Wednesday, August 14, 2024

MOROCCO-SPAIN-PORTUGAL - MOROCCO - MARRAKECH - JEMAA EL-FNA - TOWN SQUARE

Assalamualaikum.
Lepas lawatan ke Koutoubia Mosque, kami dibawa pula ke dataran Jemaa el-Fna yang cukup popular itu.

Dulu kami pernah naik kereta kuda di Bukittinggi (Sumatera Barat), Schwangau (Germany) dan Giza Pyramids Complex (Cairo, Egypt). Ketika di ketiga-tiga rides itu, kami tutup hidung sebab bau busuk tahi kuda... hahahaha 😄.

Bangunan-bangunan di Marrakech ini kebanyakkannya warna merah belaka.

Oh ya, kami sangat bersyukur kerana selama kami di Marrakech ini cuaca cukup baik sekali. In fact, panas/selesa macam di Malaysia.

Kalau travel bercuti di sini memang tidak susah cari makan. Every corner mesti ada kafe atau restoran. Cumanya, saya baca, kena hati-hati sebab, seperti biasa di tempat-tempat touristic begini ada saja yang cuba ambil kesempatan daripada pelancong.


Masa kami di sini, jarang sekali bas kami tersekat dalam kesesakan lalu lintas walaupun ketika itu adalah spring di Marrakech yang kata Mohsein (our local tour guide) musim puncak pelancong di Maghribi yang berlangsung dari April hingga Oktober.



Berhampiran dengan dataran Jemaa el-Fna kelihatan begitu ramai pengunjung.

Dataran ini merupakan salah satu lokasi pemandu kereta kuda mendapatkan pelancong. Di sini adalah lokasi bagi pelancong mendapatkan khidmat kereta kuda, selain di depan hotel-hotel besar, untuk pusing kota Marrakech.


Hanya kereta kuda sahaja yang dibenarkan masuk ke kawasan dataran Jemaa el-Fna. Kenderaan lain tidak dibenarkan masuk selepas pukul 2 petang. 

Laluan masuk ke dataran Jemaa el-Fna.


Dari sini juga kelihatan Koutoubia Mosque yang baru kami lawat earlier.

Di sini suasana begitu sibuk sekali dengan kereta-kereta kuda. Di sini tempat kereta-kereta kuda berbaris ikut giliran untuk mengambil pelancong seterusnya.

Jika hendak pusing kota Marrakech dengan horse-carriage tour, bolehlah berurusan dengan lelaki-lelaki bertopi jerami ini. Saya baca ada standard charge for the tours tapi dinasihatkan supaya tawar menawar. Part tawar menawar itulah yang kami kurang senang sikit, makanya tak adalah cerita pengalaman kami naik kereta kuda di Marrakech... hihi 😄.

Tapi pada pendapat saya, tak apalah kalau 'terpaksa' bayar lebih sedikit sebab pemandu-pemandu kereta kuda di sini bukanlah orang kaya, mencari rezeki untuk menyara keluarga. Lagi pun mereka dan kita sesama Islam, niat sedekah sajalah. 

Ada penjual jalanan dan street games. 

Kelihatan menara Koutoubia Mosque yang boleh dilihat jelas dari merata kota Marrakech.

Barisan kereta kuda ini sangat panjang. Jadi tidak perlu buat booking atau menunggu lama atau risau tak ada kereta kuda.

🔴Saya perhatikan setiap satu kereta kuda semasa berjalan di sini dan saya gembira melaporkan yang semua kuda-kuda yang saya nampak ketika itu kelihatannya sihat dan tegap, tidak nampak mistreated, malnourished and overworked. 
🔴Saya baca di Maghribi ada sebuah organisasi yang banyak membantu pemilik 'working animals' seperti kuda, keldai dan baghal dengan memberi tunjuk ajar menjaga haiwan mereka, pemeriksaan kesihatan tahunan, memberi bantuan rawatan dan cara penjagaan dengan betul. 
🔴Pastinya ada juga undang-undang ketat berkaitan dengan operasi kereta kuda ini dimana jika kuda-kuda ini tidak dijaga dengan baik, si pemandu akan didenda atau lesen mereka tidak perbaharui atau kedua-duanya.

Dan saya juga paling suka kuda-kuda ini berpasangan which evidently is good for the horses' mental health. 

🔴Saya baca beribu-ribu penduduk di bandar Marrakech bergantung kepada kereta kuda sebagai mata pencarian mereka. 
🔴Sebuah kereta kuda di Marrakech boleh digunakan untuk menyara satu keluarga seramai empat hingga lima orang, termasuk pemilik, pemandu dan kanak-kanak lelaki kandang kuda (stable boys).

Kami pun tiba di dataran besar Jemaa el-Fna. Tidak begitu ramai orang ketika itu. Kami diberitahu sebelah malam baru ramai pengunjung.

Dataran Jemaa el-Fna ialah salah satu ruang budaya utama di Marrakesh dan telah menjadi salah satu simbol bandar itu sejak penubuhannya pada abad kesebelas. Ia mewakili kumpulan unik tradisi budaya Maghribi popular yang dilakukan melalui ekspresi muzik, keagamaan dan seni.
Di bangunan itu ada Post Maroc dan Al Barid Bank. Di hujung paling kanan ialah Hotel Ali, sebuah hotel 4 bintang.

Terletak di pintu masuk Medina, dataran segi tiga ini, yang dikelilingi oleh restoran, gerai dan bangunan awam, menjadi tempat aktiviti-aktiviti komersial setiap hari dan pelbagai bentuk hiburan. Ia adalah titik pertemuan untuk penduduk tempatan dan luar. 

Dataran awam yang besar yang terletak di tengah-tengah Marrakesh ini telah menjadi tempat pertemuan sejak turun-temurun, dengan penduduk tempatan berkumpul untuk membeli-belah dan beramah mesra.

🔴Di dataran ini, kami ternampak beberapa orang lelaki yang berpakaian tradisi berwarna merah. Kami diberitahu bahawa pakaian merah itu adalah pakaian tradisional penjual air Jemaa El-Fna pada zaman dulu. 
🔴Kemudahan paip bekalan air seperti sekarang tidak wujud semasa Jemaa El-Fna dibina beratus tahun dahulu. Maka ketika itu lelaki-lelaki berpakaian merah inilah yang menjual air kepada pengunjung dan peniaga untuk diminum.

🔴Tapi mereka ini tentulah tidaklah menjual air. Mereka menyara hidup dengan menawarkan peluang kepada pelancong untuk mengambil gambar mereka atau bergambar bersama mereka untuk sejumlah wang. 

🔴Di sini juga ada monyet Barbary yang digunakan sebagai alat peraga untuk bergambar dengan pelancong. Kesian melihat monyet itu dirantai di leher dan diseret dari sekumpulan pelancong ke kumpulan pelancong lain. Tapi terfikir juga kesusahan tuan monyet itu untuk menyara keluarga dan ini mungkin satu-satunya cara mereka mendapatkan pendapatan atau cara mereka mendapatkan pendapatan sampingan. 
🔴Menggunakan haiwan liar sebagai prop foto sebenarnya menyalahi undang-undang di Maghribi tetapi nampaknya kegiatan ini seperti diterima di dataran ini. Mungkin juga mereka cuma beroperasi ketika tiada polis.

Restoran Argana dan Masjid alMadinah di Jemaa el-Fna. Banyak juga saya terjumpa di internet foto-foto dataran ini yang dirakam dari tingkat 2 restoran itu.

Ketika ini pukul 12:24 tengahari. Kereta dan kenderaan lain tidak dibenarkan masuk ke kawasan ini selepas pukul 2 petang.

🔴Di sini juga ada gerai pengunjung bergambar dengan ular. 
🔴Menawan ular adalah kemahiran purba di Maghribi dan mereka yang mengamalkan seni ini sentiasa boleh ditemui di dataran Jemaa el-Fna ini. 
🔴Kalau hendak tahu gerai yang mana ada ular, dengarkan saja bunyi tiupan alat muzik trompet. 

🔴Walaupun aktiviti ini mengancam biodiversiti, ia susah dibenteras kerana ia sudah dilabel sebagai salah satu budaya Marrakech/Maghribi. 
🔴Amalan menawan ular di Maghribi diperkenalkan di sana sejak 500 tahun lalu oleh perintah agama Aissawas (Aïssaoua - members of a mystical-religious brotherhood), dan kini menjadi tarikan dalam industri pelancongan negara yang semakin berkembang. 
🔴Akibatnya populasi ular liar mungkin terancam oleh eksploitasi berlebihan.

🔴Saya baca pawang ular (snake charmer) adalah orang Berber, kumpulan etnik yang berasal dari Afrika Utara. 
🔴Kebanyakkan mereka mempunyai profesion lain dan telah mula menawan ular sejak berusia remaja.
🔴Alat musik tiupan itu namanya Surna (Iranian horn).

🔴Ular-ular liar ini tidak boleh ditemui di mana-mana berhampiran dengan kawasan sekitar Marrakech tapi terdapat di bahagian selatan Maghribi di padang pasir Sahara.
🔴Hakikatnya, ular itu pekak dan oleh itu tidak dipandu oleh muzik. Hanya penonton yang boleh terpukau. 
🔴Reptilia tertarik dengan irama getaran tanah yang dilakukan oleh pemuzik dengan kakinya sambil menggerakkan trompet dan kepalanya secara serentak. Jadi kita lihat ular itu berdiri untuk meletakkan dirinya dalam posisi bertahan.

Di dataran ini juga ada tuk tuk versi Morocco ini. Dengan kenderaan beroda tiga ini, pemandunya menyediakan khidmat membawa pelancong mengelilingi kawasan bersejarah medina Marrakech, untuk caj-caj tertentu yang bergantung berapa lama tempoh perjalanan yang diminta dan dipersetujui.

Sebagai salah satu lokasi tarikan pelancong, tentunya di dataran ini ada banyak gerai-gerai sementara seperti ini yang menjual pelbagai barangan terutamanya produk-produk souvenir berasaskan tradisi dan kesenian Maghribi. 

🔴Ramai juga kami nampak single traveler seperti lelaki ini (foto bawah) di sini. 
🔴Saya baca, iya, Marrakech selamat untuk pengembara solo. Bahkan juga selamat untuk pengembara solo wanita. 
🔴Walau bagaimanapun, sesetengah kawasan mungkin lebih baik dielakkan pada waktu malam, terutamanya jika bersendirian. Walaupun sebahagian besarnya selamat, langkah berjaga-jaga harus diambil apabila melakukan perjalanan pada waktu malam.

This is Pharmacie de la Place (Pharmacy The Place / Al Saha Pharmacy).
🔴Item yang disyorkan untuk dibawa untuk sebarang perjalanan ialah: paracetamol/Panadol, ubat diarrhea, krim matahari, balsem bibir, insect repellant, cermin mata hitam. Jadi bolehlah elak membeli ubat di negara percutian yang harganya mungkin jauh lebih mahal dari yang ada dijual di Malaysia.
🔴Kit Pertolongan Cemas pengembara juga elok dibawa sekiranya berlaku sebarang kecederaan.
🔴Apakah ubat-ubatan yang tidak dibenarkan di Maghribi?
🔺Kastam Maghribi tidak mempunyai senarai produk yang dilarang, tetapi mereka menasihatkan sesiapa yang mengembara dengan ubat preskripsi untuk memastikan mereka mempunyai salinan preskripsi doktor bersama mereka dan kuantiti ubat yang dibawa adalah dalam had preskripsi. 
🔺Ini memang saya buat setiap kali bercuti ke luar negara sebab saya perlu telan ubat-ubatan preskripsi setiap hari.
🔺Di depan kebanyakkan farmasi di Morocco ada tanda '+' besar seperti dalam foto ini. 
🔺Banyak farmasi juga mempunyai perkataan "pharmacie" atau "صيدلية" yang ditulis dalam huruf besar di atas pintu masuk.
🔺Farmasi di Maghribi biasanya beroperasi dari 9 pagi hingga 7 malam, Isnin hingga Sabtu

Ini gerai menjual pelbagai topi. Ada fedora hats, ada Turkish Tarboosh hats/caps, Kufi hats and modern caps.
🔴Yang warna merah macam tarboosh itu di Maghribi dipanggil "fez" mungkin merujuk kepada bandar Fez di Maghribi. Pewarna untuk mewarnakan topi ini diekstrak daripada beri merah. Walau bagaimanapun, asal usulnya dipertikaikan. Fez moden bergantung banyak popularitinya kepada era Uthmaniyyah.
🔴Yang macam bentuk kupiah/songkok itu pula ialah Kufi cap yang dipakai oleh lelaki dalam banyak populasi di Afrika Utara, Afrika Timur, Afrika Barat, Asia Selatan dan Timur Tengah. Ia mempunyai perkaitan yang kuat dengan banyak budaya Islam dan tidak khusus untuk mana-mana negara.

🔴Ini gerai menjual lampu-lampu Maghribi yang cantik dan penuh seni. Ia lebih daripada sekadar cara untuk menerangi kegelapan, ia adalah satu karya seni.
🔴Jika gemar membeli karya seni tempatan ketika percutian, Moroccan lanterns adalah pilihan yang tepat. Gantungkannya di rumah sebagai karya seni.
🔴Lampu Maghribi adalah lampu tradisional yang diperbuat daripada loyang dengan lubang yang dipotong ke dalamnya menghasilkan corak yang unik.
🔴Ada juga lampu yang mempunyai kaca berwarna-warni, yang nampaknya lebih gaya lampu Turki daripada gaya Maghribi.

Ini kedai serbaneka yang menjual pelbagai souvenir khas Maghribi. A one-stop shop for all sorts of Moroccan souvenirs.

Ini pula gerai menjual tagine saiz normal dan saiz mini. 

🔴Tagine ialah alat memasak tradisional Maghribi yang diperbuat daripada tanah liat dan bukannya seramik. Kalau nak beli tagine saiz normal (besar) tentunya akan ambil ruang bagasi dan menambah berat keseluruhan bagasi disamping mungkin juga mudah pecah dalam transit. Jadi elok beli yang saiz comel itu.

🔴Tagine mini ini bukan saja cantik dicat dengan corak seni Maghribi yang unik, tetapi ia juga saiz yang sesuai untuk dibawa pulang. Boleh beli satu, tapi ada yang dijual sebagai satu pakej tiga atau lima tagine mini, menjadikannya hadiah yang sesuai untuk rakan dan keluarga atau kawan-kawan sepejabat.

🔴Sudah tentulah tagine mini tidak boleh digunakan untuk memasak, tetapi boleh saja menggunakannya untuk menghidangkan snek atau jajan. Dan boleh digunakan sebagai mangkuk harian, atau pun sebagai bekas meletak barang kemas.

Topi-topi jerami khas Maghribi.

Saya nampak ramai juga pelancong lelaki dan wanita yang memakai topi-topi besar ini kerana cuaca dan cahaya terik di Maghribi ketika itu. Actually they are quite stylish too, but scream the 'I am a tourist' vibe.... hihi 😄. Daripada sunburn, elok la berteduh dengan topi ini.

🔴Topi jerami telah dipakai di Afrika dan Asia sejak selepas Zaman Pertengahan semasa musim panas, dan tanpa banyak perubahan antara zaman pertengahan dan hari ini. Ia dipakai kebanyakannya oleh lelaki, dan oleh semua kelas.
🔴Topi ini adalah buatan tangan sepenuhnya daripada daun palma asli, kebanyakkannya oleh artisan dari utara Maghribi.
🔴Topi jerami melambangkan sikap carefree dan santai.

Kami dibawa ke dataran ini juga adalah untuk makan tenghari.


Makan tengahari kami hari itu adalah di restoran Taj'in Darna yang menyajikan, antara lain, makanan masakan Maghribi dan Mediterranean. Ia juga mesra vegetarian, ada pilihan vegan dan tentunya Halal.

Wah! Kami dihidangkan satu tajine untuk setiap seorang 😃. 

Nasi juga ada dipesan oleh tour guide kami. Maklumlah kan orang Malaysia... hihi 😄. Personally, saya prefer dan rasa lebih tepat makan tagine dengan roti, ikut cara orang Maghribi. 

Tajine kami ialah beef tajine. Dagingnya ada di bawah sayur-sayuran tu. Baunya sedap sungguh!

Alhamdulillah, sedap dan sungguh mengenyangkan. 


Buah-buahan turut dihidangkan.

Selesai makan, kami ada lebih kurang 1 jam 30 minit lagi sebelum bertolak ke destinasi seterusnya. Jadi kami pun jalan-jalan di sekitar dataran Jemaa el-Fna ini. Foto bawah ialah sebuah gerai menjual pelbagai jenis buah-buahan kering.

Di dataran ini juga ada deretan gerai-gerai menjual jus oren dan buah-buahan lain. 

Gerai sementara menjual beg-beg jerami buatan tangan yang cantik-cantik.


Jubah putih/beige yang dipakai lelaki di sebelah kanan dalam foto di bawah dipanggil djellabas. 
🔴Djellaba Maghribi, pakaian yang penuh dengan sejarah dan tradisi, adalah simbol identiti budaya dan warisan Maghribi. 
🔴Pakaian ikonik ini, yang diiktiraf kerana keanggunan dan kesederhanaannya, telah dipakai oleh orang Maghribi selama berabad-abad, melangkaui masa untuk kekal sebagai pakaian tradisi dalam persekitaran luar bandar dan bandar. 
🔴Djellaba adalah lebih daripada sekadar pakaian; ia mewakili cara hidup, merangkumi nilai, iklim dan kepekaan artistik rakyat Maghribi.

🔴Kenderaan ini (Morocco Cargo Tricycle) adalah merupakan salah satu kenderaan pengangkutan yang cukup popular dan praktikal di kota Marrakech ini dan juga di kota-kota Maghribi lain. Kerana saiznya yang kecil dan tidak lebar ia sangat sesuai untuk mengangkut barang-barang di lorong-lorong sempit di sekitar medina dan souks. 
🔴Di belakang itu adalah bangunan Musée du Patrimoine Immatériel Jaama El Fna (Museum Of Intangible Heritage - Jemaa El Fna) yang baru dibuka pada Februari 2023.

Kami ada juga berbincang untuk naik kereta kuda pusing medina sebab masih ada masa lagi. Tapi lepas check tempoh-tempoh tours yang ditawarkan adalah agak lama dan barisan pelancong yang menunggu juga agak panjang, kami risau nanti tak sempat balik ke dataran ini sebelum masa kami akan bertolak ke destinasi lawatan kami yang seterusnya. 
🔴Kelihatan beberapa kereta-kereta kuda mengambil pelancong for the horse-drawn carriage tours.
🔴Di dataran ini juga ada pentas besar berkemungkinan untuk pementasan pelbagai persembahan tradisional dan terkini. 

Jadi kami pun jalan-jalan pula di taman di dataran ini. Bagus juga dapat berteduh sebab waktu itu tengahari dan agak panas. 

Ramai pengunjung yang berteduh di sini.

Kalau nak elak dari kesibukan bandar bolehlah berehat di taman begini yang ada banyak di kota Marrakech ini. Green space yang menenangkan. 

Kami memilih untuk meluangkan masa exploring Jemaa el-Fna sementara ahli kumpulan kami yang lain yang ketika itu kebanyakkannya sedang seronok membeli belah. Sebenarnya pun kami berdua tak ada bajet untuk shopping... 😄.




Di taman ini ada plak peringatan ini untuk mangsa pengeboman di Jemaa El-Fna pada 28 April 2011.
🔴Pengeboman Marrakesh 2011 ialah pengeboman pengganas domestik di Kafe Argana (foto kafe/restoran ini ada di atas) di Jemaa el-Fnaa, Marrakesh, Maghribi, pada 28 April 2011.
🔴Seorang pengganas tunggal, Adil El-Atmani, meletupkan pada pukul 11:50 pagi dua bom periuk tekanan buatan sendiri yang disembunyikan di dalam beg galas dan diletakkan di kafe. 
🔴Letupan itu membunuh 17 orang dan mencederakan 25. 
🔴Ramai yang maut adalah pelancong, termasuk sekumpulan pelajar Perancis.

🔴El-Atmani, seorang jurujual kasut berusia 25 tahun, berikrar taat setia kepada Al-Qaeda di Maghreb. Al Qaeda menafikan terlibat dalam serangan itu. 
🔴El-Atmani ditangkap enam hari kemudian selepas kad SIM yang didaftarkan di bawah namanya ditemui dalam sisa bom itu. 
🔴Semasa disoal siasat, dia berkata bahawa dia belajar membuat bom di Internet. 
🔴Surat kepada kerajaan Perancis yang ditemui dalam komputer ribanya mengarahkan pengunduran tentera Perancis di Timur Tengah, mengancam untuk "menyerang sasaran di tengah-tengah Perancis" jika arahannya tidak dipenuhi dalam tempoh dua puluh hari selepas serangan itu.
🔴Pada 28 Oktober 2011, di mahkamah di Rabat, Adel al-Othmani dijatuhi hukuman mati kerana peranannya dalam pengeboman.



Segak pemandu kereta kuda ini memakai pakaian tradisional Maghribi, Djellabas lengkap dengan topi jerami. 




Kami ternampak lagi lelaki berpakaian tradisional penjual air (water seller) Jemaa El-Fna yang satu ketika dahulu adalah satu pekerjaan penduduk di Marrakech. Kami pun approach salah seorang dari mereka untuk bergambar. Susah juga hendak berkomunikasi dengan dia sebab dia tidak fasih berbahasa Inggeris tapi itu tidak menjadi masalah kerana kami dan dia sudah faham tujuan masing-masing 😄. 

🔴Mereka ini dikenali sebagai 'garrab' atau 'guerrab' ialah pengangkut air di Maghribi.
🔴Profesion tradisional ini, yang disebut sebagai 'tagarrabt', melibatkan penjualan dan pengagihan air di ruang awam, dan ia kini dalam bahaya kepupusan.
🔴Secara tradisinya, garrab memakai djellaba merah bersama topi hiasan besar yang sepadan.
🔴Garrab membawa beg kulit kambing (qirba atau girba) dengan air tawar yang sejuk, dan cawan tembaga untuk menghidangkan air. 
🔴Garrab biasanya membawa loceng, dan mempunyai panggilan yang berbeza, menggunakan tema keagamaan, untuk menarik perhatian orang yang lalu lalang.
🔴Pekerjaan tagarrabt secara sejarahnya diamalkan sebagai kerja separa amal. Garrabs akan memberikan air kepada sesiapa yang memerlukannya, tetapi juga akan menerima sumbangan. 

🔴Di Marrakech, terdapat dua kumpulan garrab: satu kumpulan mengedarkan air di daerah kediaman, dan membawa beg kulit kambing di bahu mereka atau di belakang keldai. Biasanya air itu datang dari air pancut iaitu Mouassine Fountain. 
🔴Kumpulan kedua bertumpu di Souk dan dataran awam, seperti Jamaa El Fna, dan mereka mengisi bekalan air mereka, bukan dari fountain, tetapi dari mata air, seperti "Ain El Abbasiya". Garrab ini biasanya berasal dari wilayah Toudgha.
🔴Dengan perkembangan pengagihan air bandar, kegiatan tagarrabt menjadi terhad kepada Souk dan dataran awam. Hari ini, ia merupakan profesion di ambang kepupusan, kebanyakannya dikekalkan oleh pelancongan, sebagai satu aspek tradisi rakyat Maghribi

Bergambar bersama pak cik garrab.



Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment