Thursday, August 8, 2024

MOROCCO-SPAIN-PORTUGAL - MOROCCO - MARRAKECH - PLANETE DES EPICES

Assalamualaikum.
Persinggahan pertama kami pagi itu adalah ke Planète des Épices (Planet of Spices), a spices and condiments shop.

"Planète des épices - Spécialistes, nous vous transmettons tout ce que nous savons sur les épices"
"Planet of Spices - Specialists, we tell you everything we know about spices"

Planète des Épices ialah pakar herba yang menjual, antara lain, rempah ratus dan minyak argan kosmetik.

Di depan kedai ini ada beberapa tong rempah ratus dan pelbagai herba. Masa kami berjalan masuk, terbau haruman rempah dan herba. 



Ini kelopak bunga mawar Damsyik yang telah dikeringkan. 
Kelopak mawar Damsyik adalah khazanah semula jadi, simbol kecantikan, percintaan dan kemewahan. Baunya yang menawan dan kehadiran visual yang menawan menjadikannya salah satu kelopak mawar yang paling dihargai dan dicari di dunia.

Ini campuran bunga-bunga mawar, lavender dan jagung, digunakan sebagai konfeti perkahwinan. Very fragrant.

Campuran bunga-bunga kaktus kering yang berwarna-warni. Untuk buat contohnya, potpourri.

Di dalam kedai depan pintu masuk ada seorang wanita Maghribi sedang membuat demonstrasi penghasilan minyak Argan secara tradisional. 
Di Maghribi, Hari Argan Antarabangsa, yang diisytiharkan oleh PBB pada 10 Mei, adalah pengiktirafan terhadap usaha Maghribi untuk memelihara dan mempromosikan ekosistem ini. Ia merupakan bukan sahaja satu sumber kebanggaan tetapi juga untuk para pekerja dalam sektor ini yang terdiri terutamanya oleh wanita, pekerja sebenar dalam industri penghasilan minyak argan dan produk sampingannya.

"We offer a wide selection of carefully selected spices, aromatic herbs, premium ingredients for Moroccan cuisine and other related products".
Planète des Épices

"At Planet Spices, we pride ourselves on providing the freshest, highest quality spices to our customers. We regularly stock locally grown and imported spices, ensuring that you can find everything you need for your favourite culinary creations".
Planète des Épices

"Our high-quality products are available at affordable prices for all customers, whether they are professional chefs or home cooking enthusiasts. We believe that everyone deserves an exceptional shopping experience and exceptional quality without having to pay a fortune".
Planète des Épices

Selain minyak Argan, juga ada, antara lain ginseng, Argan soap, herpes cream (lip balm), fragranced incense cones and organic prickly pear seed oil.

An assortment of spices: sweet paprika, cumin, ginger and soup seasoning.

Kedatangan group kami disambut oleh seorang pakar herba Planète des Épices bernama Abdou. Dia menerangkan antara lain rempah ratus yang digunakan dalam masakan, dan tentang minyak Argan dan cara minyak itu dihasilkan. 


Minyak Argan dihasilkan dari pokok Argan yang hidup hanya di selatan negara Morocco, berhampiran Gurun Sahara. Ini poster besar di entrance kedai ini yang menunjukkan pokok Argan. Yang menariknya ada kambing-kambing di pokok ini. 

Seterusnya kami dibawa ke basement kedai ini. Dari pintu luar tadi nampaknya kedai ini kecil sahaja, tapi bila masuk macam gedung. 

Apa yang menarik bagi kami ialah bagaimana begitu indah sekali dalaman kedai ini dihias dengan kesenian halus Maghribi dari lantai sampai ke siling. 

Kami terus diminta masuk ke bilik penerangan/jualan ini yang penuh dengan pelbagai produk berasaskan rempah ratus dan minyak organik.

Kalau ke tempat begini, pastinya ada sesi penerangan produk untuk menarik dan meyakinkan pengunjung untuk membeli produk-produk mereka. Bagi saya dan isteri ini menarik terutamanya kerana kami ingin mengetahui bagaimana minyak Argan dihasilkan, juga tentang produk-produk sampingannya. 

Semua produk dan bahan pameran kelihatannya tersusun dengan cantik dan kemas. 

Rak pelbagai produk-produk minyak, krim dan losyen. 

Juga ada rempah ratus untuk masakan.


Selanjutnya Abdou, seorang graduan dalam perubatan herba, membuat penerangan tentang pelbagai produk yang ditawarkan di kedai ini. Terdapat hampir 600 jenis rempah ratus dan tumbuhan di sini yang kebanyakkannya dikategorikan oleh Abdou sebagai produk-produk penjagaan kesihatan dan perubatan tradisional Maghribi. 

Produk-produk di sini lebih mahal daripada di pasar raya/souk mungkin kerana shopping di sini lebih selesa yang siap dengan penerangan dan nasihat serta layanan menjawab apa-apa soalan yang bersangkut paut dengan produk-produk mereka.

Dalam penerangannya si Abdou suka kata, produk-produk di sini boleh "menyembuhkan semua penyakit kecuali kematian" 😄.

Untuk beberapa produk-produk tertentu kami diberi peluang untuk menghidu (rempah ratus), merasa (minyak Argan untuk masakan) atau menyapu (krim dan losyen) sedikit sampel yang diberikan oleh petugas. 


Petugas sini semuanya friendly, ok je bila saya ambil gambar 😊.


Penerangan Abdou merangkumi makumat tentang produk, faedah, cara pengunaan/pemakanan dan untuk beberapa produk turut diceritakan bagaimana produk-produk itu dihasilkan. Banyak nasihat yang diberikan untuk memastikan pengguna produk-produk itu mendapat hasil yang paling maksima.

Pelbagai maklumat produk diberikan oleh Abdou, dari rempah ratus, krim dan losyen hinggalah minyak Argan. Obviously, the Argan oil is the store "crown jewel".


🔴Minyak Argan terkenal sebagai bahan tambahan kepada produk rambut dan kulit, tetapi penggunaannya melangkaui bidang kosmetik. 
🔴Minyak argan mempunyai rasa manis dan kekacang yang sesuai untuk pelbagai jenis makanan. 
🔴Ia juga dikenali sebagai salah satu minyak masakan paling rare di dunia. 
🔴Minyak Argan ialah minyak tumbuhan yang dihasilkan daripada biji pokok argan, yang berasal dari Maghribi dan barat daya Algeria. 
🔴Di Maghribi, minyak argan dimakan bersama roti semasa sarapan pagi, sebagai salad dressing atau tambahan untuk couscous atau pasta.

🔴Sejak awal 2000-an minyak argan semakin digunakan dalam kosmetik dan persediaan penjagaan rambut. Sehingga 2020, produk kosmetik utama yang mengandungi minyak argan ialah krim muka, pengilat bibir, syampu, pelembap dan sabun.
🔴Cara minyak argan dihasilkan menggunakan cara tradisional. Biji pokok Argan dipecahkan untuk mengeluarkan kacang di dalamnya. Rupa kacang itu hampir seperti badam. Kemudian kacang itu dipanggang dan seterusnya di kisar dengan pengisar tangan batu. Kaedah tradisional ini sangat intensif buruh dan mengambil masa yang lama.
🔴Untuk menghasilkan satu liter minyak, sebanyak 30 kg hingga 40 kg kacang diperlukan. 

🔴Pokok argan menyediakan makanan, tempat tinggal dan perlindungan daripada penukaran persekitarannya menjadi gurun kerana akarnya yang dalam membantu menghalang pencerobohan padang pasir.
🔴Pokok Argan boleh hidup sehingga 200 tahun dan mampu menahan cuaca yang panas setinggi 50'C di kawasan gurun.
🔴Kanopi pokok argan juga memberikan naungan untuk hasil pertanian lain, dan daun serta buah menyediakan makanan untuk haiwan.
🔴Pokok argan juga membantu kestabilan landskap, membantu mencegah hakisan tanah, memberikan naungan untuk rumput padang rumput, dan membantu menambah akuifer.

🔴Kawasan di mana pokok Argan tumbuh dinamakan Arganeraie Biosphere Reserve, yang telah mendapat perlindungan dari pihak UNESCO.
🔴Kambing Maghribi memanjat pokok untuk mencapai kacang kegemaran mereka. Malah mereka adalah pembantu petani tempatan. Mereka makan sebahagian daripada kacang, meninggalkan selebihnya kepada wanita Berber tempatan yang mengumpulnya untuk membuat minyak paling mahal di dunia.
🔴Kambing-kambing ini mendapat 70% makanannya daripada pokok argan. Isi buah dimakan dan bijinya diludah dan dikutip oleh wanita Berber. 
🔴Ada juga saya baca yang kambing-kambing itu memakan keseluruhan buah Argan itu dan bijinya keluar bersama najis. Tapi menurut Abdou, itu tidak benar kerana biji buah Argan sebenarnya diludah keluar oleh kambing selepas dimakan isinya. 

Saffron boleh digunakan untuk health care dan masakan.

Saffron juga ada dijual di sini.


Seterusnya kami diberi cuba merasa segelas kecil teh ros/mawar suam, yang dikategorikan sebagai sejenis teh herba.

Teh mawar ialah minuman herba yang dibuat dengan merendam tunas atau kelopak bunga mawar kering di dalam air. 

Ada kelopak bunga ros/mawar yang direndam dalam teh ini. Bagaimana rasanya? Macam teh biasa tapi lebih wangi dan sedikit pahit. I think it is the kind of drink that you sip leisurely and savour and enjoy the taste while having good company. Minuman masa bersantai.


Ini pure Argan oil. Kami juga diberi penerangan tentang cara membezakan minyak argan tulen daripada yang palsu. Minyak Argan tulen akan menyerap ke dalam kulit, manakala Minyak Argan tiruan akan berminyak pada kulit.

Nama produk ini pula ialah "huile de pepin de figue de barbarie" atau prickly pear seed oil. Ia mengandungi tahap antioksidan yang tinggi dan mempunyai sifat antibakteria dan boleh digunakan untuk mencegah kerosakan kulit dan jerawat.


Antara produk di Planète des Épices yang kami beli: pure Argan oil: roasted (untuk makanan - delicious, nutty taste), original Argan oil (penjagaan kulit), organic prickly pear seed oil (penjagaan kulit), herpes cream (lip balm) dan pure orange blossom extract (fragrance). 

Selain penerangan produk, pengunjung lelaki juga ditawarkan sesi ringkas mengurut dengan menggunakan losyen atau minyak yang ada dijual di kedai ini bagi mendemonstrasi keberkesanan losyen atau minyak yang ditawarkan. 

Admiring the interior deco.






Bila jumpa lorong, mesti saya nak bergambar... hihi 😄.

Saya pun mengajak isteri untuk bergambar dengan wanita Berber ini yang berada di situ untuk mendemonstrasi sebahagian cara menghasilkan minyak Argan. 
🔴40 kilogram buah argan kering menghasilkan hanya satu liter minyak. 
🔴Pengeluaran minyak yang diekstrak secara mekanikal telah digunakan dengan skala perindustrian yang menyebabkan penurunan harga. 
🔴Ini telah memberi kesan negatif kepada koperasi kecil, di mana kerja kebanyakannya dilakukan oleh wanita Berber dengan cara tradisional yang intensif buruh. 
🔴Minyak yang dihasilkan secara mekanikal boleh menelan kos serendah AS$22 seliter, kurang daripada separuh kos minyak yang dibuat oleh koperasi. Ini boleh memberi impak sosial yang besar. 
🔴Walau bagaimanapun, syarikat kosmetik besar L'Oréal telah berjanji untuk mendapatkan semua minyak argannya daripada koperasi kecil yang mendaftar kepada prinsip perdagangan adil.

Bergambar bersama akak Berber.

Inilah buah/biji pokok Argan yang dikisar untuk mendapatkan minyaknya. Yang berkedut-kedut itu adalah kacang yang masih berkulit luar. Lepas kulit luar itu dipecahkan maka dapatlah isi kacangnya yang warna coklat licin itu.

Ini adalah Amlu, pes coklat tebal dengan konsistensi yang serupa dengan mentega kacang, dimakan penduduk tempatan sebagai celup roti. Ia dihasilkan dengan mengisar badam panggang dan minyak Argan bersama-sama menggunakan pengisar tangan batu, dan kemudian mencampurkan pes itu dengan madu.



Ruang tamu kecil di kedai ini.

Ada disediakan minuman teh, kopi, buah zaiton dan roti sebagai snek untuk tetamu. Mungkin beginilah agaknya hidangan atau jamuan yang biasanya disediakan oleh tuan rumah orang Maghribi bila tetamu datang berkunjung. 




Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment