Monday, August 12, 2024

MOROCCO-SPAIN-PORTUGAL - MOROCCO - MARRAKECH - KOUTOUBIA MOSQUE

Assalamualaikum.
Dari Planète des épices, kami dibawa melawat Masjid Kutubiyya atau Koutoubia Mosque, yang merupakan salah satu tempat tarikan pelancong paling terkenal di Marrakech.

Berjalan dari Planète des épices ke bas. Sambil itu merakam lagi suasana ketika 'walking tour' ini.

Tingkap-tingkap yang dipasang gril dengan rekabentuk berseni dan menarik.

🔴Salah satu kegiatan kegemaran pelancong ke Marrakech ini adalah pusing-pusing kota ini dengan kereta kuda. Biasanya saya perhatikan kereta-kereta kuda di sini nampak cantik dengan reka bentuk yang klasik.
🔴Yang paling penting pada saya adalah kuda-kudanya kelihatan diurus dengan baik, sihat dan tegap dan tidak kurus, malnourish and overworked. This makes me really happy.
🔴Yang saya juga suka bila kereta kuda ini ditarik oleh dua ekor kuda, bukan seekor. Ini satu amalan yang bagus kerana dari pengalaman kami semasa berbual dengan pemilik kereta kuda yang membawa kami ke Neuschwanstein Castle di Schwangau, Germany, dia memberitahu kuda-kuda penarik kereta kuda elok dipasangkan dalam setiap perjalanan supaya kuda tidak kebosanan. Kalau seekor saja, kuda mungkin akan jadi resah dan ini adalah merbahaya. Jadi bila kuda-kuda itu berteman ia menjadikan mereka tenang dan tak tension. Ini penting kerana kota Marrakech ini adalah sebuah bandar yang sibuk.
Tertarik dengan kuda putih yang penuh dengan spots ini maka saya carilah breed dia di internet. I think it is the Appaloosa breed.

Di Marrakech juga ada tuk tuk tapi dipanggil tok tok. Tuk tuk ialah cara yang bagus untuk menerokai Marrakech kerana ia dapat masuk dengan mudah ke kawasan sempit seperti di souks/pasar yang tidak akan dapat dilalui oleh teksi kereta.

Beberapa kedai herba.

Kedai mekanik. Pakar restore motorsikal klasik agaknya.

1975 Motobecane 40T.





Ini adalah selipar Maghribi (Moroccan slippers), juga dikenali sebagai 'babouce'. Selipar tradisional kraf kulit tulen ini telah dihasilkan di Maghribi selama sejak beberapa abad dan merupakan aksesori pakaian tradisional Maghribi ketika upacara keagamaan dan perayaan.

Juga ada souvenir ukiran kayu kecil berbentuk pintu tradisional Maghribi yang sangatlah cantik dan halus buatannya.

Kelihatan menara Koutoubia Mosque yang akan kami lawat. 
Marrakech mempunyai peraturan kod mengenai penampilan dan ketinggian bangunan. Semua bangunan mesti dicat merah/merah jambu, dan tidak boleh lebih tinggi daripada menara Masjid Koutaubia.

Semasa kami berjalan, kami melihat kebanyakkan papan tanda di kedai dan pejabat ada tulisan-tulisan Arab, Perancis, dan tulisan yang kelihatan seperti tulisan Greek. Kata Mohsein, tulisan itu adalah tulisan Berber, bahasa rasmi ketiga di Morocco.

Merakam aktiviti seharian penduduk setempat.

Kenderaan motorsikal beroda 3 (Docker Tricycle Motorcycle) ini adalah antara jenis kenderaan pengangkutan yang sering kami nampak di jalan raya Marrakech. This particular vehicle, the motorbike part/front part, looks quite impressive to me. 

Di persimpangan Rue Dar el Glaoui dan Rue Fatima Zahra.
Thami El Glaoui was the powerful Pasha of Marrakesh from 1912 to 1956. 
Orang Perancis dan Inggeris ketika itu mengenali Thami El Glaoui sebagai 'Lord of the Atlas'. Dari 1912 hingga 1956, beliau adalah Pasha Marrakesh dan orang paling berkuasa di Maghribi.

Kelihatannya ketika itu orang sudah mula ramai berbanding semasa kami berjalan ke Planète des épices earlier.

Sebuah kedai gunting rambut. 

Bila jumpa lorong-lorong macam ini mesti nak ambil gambar...

.... dan juga bergambar 😄.

Kedai seramik. 

Tembikar Maghribi tradisional diiktiraf kerana warnanya yang cerah, corak yang rumit, dan penggunaan tanah liat dan glaze tempatan yang mahir. Setiap karya buatan tangan ini menceritakan kisah melalui kesenian dan ketukangannya yang unik.


Electronic recycle/junk shop.



Penjual air tebu dengan limau dan halia. Pada kereta sorong penjual ini tertulis:
100% Refreshing, Natural
Sugarcane with lemon and ginger
(1) It helps in urine secretion
(2) It gives the energy needed for the day
(3) It is prescribed to treat appetite
(4) Protects against atherosclerosis
(5) Treats thinness
(6) It chases away toxins
(7) Strengthens bones and activates the liver
(8) Resists constipation
(9) It does not contain any additives or preservatives
(10) Strengthens sexual desire

Berjalan di Rue Fatima Zahra.

Kebanyakkan pintu-pintu kedai di sini dibuat dari kayu yang cantik dan nampak mahal, dengan beberapa darinya berukiran tradisional Maghribi yang cantik. Pintu berlipat-lipat juga dibuat dari kayu.

Nampaknya macam sebuah kedai yang eksklusif. Barangan yang dijual adalah antik dan bernilai tinggi.

Di depan kedai itu ada dipamer beberapa pintu-pintu kayu yang sangat antik. Besar kemungkinan tinggi nilainya kerana sudah berusia berpuluh atau beratus tahun.

Daun pintu begini berharga kerana bukan sahaja usianya dan buatannya tapi juga kerana ia mempunyai nilai sejarah. 

I wonder what's the price tag for these beautiful doors, especially this one.

Jumpa lorong lagi... hihi 😄.


Kereta kuda (atau 'les Calèches') ialah pengangkutan yang cantik dan unik di Marrakech. Biasanya boleh ditemui di hadapan hotel-hotel besar, di Dataran Jamaa el Fna, Bab Doukkala dan tempat-tempat lain. Kos perjalanan biasanya sekitar 80 Dhs (RM36) sejam, tetapi adalah penting untuk merundingkan harga sebelum memulakan perjalanan.

Kami pun naik bas menuju ke Koutoubia Mosque.



Papan info menunjukkan tempat-tempat tarikan pelancong.

Pokok-pokok zaitun di taman-taman kecil di tengah kota Marrakech.

Kami passed by Cyber Park Arsat Moulay Abdesalam - ornamental gardens dating to the 18th century, now featuring fountains, lush foliage and walkways.
🔴Taman seluas 8 hektar yang terletak berhampiran dengan dataran Jemaa El Fna ini menggabungkan tradisi dan kemodenan. Di dalamnya terdapat muzium dan institut seni.
🔴Pada abad ke-18, Moulay Abdelsalam, anak kepada Sultan, membina taman yang asal yang kemudian bertukar menjadi taman awam pada awal abad kedua puluh.

🔴Taman ini telah mendapat manfaat daripada program perlindungan yang bertujuan untuk memulihkannya dan menyediakan taman digital yang bersepadu dengan alam sekitar.
🔴Usaha pemulihan itu telah menghasilkan system kitar semula sisa, sistem pengairan mesra alam dan tenaga solar.

🔴Garden of Moulay Abdeslam (Cyber Park) mempunyai sejarah yang menarik. Ia adalah tapak bersejarah yang diasaskan pada abad kelapan belas semasa pemerintahan Sultan Sidi Mohamed bin Abdullah (1710-1790). 
🔴Beberapa ahli sejarah mencatat bahawa beberapa buah dusun dan taman di Marrakech telah dirancang oleh Sultan Sidi Mohamed sendiri.
🔴Sultan Sidi Mohamed mempunyai satu tradisi iaitu setiap kali salah seorang anak lelakinya ingin berkahwin, dia memberinya tempat tinggal di luar Kasbah yang dikelilingi dengan kebun dan taman. 
🔴Cyber Park ini ialah taman diraja yang membawa nama Putera Moulay Abdelsalam. Putera Moulay Abdelsalam ialah anak kepada Sultan Mohamed bin Abdullah. Dia adalah seorang diplomat, seorang penyair, dan seorang penulis. Dia juga adalah pemerintah Souss dan penasihat sultan.
🔴Dan taman-taman ini adalah hadiah perkahwinan yang diberikan oleh Sultan kepada anaknya.
🔴Sultan mempunyai anak kedua Moulay El Mamoun. Arast of Moulay Mamoun adalah hadiah perkahwinan Sultan kepada anaknya Putera Moulay Al Mamoun. Pada tahun 1923, ia telah diubah menjadi hotel Mamounia.

Ini adalah bangunan Ensemble Artisanal. Kompleks beli-belah ini menampilkan karya seni berwarna-warni, peralatan rumah, instrumen, pakaian dan fabrik. 

Katanya barangan di sini lebih murah dari yang dijual di souks. Antara barangan yang ada di sini adalah barangan kulit, kayu, kain, tembikar, barang kemas, rempah ratus dan tembaga.

Risau juga bila bas kami berada dekat dengan kereta kuda. Di jalan raya di sini, kereta kuda tiada disediakan laluan khas dan pemandu mesti mematuhi semua peraturan jalan raya. Tiada situasi di mana sebuah kereta kuda diberikan keutamaan untuk lalu dahulu. 


Administrative Police and Complaints building.

This is Cemetiere Sidi Ali Bel Kacem - Sidi Ali Bel Kacem Cemetery.




Dan kami pun tiba di Koutoubia Mosque. 
🔴Masjid Kutubiyya atau Masjid Koutoubia ialah masjid terbesar di Marrakesh, Maghribi. Ia terletak berhampiran medina, berhampiran pasar Jemaa el-Fnaa, dan diapit oleh taman-taman besar. 
🔴Masjid ini dibina pada abad ke-12, adalah salah satu masjid tertua dan paling mengagumkan di negara ini. 
🔴Kemegahan dan keindahannya telah menjadikannya destinasi pelancongan yang popular, dan ia adalah simbol sejarah dan budaya yang kaya di bandar ini.

🔴Ia mercu tanda Marrakech, pertama, kerana lokasinya, betul-betul di Dataran Jemaa el Fna; kedua, kerana 900 tahun sejarahnya; dan ketiga, kerana tiada bangunan lain yang lebih tinggi daripada menaranya.
🔴Penonjolannya menjadikannya struktur mercu tanda Marrakesh, yang dikekalkan oleh ordinan yang melarang sebarang bangunan tinggi (di atas ketinggian pokok palma) dibina di sekelilingnya.

🔴Masjid Koutoubia dibina pada tahun 1150 oleh Khalifah Almohad Yaqub al-Mansur. Ia dibina di atas tapak masjid terdahulu yang telah musnah akibat gempa bumi pada tahun 1147. 
🔴Tapi ada juga sumber yang mengatakan masjid lama itu bukan musnah sebab gempa bumi tapi telah dibiarkan musnah sendiri dan diganti dengan masjid baru.
Tapak masjid asal/lama

🔴Apabila dinasti Almohads menawan kerajaan dan membentuk dinasti pemerintah seterusnya selepas dinasti Almoravids, mereka memusnahkan sebahagian besar bandar, termasuk masjid-masjid. Ini dilakukan dengan sengaja kerana Almohad tidak pernah mempertimbangkan untuk solat di bangunan yang dibina oleh musuhnya.
🔴Masalah dengan orientasi kiblat ke arah Makkah juga merupakan sebab masjid kedua dibina untuk membetulkan kesilapan ini.  

🔴Ini pelan lantai kedua-dua masjid lama dan baru di mana masjid yang baru berubah arah kiblat sebanyak beberapa darjah.

🔴Tapak masjid lama ini dijumpai setelah ekskavasi dilakukan. 


🔴Nama masjid ini berasal daripada perkataan Arab kutubiyyin (كُتُبيين), yang bermaksud "penjual buku". Masjid Koutoubia, atau “Masjid Penjual Buku”, mencerminkan perdagangan penjualan buku yang diamalkan di souk berhampiran. Pada suatu ketika dikatakan terdapat seramai lebih 100 peniaga buku di situ.

🔴Penjualan manuskrip dan buku adalah perkara biasa dan berlaku di taman-taman sekitar dan di pelbagai gerai di luar masjid. Ini menarik, kerana walaupun pada tahun 1200-an buku-buku sebahagian besarnya tidak diketahui di dunia Kristian.

🔴Local tour guide untuk group kami. Mr. Mohsein, sedang memberi penerangan tentang Masjid Kutubiyya. 

🔴Masjid Koutoubia telah direka oleh arkitek terkenal Abu Yusuf Yaqub al-Mansur. Beliau menggunakan gabungan unik gaya seni bina Islam dan Andalusia untuk mencipta struktur yang cantik dan mengagumkan. 
🔴Masjid ini dibina daripada batu pasir merah dan mempunyai menara besar setinggi 77 meter. 

🔴Menara masjid ini dihiasi dengan ukiran yang rumit dan dihiasi dengan glob tembaga dan bulan sabit.
🔴Tidak seperti masjid-masjid Timur Tengah yang mempunyai menara berkubah, reka bentuk persegi menara Koutoubia adalah Amazigh trademark.
🔴Disiapkan semasa pemerintahan Sultan el-Mansour, menara masjid ini merupakan satu kejayaan dalam bidang kejuruteraan pada zamannya. 
🔴Berdiri setinggi 69 meter, sebuah tanjakan dibina di sekeliling menara supaya muazin lebih mudah berjalan ke puncak menara yang luar biasa itu. 
🔴Tidak ada tangga dibuat di dalam menara ini untuk muadzin naik ke atas. Cuma dibina tanjakan untuk muadzin berjalan atau menunggang kuda untuk naik ke puncak untuk melaungkan azan.
🔴Enam bilik dibuat di dalamnya, satu di atas satu lagi membentuk bahagian dalam. Menara Giralda di Seville dan Menara Hassan di Rabat, dimodelkan mengikut menara masjid ini.
🔴Menara ini direka bentuk dalam gaya Almohad dan dibina daripada batu pasir. Ia pada asalnya ditutup dengan plaster merah jambu Marrakshi, tetapi pada tahun 1990-an, para pakar membuat keputusan untuk mendedahkan batu-bata asalnya dan mengeluarkan plaster itu.

🔴Kononnya (kisah mitos), puncak menara Masjid Koutoubia akan dibina dengan tiga sfera emas. 
🔴Terdapat tafsiran yang berbeza tentang kepentingan sfera-sfera ini. Dikatakan ia melambangkan tiga masjid besar Arab: Masjid al-Haram di Makkah, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Baitulmaqdis. 
🔴Atau, mungkin ia dimaksudkan untuk melambangkan tiga elemen kehidupan: air, udara dan api.
🔴Kononnya pada satu ketika, sfera keempat telah ditambah. Kisahnya ialah isteri Sultan Yacoub el-Mansour berbuka sebelum waktunya pada bulan Ramadan yang mulia. Untuk membayar penebusannya, dia telah mencairkan perhiasan emasnya dan dijadikan sfera keempat. Mitos alternatif mengatakan bahawa empat sfera asal semuanya dibuat daripada barang-barang perhiasan permaisuri itu.
🔴Hari ini, sfera-sfera yang boleh dilihat di puncak menara ini adalah diperbuat daripada tembaga. Tidak diketahui apa yang berlaku kepada sfera asal dan jika ia, sebenarnya, diperbuat daripada emas… atau jika ia hanyalah sekadar cerita rakyat.
🔴Hari ini, bebola tembaga itu dipenuhi dengan garam mineral khas dari Pergunungan Atlas Tinggi, yang termasuk nitrat dan magnesium yang menghalang spefa itu daripada teroksida. Garam ditukar setahun sekali, pada bulan Ramadan, untuk mengekalkan kilauan emasnya. 
🔴Di samping sfera-sfera itu ada tongkat kayu menghala ke arah Makkah (semua masjid di medina Marrakesh mempunyai ciri ini) dan juga dipasangkan bendera pada hari perayaan keagamaan.

🔴Masjid ini meliputi kawasan seluas 5,400 meter persegi dan boleh menampung seramai 25,000 orang jemaah pada satu-satu masa. Masjid Koutoubia mempunyai 112 tiang dan 17 lorong. 
🔴Pengaruh Sepanyol dan Moor boleh dilihat dalam bentuk gerbang, kupola dan siling yang dicat. 
🔴Satu lagi fakta unik masjid ini ialah ia dibina pada zaman pemerintahan seorang pemerintah. Masjid lain yang setanding, seperti The Great Mosque di Cordoba, mengambil masa lebih 200 tahun untuk disiapkan.

Terdapat beberapa orang penjual kaki lima. 


Penjual beg.


Selling sunglasses.



🔴Masjid Koutoubia merupakan tapak keagamaan yang penting bagi umat Islam di Marrakech. Ia digunakan untuk solat harian dan untuk upacara keagamaan khas seperti perkahwinan dan pengebumian. 
🔴Masjid ini juga berfungsi sebagai tempat belajar, kerana ia menempatkan perpustakaan dengan buku-buku pengajian Islam dan topik-topik lain.
🔴Orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki kawasan dalaman masjid, seperti kebanyakan masjid-masjid lain di sekitar Morocco.

Selesai dengan lawatan ke Masjid Koutoubia, kami pun dibawa menuju ke lokasi tempat menarik seterusnya. 

🔴Calèches di Marrakech ialah kereta kuda yang menawarkan cara unik untuk menikmati medina Marrakech. Calèche ialah perkataan Perancis untuk "kereta kuda", dan di Marrakech kereta kuda itu sering dirujuk sebagai "calèches" walaupun dalam bahasa Inggeris.
🔴Saya baca caj pusing kota Marrakech ini selama lebih kurang 30 minit dengan kereta kuda ini adalah antara 200 dan 250 dirham (RM90 - RM115). Juga ada tour selama 2 jam.
🔴Ada juga route lain dengan caj antara 120 dan 180 dirham (RM55 - RM80). 
🔴Terdapat beberapa tempat di sekitar bandar Marrakech di mana kelihatan deretan calèches menunggu pelanggan. Dua daripada tempat ketibaan/berlepas yang paling sibuk adalah di hadapan Masjid Koutoubia, di pintu masuk ke dataran utama Djemaa el Fna dan di luar Taman Majorelle.

🔴Callèche boleh membawa empat atau lima orang dengan seorang boleh duduk di sebelah pemandu.
🔴Boleh juga menggunakan calèche sebagai teksi untuk ke destinasi-destinasi lawatan.
🔴Caleche ialah sejenis kereta kuda dengan penutup/bumbung yang boleh ditarik buka/tutup untuk berlindung dari panas matahari. 
🔴Mod pengangkutan yang indah ini dipopularkan pada abad ke-19 Perancis, dan kebanyakannya digunakan untuk perjalanan santai pada musim panas.
🔴Caleches of Marrakech ialah gerabak ringan dengan roda kecil di hadapan, dan dua roda lebih besar di belakang, dengan tempat duduk dalam untuk empat hingga enam penumpang. Kereta kuda itu biasanya ditarik oleh dua ekor kuda sederhana besar yang sama tinggi.

🔴Pada tahun-tahun sebelumnya, kuda-kuda yang digunakan untuk menarik Caleches di Maghribi, tidak dijaga dengan baik. Kuda-kuda itu kebanyakkannya mengalami kekurangan zat dan dehidrasi, kurus, tempang dan kesakitan yang berterusan akibat luka abah-abah yang tidak dirawat; yang menyebabkan kekecohan di kalangan aktivis haiwan. Syukurlah, perhatian terhadap isu ini menyebabkan sebuah pertubuhan amal bernama SPANA mengambil bahagian dan mengambil tindakan.
🔴SPANA ialah badan amal antarabangsa yang menyokong haiwan yang bekerja di seluruh dunia, dan cawangan Maghribi mereka yang berpangkalan di Doudiat adalah penyelamat sebenar bagi banyak haiwan di Marrakech. Program Caleche Horse SPANA telah mempengaruhi peningkatan besar dalam penjagaan keseluruhan, kesihatan dan kesejahteraan kuda yang bekerja di Marrakech. 
🔴Dengan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, SPANA mencipta skim pelesenan di mana kuda mesti diperiksa secara berkala atas pelbagai faktor kesihatan, agar pemiliknya dapat terus menggunakan kuda-kuda mereka untuk bekerja. Mereka mesti diberi makan dengan baik, dijaga dengan baik dan mempunyai akses kepada penjagaan farriery, pergigian dan veterinar sebelum pemilik boleh mendapatkan atau mengekalkan lesen Caleche mereka.
🔴Banyak kuda-kuda ini mempunyai tag "SPANA" biru di sekeliling buku lali mereka, yang menunjukkan bahawa mereka telah dicacah mikro dan sedang dipantau dengan teliti. Badan amal itu juga telah memasang beberapa palung air percuma untuk digunakan di sekitar bandar, untuk memerangi dehidrasi haiwan.


Semasa di dalam bas ketika itu, kami juga dapat melihat Koutoubia Mosque dari sudut depan masjid.





🔴Di dataran Koutoubia Mosque ini ada sebuah binaan berkubah namanya Kubba Fatima Zohra. Kubba bermaksud makam berkubah.
🔴Terletak agak dekat dengan Masjid Koutoubia, binaan putih ini adalah makam Fatima Zohra yang merupakan anak kepada seorang pemimpin agama tempatan yang dihormati. 

🔴Terdapat versi yang berbeza tentang siapa Fatima Zohra. Versi yang paling dipercayai ialah dia adalah anak perempuan seorang syeikh Sufi yang hidup pada abad ke-18.
🔴Salah satu cerita ialah Zohra adalah seorang hamba dari Afrika Barat yang memeluk Islam dan menjadi pendakwah.
🔴Dikatakan beliau merupakan salah satu legenda tempatan yang dikatakan mempunyai kuasa mistik berubah menjadi burung merpati pada awal petang dan kembali ke bentuk manusia ketika matahari terbit.
🔴Dikatakan juga beliau telah dipenjarakan kerana enggan mengahwini seorang raja. Semasa dipenjara beliau menulis buku yang mengutuk poligami yang kini jarang berlaku di Maghribi.
🔴Juga dikatakan ramai wanita-wanita Morocco menziarah makam ini untuk mendapatkan berkat untuk anak-anak mereka. Ramai menamakan anak perempuan mereka dengan nama Zohra dan tidak memakan daging merpati sebagai penghormatan kepadanya.

Pemandangan Koutoubia Mosque dan dataran masjid dari Av. Mohammed V.







Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment