Monday, April 13, 2015

HARI KRAF KEBANGSAAN 2015 - PART 01

Pada 29 Mac 2015 yang lalu, saya ke Hari Kraf Kebangsaan 2015 [HKK 2015] edisi ke 13 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Ia bertemakan ‘Eco-Kraf Pelaburan Kesejahteraan’. Secara kebetulan je saya terjumpa event ni while browsing. 

Sebelum tu saya msg my good friend Puan Doc untuk join sama. She responded that she will if her plan to go to the F1 did not materialise. But of course F1 tu priority! I'd do the same too. Lagi pun HKK 2015 ni berlangsung selama 13 hari dari 26 Mac hingga 07 april 2015, so she can always go on one of the days.



Anyway, Puan Doc came with her daughter Nina and we had a blast!

Tepat pukul 10:00 pagi saya dah tiba. Saya dengar loud music! Wah, macam meriah pulak. Rupanya ada Aerobikthon yang telah bermula pukul 7:30 pagi anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Kraftangan Malaysia dengan kerjasama NS Kombes Aerobic Team. Ini adalah salah satu kelainan HKK tahun ini untuk promote healthy living. 

Sorry, no photos of the aerobikthon though :).

Banner dan boards di pintu masuk ke HKK 2015. Anyway, tujuan utama saya he HKK 2015 ni adalah untuk ke Mini Perkampungan Mah Meri. Beria saya study peta tu which saya dah print kat rumah earlier.... hehehe..

Risalah Panduan / Guide Leaflet yang diberi kepada semua pengunjung.

600 usahawan! Ramainya.

Walau pun waktu dah lepas pukul 10:00 pagi, still ada gerai yang belum dibuka / owner belum sampai. To open on time is one thing la [Guide Leaflet stated 10:00 am], lagi la hari tu hari Ahad. One would thought that the usahawan would be eager to open early or at least on time.

Saya passed by cepat2 je section sini sebab nak locate the Mini Perkampungan Mah Meri tu dulu sebelum jalan-jalan.

Selain jualan barangan Kraf tangan ada juga Perkhidmatan Perkahwinan. Kahwin nowadays sangat elaborate. Is it all necessary? Some say ia satu pembaziran. 

Which reminded me of a wedding invitation I received. Tu ha below card jemputan kawin. Style cowboy! Haih.. macam-macammmm.... 

Ada banyak signages for directions tapi at one time saya sesat jugak sebab pada leaflet stated one thing but the board map stated another. Confuse and frustrated. I even had to ask 3 different people and all 3 gave different answers.
So confuse later-later saya mengadu pada Doc. Sorry ya Doc kena dengar saya grumbling.. hehehe..

Then terjumpa bahagian ni. Chalet dan rumah kayu. Sangat cantik rekaan2nya.
Wow... when they say they want to do Craft Exhibition, saya tak sangka pulak they did on this scale. So sesiapa yang kat rumah ada ruang laman yang besar boleh la pasang gazebo2 ni. Petang2 boleh santai sambil minum teh. Sesuai juga masa diadakan family gatherings :).
Hehehe... saya dok condo, so hanya berangan je lah.. hehehe...

Very nice right!

Sila refer to rumah dalam foto di bawah ni.

Ok, sebab saya ada minat dengan senibina tradisional Melayu ni maka saya pun berajin-rajinlah cari maklumat tentang rumah ni.

Usahawan yang buat rumah ini ialah Tuan Ahmad Tuan Abdullah Pengurus Warisan Pahlawan Enterprise, juga seorang pengusaha resort di Kuala Berang, Terengganu, yang menawarkan khidmat bina rumah tradisional Melayu. Ini buat saya teringat pada lawatan ke bengkel Bapak Chan Umar di Padang Panjang, Indonesia yang ada offer khidmat ukiran Minangkabau kepada sesiapa yang ingin membuat rumah style authentic Minangkabau house.

Rekaan-rekaan rumah tu diberi nama sempena pejuang dan ulama berpengaruh seperti Rumah Tok Pulau Manis, Rumah Tok Kenali, Rumah Hj. Tun Abdullah, Rumah Hj. Abd. Rahman Limbong, Rumah Tok Gajah, Rumah Orang Ulu, Rumah Mat Kilau dan Rumah Tok Kawah.

Rumah ini dibina dengan menggunakan kayu cengal dan kayu kesan tinggalan lebah kelulut. Paku tidak digunakan. Pengukuhan dibuat secara pasak kayu.

Harga pula depends pada kehendak pelanggan. Saya rasa kalau nak yang elaborate designnya tentulah harganya lebih mahal.

Seterusnya saya terjumpa pula bahagian demonstrasi Kuih dan Masakan Tradisional. Hmmmm... waaa.... harum sungguh bau masakan2 di situ! Walau pun baru je tadinya saya bersarapan, dah rasa lapar balik! Ke nafsu makan kot.. hehehe... But seriously, terliuq!

Demonstrasi Kuih dan Masakan Tradisional HKK 2015 ni menyajikan kuih dan masakan tradisional dari beberapa negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah serta Sarawak.

Ada 13 jenis kuih-muih dan 14 masakan tradisional.
01 - Perlis: Nasi Ulam & Asam Pedas Keladi
02 - Kedah: Gedung Cak, Tepung Torak & Gulai kawah daging umbut pisang
03 - Selangor: Laksa Ikan Seekor
04 - Johor: Laksa Johor
05 - Perak: Nasi lemuni, Pais Ikan Keramat & Rendang Tok
06 - Melaka: Abuk-Abuk, Bongkong & Asam Pedas Ikan Parang
07 - Negeri Sembilan: Pulut Kuning & Rendang Ayam
08 - Pahang: Pais Tempoyak Ikan Patin, Gulai Tempoyak Ikan Patin & Dodol Kukus Taik Minyak
09 - Terengganu: Satar & Otak-Otak
10 - Kelantan: Pulut Panggang, Pulut Pisang & Gulai Darat Daging Cincang
11 - Sabah: Penyaram & Lempeng Sagu (Ampulung)
12 - Sarawak: Jaon & Tebaloi

Kalau pengunjung tidak teruja dengan menu di atas tu, I do not know what will.. hehehe...

Masa tu masih awal, jadi saya dapat saksikan penyediaan bahan2 masakan di setiap khemah.

Saya tertarik nak ke khemah masakan Negeri Sembilan ni sebab bau-bauan masakannya sungguh mengancam.. hehe...

Terus saya bertegur sapa dengan kakak ni. Kakak ni kata dia tengah masak rendang ayam Negeri Sembilan. Saya tanya apa beza rendang ni dengan rendang-rendang lain. Dia kata rendang Negeri Sembilan ni lebih pedasnya. Masa tu saya dah telan air liur dah.. hehe.

Then saya tanya apa yang dalam periuk kukus di sebelah tu. Lalu kakak tu buka dan ada pulut kuning. Oooo... makan rendang ayam tu dengan pulut kuning. Aduhh... lapar saya menjadi-jadi.. hehehe...

Sebelum saya beredar, kakak ni menjemput saya ke khemah dia tengah hari nanti untuk cuba masakan dia :)

Yang ni pula khemah masakan Kelantan. Ada pulut panggang. Nak je rasanya saya beli tapi takut spoil pulak my lunch.. hehe... kena bersungguh saya tahan nafsu! Hehehehe...

Lepas tu saya jengok pula khemah masakan Kedah yang menyajikan masakan gulai kawah daging.

Waaaa.... bau tumisan gulai tu sungguh sedap sekali! Saya bertanya pada abang yang tengah asah pisau nak potong daging tu, memang kena buat semua penyediaan masakan di khemah tu ke? Dia kata ya, untuk give full demo how they cook the delicious dishes. How cool right! :)

Lepas tu saya ke khemah yang ni pula, yang buat kuih tebaloi dan jaon negeri Sarawak. Ni first time saya dengar nama-nama kuih muih ni. Kakak ni nama dia Zainab tengah buat kuih tebaloi. Bersama Cik Zainab ni adalah juga kakak dia Cik Salbiah. Kuih ni di buat dari  tepung sagu, telur, kelapa dan gula dan berasal dari daerah Mukah Sarawak.

Di sebelah pula ialah khemah kuih muih dari Sabah yang menyediakan kuih tradisional Sabah penyaram dan lempeng sagu. Kuih penyaram ni dibuat dari tepung beras dan tepung gandum, gula pasir dan gula apong [untuk kasi warna yng cantik dan bau yang wangi]. Ia juga dikenali sebagai pinjaram atau kuih UFO [hehehe.. I like this name]. Ada juga yang panggil Mexican Hat.. hehe.. macam-macam. Asalnya kuih orang Bajau juga orang Brunei.

Hmmm... I do see the resemblance... hehehe...

Pada masa yang sama saya sibuk bertanya di mana Perkampungan Mini Mah Meri pada beberapa orang di situ. Saya dapat jawapan berlainan. Agaknya ada banyak laluan nak ke perkampungan tu kot.

Anyway, since ada masa lagi sebelum performance tarian Mah Meri tu nak start, saya ke bahagian demonstrasi kraf para artisan. Aktiviti ini bertujuan mendedahkan pembuatan dan mempromosi barangan kraf tradisional kepada khalayak ramai. Ianya adalah seni pusaka bangsa yang penuh dengan kehalusan penghasilan produk kraf.

Di bahagian ini ada demonstrasi2:
1 - Proses Pembuatan Seramik
2 - Kembang Api: Pisau, Parang, Keris, Tekpi, Kacip



Mula-mula saya nampak ada dua orang abang ni tengah menbuat pasu/mangkuk. Bukan yang menggunakan mesin putar.

Pengunjung boleh duduk bersama untuk menyaksikan proses pembuatan seramik ini dari tanah liat ini. Kalau ada apa-apa soalan boleh tanya. Abang baju hijau tu yang menjawab. Dia sangat pakar.

Abang ni tengah put in the finishing touch to the pasu/vase.

Siap. Perfect symmetry. 



Dari apa yang saya baca cara buat seramik yang tak pakai mesin putar ini dipanggil teknik pinching dan coiling.
Teknik pinching: tanah dipicit-picit untuk buat bentuk yang dikehendaki.
Teknik coiling: tanah digulung lepas tu disambung-sambung jadi bentuk yang diingini.



Yang ni pulak ialah teknik ‘throwing’ membentuk tanah di atas mesin putar alin (potter’s wheel). Mula-mula tanah diuli sampai betul-betul rata untuk elak lubang-lubang udara. Kemudian tanah dibentuk seimbang dan diletak di tengah-tengah mesin putar so that final bentuk akan seimbang.

Mesin pemutar ini ada 2 jenis, yang mengayuh manually dan yang pakai letrik. Kakak ni pakai yang letrik. Masa guna mesin pemutar, alat-alat yang diperlukan ialah alat pemotong yang dibuat dari dawai, alat penguris, pembaris, sepan dan air. Stages nak buat seramik cara ni firstly kena buat centering, lepas tu buat lubang dan lepas tu buat bentuk.

Kakak ni memang pakar. Elok cantik je bentuk pasu ni dibuatnya. She has very steady hands. Nampak macam senang :)







Dan inilah antara pasu-pasu comel yang dah siap dibentuk. So pretty.

Di section yang sama ialah demonstrasi Kembang Api: Keris, Tekpi, Kacip

Nama-nama para artisan dengan jenis-jenis senjata logam tradisional kepakaran mereka.

Nampak je abang ni tengah ketuk-ketuk saya terus ke bahangian belakang khemah ni untuk ambik gambar.. hehehe. Dia tengah membentuk tekpi. Memang ok ambik gambar mereka since it was an exhibition. Still saya minta izin dulu :)

Di sebelah pula ada yang sedang mengasah/mengikir logam menggunakan pengasah letrik. Tentu la kan sebab kalau nak asah cara tradisional makan masa.

Lepas tu saya ke section bro ni pulak. Dia tengah menajam sekeping logam yang looked like untuk dibuat parang.

Seronok dapat shots ni sebab ada percikan api.. hehehe...



Antara senjata dan peralatan logam on display. Kapak-kapak tu berharga RM45.00 satu.

Antara para artisan yang turut serta di bahagian Kembang Api di HKK 2015.

Dan ini pula ialah cultural performance di Pentas Persembahan Kesenian bersebelahan dengan Kafeteria Craft Delight. Kumpulan kesenian ini mendendangkan lagu-lagu Melayu asli.

Sambil menunggu persembahan tarian Mah Meri, saya ambil gambar-gambar mereka.







Suara penyanyi wanita ini cukup bagus sekali. Lentuk liuk suara dia menyanyikan lagu-lagu Melayu lama begitu on point sekali. Perhaps she is a recording artist kot. If not, she should :).

Abang-abang ni pun tak kurang hebatnya memainkan alat musik masing-masing.
Note: Notice tak saya kerap refer the older gentlemen as 'abang'? Why not call them pak cik? Hmm.. alahai... saya ni pun bukannnya muda lagi. Muda sikit je dari mereka2 ni. So panggil le abang... hehehehe...

Seterusnya liputan serba ringkas tentang Mini Perkampungan Orang Asli Mah Meri. It was referred to as a 'live demo' replika perkampungan mini yang memaparkan seni budaya Orang Asli Mah Meri mencakupi aktiviti kebudayaan, kesenian dan adat resam mereka. So visitors dapat chance menghayati seni ukiran patung/topeng, anyaman origami, masakan tradisional serta tarian kebanggaan kaum Mah Meri.

Di sebelah kanan adalah perkampungan Mah Meri tu.



Information tentang the village dari leaflet.

Ni tengah bakar ubi. Percuma. Pengunjung2 sangat dialu-alukan mencuba.

Ada juga stall produk kraf orang asli. Very beautifully done with intricate details. And colorful too.

Haaa.. masa tengah tengok-tengok barangan kraf ni la saya telah diterkejutkan oleh Doc!! Tengah saya begitu concentrate di stall tu, tetiba ada suara garau dari belakang bertanya kalau saya nak beli barangan kraf tu. Saya terus jawap tidak dan cuma tengok2 je dan .... hadoiii... terperanjat bila saya toleh and it was her! Cisss... :)
Kuat saya gelak masa tu.. hahaha...

Ini pula di pondok anyaman origami daun nipah. Para pengunjung boleh spend time diajar buat origami tu. Kelihatan di foto bawah salah seorang pengunjung sedang diajar untuk membuat origami headband dari daun nipah. Macam payah je nampaknya.. hehehehe....

Antara origami daun nipah yang cantik bergantungan di pondok. The one on the left juga digunakan ketika persembahan tarian manakala the one on the right digunakan sebagai hiasan rambut bagi penari wanita dan sebagai 'rambut palsu' untuk penari lelaki bertopeng.

Pengunjung tadi yang masih lagi kelihatan begitu gigih menyiapkan task at hand. Ingin saya laporkan di sini yang pengunjung tersebut telah berjaya menyiapkan origami headband yang intricate itu.  Syabas.. hehehehe...

Di pondok yang sama di bahagian sebelah pula ialah demonstrasi membuat ukiran topeng.

Kemi Khamis [kiri] dan Samri Abd. Rahman [kanan] tengah mengukir. Actually masa mula-mula saya sampai mereka tengah tunduk tekun mengukir. For this shot saya minta mereka tengok camera dan senyum. Haaa... kan nampak mesra.. hehehehe.. tadi serious sangat.. hahahha..

Topeng tarian Jo'oh tidak boleh main pakai je sebab dah di tepung tawar dan diasap dengan kemenyan untuk seru roh nenek moyang. Sebab tak minta izin ada roh yang tak nak keluar dari tubuh penari. Tapi topeng yang dipakai for cultural show tu ok sebab tak ditepung tawar bagai.

Saya agak ini adalah ukiran yang bernama Moyang Simpai Sauh yang bertemakan patung Moyang Sauh yang ditambah dengan simpai atau rantai kayu. Ia mengambil semangat nelayan yang hebat di lautan, ibarat sauh yang dirantai.

From what I read, most likely ni kayu pokok nyireh batu dari hutan paya bakau sebab warna merah. Also urat pokok ni halus dan ia mudah diukir. Ia sesuai untuk buat topeng perhiasan bukan untuk topeng tarian. Untuk topeng tarian Jo'oh kayu pulai is used.

Nak siapkan satu topeng akan ambil masa dua minggu.



Sumber ilham ukiran datang dari previous designs dan juga dari mimpi. Juga dari nenek moyang seperti Moyang Katak Kala, Moyang Melor, Moyang Hidung Cabang, Moyang Pengkol dan Moyang Bojos.

Pelancung-pelancung asing tentu suka beli topeng hiasan macam ni. I wonder how much harganya.

Ada juga ubi bakar. Ramai juga pengunjung-pengunjung yang makan. Ada yang saya notice datang dua kali :).



Actually mereka ni tengah ambik gambar berkumpulan sesama mereka tapi saya dengan begitu polite menyibuk nak ambik gambar mereka jugak.. hehehehe....

Mereka ni semua memang best! :)

Haa... performance dimulakan. Inilah barisan pemuzik persembahan tarian kesenian Mah Meri.

Persembahan dimulakan dengan Tarian Topeng Mah Meri (Mayin Jooh) yang telah diwarta oleh kerajaan sebagai salah satu Objek Warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005, Pengisytihran Objek Warisan 2008. Tarian ni pay tribute to the their ancestors and mother nature.

Music tarian Mah Meri macam musik tradisional Melayu yang bergendang dan berbiola. Saya dengar macam dondang sayang pun ada juga. Sayang sekali saya tidak merakam videonya sebab terlalu asyik mengambil gambar.. hehe.

Saya selitkan juga sekeping dua shots dari atas. Julang camera le.. hehehe...

Berbajukan bahan yang dibuat dari kulit kayu terap, penari-penari wanita Mah Meri ni are adorned with beautiful intricate anyaman daun nipah seperti headband, hiasan rambut, ear rings, choker, selimpang berbunga besar, gelang tangan, tali pinggang, skirt anyaman daun nipah dan origami nipah berbentuk bunga dipegang di tangan. Dan yang menariknya saya noticed design for these accessories adalah berbeza-beza. How unique!

Cakap pasal aksesori ni, my good friend Doc tu patut put on her anyaman headband yang dia buat sendiri tu and join the dancers. Definitely will be the highlight of the entire performance!

Gerak tari mereka lembut dan gemalai. Tak de gerakan aggressive. Cantik. In fact kalau kawan saya tu nak join pun senang je nak ikut steps tarian tu.
Hehehehe.... mentioned Doc lagi.. hehehe...

Dan ini penari lelaki pulak. Simple je. As you can see, topeng, rambut origami daun nipah, top covering dan skirt. 

Penari-penari lelaki ni memang kelakar injecting humor with lots of interaction with the audience. Pergerakan dan pose-pose cute mereka sangat mencuit hati :).

Hehehehe.. terkelam kabut saya masa nak shoot photo ni. Tu yang termasuk pokok buluh tu.. hahahahaa.... Sorry doc.. hehehe..

Tengok la tu! Siap pose for me dengan gaya malu-malu miang! Hahahaha....
Actually dia ni ada gigi berlian tapi saya tak de foto-foto yang jelas nampak berlian tu. Nak tengok, sila ke blog kawan saya tu ya :) 

Yang dia ni pulak dok hayun perut buncit dia sambil menari-nari. Kelakar sangat! :D

Yang ni topeng serius, ada bulu kening dam misai. Serius-serius pun, tak kalah kelakarnya.. hehehee...

Cantik-cantik penari-penari wanita Mah Meri ni. 

On to the next tarian. 

Ni a few shots of the accessories. Very beautiful. 



Melentik cantik bulu mata pelesu akak ni.. hehehe... 



End of performance. Take a bow. Enthusiastic claps from me and Doc of course! :D

Last sekali group photos. Love it! 

All in all, saya sangat berpuas hati kerana akhirnya berpeluang juga menyaksikan persembahan tarian Mah Meri ni setelah sekian lama teringin. Nak gi tengok yang di Pulau Carey tu, kosnya tinggi. Anyway, dapat tengok yang ni pun dah ok sangat eventhough dalam area exhibition. 

Selesai tengok performance tarian di Perkampungan Mah Meri, kami pun pergi lunch. Lapar! Kami makan di Kafeteria Craft Delight.

After lunch Doc and I said our goodbyes. Doc left early cause nak tengok F1 kat TV katanya :).

Saya pulak nak explore lagi dan terus masuk semula ke dalam khemah ke bahagian batik. Actually khemah tu betul2 sebelah perkampungan mini Mah Meri tu.

Aaaa.... lega sebab khemah2 di HKK 2015 ni berhawa dingin.. hehehe...



Saya suka hiasan siling dengan lebaran kain nipis berwarna warni ni.

Actually I was quite impressed by batik designs by our very own local designers. 

Saya bukanlah peminat batik dan dalam seumur hidup saya hanya sekali je beli baju batik itu pun beli sebab ada official event. Pakai sekali terus simpan tak pakai2 lagi. But I must say these designs are superb!



Sangat cantik. Siapa yang minat batik memang la macam kid in a candy shop kalau ke sini! :)



Lepas tu saya jalan-jalan lagi ke bahagian bazaar. Uwwahhh... banyak betul gerai! Penuh dengan beraneka design dan corak batik. Yang berkelip-kelip pun ada. 

Selain batik ada juga songket. Sangat la cantik dan halus amat hasil tenunannya. 

Saya pasti harganya juga bukan saja ratusan malah ribuan. 

Bersambung... next lawatan ke HKK 2015 Penerokaan Kraf Malaysia... 

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

10 comments:

  1. nak lagi ..nak lagi.... tak cukup..tak cukup... !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, lepas ni ada satu lagi part, last part.. hehehe.
      Saya tak leh nak buat byk parts for entry HKK 2015 ni sebab still ada few more entires lain pending... :)

      Delete
  2. ternampak perkataan "gedong cak" kedah....kuih tradisi yang ramai tak tahu dan pernah jumpa, masa dulu saya mencari kuih ini, bertanya pada yang biasa buat kuih pun kata tak pernah dengar nama tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pernah dengar, apa lagi rasa. Saya google, rupanya macam otak2 tapi isinya manis.
      Bagus la HKK 2015 ni 'revive' balik kuih muih tradisional ni kan :)

      Delete
  3. best rupanya HKK ni ye...selalu dengar, tapi tak pernah pi
    wowww dah tengok pasal mah meri ni kat blog kak singa tuh
    puas dpt tgk byk gambar dari 2 blog berbeza
    saya dpt rasa seharian mcm tak cukup kat sini
    banyak betul nak explore kan
    saya kagum dengan anyaman kaum mah meri
    betul2 kagum
    halus anyaman derang
    cuma ada pengunjung bershawl tu tekun betul la belajar
    agaknya dia ingat lagi tak camner nak buat
    hahahahhahaha

    cantiknya batik2 tu
    saya suka batik
    tapi malas nak jaga, plus nak basuh tu kena dry clean, kalau tak jahanam la nanti batik tu tak terjaga dengan baik
    lagipun bila pakai batik, kena supan2 sket, itu paling payah utk saya kahkahkah

    buat pasu tu saya suka tengok
    dari kecik saya suka buat pasu pakai tanah liat
    masa kat kampung, saya suka masuk kebun kelapa sawit cari tanah liat kat tepi parit/sungai
    pastu buat pasu bunga
    ukir dan bila dah siap jemur
    zaman sekarang dah tak de dah semua ni
    pakai tanah liat je

    phewww makanan best2
    ada yang saya tak tau pun amende
    utk org yang suka jjcm macam saya, memang elok la mencuba semua menu tu
    kahkahkah
    bila aku nak diet mcm ni la
    mau berjam2 saya stuck kat area makanan kalau pi

    ukiran topeng tu
    besar dan sure berat kan kayu tu

    saya akan masukkan dlm list kalau ada event ni next year
    sebab anak saya yang sulong tu sukakan kebudayaan!
    asyik ajak saya pi KK sebab nak gi perkampungan budaya
    dia tak tau kat sini2 pun banyak
    cuma mama dia je tak de masa nak bawak
    hahahahhahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best HKK 2015 ni. Saya pun tak sangka. Dah buat saya macam plan nak gi yearly! :)
      Betul, sehari memang tak cukup. Yg bagusnya nak dekat 2 minggu event ni so boleh la plan to go on a couple of days dan cover areas of interest. Pulak tu kat KL je so tak yah nak drive jauh2.. hehe...
      Tapi kena datang awal cause parking can be a pain!

      I'm sure ahkak tu masih ingat. Cer tanya dan mintak ajarkan. Tentu ahkak tu boleh :). Saya pun nak join sekali ok.. hehehe...

      Hahahha.. batik boleh buat El sopan santun.. hehehe... kenapa pulak ya? Hehehehe... Betul, material batik memang kena jaga elok2. Dah la mahal, mesti la kena 'very caring' gitu.. hehehe...

      El, you surprised me yet again. You boleh buat pasu tu? Hebat! Respect! Very delicate kan cara nak buat tu. Kena betul2 symmetry.
      Kena la El balik kampung cari tanah liat tu dan ajar anak2 you kesenian ni. Sure mereka suka!

      Jika begitu, maka harus El spend at least half a day just at the area masakan2 tu. Yg bestnya, pihak penganjur arrange jenis2 masakan yang berlainan dan dari beberapa negeri. So no one dish will be the same/similar. Jadi banyak choice menarik. Juga usaha ni bagus sebab dedahkan pada rakyat jelata tentang pelbagai masakan dan kuih muih yang tak pernah kita tahu sebelum ni. Bukan je bertujuan nak dedahkan pada generasi muda, generasi yg dah usia2 macam kita ni pun dapat manfaatnya.

      Berat topeng tu2. Buat perhiasan je, bukan dipakai. Harga pun mahal. Kata Doc boleh sampai ribu2an.

      Elok sangat plan tu. sambil tengok kebudayaan boleh JJCM dan shopping batik untuk lebih bersopan.. hahahahaha...
      Pe kata next year kita find one suitable date dan kita gi ramai2, you, me, doc dan kawan2 lain :). Sure jadi lebih meriah HKK 2016 tu nanti.. hahaha.

      Delete
  4. penat tunggu line kejap ada kejap tak ada ni... hishhhhh..

    first of all
    thank you sebab beritau saya tentang event ni! dan sempat jugak lag gugel sikit sebelum pergi.. cari tempat best parking kat mana.. :) kita otrang park dalam kawasan rumah penghulu abu seman tu..baik abang REla tu..

    kayu rumah dari bekas kayu kesan tinggalan lebah kelulut? kenapa ya? sebab kayu tu bagus..? lebah pandai pilih?
    hehehe.. banyak tanya lak eh!!

    saya pernah makan kuih UFO tu!
    sedap
    manis!!
    tak ingat kat mana tapi!

    ya laaa
    peta cakap lain..
    tanya orang .. jawap lain..
    pusing pusing sana sini cari pentas tu
    rupa-rupanya depan kampung tu je!!!
    tak sempat kami nak explore tempat lain.. takut terlepas tarian tu
    tu yang sanggup lepak atas pangkin tu sampai sejam..
    ada kipas!!!

    saya sebenarnya dah nak give up buat hed band tu
    saya dah bangun.. ambik ambik gambar..
    adik tu panggil balik duduk !
    hahhaaaaaaaa!! tak sempat nak escape!!
    kena gak habis kan buat!!i t was fun ..

    kembang api tu apa?
    bunga api ?

    en samri tu eh!!??
    tak perasan lak..
    he is the best carver!!
    ruginya!!!
    nyesal lak tak berbual dengan dia!! [ saya pemalu... :) ]

    kagum nengok ukiran yang sauh tu..yang rantai bulat bulat tu interlock with each other..
    susah nak ukir tu kan!!??

    raya nanti en syed boleh pakai songkok macam abang pemuzik tu!
    letak satu brooch kat songkok!
    cantik!!

    saya menari??!
    tidakkkkkk!!!
    haaahahhahaa..
    lari semua orang karang!!
    rosak majelis!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are most welcome doc. Saya terjumpa ni pun via IG bila someone yg I follow put foto about the HKK2015.
      Parking memang challenging hari tu doc. Ramai yang datang :).

      Tak tau pulak doc. Kalau fikir2, nak buat rumah mesti pakai kayu yg kuat tahan hujan panas dan serangan serangga etc, ye tak? Betul jugak agak you tu, lebah sure pilih pokok yg selamat untuk dibuat sarang. Logik!

      Kuih UFO tu memang saya teringin nak rasa. Dah syak manis so tu yg batalkan je niat.. hehehe

      Saya pulak sampai awal. Walau pun tak jumpa lokasi pentas mah meri tu, saya stop by jugak masa on the way kat mana2 exhibitions yg mana menarik. Cause malas nak patah balik later. Also tak plan nak sampai ke petang, nak 1/2 day je di situ :).

      Hehehhe.. oh ye ke? Tak tau pun gitu. Bagus la adik tu suruh you sambung siapkan. Kan dapat siap dah! Hehehee...

      My guess is kembang api tu ialah proses buat senjata2 logam tu. Part yg letak batang logam pada api lepas tu ditukul into shape. I think so la.
      Hehehe.. ye la kalau cari kat google kembang api tu bunga api.. hehehe...

      Yes tu Samri. Masa saya tanya2 tu dia yg paling banyak menjawab. Actually dua2 pun jawab lah. hehe.
      Doc, setahu saya kalau kat exhibition macam ni, kita bebas tanya itu ini. Memang diaorang dah tau dan dah disuruh layan pelawat. Tapi saya masa mula2 pun teragak-agak la jugak. Tapi bila saya start sembang macam ok je.
      Malu ker? Hehehheee..

      Susah tu. Masa kat rumah saya tengok balik foto tu dan fikir macam mana dia ukir chains. Actually ukiran Moyang Simpai Sauh tu Kemi yang cipta tu doc :).

      Oooo.. songkok yang tinggi tu doc ek? Amboi, disematkan brooch pulak! Macam pengantin pulak nanti.. hahahaha...
      Anyway, songkok tinggi tu kena dgn baju melayu apa ya?

      Hehehe... belum cuba belum tahu. Mana la tau kot ada bakat kan? :).

      Delete
  5. songkok tinggi..
    baju melayu teluk belanga
    samping dagang dalam

    peh..
    macam pengantin!!
    hahahhaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. I see... ok, tunggu I kurus sikit ok. Ni tgh bulat2 ni tak sesuai kot.. hahaha...

      Delete