Monday, April 21, 2014

JAPAN TRIP 2014 - DAY 02 - TOKYO

sambungan....

Alhamdulillah kami selamat sampai ke Narita Airport pada pukul 7:20 am on 27/03/2014. Once disembarked and entered the airport building, terus on handphone dan send message to family kata dah selamat sampai Tokyo.

Dulu masa ke Jepun kami mesti apply for visa di kedutaan Jepun. Now no need dah sebab boleh dpt visa upon arrival yg di tampal pada passport masa lalu di imigresen. 

I like the airport with it's huge long tingkap. Nice view. Opss... wait aaa.. kena pose for my wife...hihi...

Lepas ambik beg, kami berkumpul untuk tunggu bas. Sempat bergambar dgn our tour leader dari Malaysia, En. Zadil. 

Nice bus. Cukup selesa. Itu En.Wan Abdul Aziz our tour guide dari Jepun. Dia ni org Malaysia yg dah duduk Jepun lebih 15 tahun. He stays at Sapporo di Pulau Hokkaido utara Jepun. Tentunya fasih berbahasa Jepun. Isteri dia pun bekerja di Jepun ni. En. Wan ni selalu ulang alik ke Tokyo berkhidmat sebagai tour guide for muslim tours for pelancung2 bukan sahaja dari Malaysia tapi juga dari Indonesia. Tu dia pegang bendera ikan koi. So masa jalan2 in group dia akan angkat tinggi bendera tu. 

Seperti weather forecast yg aku google tempoh hari, betul la Tokyo hujan hari kami arrived. Suhu masa tu adalah 11 darjah celcius. But it's ok cause kami dah siap bawak payung dan disposable rain coats juga winter coats :). 

Aku ni kalau dlm bas memang tak duduk diam atau tidur. Mesti ambik gambar. Tu ha, a woman driver tgh hisap rokok while driving a huge trailer, a mother and child crossing a river and worker tgh doing maintenance work. Interesting kan...hihi....

Yg bestnya kalau ambik gambar dari bas ialah kita boleh dpt shots cam ni with views from the highways or elevated highways and flyovers. And sungai2 di Jepun semua bersih belaka walaupun di tepi2 sungai tu padat dgn banggunan.  

Views yg tak akan dpt aku shoot kalau tidak dari dalam bas. 

Ade pulak seagull. Hmm... photo ops seemed quite promising despite the rain. 

Views yg menarik di bandar Tokyo. 

Ramai yg berpayung. Bergerak ke tempat kerja. Hujan tak begitu lebat. Cuma renyai2. 

Ade AEON tapi selama di sana tak sempat masuk. 

That guy on the right tu is from Yamato Transport sebuah syarikat delivery service yg popular di Jepun. They deliver parcels, luggage dan macam2 barangan from door to door nationwide. Service ini dinamakan Takuhaibin. 

Selepas lebih kurang 2 jam perjalanan dari Narita Airport ke bandar Tokyo, kami terus dibawa ke Asakusa Temple. Temple ni macam satu kemestian la utk pelancong lawat bila di Tokyo. Kami memasuki temple tu melalui Nitenmon Gate. 

Tak lama kami di situ cuma 45 minit sahaja. Pada aku itu cukup le sebab dah pernah ke sini dulu. Plus tgh renyai dan sejuk. Ambik je foto mana sempat. Haha... ye la tu. When it comes to shooting, aku memang over sikit..hihi. The one bottom right is the main entrance to the Asakusa Temple. 

Tempat devotees 'clean' themselves before entering the temple.

Me taking shots of people praying and making wishes. 

Dan apa yg mereka wish/pray for tu disimpul pada jaringan ni.

Apakah agaknya yg di wish oleh pasangan ini?

Tanglong giant ni memang menarik. Menarik lagi gaya mamat ni ambik gambar. 

Shopping kat Nakamise Street [sebelah Asakusa temple] ni memang best. Macam2 benda menarik ader. Harga pun ok. Tapi kali ni kami tak le bershopping. Jalan2 dan ambik gambar2 je. 



Asakusa Temple dan Nakamise Street ni areanya besar. So kira ok la aku dpt shoot all these dlm masa 45 minit :). 

Seterusnya kami ke Ginza pusat beli belah mewah di Tokyo ni. Apa2 pun makan tghari dulu. We had lunch at the Hokkaido restaurant. 

Aaa... ader udon. Memang favourite tu :). Also vegetables tempura. Love em'. Ikan mentah tu not so much. Tapi try gak since dah sampai Jepun ni kan. Ehh... sedap pulak! Very fresh! 

Aku memang suka take shots cam ni :).


One of my fav shot :) Org2 Jepun tgh bergegas ke pejabat dalam hujan. 


Yg tgh tu ialah balai polis yg di panggil Koban. 


Org Jepun ni kuat jugak merokok rupanya. Tgk tu sanggup merokok dlm hujan ketika suhu 12 darjah celcius. Dgn blaus dan skirt je pulak tu... hihi. 
On the left tu jalan ke stesen keretapi bawah tanah Ginza. 

Di Ginza main road ni memang penuh dgn kedai2 jual barangan berjenama mewah. So kami jln2 je la. 

Our tour guide kata, kedai2 ni pukul 5 dah tutup. They are there not to make money but more to showcase their products and latest designs. Since it is very expensive to open an outlet here and to open pun just for the purpose of showcasing, meaning only established fashion houses je mampu open there. 





Opps... wife suruh pose kat sign Ginza Street.. hihi. I'm glad she did cause I kinda like this photo. And I very seldom like my own photo..hihi.

Curik2 ambik foto org Jepun tgh kat office desk :)

Seronok dpt opp to take shots dari angle tinggi cam ni. 

And of course I took a lot pf people shots too. 

Hihi... another one of my fav shot. Cam best timingnya. 

These and the next few shots aku ambik dari tempat kami berkumpul sebelum gerak ke the next destination. Memang la aku seronok sgt...hihi. Dekat dgn traffic light pulak tu. Byk dpt people shots. 



Pas tu kami gerak ke destinasi seterusnya iaitu Tokyo Mosque. While on the bus, aku shoot lagi people shots. 




Haha.. I admit I can never get enough of people shots. 



Ini lah Masjid Tokyo. Masjid ini dibina atas sumbangan masyarakat Islam di Tokyo yg mulanya contributions datang dari pelajar-pelajar Islam di Tokyo. Then bigger contributions datang dari Kerajaan Turki. So no wonder la senibina masjid ni bercirikan senibina Turki.

Views dari dalam masjid. Kami pun ambil peluang bersolat jamak di masjid ini. 

Then we were taken back to Ginza for our dinner. Aku terus tak henti click3 :)

Kebetulan masa bas lalu sini ader train tgh lalu juga. 

Nampak begitu sesak tapi teratur. Living quarters betul2 next to train tracks. 

Haaa... tak sangka dari bas boleh dpt shots suasana di train station dari pelbagai angles. 

Malam tu kami dihidangkan makanan India di restoran Maharaja. Kepada yg tak berapa suka Japanese food tentunya happy. 

I must say, the food was very delicious. Sedap betul walau pun makanan cam ni dah selalu makan di Malaysia. We were told by our guide that there are 3 Malaysian restaurants tapi tak boleh bawa kami ke sana sebab saiz restoran2 tu kecik therefore tak boleh take in big groups. 

Aku sgt happy sebab dpt nikmati keindahan bukan sahaja siang tapi juga malam di Ginza. 


Malam tu kami menginap di Tokyo Dome Hotel. Hotel 5 bintang ni adalah setinggi 45 tingkat. Bilik luas dan selesa. 

Selak langsir tingkap and we were greeted with this fantastic view! So lepas shower dan solat aku terus took a few shots. Walau pun satu badan dah rasa sgt letih tapi masih ader tenaga nak ambik gambar.. haha. 






Bersambung.....

Di bawah saya senaraikan links untuk kesemua entry JAPAN TRIP 2014 saya:










No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

8 comments:

  1. turun naik turun naik saya skrol entri ni!!
    :)

    ~ comel aaa yang berhoodie kuning tu .... macam Minion !
    [ Minion comel tau!! :) ]

    ~ satu RM berapa Yen En Syed ?

    ~ memang ramai rakyat Jepun yang masih berkimono dan ber [ kimono untuk lelaki dipanggil apa ? kimono jugak eh ? ] doing their daily chores ?

    ~ saya pun suka yang ramai-ramai berpayung tu.. kalau yang sorang yang kat belah kiri tu pun masuk jugak dalam pagar tu.. lagi ohsem kan!

    ~ night skyline tu pun ohsem!! hand held je eh?

    ok
    stop dulu
    nanti bila teringat apa nak komen lagi..
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi doc :)

      Hihi... entry Jepun ni memang panjang2. Jenuh I mengupdate...hihi... tapi fun especially bila ingat2 balik the trips. Also kena divide into several parts. I'll try to keep that as minimal as I possible can ya :)

      Haha... comel katanya... hihi. Ok la I terima ler..hihi...

      1 RM lebih kurang 32 yen. So if 100 yen, lebih kurang RM3.20. Satu botol air mineral [kat theme park] around 200 yen = RM6.40.

      Yep, but I lupa nak tanya our guide mereka yg berkimono tu kerja apa. Yg I tau kimono means a 'thing to wear'. Generally setahu I kimono lelaki is simply called men's kimono. Tak tau pulak if got a special name for it. Tapi kalau yg kimono lelaki yg formal dipanggil Montsuki.

      Haha.. you noticed that too! Betul tu doc, baru le 'seimbang' ye tak? :)

      Yes, handheld. Actually susah sebab dah le malam, tingkap hotel pulak cermin tebal. Tapi a good thing sebab tingkap tu bersih. I must say having a 7D does help in this respect :)

      Delete
  2. doc jangan lupa visit my blog. ada gambar doc :http://badstitchsphotography.blogspot.com/2014/05/sakura-fokus-japan-7days-march-2014.html

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Boleh tahu contact no. En.Wan Abdul Aziz (tour guide)?

    Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      Maaf Cik Nad saya tak de ctc no. dia. Cik Nad boleh hubungi En. Zadil di http://www.appleholiday.com for En.Wan's number. He might have it.

      Delete
    2. Owh.. kena guna travel agent dari apple holiday ye? Sy ingat awk pakai freelance tour guide. Thanks 4 info. ;)

      Delete
    3. You are most welcome Cik Nad.
      Have a great and safe trip to Japan :).

      Delete