PANTAI CAHAYA NEGERI DAN PULAU BURUNG
Seterusnya Pak Hamzah bawa saya ke Pantai Cahaya Negeri atau PCN dan Pulau Burung.
Seterusnya Pak Hamzah bawa saya ke Pantai Cahaya Negeri atau PCN dan Pulau Burung.
Entrance area cukup luas dan banyak tempat parking.
Ke kiri Pantai Cahaya Negeri dan ke kanan ke Pulau Burung. Saya terus je ke kanan. Tak ke PCN sebab sama je pantainya dengan pantai-pantai PD yang lain. Lagi pun masih ada beberapa lagi tempat nak pergi so cut short time di sini dan terus ke Pulau Burung.
Tiba ke jambatan nak ke Pulau Burung. Panas masa tu, dah nak dekat pukul 11:00 pagi. Lega berada bawah pokok-pokok ni.. hehe.
Moh kita menyeberang.
Jauh jugak nak jalan atas jambatan tu! 😅
View di jambatan ni memang cantik. Bagus untuk berfotografi.
Agaknya ada fotografer yang buat wedding outdoor shoot di sini.
Macam biasa mesti nak berpanorama. Ideal for this location lah 😊.
Best ambik gambar masa tak de orang macam ni 😊.
Sebahagian Pantai Cahaya Negeri yang ditambak dengan batu benteng.
Sebahagian besar Pantai Cahaya Negeri adalah lebih kurang seperti pantai berpasir ni, cantik, putih bersih. Long stretched too.
Jalan masuk ke jambatan ni. Macam cantik pulak lens flare ni.. hehe.
Berteduh kejap.. hehe. Baru jauh tu je jalannya.. haha.
Alhamdulillah, langit cantik biru pagi tu.
Berteguran dengan suami isteri ni yang tengah memancing. Encik tu kata, hari tu tak dapat sekor pun. Masa hari-hari lain boleh dapat banyak, tambah dia. Banyak joran yang mereka berdua pasang tapi tak satu pun mengena. He said they'll come again tomorrow. Gigih mereka ni.
Itu Pulau Burung. Ada menara tinjau.
Ada banyak pokok bakau.
Saya rasa benteng tu dibuat untuk elak further hakisan pada pulau Burung ni.
Terasa jauh pulak melintas jambatan sepanjang 181.7 meter ni. Sebab kejap-kejap asyik berhenti ambik gambar. Dah le panas, berpeluh dibuatnya.. hehe.
Dah sampai Pulau Burung. Welcome signboard ke pulau ni yang tersangat memerlukan perhatian pihak berwajib untuk dibaiki.
Buka je signboard tu tapi juga papan maklumat ni. Udah lusuh uzur sangat dah rupanya.
Hutan paya yang cantik dan terpelihara di Pulau Burung. Memang saya ada dengar kicauan burung tapi tak nampak pun burung-burungnya.. hehe. I guess it was hard for me to look closer under the blistering sun 😅.
Menara tinjau. Ada Pak Hamzah kata di teksi tadi, naiklah menara ni sebab view cantik dari atas tu. Tapi saya malas.. hehehe.
By the way, masa tu saya sorang je di pulau ni. Rasa seronok bercampur suspense also... hehe.. sebab every once in a while I can hear rustling sound from the nearby hutan bakau... hehe.
Saya suka lone tree shot macam ni 😊.
Pantai pulau ni yang berbatu.
Cantik pulak tengok batu-batu ni.
Terus berjalan buat satu pusingan pulau ni.
Haaaa... ada pun nampak sekor haiwan di Pulau Burung ni 😊.
Dan seekor lagi 😊.
Ok lah, overall Pantai Cahaya Negeri dan Pulau Burung ni memang sesuai untuk bawa keluarga jalan-jalan. Elok pergi awal pagi atau lewat petang ya. Waktu lain panas. Nak berfotografi di sini pun best juga. Kepada yang minat memancing seperti suami isteri tadi tu, boleh juga spend time here.
WAN LOONG TEMPLE
Kalau earlier saya dah lawat sebuah kuil hindu di PD ni, now nak ke kuil Cina pula. Saya ke Wan Loong Temple. Setiap kali saya ke PD ni mesti nampak temple ni di tepi jalan atas bukit bila menghala ke Teluk Kemang.
WAN LOONG TEMPLE
Kalau earlier saya dah lawat sebuah kuil hindu di PD ni, now nak ke kuil Cina pula. Saya ke Wan Loong Temple. Setiap kali saya ke PD ni mesti nampak temple ni di tepi jalan atas bukit bila menghala ke Teluk Kemang.
Ini adalah tokong Cina, dengan seni bina mewah dan dinding macam kubu. |
Macam tadi, Pak Hamzah tunggu je dalam teksi while I explored the temple. Masa nak masuk naik tangga ni, habis saya ditaburi oleh abu dari pembakaran colok-colok besar ni.
Nama kuil bermaksud 'Dragon of the Clouds'. Pada bumbung gerbang sebelah kiri tu ada beberapa patung naga.
Colok-colok besar for prayers ini juga berbentuk naga.
Ada beberapa patung naga di bumbung gerbang ini. Intricate sungguh ukiran naga tu.
Ada satu lagi ukiran batu naga di antara kedua tangga masuk ke kuil ini.
Di tiang-tiang bahagian dalam kuil ini juga dilingkari oleh naga-naga.
Naga hijau di awan yang sungguh details ukiran/warnanya.
Ada beberapa orang devotees masa tu. Nampak seperti mother and daughter.
One thing I learn about visiting and photographing at temples like this is to be respectful. And do not be noisy. And not be in the way. Dan lagi elok bertegur sapa la dengan the caretakers sebagai tanda hormat.
Antara offerings di prayer tables.
Kuil ni adalah kuil Buddhist tapi ia juga beri penghormatan kepada beberapa dewa-dewi oriental seperti Kuan Yi (goddess of mercy) dan Monkey king.
Chinese prayer paper and joss sticks.
Lepas tu saya jalan-jalan di taman dalam temple ni. Ada kolam. Ada kura-kura!
Ada banyak kura-kura dalam kolam ni rupanya!
Saya bertegur dan sembang dengan Chinese man ni. Baik dan ramah orangnya. Dia kata ada lebih kurang 80 ekor kura-kura di sini. Ada banyak lagi yang tak de dalam kolam ni.
Lepas saya tanya itu ini, sambil memberi kura-kura ni makan lelaki tu bercerita yang dia sering ke sini memberi kura-kura makan kerana salah satu kura-kura di kolam ni ialah kura-kura belaan dia dahulu. Dia terpaksa letak kura-kura dia di sini kerana keadaan di rumah yang tidak mengizinkan.
Lepas tu lelaki Cina tu juga tunjuk pada saya seekor kura-kura yang sedang berteduh dibawah some rocks and bushes. Uwahhh... kalau tak tunjuk memang saya tak perasan ada kura-kura ni. Dah beratus tahun umur kura-kura ni kata lelaki Cina tu.
Di bahagian belakang kuil ni juga ada beberapa patung deities
Juga ada this man made air terjun. Cantik.
MASJID WARISAN TELUK KEMANG
Seterusnya Pak Hamzah bawa saya ke sebuah masjid warisan pula. Kami ke Masjid Warisan Teluk Kemang.
Tak ada info yang saya jumpa di internet tentang masjid warisan ini. Mujur la ada papan info di masjid ni.
Ini adalah foto lama yang diambil di depan masjid mungkin pada tahun 1960an.
Inilah sahaja info yang mampu saya kongsikan tentang masjid ini di sini.
Suasana masjid ini adalah seperti masjid-masjid lain di Malaysia.
Alhamdulillah, dapat juga saya lawat sebuah masjid dalam program jalan-jalan Negeri Sembilan 2016 saya ni.
Bersambung...
Saya list di bawah semua entries JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) for easy reference:
01) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 01
02) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 02 - PART 01 - PD WATERFRONT, TURTLE HATCHERY, SREE AMBAL TEMPLE DAN PANTAI BAGAN PINANG
03) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 02 - PART 02 - PANTAI CAHAYA NEGERI, PULAU BURUNG, WAN LOONG TEMPLE DAN MASJID WARISAN TELUK KEMANG
04) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 02 - PART 03 - BALAI CERAP TELUK KEMANG DAN PANTAI TANJUNG PELANDUK
05) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 03 - PART 01 - MAKAM TUAN TULIS - MUZIUM DIRAJA SERI MENANTI - RUMAH TAN GUAN HING
06) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 03 - PART 02 - TERATAK ZA'BA - MAKAM MOYANG SALLEH - MASJID KUALA DULANG
07) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 03 - PART 03 - MUZIUM ADAT
08) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 03 - PART 04 - JERAM TOI DAN MUZIUM TENTERA DARAT PORT DICKSON
09) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 04 - GOING HOME - SUMMARY
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
saya pernah bela kura kura . banyak kat dalam kolam depan rumah. tapi bila dah besar. sukesian. sempit.
ReplyDeletepanggil zoo melaka . depa datang ambik.bawak balik ke zoo
Waaa... ye ke.
DeleteYe la, the humane thing to do. Mesti sedih kan when they took him away :(.
Ada gi melawat dia di zoo tak lepas tu?
ada..
ReplyDeletepergi jumpa pegawai zoo. tanya .
and dia ingat lagi
:)
Nice.
Delete