Lepas spending about 30 minutes di bahagian batik dan songket saya pergi pulak ke Muzium Kraf di tingkat satu kerana ada pameran Penerokaan Kraf Malaysia.
Poster besar dan banner pameran tersebut.
Pintu masuk ke Muzium Kraf Kuala Lumpur.
Di pintu masuk ada 2 penyambut tetamu yang cantik berpakaian tradisional Melayu. Manis dan anggun. Saya especially like the one on the right. Saya tanya dan adik tu kata itu kebaya nyonya. So nice elok longgar dan sopan. Tak macam fesyen zaman sekarang yang ketat melampau-lampau.
Setiap pengunjung diberikan leaflet ni.
Senarai pameran dan aktiviti-aktiviti yang ada.
Berhampiran dengan pintu masuk ada pula adik berdua ni yang memakai pakaian tradisional lengkap, kebaya nyonya dan orang asli Mah Meri.
Haaa... pakai kostum Mah Meri dengan bertudung pun nampak cantik :).
Beberapa sudut pameran di muzium ini.
Saya terus ke bahagian atas dan sepanjang jalan melengkong ke atas, di tepian lorong ada pameran tenunan.
Pelan struktur mesin tenunan. Fascinating!
Hmmm.... menggunakan daun terung untuk dapatkan warna biru. How fascinating!
Ok, kepada siapa yang berminat nak tahu serba sedikit tentang tenunan yang di pamerkan di muzium ni, boleh le baca di bawah ni ya. Quite a bit of reading I know, but for me yang menarik ialah part cerita tentang motif :).
Ini pula bahagian anyaman dan tembikar.
Bahagian ukiran kayu.
Section Keris.
Bahagian rebana.
Bahagian warisan logam.
Bahagian Kraf Warisan Sepanjang Zaman: Wau dan Sulaman Nyonya.
Lepas tu saya turun semula ke lantai satu untuk explore bahagian2 yang lain pula. First saya encounter section 'Keris Berdiri' ni. Menarik!
Keris tradisi ini dinamakan Keris Berdiri, senjata mempertahankan diri zaman dahulu terutama mereka yang mengamalkan seni silat.
Tengok mereka berpakaian tradisional macam ni, tetiba teringat foto-foto saya masa zaman dahulu kala.... hehehehehe...
Hahaha.. selingan kejap... now back to liputan HKK 2015... :)
Tujuan diadakan pameran Keris Berdiri di HKK 2015 ni adalah untuk menepis anggapan masyarakat yang keris tu boleh berdiri sebab ada unsur-unsur alam mistik.
Actually keris tu boleh berdiri sebab telah ditempa ikut keseimbangan. Hebat orang yang buat keris ni!
Yes! Memang keris tu boleh berdiri di hujungnya!
Saya noticed ramai pengunjung perempuan remaja prefer tengok demo by demonstrator yang ni and not the other 2 guys. Hmm.. I wonder why.. hehehe... macam-macam.... :)
Seterusnya saya ke bahagian Kaum Rungus, Sabah.
Kaum Rungus terkenal dengan aksesori gelung leher dan tangan. Kaum ini adalah satu-satunya kaum di Sabah yang punya amalan tradisi ini. Di Sarawak, kaum Bidayuh juga punya aksesori yang lebih kurang serupa. Teringat neck ring kaum Kayan Myanmar.
Gelungan tembaga tangan ini dipanggil saring longon.
Mereka juga ada neck ring [heavy brass coils] seperti yang diperagakan oleh si cantik molek Cik Elvira Brenda Mailin [tengah] yang diapit oleh makcik Gogoyo Milaad dan makcik Dololik. Sempat juga saya berbual dengan Cik Elvira. Such as sweet girl, very gracious and well spoken.
Hiasan bunga di kepala tu dipanggil titimbok dan headband bermanik tu pula ialah sisingal. Pinakol dan Sopilang pula dipakai secara bersilang sebagai hiasan badan. Rantai bermanik yang ada that round white disc dipanggil Sulao.
Makcik Gogoyo Milaad dan makcik Dololik sedang membuat some beadworks.
Jika diperhatikan dengan lebih dekat memang pakaian tradisi mereka banyak beadworks adornments yang sangat halus buatannya dan cantik serta berwarna warni.
Gelung kaki juga adalah satu aksesori kaum wanita rungus. Sempat saya merakam pemasangan lingkaran tembaga ini ke kaki Cik Elvira.
Seterusnya saya ke section Kaum Bidayuh pula. Sebenarnya bahagian inilah yang buat saya bersungguh nak ke Muzium Kraf ni. Saya rasa inilah peluang yang sangat menarik untuk melihat dan mengenali dengan lebih dekat kaum Bidayuh.
Semasa saya di pintu masuk ke Muzium Kraf earlier on saya terserempak dengan 2 orang wanita kaum Bidayuh ini. Punya la saya excited.. hehe. Terus saya mintak izin mereka dan seorang wanita [the Bidayuh ladies' guide] untuk saya ambil gambar. Terus mereka pose gini :). So nice of them. Then the lady guide kata dia nak bawa the ladies to the toilet. Terus saya rasa bersalah.. hehehe...
Tapi.. ehhh.. tak pakai selipar/kasut tuuuu.....
Ini di bahagian dalam muzium section kaum Bidayuh. Nama makcik ni ialah Tawud Anak Luhan dari Kampung Semban, Pendawan, Sarawak. Dia adalah salah seorang dari 7 wanita kaum Bidayuh yang masih lagi memakai gelung tembaga di tangan dan kaki. Mereka dikenali sebagai the 'Golden Ring Ladies'.
Gelung yang dipakai di betis ini dipanggil rasung. Aksesori gelang tembaga ini melambangkan kemegahan dan kecantikan wanita kaum Bidayuh pada satu masa dahulu. So dulu-dulu gadis-gadis yang tak pakai gelungan tembaga ni dikatakan akan susah nak dapatkan suami.
Yang dipakai di lengan pula dinamakan ruyang. Selain sebagai lambang kecantikan, pemakai gelung tembaga ini juga boleh menjadi Dayung Lanyak yang merupakan seorang tua yang terhormat di komuniti mereka. Hanya Dayung Lanyak sahaja yang boleh mengetuai Beris, suatu acara sembahyang untuk good harvest dan lain-lain acara termasuk untuk mendapat kehidupan sihat.
Sesuatu yang saya rasa agak menarik juga ialah tentang talipinggang berwarna silver yang dipakai oleh wanita-wanita ini. Belt yang dipanggil sising wii ini asalnya dibuat dari dawai dan copper rings. Ia bertujuan mempastikan si pemakai bukan sahaja kelihatan cantik tapi juga untuk menjaga kelangsingan. Tetapi lama kelamaan tradisi memakai belt ini telah makin hilang dan barangan untuk membuatnya juga susah untuk dicari. Oleh itu, ok now is the interesting part, sebagai ganti mereka menggunakan stainless steel shower hose :).
Shower hose digunakan sebagai ganti belt yang asal.
Makcik ni pula namanya Peluk Anak Abeh sedang membuat anyaman.
Makcik Peluk adalah pesawah dan penanam lada hitam. Dia mula memakai gelung tembaga ini sejak berusia 15 tahun, untuk kelihatan cantik seperti memakai emas. Di sebelah beliau ialah penterjemah mereka, Sagan Anak Adam.
Pada masa zaman batter trading, seekor khinzir matang boleh ditukarkan dengan satu set ruyang dan rasung. Bila usia meningkat gelung-gelung itu perlu ditukar dan seekor lagi khinzir dewasa diperlukan. Kalau nak convert pada RM, 2 ekor khinzir matang adalah berharga RM1,400.00 mengikut harga sekarang. Dan selalunya pemakai gelung tembaga ini perlu membuat 3 kali pertukaran gelung dalam seumur hidupnya.
Walaupun semasa membuat kerja-kerja harian, mereka tidak akan menanggalkan gelungan tembaga tu sebab dah memang merupakan pakaian harian mereka.
Walau di bawah panas terik di sawah padi, gelungan tembaga tu tetap dipakai. Untuk mengurangkan geseran dan melecet, daun-daun diletakkan antara gelung dan anggota badan. Jus buah citrus pula digunakan untuk membersihkan dan mengilatkan gelungan tembaga tu sampai bersinar seperti emas.
Ada pengunjung yang bertanya bilakah masa gelung tembaga ini ditanggalkan. Dengan tegas makcik Tawud ni jawap dalam bahasa dia yang dia tak pernah tanggal kecuali semasa sekali dulu beliau ke hospital.
Saya sangat gembira kerana dapat peluang mengambil gambar makcik-makcik dari kaum Bidayuh ini. Bukan senang nak dapat peluang macam ni in my opinion. Terima kasih saya pada penganjur HKK 2015 ini :).
Bagi wanita Kaum Orang Ulu, lagi panjang cuping telinga mereka, lagi cantik dan therefore dulu-dulu senang dapat suami. Telinga mereka jadi panjang sebab memakai anting-anting loyang yang dibuat dari tembaga. Tembaga dipilih kerana warnanya yang kekuningan seperti emas. Memakai earrings ini juga indicate kekayaan keluarga si pemakai.
A beautiful beadwork by kaum Orang Ulu.
Mengukit tradisi orang Ulu, cuping telinga mula ditebuk sejak masih bayi lagi ketika berusia beberapa bulan. Dulu-dulu jarum adalah mahal jadi buluh digunakan untuk menebuk cuping telinga. Semakin besar anak itu semakin berat anting-anting loyang yang akan dipakaikan. Regangan cuping telinga ni selalunya hingga ke paras bahu.
Ketika anak masih kecil, dia dipakaikan anting-anting loyang seberat lebih kurang 100 gram. Berat itu boleh sehingga 500 gram sepasang. Waktu siang anting-anting loyang ni dipakai dan ditanggalkan masa nak tidur. Ada pelbagai bentuk dan saiz, berbentuk gelang atau bulat dan bujur.
Dari apa yang saya baca, dah tak ramai yang bertelinga cuping panjang. Hanya beberapa ratus saja yang tinggal. Generasi muda dah tak mahu bertelinga panjang begini.
Ada juga section kaum Iban. Tidak ada actual person dari kaum ini sebagai representative seperti di bahagian kaum Rungus, Bidayuh dan Orang Ulu. Hanya ada adik ni yang dipakaikan pakaian tradisional kaum Iban.
Pada pendapat saya patutnya ada rep dari kaum Iban especially considering mereka adalah penduduk pribumi dan kaum majoriti di Sarawak.
Next saya ke bahagian Parang Ilang. Parang Ilang yang sudah berusia ratusan tahun ni didatangkan khas oleh ownernya Johnny Anak Barangan, generasi keempat yang memegang warisan Iban dan nenek moyang Johnny adalah pahlawan kaum Iban.
Musuh yang dibunuh dan dipenggal kepalanya akan ditanda di parang berkenaan. Kepala tu kemudiannya disalai bagi mengeringkan darah, sebelum dibawa pulang. Sehingga hari ini masih ada lagi tengkorak-tengkorak yang disimpan di beberapa kampung. Parang yang beranak panah biru adalah parang-parang actual yang digunakan untuk memenggal leher musuh. Rasa gerun saya masa tu!
Sehingga kini, Johnny masih perform ritual memiring, iaitu menyajikan darah ayam kepada parang warisan berkenaan, setiap dua atau tiga bulan.
Di bawah adalah tajau, sejenis pasu seramik yang dijadikan sebagai keranda untuk si mati. Di display ni mereka letak skeletons terjulur keluar dari pasu tu. Dulu-dulu ini adalah amalan kaum Murut untuk pengebumian orang-orang penting dalam komuniti.
Dan ke bahagian Interaktif Kraf.
Hasil anyaman yang cantik on display.
Makcik ni akan ajar cara anyaman buluh ni kepada pengunjung yang berminat.
Nak buat layang-layang pun ada. Dah siap boleh bawak balik. Budak2 ramai le kat sini :).
Dan akhir sekali di pintu keluar Muzium Kraf ni ada musicians sedang perform.
Saya tak lepaskan peluang dan took a few shots.
Ok lah, itu sahaja catatan dan foto-foto yang dapat saya kongsikan di sini on the Hari Kraf Kebangsaan 2015 yang telah pun berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Terima kasih kerana sudi menjengok kedua2 entries HKK 2015 yang sangat panjang ni. Sorry le kalau tangan penat scrolling.. hehe...
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
ruginya saya tak pergi !!
ReplyDeletepanas sangat hari ahad minggu depannya tu..
dan
ada yang demam..
kena jaga!!
ruginyaaaaaaaaaaa!!!
kena tempa betul-betul kan keris tu!! nak bagi seimbang gitu!
kagum betul lah...
telinga panjang..
gelang rungus..
aaahhhh!!!!!
* jeritan frust *
chopp..
hahhahaa!!
batang shower!!!
kejammmmm
Gitu la doc. Kita cuma mampu merancang.
DeleteTak pe, insyaAllah, tahun depan ada lagi HKK ni. Kita gi lagi ok. Ajak El, CPL dan GB sekali.. hehehe...
Dan cara pertukangan buat keris tu adalah cara tradisional. Macam mana mereka boleh buat seimbang. Kalau pakai machine, ok lah kan. Ni tukang tangan je tu!
Yes, yes and yes! Betul, shower hose tu! Hehehe....
Saya pun tak sangka la dapat ambik gambar macam ni doc. Suka la cara mereka buat exhibition ni. Pelawat2 boleh berinteraksi dan tanya itu ini. Dan yg paling penting boleh ambik gambar :).
muzium tu hari-hari biasa bukak tak en syed?
ReplyDeleteMasa Operasi Muzium Kraf tu setiap Isnin – Ahad dari 9.00 pagi – 5.30 petang.
DeleteSaya memang ada plan ke Kompleks Kraf tu lagi. Nak tengok hari biasa di situ i.e masa tak de HKK like that day. Nak tengok their daily exhibitions especially yang Perkampungan Kraf dan Perkampungan Pelukis :).