Seterusnya kami ke Daerah Jempol pula menuju ke Teratak Za'ba.
Teratak Za'ba ni memang saya dah plan nak pergi lawat, walau pun agak jauh, perjalanannya lebih sejam dari hotel.
Selamat tiba ke Teratak Za'ba. Alhamdulillah. Cuaca agak panas masa tu. Saya perasan tak hujan di kawasan ni sedangkan masa dalam perjalanan tadi ada jugak encountered some sporadic rain here and there. Kata akak security guard di situ, di kawasan ni memang tak hujan dan tak hujan dah berbulan. Panas katanya di sini.
Waktu lawatan Teratak Za'ba.
Inilah Teratak Za'ba.
Lokasi teratak ni sebenarnya bukanlah tapak asal rumah Pendeta Za'ba. Tapak asal ada di belakang belah kanan teratak ni. Ada saya ambik gambar tapak rumah asal tu which I shared further down.
Maklumat tentang Teratak Za'ba. Perasan tak keturunan ibu Pendeta Za'ab telah dipadam. Dari apa yang saya boleh nampak, yang dipadam tu ialah 'Bugis, Sumatera'. Yang betul sepatutnya ialah 'Suku Seri Semelenggang'.
Tiang tengah Teratak Za'ba.
Kisah Pendeta Za'ba semasa kecil dan pelepah pisang.
Kos bina Teratak Za'ba ini ialah RM630,000. Ada 3 anjung dengan sudut cetusan ilham, sudut pendidikan awal, sudut anugerah serta perpustakaan kecil.
Bahan utama bangunan ini diperbuat daripada Kayu Cengkal (penak) dan reka bentuknya masih bercirikan Rumah Tradisional Negeri Sembilan. Antara ciri-ciri pertukangan melayu di bangunan ini ialah Tupai-tupai, Tabir Layar, Kisi-kisi, Anjung Serambi, pelantar dan penyambungannya menggunakan tanggam dan pasak. Source: Link |
Seperti biasa saya tampalkan pamphlet di sini for reference.
Ok, jom kita masuk.
Saya kongsikan di sini foto-foto which are self explanatory.
Kita mulakan di ruang Bibliografi yang membawa pelawat meniti kehidupan Za'ba sejak dari kecil, semasa bersekolah, perkerjaan dan sehingga beliau meninggal dunia.
Kita mulakan di ruang Bibliografi yang membawa pelawat meniti kehidupan Za'ba sejak dari kecil, semasa bersekolah, perkerjaan dan sehingga beliau meninggal dunia.
Salasilah keluarga.
Semua barang pameran adalah milik Za'ba sendiri yang didapati dari waris, keluarga dan rakan-rakan beliau. Juga dari Arkib Negara, Universiti Perguruan Sultan Idris dan Maktab Perguruan Kuala Kangsar.
Mutiara Kata Pendeta Za'ba juga ada dipamerkan untuk bacaan pelawat.
Jom kita baca some of them.
Terdapat banyak foto-foto beliau bersama keluarga, rakan-rakan dan rakan kerja.
Dikurniakan gelaran Pendeta. Pendeta adalah Gelaran Ikhtisas diperolehi melalui kejayaan dalam bidang akademik yang diberikan oleh pertubuhan atau institusi tertentu.
Tiba-tiba saya rasa sebak bila tengok foto ni. I guess it was his humbleness that really touches me.
Di ruangan barangan dan pakaian Za'ba.
Pameran keratan-keratan akhbar.
Selesai di dalam, kami jalan-jalan di luar pula.
Cantik sungguh senibina teratak ni.
Di belakang teratak ada pameran alat-alat pertanian.
Dan di sinilah sebenarnya tapak asal rumah Za'ba.
Pendeta Za'ba, Bapa Persuratan Bahasa Melayu. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya.
Kami pun teruskan lagi dengan program jalan-jalan menuju ke Daerah Jelebu.
Tempat lawatan seterusnya ialah Makam Moyang Salleh.
Agak jauh juga perjalanannya. Tapi tak rasa jauhnya sebab memang seronok bersembang dengan si Faizul. Also the views are amazing!
Tiba di Makam Moyang Salleh.
Kawasan perkuburan ini dijaga dengan begitu baik.
Antara kubur-kubur lama yang ada di tanah perkuburan ini.
Dan inilah makan Moyang Salleh.
Dalam peristiwa 'Memutuskan Tali Ke Johor' dipercayai berlaku pada tahun 1725, Moyang Salleh menuntut kemerdekaan dari Sultan Johor. Bermulanya sejarah Jelebu dibawah pemerintahan Moyang Salleh, tanpa lagi menerima naungan atau perintah daripada Sultan Johor.
Bacalah kisah lagenda yang sangat menarik di bawah.
Kemudian kami naik satu bukit kecil di sebelah tanah perkuburan tadi.
Ada meriam lama di sini.
Saya wonder berapa agaknya usia meriam ni.
Seterusnya kami ke Kampung Dulang untuk melawat Masjid Kuala Dulang.
Tiba di Masjid Kariah Kuala Dulang, Jelebu, Negeri Sembilan.
Maklumat tentang Masjid Kuala Dulang.
Masjid Kuala Dulang yang struktur asalnya dibina di sekitar abad ke-16 terletak di kawasan penempatan pertama pendatang Minangkabau di Jelebu.
Masjid Kuala Dulang merupakan yang tertua di sini dan pernah berfungsi sebagai pusat penyebaran agama Islam yang pertama di Jelebu.
Kawasan di sekitar Masjid Kuala Dulang ini pada asalnya dihuni oleh Orang Asli dan mereka telah diIslamkan oleh dua orang Minangkabau yang bergelar Datuk Nika dan Mudim Khatib Raja.
Masjid ini dikatakan mendapat nama sempena peristiwa aneh yang berlaku di masjid ini dimana terdapat sebuah dulang aneh yang sentiasa berisi makanan yang cukup untuk semua jemaah. Dulang aneh itu wujud ketika jemaah selesai menunaikan sembahyang zuhur ketika masjid itu mula dibuka. Selesai berjemaah, dikatakan ada di kalangan jemaah yang lapar ternampak sebuah dulang di atas busut besar yang terletak di tengah-tengah sawah berdekatan masjid dan di tepi busut itu pula ada pusar air. Seorang jemaah mendapati ia berisi makanan yang lengkap dengan nasi serta gulai. Makanan sentiasa mencukupi. Musafir yang singgah beribadat di masjid berkenaan turut merasai makanan dalam dulang berkenaan apabila mereka memintanya. Dulang tersebut ghaib sejak 300 tahun lalu selepas seorang berlaku kecuaian disebabkan oleh jemaah surau. Siapa yang menyediakan makanan tersebut tidak diketahui sehinggalah dulang tersebut ghaib secara tiba-tiba. Wallahu a’lam. Sumber: link |
Tiang masjid ini masih tiang asal dan tabuh yang diperbuat daripada kayu hutan dan kulit lembu untuk diketuk bagi memberitahu masuk waktu sembahyang juga dikekalkan. Usia peralatan tabuh itu dikatakan sama dengan usia masjid yang dibuat pada abad ke-16 ketika masjid berkenaan dibina.
Pernah berlaku dua kali banjir besar di kampung berkenaan iaitu sebelum merdeka dan pada 1970 tetapi masjid berkenaan tidak ditenggelami air. Ramai penduduk yang hairan dengan keajaiban itu kerana masjid berkenaan terletak di tepi tebing sungai sedangkan semua rumah penduduk ditenggelami air hingga paras pinggang. Berdasarkan orang alim dan ulama yang pernah mendengar keajaiban itu, mereka dapat melihat pelampung di bawah masjid berkenaan dan apabila banjir, pelampung itu akan menolaknya ke atas bagi mengelakkannya tenggelam. Sumber: link |
Ada sebuah anak sungai di depan masjid ini.
Di depan masjid ni juga ada tanah perkuburan lama yang nampaknya tidak begitu dijaga.
Makam Bilal dan Tok Pawang Jelebu dengan anak buahnya.
Bersambung...
Saya list di bawah semua entries JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) for easy reference:
01) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 01
02) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 02 - PART 01 - PD WATERFRONT, TURTLE HATCHERY, SREE AMBAL TEMPLE DAN PANTAI BAGAN PINANG
03) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 02 - PART 02 - PANTAI CAHAYA NEGERI, PULAU BURUNG, WAN LOONG TEMPLE DAN MASJID WARISAN TELUK KEMANG
04) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 02 - PART 03 - BALAI CERAP TELUK KEMANG DAN PANTAI TANJUNG PELANDUK
05) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 03 - PART 01 - MAKAM TUAN TULIS - MUZIUM DIRAJA SERI MENANTI - RUMAH TAN GUAN HING
06) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 03 - PART 02 - TERATAK ZA'BA - MAKAM MOYANG SALLEH - MASJID KUALA DULANG
07) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 03 - PART 03 - MUZIUM ADAT
08) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 03 - PART 04 - JERAM TOI DAN MUZIUM TENTERA DARAT PORT DICKSON
09) JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) - DAY 04 - GOING HOME - SUMMARY
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
sorang mamah mamah tiang , sorang batuk keluar api
ReplyDeletesorang lagi gegar istana
manalah tak panik semua orang !! hehehhe
kuat betul gigi yang mamah istana tu!!
dah lama saya nak pergi teratak zaaba tu , tapi jauh sangat ke tengan.
cerita pasal dulamg berisi makanan tu pun saya pernah dengar tapi tak ingat kat mana berlakunya ..mungkin yang ini lah..
Menarik kan. Begitulah kisah sebuah lagenda.
DeleteAgain, kalau saya tak ke sini, maka tak la saya tahu kisahnya.
Betul doc. Mmg jauh. But it helped to keep an eye for any tmpt2 lawatan lain masa on the way tu, dan singgah. Jadi tak la semata2 ke sana sahaja.
Salam encik mintak izin download satu gambar ini.. 🙏
ReplyDeletehttps://4.bp.blogspot.com/-E_NNUpvDNPs/WHUkxiX1tcI/AAAAAAABWsc/8AY-hEdPjX0M_StB8pkPfJ3mvsDMLw9vgCLcB/s1600/IMG_2902.JPG