada pameran tetap. Saya suka info macam ni 😊.

Para Ilmuwan Islam.

Kemunculan astronomi Muslim.


Sejarah Astronomi Islam. 








Bahagian balai yang mengadap laut. Kosong balai ini masa tu kerana bukan waktu lawatan. 

Waktu lawatan ke balai cerap ini terbahagi kepada 2 waktu. Pertama dari 3:00 pm to 5:00 pm. Yang kedua dari 10:30 pm hingga 12:00 pm. Masa saya sampai tu baru nak dekat pukul 12 tengahari. So kalau nak tunggu sampai pukul 3:00 petang lama sangat pulak. So saya pun call Pak Hamzah to pick me up dan balik ke hotel for lunch and solat sebelum pergi semula ke balai ni later on. 

Masa dalam perjalanan balik ke hotel tu kami singgah dulu di satu lagi pantai.


PANTAI TANJUNG PELANDUK
Itulah nama pantai yang Pak Hamzah sebut. Saya angguk je la.. hehe. Anyway, pantai ni lebih kurang je seperti pantai lain di PD ni. Ia agak tersorok kerana jalan masuk ke sini kena lalu rumah-rumah kediaman dan bangunan kerajaan/syarikat. 





Berbatu pantainya.




Sampai hotel, makan dan bersolat serta tidur sekejap sebelum keluar semula ke balai cerap. Mesti la tidur, dah umur macam ni kena la shut down sekejap.. hehe. 

Lena sangat tidur, sampai terlambat sikit di balai cerap ni, around pukul 4:15. It's ok sebab untuk opening time petang ni, it'll be open till 5:00 pm. 

Saya terus diperkenalkan dengan salah seorang staff di balai ni dan dibawa ke tingkat 3 ke Balai Cerap Solar sebab masa tu siang untuk tengok matahari. Kalau malam baru ke Balai Cerap Utama untuk tengok bulan. 

Masa naik tangga tu saya nampak ada banyak info di dinding dan lantai balai ini. Mesti la ambik gambar 😊. Menarik maklumat ni semua!
















Inilah Balai Cerap Matahari. Di belakang atas tu Balai Cerap Utama yang ada teleskop untuk tengok bulan/galaxy.


Teruja betul saya masa tu nak tengok teleskop dalam kubah cerap matahari ni 😊.

Btw, staff balai cerap yang beri penerangan pada saya masa tu ialah En. Afiq. Kebetulan saya sorang je pelawat masa tu. Kata En. Afiq malam nanti akan datang group besar seramai 30 orang. 

En. Afiq menerangkan yang kubah bersaiz 3 meter ni adalah seperti yang digunakan di Kit Peak National Observatory, Amerika Syarikat. Di dalamnya ada 3 teleskop. Sistem komputer digunakan untuk mengawal teleskop.  

Terus terang dari awal En. Afiq beritahu saya kemungkinan besar saya tak dapat nak teropong matahari masa tu kerana masa tu tengah sedikit renyai. Menurut En. Afiq teleskop-teleskop ini adalah sangat sensitif pada hujan, boleh rosak teleskop yang sangat mahal ni! Masa tu saya fikir kalau setakat situ je rezeki saya, tentu la saya terima sebab ni dah dapat tengok dan ambik gambar teleskop-teleskop ni pun saya dah happy sangat. Alhamdulillah. 

En. Afiq terus memberi penerangan yang saya dengar dengan penuh kosentrasi. It was all so fascinating! It was obvious En. Afiq ni pakar dalam bidang astronomi dan astrofotografi dan dia sangat minat bidang-bidang ini. Good for him!

Sambil mendengar penerangan tu saya bertanya juga pada En. Afiq since saya tak dapat nak teropong matahari, boleh ke tunjukkan pada saya beberapa foto-foto matahari tu yang telah dirakam oleh pihak balai sebelum ni? Yes, teleskop ni boleh tangkap gambar. Unfortunately kata En. Afiq foto-foto tu semua ada dalam komputer boss dia yang ketika itu berada di Seremban for a meeting. Tapi dia kata saya boleh lihat di FB balai cerap ni atau FB Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, which for me is even better lah 😊. Lepas tu saya tanya juga kalau saya boleh tengok teleskop di Balai Utama tu, still saya dapat jawapan yang sama tak boleh sebab boss En. Afiq tu tak ada. Oh well. 

En. Afiq terus memberikan beberapa lagi penerangan tentang teleskop ni seperti jenis lens, filter dan kamera yang digunakan. Masa tu lupa pulak saya nak tanya boleh ke sambung dslr saya pada teleskop ni untuk ambik gambar. 

Selesai penerangan, saya pun ingat nak beredar tapi En. Afiq kata saya ada rezeki nak tengok matahari hari tu. Heran tapi happy la saya. En. Afiq kata dah berhenti renyai tadi dan tengah panas terik masa tu. Ni masa paling baik untuk tengok matahari sebab terang dah tak berawan sangat. En. Afiq pun tekan butang dan tingkap kubah ni terbuka. Then the whole kubah bergerak berpusing memposisikan teleskop ke arah matahari. Uwahhhh... terasa macam dalam filem science fiction kejap...hehe. Apa-apa pun, syukur Alhamdulillah. 

En. Afiq sedang buat setting untuk focus kepada matahari. All computer assisted. Dia kata kalau tak guna komputer memang teramat susah nak setting.

En. Afiq sibuk teropong saya sibuk ambik gambar dia.. hehe. 



Okeh, dah set up dah. En. Afiq suruh saya tengok.

Mula-mula memang susah nak make out apa yang saya nampak. All I saw at first was a big round yellow ball, which is the sun of course, but subdued sebab dah filtered down (betul ke istilah 'filtered down' ni... gasak la.. hehe). 

Then I saw it. Saya focussed on the outer ring of the sun, pada permukaan matahari tu saya nampak ada bursts. Tak tau saya apa nak panggil apa yang saya nampak tu. Sun burst? Sun flare? Solar flare? Anyway, dalam teropong bursts tu nampak sangat kecil tapi can still see. Matahari adalah sangat besar, jadi letusan-letusan di permukaan matahari yang saya nampak tu walaupun sangat kecil tengok dalam teleskop tapi sebenarnya tentu teramat besar! MashaAllah, sangat hebat ciptaanNya. 

Seperti dalam foto-foto yang dirakam oleh balai inilah lebih kurang letusan yang saya nampak tapi lebih kecil lagi. Dan permukaan matahari tak la sejelas macam dalam foto-foto ni, more like a big yellow orangey ball.
Sumber: FB Balai Cerap Teluk Kemang

Sangat hebat kan! MashaAllah.
Sumber: FB Balai Cerap Teluk Kemang

Syukur Alhamdulillah dapat juga saya tengok matahari dengan teleskop solar ni. Dan tentunya saya berterima kasih pada En. Afiq atas penerangan yang dikongsi and for letting me see the sun just as I was about to leave. Dia ajak juga saya datang ke balai cerap ni malam tu, tapi saya declined sebab dah letih sangat dah masa tu dan rasanya tak larat dah nak ke balai ni pukul 10:30 malam. Lagi pun malam tu akan ada rombongan lawatan seramai 30 orang. Anyway, I thanked him for the invitation. 

Masa turun tangga ke ground floor, ada more information pada dinding balai ni.

Ooooo.... dipanggil 'julangan api' rupanya.. hehe. 300 hingga 400 ribu km tingginya letusan tu! SubhanAllah.

Baik, saya share more interesting facts about this observatory dan our cakerawala 😊.





Info Kompleks Baitul Hilal.



Waktu lawatan.

Kerana saya tak berpeluang nak ke Balai Cerap Utama sebab boss En. Afiq tak ada masa tu dan juga sebab tak tahu bila lagi saya nak ke balai ni, maka saya share sajalah beberapa foto balai tu di sini yang saya dapati dari FB Tourism Malaysia Negeri Sembilan, FB Balai Cerap Teluk Kemang dan FB Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
FB Tourism Malaysia Negeri Sembilan

FB Tourism Malaysia Negeri Sembilan
Berikut adalah beberapa foto yang dirakam di Balai Cerap Teluk Kemang Port Dickson. MashaAllah. Sungguh hebat ciptaanNya.
Sumber: FB Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.



Tentang supermoon.



Beberapa nebula.


Jupiter, Mars and Saturn.  

Kehadiran pelawat di balai cerap ni adalah dialu-alukan. Jadi lain kali anda ke PD, pastikan anda, bawak sekali keluarga, pergi ke balai cerap ni. Bukan sahaja ini akan mempelbagaikan percutian anda sekeluarga, malah pengalaman tengok matahari dan bulan menggunakan teleskop adalah sangat mengujakan. Tambah pulak bukan senang nak dapat peluang macam ni. Cuma pastikan anda tahu waktu-waktu lawatan yang telah dijadualkan. 

Selesai di balai cerap ni, saya pun call Pak Hamzah untuk drive me back to the hotel. Letih sungguh rasanya masa tu but I was all smiles dan seronok bercerita pengalaman saya tengok matahari pada Pak Hamzah..hehe. Pak Hamzah pun jadi excited dan mendengar cerita saya in disbelief. Tak sangka boleh nampak macam tu kata dia. Terus dia kata dia pun nak make plans untuk lawat balai cerap tu juga. 

SUNSET DI CORUS PARADISE RESORT
Sampai ke hotel. Saja le suka-suka ambik gambar pakai wide angle lens sepit kat handphone.. hehe.


Alhamdulillah cuaca nampak cantik petang tu. Ada la chance nak dapat sunset shots. Dan gini le yang managed saya captured 😊.



Sambil ambik gambar, sambil ngunyah keropok.. hehe 😋.





Udah dekat dengan airport, maka banyak le nampak kapalterbang berlalu lintas di ruang udara PD ni.




Corus Paradise Resort, Port Dickson.



Wait for it.. wait fot it... haaa... dah aligned... snapped!!... hehehe. 











Macam biasa mesti selit panorama jugak 😊.


Ok selesai dah program jalan-jalan Negeri Sembilan 2016 hari ke 2 saya yang basically covered area Teluk Kemang. Esok, jalan-jalan hari ke 3 saya akan ke a few places di area Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol pula. Lepas tu balik semula ke area PD.

Ok, ni summary for jalan-jalan Negeri Sembilan 2016 Hari ke 2 saya:
01 - PD Waterfront
02 - Turtle Hatchery Glory Beach resort
03 - Sree Durgai Ambal Temple Lukut
04 - Pantai Bagan Pinang
05 - Pantai Cahaya Negeri
06 - Pulau Burung
07 - Wan Loong Temple
08 - Masjid Warisan Teluk Kemang
09 - Pantai Tanjung Pelanduk
10 - Balai Cerap Teluk Kemang

Penat weh berjalan satu hari, so I had nasi ayam Hainanese for dinner.. hehe 😋. 

Bersambung...

Saya list di bawah semua entries JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) for easy reference:
01) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 01

02) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 02 - PART 01 - PD WATERFRONT, TURTLE HATCHERY, SREE AMBAL TEMPLE DAN PANTAI BAGAN PINANG

03) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 02 - PART 02 - PANTAI CAHAYA NEGERI, PULAU BURUNG, WAN LOONG TEMPLE DAN MASJID WARISAN TELUK KEMANG

04) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 02 - PART 03 - BALAI CERAP TELUK KEMANG DAN PANTAI TANJUNG PELANDUK

05) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 03 - PART 01 - MAKAM TUAN TULIS - MUZIUM DIRAJA SERI MENANTI - RUMAH TAN GUAN HING

06) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 03 - PART 02 - TERATAK ZA'BA - MAKAM MOYANG SALLEH - MASJID KUALA DULANG

07) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 03 - PART 03 - MUZIUM ADAT

08) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 03 - PART 04 - JERAM TOI DAN MUZIUM TENTERA DARAT PORT DICKSON


09) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 04 - GOING HOME - SUMMARY

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. dah baca dah entri ni dulu tapi kenapa eh tak komen ...
    thanks for the prompt answers kat wassap
    ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... pjg sgt kot enrty saya ni..hehehe.
      Welcome. Kebetulan I was free masa tu :).

      Delete