Sunday, April 27, 2014

JAPAN TRIP 2014 - DAY 06 - UNIVERSAL STUDIO JAPAN [USJ]

Salam semua :)

Sekarang saya teruskan dgn entry hari ke 6 kami di Jepun. Hari ni kami akan spend the day di Universal Studio Japan :)

Kami memang seronok sebab hotel2 yg kami duduk punya view2 yg menarik. Ini bandar Osaka di waktu pagi. 

Seperti biasa, kami bangun awal dan turun awal untuk breakfast. Kalau tak kena beratur. Sarapan pagi tu di restoran Amadeus Hotel Westin Osaka. Elegant hotel ni.

Dapat pulak duduk di glass window/dinding dgn pemandangan hotel garden. So beautiful. What a great way to start the day :). 

Lepas breakfast, kami decided to check out the garden. It just looked so inviting. Ini beberapa shots suasana taman di bahagian luar restoran Amadeus.

Ini adalah the Umeda Sky Building shot dari taman. Awesome, right?

Ni nama garden Hotel Westin Osaka ni. 

Taman yg sgt terjaga rapi dan such a wonderful place to jalan2 and explore. 

Aku sgt suka diversions macam ni. I mean, according to itinerary, kami akan ke Universal Studio. Tapi sebelum pergi tu dpt pulak jalan2 dan ambik gambar di taman yg sgt cantik ni, which was not in the itinerary :). 





Awesome, right? :)

Lepas jalan2 di taman hotel tu, kami pun naik semula ke bilik for some last minute preparations and packing. Tapi I just cannot resist taking a few more shots of the Osaka city :)


Dah siap, kami segera bawak bag2 turun dan letak di lobi hotel. Terus je kami keluar untuk explore a small park next to the hotel, just across the road je. Sebelum ke Jepun, memang aku dah check hotel2 yg akan kami duduk dan hotel ni aku dpt tahu ader sebuah taman kecil. Aku ni terfikir, kalau taman je especially kalau taman di Jepun sure cantik, ye tak? Hihi... 

Waaa.... both wife and I seronok giler sebab ader byk pokok2 sakura...hihi...

Parknya kecik je and to me that is just perfect sebab kalau besar nanti tak sempat nak explore cause dalam lebih kurang 1/2 jam saja lagi kami akan bertolak ke Universal Studio. 

For me to shoot bunga2 sakura ni waktu sinaran pagi menyimbah adalah sgt best! I mean, taklah aku sangka dapat peluang cam ni. Syukur Alhamdulillah.... 



Langit pulak sgt biru pagi tu. So beautiful.

Sinaran matahari pagi buat bunga2 sakura seolah2 glowing. Le sigh.... so beautiful....

Bunga2 sakura tu pulak nampak tumbuh kembang penuh. Gorgeous.





Yg ni di shoot dgn camera mobile phone samsung. Ok la quality nya. Not bad :)

Alhamdulillah, puas hati ambik gambar bunga2 sakura. Tercapai cita2 isteri nak tgk bunga sakura. Dia pun aku tgk byk ambik gambar..hihi...

Tgh2 ambik gambar bunga... eh.... ader burung2 pulak. MasyaAllah, syukurnya. Seronok sungguh dpt shoot foto2 burung2 dgn bunga2 sakura. Memang tak disangka!





Bila selesai ambik gambar di park tu, kami berjalan semula ke hotel. Masa berjalan tu aku terfikir permulaan hari ke 6 kami begitu menyeronokkan dgn peluang exploring taman hotel dan taman kecil sebelah hotel yg byk pokok sakura :). 

Sambil tunggu bas nak gerak, ambik gambar org2 Jepun :)

Hotel Westin Osaka ni begitu hormat dan menghargai pelanggan. Siap tunggu bas kami gerak dan lambai kami bila kami mula bertolak. Nice touch if you tell me :)

Shooting dari dalam bas lagi...hihi

Byk ports kat Osaka ni.

Dan kami pun tiba di Universal Studio Japan atau in short USJ. Dulu sudah ke Universal Studio Singapore [USS] jadi yg di Jepun ni pun lebih kurang je kot except for a few differences. Contoh yg paling ketara ialah di USS ader Transformer ride dan di USJ tak de. Tapi di USJ ader Spiderman ride sebagai gantinya :)

Di USJ juga ader Harry Porter tapi belum siap. Suppose to be this year 2014 la siap. May be hujung tahun kot. 

And of course this globe. Oppss... kejap... wife suruh pose... hihi...

Betul2 atas entrance ke USJ ni, ader roller coaster. Maunya tak teruja...hihi. Bagi yg suka naik roller coaster la. To me, noooo.... hihi.

Queue org beratur beli tiket tak le panjang sgt. 

Roller coaster shots...

Suasana dlm USJ. Very very nice!

Di theme park cam ni, pastinya waktu menunggu nak naik ride akan lama terutamanya kalau ride tu ride yg popular macam the Spiderman ride. Jadi elok kalau beli Universal Express Pass Booklet. Kalau ader pass ni, anda tak perlu beratur lama dgn org lain tapi anda akan masuk row express pass lane dan waktu menunggu adalah cepat. Kami nak beli express pass for 7 rides, tapi dah habis. Yg tinggal yg untuk 4 rides. Oklah, 4 pun 4 ler. Actually later we found out 4 pun dah cukup. Kalau ambik yg 7 tu, sure tak sempat :)

Ni adik Jepun yg menerangkan pada kami cara2 menggunakan express pas tu. 

Tapi lepas tu berlaku sedikit salah faham. Harga express pass yg kami beli tu berharga 6,400 yen. So kami bagi 10,400 yen [yg 400 yen kami bagi syiling sebab nak habiskan duit syiling]. Pas tu patutnya duit balance 4,000 yen [RM128.00] dipulangkan pada kami tapi adik tu tak bagi. Dia kata dia dah bagi tapi actually belum. So in the end, dia panggil supervisor dia [yg jaket hijau tu] dan dgn super lajunya si supervisor kira total cash dalam register tu. And betul la, adik Jepun tu dah lupa bagi balik balance 4,000 yen tu pada kami. Punya la supervisor and especially adik tu mintak maaf sambil terbongkok2. Kami senyum je la sambil kata it's ok. 

Ini le rupa express pass for 4 tu. 

As you can see, pilihan diberi. 

Pastikan mintak yg versi English :)

Besar USJ. Kena plan dulu mana nak pergi. Ride mana yg nak naik. Jgn redah je. Rugi masa nanti. 

Cantik kat dlm USJ ni. 

Masa kami di DisneySea, kami menghadapi masalah nak makan lunch. Row panjang sgt dan really time wasted. Penat beratur. So masa di USJ we thought elok kalau kami take care of lunch dulu. So kami ke area Beverly Hills dan tuju ke Boulangerie cafe sebuah kafe pastry. Lengang with only a few people je. Kami pun tapau some bread and seafood sandwich. Lega!

Ha... now baru jalan2 dan explore..hihi...


Ride pertama kami naik Terminator 2 3D. Sgt la awesome giler yg amat. Kerusi siap terhentak, asap, air, angin, bahang panas semua terasa! 3D effect macam betul2 je robot tu nak reached me and grabbed me! Hihi...

Pas tu jalan2 dan bertemu band ni. Persembahan yg so energetic dan funny too! Very very entertaining!


This area is a bit sunyi sebab attractions di situ masih belum buka. So kami just sat by the road side benches and enjoyed our lunch. Dan juga ader tempat yg terlindung sikit di situ so kami pun tunaikan solat. 

Dah kenyang, on to the next ride. So we went for the Spiderman ride, the most popular ride di USJ ni. 

And yes, tu adalah kami...hihi.... nasib muka kami tgh gelak happy dan bukan dlm keadaan ketakutan...haha. Actually ride ni sgt fun. Sangat! Adik2 Jepun kat tepi dan belakang kami tu menjerit2 melolong dari mula sampai akhir! Bingit telinga...hahhaaa....
Gambar kami ini diambil semasa kami were on the ride. Lepas selesai, kami beli gambar tu yg diprint seperti keratan muka depan akhbar Daily Bugle. Gambar itu then di letak dalam file folder plastic dgn gambar Spiderman di depannya [left photo]. 

Lepas Spiderman ride, kami pergi ke Backdraft show. This was based on Ron Howrd's movie yg bertajuk Backdraft. I remembered watching this movie masa remaja dulu. Memang le best movie ni. 

Actually tak boleh ambik gambar tapi since dia cakap full in Japanese so kami tak tau le tak boleh ambik foto...hihi... 

Yg ni Jurassic Park ride. Kami tak naik sebab tak nak basah...hihi...

Yg ni kami naik. Jaws kat Amity Village. Kat depan pintu masuk ader sekor ikan jerung besar yg telah berjaya ditangkap and displayed. So boleh bergambar dgn jaws tu :)

Ride yg ni pun tak boleh ambik gambar. Host tu siap pandang aku sebab aku pegang camera dan kata in English, 'Sorry, no photos please' sambil buat muka yg sgt sedih dan simpati kat aku. Hmm.... tak best la.. hihi...

Next kami ke Wonderland. Untuk kanak2 memang la heaven tempat ni.. hihi. Aku tak leh lama kat sini cause aku jadi dizzy with all the big cheery pink, red, purple, yellow colours!! Hahaha...

Since dah naik semua 4 rides and masih ader masa lagi kami pun berjalan2 santai sambil ambik2 foto. 




Then masih lagi ader masa lagi sejam so kami pun pi minum petang and had some pastries. Siap sempat buat food photography...hihi...

Kalau dah jalan2 dgn rombongan, group photos dah mesti la kan :)

Lepas tu kami pun berjalan menuju ke Universal Citywalk untuk makan malam di sana. Ader byk kedai2 dlm banggunan tu.

Kat depan building tu ader Hard Rock Cafe.

Malam tu kami makan di restoran India bernama Pina Khana. Nice restaurant.

Nasi tu sedap sungguh. Roti naan cecah kuah kari tu juga simply awesome. 

Kami window shopping je :)

Lepas makan dan jalan2 sikit, kami pun bertolak ke Wakayama. Nak dekat 2 jam jugak perjalanannya. Bandar Wakayama terkenal dgn istana2nya. Kami menginap di Hotel Daiwa Roynet. Tengok luar tingkap, aaaaa..... istana! :)

Aku rasa interesting gak kalau aku note di sini about this. Kat dalam washroom hotel ni ader pelbagai instructions cara2 nak guna barangan :). 

Bersambung.....

Di bawah saya senaraikan links untuk kesemua entry JAPAN TRIP 2014 saya:










No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

6 comments:

  1. jap
    nak bvalik dah
    tak sempat nengok semua..

    karang sambung nengok n komen
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok doc, drive carefully.

      Delete
    2. naik LRT n komuter je..
      kalau drive.. jalan ampang ke rumah.. mau 2 jam!!
      * pengsan dalam kereta * hahhahaaa...

      Delete
    3. Oooo... I faham sgt. Dah berapa kali I nak pitam stuck dalam traffic jam!

      Delete
  2. mana awak menghilang dalam group photo yang kat bawah tu..?! :)

    saya skrol atas bawah atas bawah enjoying the colourful photos..!!
    frame elok-elok paper Daily Bugle tu tau!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi... tak hilang.... 3rd photo tu saya yg ambik. I siap suruh our 2 tour guides to pose pulak. Asyik diaorg je ambik for us...hihi...

      Glad you enjoyed the photos doc. Seronok gak buat posting style cam ni walau pun terasa sgt tedious sebab tak pernah buat before this :)
      Haha.... ok, yes doc! :D

      Delete