Wednesday, April 29, 2015

SANDAKAN - PASAR UMUM SANDAKAN

SANDAKAN - DAY 02 - PART 01 - PASAR UMUM SANDAKAN

Hari kedua kami di Sandakan dimulai dengan melawat ke Pasar Umum Sandakan kerana saya ingin mengambil gambar suasana pagi di pasar tersebut dan juga jeti nelayan yang berada di bahagian pasar yang mengadap ke laut. Tambahan pula ketika itu matahari akan terbit jadi plan juga nak ambik a few sunrise shots :).

Seawal 5:45 pagi kami dah berada di perkarangan letak kereta terbuka Pasar Umum Sandakan. Di bahagian luar ini ada ramai penjual hasil tangkapan laut. Sebenarnya kata En.Aziz kalau betul2 nak tengok nelayan sampai ke jeti dengan hasil tangkapan mereka kenalah berada di jeti pukul 3:00 pagi. Aduh... awal sangat tu.. hehehe..  


Since masa ni dah pukul 6:00 pagi, menurut En.Aziz sudah tak berapa ramai penjual ikan dan makanan laut lain ketika itu kerana kebanyakkan jualan mereka sudah dibeli pemborong awal-awal pagi. 

Ikan-ikan ni betul-betul fresh!

Udang juga ada dijual. 

En.Aziz menunjukkan cara nak tahu kesegeran ikan, tengok insangnya. 

Kelihatan begitu ramai pembeli berkerumun di tempat penjual ni. 

Kemudian kami berjalan ke bahagian pasar yang mengadap laut. Wah.. saya happy sangat masa ni sebab banyak betul photo ops nya! :)

Ikan buntal pun ada :).

Ramai dah penjual yang dah nak habis jual hasil tangkapan mereka pagi itu.

Sunrise shots yang macam ni la yang saya planning to capture. Masa 2013 dulu saya tak dapat shot sunrise ni sebab turun dari hotel lambat nak dekat pukul 8:00 pagi. Dah tak de sunrise dah masa tu. 


Memang cantik sangat sunrise di Sabah! 


Bahagian bangunan pasar yang menghala ke laut.

Hello Meow :)

Bahagian jeti tempat bot-bot nelayan berlabuh. Nelayan bawa terus hasil tangkapan ke pasar ni. Pembeli2 could not have gotten a more fresh selections!

Kerana satu, dua sunrise shots are not enough.. hehehe...




Nelayan-nelayan memuat bakul-bakul penuh ikan ke atas truk. 

Berlatar belakangkan matahari terbit :).

Yang ini pula pemandangan menghala ke Four Points Hotel by Sheraton Sandakan.

Nelayan-nelayan sedang berehat di bot-bot mereka. 

Satu lagi shot sunrise sebelum kami masuk ke dalam pasar.

Pintu masuk ke dalam Pasar Umum Sandakan. 

Ada pelbagai hasil tani dan ternak di sini. 

Penjual yang tiada plot menjual di tepian dinding bahagian dalam pasar. 



Oppsss... keluar pasar kejap nak ambik pintu utama dan papan tanda pasar.. hehehe... 

Terus kami cari gerai yang ada jual makanan kering. Kakak saya nak cari ikan bilis dan udang kering. 

Akak ni gembira dengan kunjungan kami. Tambah gembira dia bila kakak saya berbelanja banyak di sini.. hehe... 



Section jual sayur-sayuran. 

Bahagian jual daging. Ada juga tulang, babat, paru-paru, hati, urat, omasum [perut lembu] dan bidai [kalau tak silap rusuk]. 

Boleh je ambik gambar di pasar ni. Me so happy lah :)

Of course saya mintak kebenaran dulu nak ambik gambar daging ni :)


Pak cik bercerita dia ada anak yang bekerja di KL. Selalu juga dia ke KL katanya.

Section ayam. Look so clean dan nicely wrapped. 


Keluar dari banggunan pasar tu saya notice masih ada sunrise. So took a few more shots.. hehe...

One of my fav shot pagi tu :).



Then saya notice pak cik ni. En.Aziz kata pak cik ni ada pasang perangkap di tepian water front ni dengan meletakkan ranting-ranting kayu to camouflage kotak jaring perangkap tu. Dalam foto ni pak cik tu tengah check perangkap2 yang dia pasang. A few ada ikan. 


Selesai di Pasar Umum Sandakan, kami berjalan semula ke kereta untuk ke destinasi jalan-jalan seterusnya pada hari kedua di Sandakan.

Sambil jalan sempat juga saya ambik beberapa gambar suasana bandar Sandakan. 




Bersambung......

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

6 comments:

  1. setiap gambar saya mencari kalau ada orang kampung atau sedara yang termasuk dalam photo en,syed, sebab ramai yang berjualan sayur dan ikan kering luar dan dalam pasar tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke? Tak de ya mereka dalam foto2 saya ni.
      Saya memang suka buat people photography actually :).

      Delete
  2. besarnya ikan yang dipegang insang tu!!
    ikan tuna kot!!

    mesti gembira dan kekenyangan je kucing-kucing liar kat pasar ni!!

    ada orang berani kan.. makan ikan buntal tu!!
    saya nak beli apa tau.. saya nak beli ikan buntal.. tapi tang dah keras.. dan masih kembung bulat!!
    saya pernah nengok.. comel sangat!
    buat perhiasan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I think so la doc, ikan tuna. First time saya tgk ikan tu. Selama ni yg dalam tin je... hehehe...

      Mesti. Fresh lagi! Sihat! Still saya tak la nampak macam banyak kucing2 berkeliaran.

      Betul. Nak siang pun ada caranya. Silap bersihkan orang yang makan boleh mati! Saya nak pegang pun takut.. hahahahaha...
      Haaa. yes, saya pernah nampak yg keras bulat tu. Tapi bukan di Sandakan ni. Tak ingat kat mana.
      Agaknya meja kerja doc banyak ya souvenir2 beli masa bercuti2? :).

      Delete
  3. souvenir..?
    :)

    tak aa..
    buat berhabuk je..
    ikan buntal tu.. saya nak buat lampu.
    kreatif tak!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa? Lampu?
      Waaa.. bercahaya la ikan buntal tu! Agaknya kena pakai bulb yg power kuat kot supaya cahaya terang sikit.. :)

      Delete