Assalamualaikum.
Di hotel kami pun solat dan berehat sehingga waktu untuk makan malam.
Kami dibawa keluar awal untuk makan malam kerana kami akan di bawa ke dataran Jemaa el-Fna sekali lagi untuk mengalami suasana malam pula di dataran itu sebelum ke restoran.
Kami diberitahu oleh local tour guide kami yang dinding tembok begini dibuat berlubang-lubang untuk menampung scaffoldings ketika kerja-kerja baikpulih atau restorasi dilakukan.
Ketika ini kami sedang melalui Boulevard 11 Janvier atau January 11th Street, Marrakech.
Proclamation of Independence: 11 January. In 1944 a manifesto demanding full independence for Morocco from the French was presented. It is a public holiday in Morocco.
Gare Routiere Voyageurs Marrakech / Travelers Bus Station Marrakech.
🔴Ini adalah gerbang Bab ar-Raha atau juga dikenali sebagai Bab el-'Arissa.
🔴Ia adalah salah satu dari gerbang-gerbang Walls of Marrakech yang asal yang masih utuh sehingga hari ini.
🔴Saya baca banyak gerbang-gerbang bersejarah ini telah dirobohkan kerana pembinaan landasan keretapi dan dirobohkan atau diubah lokasinya kerana menghalang laluan mesin/kenderaan perang dan alat pengangkutan moden pada zaman penjajah.
We passed by yet another beautiful lush green city garden. This one is Jardin d'Al Makhzen or Al Makhzen Garden.
🔴Another gate at the Walls of Marrakech. This one is Bab Nkob.
🔴Bab Nkob: Bab Nkob is a recent gate created during the French Protectorate period (1912–1956) to connect the old medina with the new city districts created by the French known as Gueliz. Today it is simply a gap in the walls through which a major road passes.
Ketika ini kami di pesimpangan lebuhraya N7 (foto bawah) dan Avenue Ahmed Ouaqala.
Air pancut besar di hujung sana adalah ساحة الحرية - Place de la Liberté - Freedom Square.
Di belakang sana adalah sebuah taman yang besar dan terkenal yang disukai oleh penduduk Marrakech sebagai tempat berkelah, berehat atau beriadah. Namanya Cyber Park Arsat Moulay Abdesalam.
Sebuah gerai souvenir yang penuh dengan bendera merah Maghribi. Ia menjual pelbagai cenderehati khas Maghribi.
Wahhh... ramainya orang. Masa tengahari tadi kami di sini, tidaklah begini sesak.
Ramai orang sebab suhu pun dah turun dan nyaman, ramai penduduk Marrakech sudah habis kerja dan bagi pelancong seperti kami ini, lawatan ke Jemaa el-Fna ini sudah diwajidkan untuk dilawati pada waktu malam. Katanya malam-malam, dataran ini happening.
🔴Ok, jom turun dan jalan-jalan melihat suasana malam di sini sambil terus ambil gambar.
🔴Oh ya, sebelum turun dari bas, tour guides kami berpesan agar kami menjaga beg/wang/passport baik-baik dan jangan tersesat.
🔴Kalau tersesat, cari saja Menara Masjid Koutoubia sebagai panduan balik ke tempat berkumpul nanti.
🔴Menara itu senang nak nampak sebab tiada bangunan lain di Marrakech ini yang dibenarkan dibina lebih tinggi dari menara masjid bersejarah itu.
Di kala waktu senja begini, pancaran kekuningan warna matahari terbenam menyerlahkan lagi warna merah bangunan-bangunan di Marrakech ini. Makanya tepatlah kota ini juga dikenali sebagai 'Red City', ciri tersendiri yang menambah daya tarikan kota bersejarah ini.
Suasana 'merah-salmon' ini memberikan identiti visual yang khas bagi kota di Al Medina ini.
A "garrab" or "guerrab" is a water porter.
Juga ada pemuzik jalanan yang mengalunkan lagu-lagu tradisi menggunakan alat-alat muzik tradisional.
🔴Yang dimainkan ialah muzik Amazigh dari kaum Berber. Genre muzik ini berasal dari wilayah Agadir.
🔴Nama alat muzik yang digunakan oleh pemuzik ini adalah "rebab".
🔺The rebab (not to be confused with the Andalusian rebab, which is a different instrument) is a one-stringed, bowed instrument found in various iterations around the Arab world. It originates from the 9th or 10th century.
🔴Muzik Maghribi adalah pelbagai dan kaya budaya seperti rakyatnya.
🔴Gayanya berbeza dari rantau ke rantau dan sangat dipengaruhi oleh kumpulan etnik dan warisan budaya.
🔴Bergantung pada lokasi, antara jenis-jenis muziknya adalah muzik Arab-Andalusia klasik, muzik rakyat orang Berber, Gnawa dan gaya muzik popular Rai dan Chaabi.
Restoran Argana. Di restoran itu pernah berlaku satu pengeboman oleh pengganas domestik pada 28 April 2011.
Saya perasan penjual-penjual di gerai jus buah ini adalah agak agresif, mungkin disebabkan persaingan hebat di kalangan mereka. Berteriak mereka untuk menarik pelanggan. Tapi tidaklah kasar atau disrespectful.
Di depan setiap gerai makan ada welcomer/penyambut tetamu yang memegang kad menu food stalls mereka. Sesiapa yang berminat bolehlah berbincang dahulu menu dan harga.
The dining communal table set up was nice! Mereka sudah siap-siap hidang roti bersama pisau dan garfu, letak atas kertas/saprah putih (supaya senang dikemas). Makanan yang dipesan dimakan dengan roti itu. And fyi, pada saya roti itu adalah sangat sedap! 😋
🔴Persembahan belly dancing pun ada? Negara-negara Arab belah-belah sana memang ada la penari gelek sebab sudah tradisi.
🔴Versi belly dancing yang ini penarinya tutup from head to toe. Siap pakai niqab.
🔴Saya rasa persembahan belly dancing ini dibuat di dataran ini kerana tarian gelek adalah 'fascinating to watch' and 'a crowd puller' dan kerana sudah menjadi tradisi dan budaya mereka. Sebab tradisi atau tidak, budaya atau tidak, saya rasa sebab utama dibuat persembahan ini adalah untuk mereka mencari pendapatan.
🔴Ok la, at least tak ada la perempuan berpakaian seksi tergelek-gelek di khalayak ramai begini, yang tentunya ada ramai small children.
Di gerai ini ada jual makanan seperti meat dish, traditional tagine, tagine 1/2 kg, head of sheep with steam (regular/medium/large) and glass tea witn mint. Yes, ada hidangan kepala kambing biri-biri kukus.
Dua orang pelancong bergambar dalam gerai jus buah-buahan. Nice angle!
Ada kedai menjual beg kulit. Hampir tergoda saya sebab ada la satu beg yang saya nampak yang sangat bagus 😅.
Meow souk 😍. Kucing adalah sebahagian daripada budaya Maghribi dan kehidupan seharian, hidup harmoni dengan penduduk negara itu.
Susunan kedai-kedai dalam souk ini rapat-rapat dengan setiap kedai sarat dengan barangan jualan.
Di dalam souk ini keadaannya agak bercelaru. Ada flat walkways, ada yang bertangga. Juga ada beberapa level and raised platforms. Kalau banding dengan Grand Bazaar di Istanbul yang besar dan penuh dengan kedai-kedai, rasanya susah kalau kita nak tersesat kerana keteraturannya. Di sini, belum pun kami explore further inside, kami susah tersesat... hihi 😅.
Juga ada banyak lorong-lorong begini. Beberapa kali kami tersekat di dead ends... hihi 😅. Panik juga kami takut tersesat dan terlambat berkumpul dengan group.
Seterusnya kami decided untuk mula jalan ke tempat berkumpul dengan group dengan menyusuri gerai-gerai makan di dataran ini.
Rasa macam menarik juga kalau dapat makan dalam suasana begini. Tapi makan malam kami sudah pun diatur di sebuah restoran.
Ada hidangan kepala kambing biri-biri di gerai ini.
Inilah hidangannya, kepala kambing stim dimakan bersama garam dan jintan manis. Bukan sahaja daging kepala kambing ini dimakan, tetapi pasti juga otak, bola mata dan lidahnya.
Ada games juga di dataran ini. Yang ini dipanggil ‘chasing lemonade’ atau 'soda fishing'.
Berjalan ikut jalan masuk tadi. Di hujung laluan ini adalah tempat kami berkumpul.
Di Marrakech, tuk tuk juga dipanggil/dieja sebagai 'tok tok'. Tuk tuk yang ini besar, mempunyai 4 tempat duduk. Yang kami naik belah tengahari tadi adalah two-seater.
Kak Yan dari Singapore menunjukkan lukisan henna yang dibuat di Jemaa El-Fna.
Makan malam kami malam itu adalah di restoran yang sama, Restaurant Palais Chahramane, where we had our dinner the night before. Kehadiran kami disambut oleh pemuzik dan penari-penari tradisional Marrakech.
Restaurant Palais Chahramane ialah restoran tradisional Maghribi, yang merupakan kediaman golongan bangsawan pada zaman dahulu. Ruang tamu yang dulu disediakan khas untuk menerima tetamu telah diubah menjadi dewan jamuan, dengan mozek dan ukiran yang indah, corak yang tradisioanl dan halus, dan kayu asli, lampu tradisional, lampu candelier dan sofa dengan kusyen buatan tangan, semuanya mempamerkan kemewahan gaya Maghribi.
Walau pun makan di restoran yang sama, menu dinner hari ini berbeza dengan yang semalam.
Our main dish, the Moroccan meatball and egg tagine. Sedap ke? Sedappppp 😋.
Turut serta dalam persembahan itu adalah seorang penari dulang berlilin di junjung di kepala.
Penari mengimbang dulang di kepala yang ada samovar di tengah dulang yang dikelilingi dengan lilin-lilin. Samovar ialah bekas teh (seperti teko).
Agak pelik melihatnya tapi memang hebat penari ini mengimbang dulang sambil membuat pelbagai pergerakkan dan pose.
Cantik sangat restoran ini maka saya pun mintalah isteri ambilkan gambar 😄.
Teh Morocco yang sangat pekat, manis dan direndam dengan daun pudina. I think it was meant to be sipped at a leisurely pace and savour the minty tea taste.
Selesai makan kami pun bertolak balik ke hotel. Ada ahli kumpulan yang memilih untuk bersiar-siar dan pulang ke hotel dengan menaiki kereta kuda selepas dinner. Kami tidak turut serta kerana sudah keletihan. Lagi pun kami sudah puas bersiar-siar dengan tuk tuk siang tadi.
Walau pun sudah lewat malam, jalan raya ini nampak meriah. Nama jalan ini ialah 'Passage Prince Moulay Rachid'. Passage ini adalah salah satu laluan paling popular di Marrakech Medina.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
Seronok memcuci mata di blog ini. Morocco antara negara yang teringin nak pergi.
ReplyDeleteThanks for the comments Faizal.
DeleteSaya pun sebenarnya sudah lama teringin nak ke Morocco. Alhamdulillah, dapat juga melawat pada 2024 ni.