Monday, April 27, 2015

SANDAKAN - TEMPLE PUU JIH SYH - MASJID DAERAH SANDAKAN - GERAI IKAN BAKAR SEDERHANA

SANDAKAN - DAY 01 - PART 04 - TEMPLE PUU JIH SYH - MASJID DAERAH SANDAKAN - GERAI IKAN BAKAR SEDERHANA

Seterusnya kami bergerak ke Temple Puu Jih Syh yang terletak di atas bukit overlooking bandar Sandakan. En.Aziz said the view is beautiful. Saya yang sudah pergi ke sana masih lagi teruja untuk pergi lagi kerana memang cantik pemandangan Sandakan Bay dari atas sana. 

Roundabout di Sandakan ni ada beberapa patung-patung/monumen seperti dalam gambar :). Ada Orangutan, buaya dan penyu. 


Peta perjalanan kami Pantai Dandulit ke Temple Puu Jih Syh. Dari hujung pantai di utara ke hujung di bahagian selatan. 


Lokasi Temple Puu Jih Syh dari Pusat Bandar Sandakan. 


Selagi Google Earth ni boleh zoom in, saya zoom in.. hehehe...


Temple Puu Jih Syh ini dibina pada tahun 1987 dengan kos RM5 juta. Ia terletak setinggi 100 meter di atas bukit. It is a Buddhist temple. 

Pemandangan Teluk Sandakan yang sangat cantik. Masa foto ni diambil waktu dah pukul 5:47 petang. So cahaya senja kekuningan nampak cantik. 

Sibuk saya dok tukar-tukar lens sebab nak zoom-zoom.. hehehe... 


Sempat juga saya rakam beberapa shots dalam temple ini.



Selesai menikmati pemandangan dari atas bukit tu, kami ke singgah sekejap ke Sandakan waterfront berhampiran dengan Hotel Four Points By Sheraton Sandakan. 



Malam tu ada pasar malam di water front ni. Dah pukul 6:15 pm masa ni so dah ada peniaga yang dah mula menjual. Sama je macam pasar malam di sini. Tapi yang bestnya ada macam2 local kuih muih yang saya sangat teruja nak cuba rasa. Tapi tak beli pun sebab takut spoil dinner since nak makan ikan bakar.. hehe... 

Sempat juga took a few senja shots :). We had a very nice short walk along the water front. Nyaman. 

Since dah nak Maghrib, En.Aziz bawa kami ke Masjid Daerah Sandakan untuk solat. 

Kami ok je sebab kalau nak balik hotel dulu akan ambik masa dan once dah melepak kat hotel lepas dah jalan-jalan siangnya tentu malas dah nak keluar balik.. hehehe... 



Inilah Masjid Daerah Sandakan. 

Seterusnya kami pun bertolak ke area Pasar Sim Sim untuk makan malam. 




Malam tu kami makan makanan laut bakar. Katanya sedap seafood di sini so kami pun nak try la jugak. 

Boleh la pilih-pilih apa yang nak dimakan. 

So we chose beberapa jenis ikan yang tak tahu saya apa ke nama ikan2 tu.. hehehe. Also some sotong as well. 




Macam biasa saya mestilah sibuk-sibuk ambik gambar suasana gerai makan ni :).


Sambal/kuah cili yand dituang pada ikan/sotong bakar tu memang la sedap! Ada juga sambal belacan. Sambal ni lain sikit rasanya dari yang biasa saya makan tapi tetap sedap. Makan dengan nasi dan lauk sayuran. Simple tapi sedap. I suppose that's how it should be. The seafood should be prepared as simple as possible supaya boleh rasa ke'fresh'an seafood tu :).

Senarai harga. Very reasonable. 

Dah kenyang kami pun balik la ke hotel. 

Inilah peta perjalanan sepanjang hari pertama kami di Sandakan. 

Alhamdulillah, cuaca baik, jalan tak jam dan kami dapat cover tempat-tempat yang kami plan nak lawat pada hari pertama.



Bersambung dengan hari ke 2..... 

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

6 comments:

  1. Teringat zaman remaja kami en.syed, cuti raya, cantik dan segak pakai baju raya pergi melawat tample Puu Jih Shih yang mana patutnya kami pergi beraya dan berkunjungan rumah sedara mara....kelakar betul bila ingat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa, ye ke? Berkumpul kat situ ramai2 pulak masa raya.. hehehehe....
      Iya la, masa remaja cam tu, yg penting dan seronoknya bila berkumpul dengan friends :).

      Delete
  2. berbelit lidah nak sebut Puu Jih Syh!
    kelakar lak bila baca nasa mulia pergi situ pagi-pagi raya!! buat apa kat situ? ambik gambar raya!? heheheeeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... kan :).
      I think so la tu. Cantik bergambar di situ especially bila dah pakai lawa2.. hehehe..

      Delete
  3. keluar asid perut saya
    perut saya sedang berpuasa ..
    tak patut..
    tak paatutttttttt

    heheheeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oppsss.. hehehehe...
      Sabor.. sabor... dugaan... :)

      Delete