Assalamualaikum.
Di Marrakech kami menginap di Ibis Marrakech Palmeraie.
Apakah sarapan tipikal di Morocco? Saya baca sarapannya cukup ringkas, iaitu roti dengan minyak zaitun dan teh. Tapi sarapan pagi di hotel Marrakech biasanya sedikit lebih mewah dan terdiri daripada pastri, roti, penkek, jem, yogurt, telur dan kopi atau teh.
Sebelum ini kami ada menginap di hotel ibis lain semasa bercuti-cuti. Hotel-hotel ibis lain yang pernah kami inap adalah ibis Perth, ibis Schiphol Amsterdam Airport, ibis Styles Yogyakarta, ibis Mall Avenue Dubai, ibis Milano Malpensa Aeroporto, Hotel ibis Milano Fiera, ibis Surabaya City Center, ibis Melbourne - Hotel & Apartments, ibis Paris Meudon Vélizy, ibis Styles Malang (Jawa Timur) dan ibis Zürich Messe Airport.
Mengapa bangunan di Maghribi berwarna merah?
Marrakech dipanggil "the red city" kerana warna bangunan-bangunannya dicat dengan warna yang telah ditetapkan mengikut peraturan bandar yang mewajibkan penggunaan warna merah, sepertinya tanah di sekeliling Marrakech.
Semasa abad ke-11, dinasti Almoravids meninggalkan kawasan padang pasir dan menemui Marrakech. Sebuah tembok kota yang berkubu dibina mengelilingi kota itu untuk mempertahankannya. Dinding itu dibina daripada 'pise', yang merupakan campuran jerami, tanah merah dan kapur, yang mengeras apabila dikeringkan. Lumpur merah ini memberikan bandar Marrakech nama 'Red City'.
Oh, kami sedang diperhatikan oleh a cutie patootie 😄. Rupanya hotel ini adalah 'pet-friendly'.
Bergambar kenangan dengan pokok buah zaitun 😃.
Pagi itu kami semua diminta berkumpul di lobi hotel pada pukul 9.30 pagi untuk memulakan program lawatan di kota Marrakech.
Motorsikal paling popular di Maghribi adalah motorsikal Jepun Honda dan Yamaha.
Roundabout at Route de Casablanca |
Ennakhil - Hotel & Spa, Marrakech, a 5 star hotel.
This is Water Museum, Marrakesh, Morocco - the Museum of the Water Civilization in Morocco “Mohammed VI” in Marrakech.
Rond Point de la Palmeraie (Palmeraie Roundabout).
This is Mosquée Aïcha
Salah satu masjid baru kebanggan Marrakech ialah Masjid Aisha (Mosquée Aïcha). Terletak di bangunan tambahan pentadbiran Amrshish, di daerah Boumsmar, masjid ini menonjol dengan seni bina moden dan spesifikasi teknikal yang canggih. Ia adalah pelaburan dari Qatar hasil kerjasama antara wilayah Marrakech-Safi dan Yayasan Amal Qatar Jassim dan Hamad bin Jassim.
Seni bina Masjid Aisha ini menggabungkan estetika dan fungsi, menjadikannya permata sebenar Red City. Direka dengan bahan berkualiti tinggi dan kemasan yang teliti, ia menawarkan ruang yang tenang dan memberi inspirasi kepada para jemaah. Elemen tradisional seni bina Islam disepadukan secara halus, mewujudkan keharmonian yang sempurna antara masa lalu dan masa kini.
Sebagai lambang baharu Marrakech, Masjid Aisha dengan sempurna menggambarkan dinamisme dan keterbukaan bandar itu. Ia melambangkan kesepaduan harmoni antara tradisi dan kemodenan, dan membuktikan komitmen Qatar dalam menyokong projek yang memperkaya warisan budaya dan rohani kawasan rakan mereka.
Passed by Douar Guennoun, a neighborhood in Marrakesh.
Bangunan Prefecture De Police de Marrakech.
Bangunan Wilaya de la Region Marrakech-Safi, Prefecture de Marrakech.
🔴Marrakech ialah bandar keempat terbesar di Maghribi.
🔴Ia adalah salah satu daripada empat bandar empayar Maghribi dan merupakan ibu kota wilayah Marrakesh–Safi.
🔴Bandar ini terletak di sebelah barat kaki bukit Atlas Mountains.
🔴Kota ini diasaskan pada 1070 oleh Emir Abu Bakar ibn Umar sebagai ibu kota dinasti Almoravid.
🔴Almoravids menubuhkan struktur utama pertama di bandar dan membentuk susun aturnya selama berabad-abad yang akan datang.
🔴Tembok merah kota itu, yang dibina oleh Ali ibn Yusuf pada 1122–1123, dan pelbagai bangunan lain yang dibina dalam batu pasir merah selepas itu, telah memberikan kota itu nama jolokan "Kota Merah".
🔴Marrakesh berkembang pesat dan menjadikannya sebagai pusat kebudayaan, keagamaan, dan perdagangan untuk Maghreb.
🔴Selepas tempoh kemerosotan, bandar itu telah diatasi oleh Fez.
🔴Marrakesh mendapat keunggulannya pada awal abad ke-16 yang berkhidmat sebagai ibu kota dinasti Saadian, dengan sultan Abdallah al-Ghalib dan Ahmad al-Mansur menghiasi kota itu dengan istana mewah seperti Istana El Badi (1578) dan memulihkan banyak monumen yang telah musnah.
🔴Bermula pada abad ke-17, bandar ini menjadi popular di kalangan jemaah Sufi kerana tujuh orang alimnya yang dikuburkan di dalam kawasan bandar.
🔴Pada tahun 1912 Protektorat Perancis di Maghribi telah ditubuhkan dan T'hami El Glaoui menjadi Pasha Marrakesh dan memegang jawatan itu hampir di seluruh negeri naungan sehingga peranan itu dibubarkan selepas kemerdekaan Maghribi dan penubuhan semula monarki pada tahun 1956.
🔴Ejaan Inggeris yang biasa ialah "Marrakesh", walaupun "Marrakech" (ejaan Perancis) juga digunakan secara meluas.
🔴Kini dijangkakan terdapat lebih sejuta (2024) penduduk di Marrakech, yang merupakan yang ke 5 paling ramai di Morocco selepas Casablanca, Rabat, Tangier dan Fez.
🔴Kebanyakannya didiami oleh orang Berber, orang asli Maghribi, dan orang Arab. Berber kekal sebagai kumpulan etnik terbesar di seluruh Maghribi dan di Marrakech bahasa utama yang dituturkan ialah bahasa Arab. Bahasa Berber kekal penting dan masih dituturkan di dalam negara.
🔴Selepas ditakluki oleh bangsa Arab, orang Berber telah memeluk Islam. Hari ini, majoriti orang Berber adalah Islam, dengan kebanyakan orang Berber Yahudi atau Kristian telah berhijrah. Masih terdapat orang Berber Yahudi dan Kristian di Maghribi hari ini.
🔴Selama berabad-abad, pengaruh Arab, Berber dan Perancis meninggalkan kesan melalui seni bina, bahasa, masakan dan adat resam.
🔴Lorong-lorong berliku di Medina purba mempamerkan warisan Islam kota itu, daripada madrasah berhias hingga laungan azan yang merdu.
Adakah Maghribi sebuah negara Arab?
🔴Dunia Arab terdiri daripada 22 negara di Timur Tengah dan Afrika Utara: Algeria, Bahrain, Kepulauan Comoros, Djibouti, Mesir, Iraq, Jordan, Kuwait, Lubnan, Libya, Maghribi, Mauritania, Oman, Palestin, Qatar, Arab Saudi, Somalia, Sudan, Syria, Tunisia, Emiriah Arab Bersatu, dan Yaman.
🔴Nama Marrakech dieja "Mṛṛakc" dalam abjad Latin Berber, "Marraquexe" dalam bahasa Portugis dan "Marrakech" dalam bahasa Sepanyol. Sebutan tipikal dalam bahasa Arab Maghribi ialah "merrākesh" dengan tekanan pada suku kata kedua.
🔴Bandar ini adalah salah satu yang paling sibuk di Afrika, dengan Jemaa el-Fnaa menjadi dataran paling sibuk di benua itu, dan berfungsi sebagai pusat ekonomi utama dan destinasi pelancongan.
🔴Pembangunan hartanah dan hotel di Marrakesh telah berkembang secara mendadak pada abad ke-21.
🔴Marrakesh amat popular dengan orang Perancis, dan ramai selebriti Perancis memiliki harta tanah di bandar itu.
🔴Institut Spécialisé de Technologie Appliquée Bab Doukkala Marrakech - Specialized Institute of Applied Technology Bab Doukkala Marrakech.
🔴Marrakesh mempunyai pasar tradisional (souk) terbesar di Maghribi, dengan mempunyai kira-kira 18 souk.
🔴Penghasilan barangan kraf merupakan pekerjaan dengan peratusan terbesar penduduknya, yang terutamanya menjual produk mereka kepada pelancong.
🔴Sudah beroperasi di Maghribi selama lebih daripada 90 tahun, TotalEnergies Marketing Morocco ialah pemain utama dalam keseluruhan pasaran produk petroleum: rangkaian stesen servis, pelanggan industri, pelincir, penerbangan, gas, logistik dan tenaga boleh diperbaharui.
🔴Dari zaman pertengahan hingga sekitar awal abad ke-20, seluruh negara Maghribi dikenali sebagai "Kingdom of Marrakesh", kerana ibu kota bersejarah kerajaan itu selalunya adalah Marrakesh.
🔴Nama untuk Maghribi masih "Marrakesh" sehingga hari ini dalam bahasa Parsi dan Urdu serta dalam banyak Bahasa-bahasa Asia Selatan yang lain.
🔴Pelbagai nama Eropah untuk Maghribi (Marruecos, Marrocos, Maroc, Marokko, dll.) adalah secara langsung berasal daripada nama Murrākush.
🔴Sebaliknya, bandar itu sendiri pada zaman dahulu hanya dipanggil Marocco City (atau yang serupa) oleh pelancong dari luar negara.
🔴Nama bandar dan negara itu terbelah selepas Perjanjian Fez membahagikan Maghribi kepada negeri naungan Perancis dan negeri naungan Sepanyol, dan penggunaannya berlanjutan secara meluas sehingga kira-kira interregnum Mohammed Ben Aarafa (1953–1955).
🔴Apabila Maghribi secara rasmi menjadi المملكة المغربية (al-Mamlaka al-Maġribiyya, " The Maghreb Kingdom "), namanya tidak lagi merujuk kepada kota Marrakesh.
🔴Marrakesh dikenali dengan pelbagai nama samaran, termasuk the "Red City", "Ochre City" dan "the Daughter of the Desert".
🔴Marrakesh mempunyai Ménara International Airport dan Marrakesh railway station, yang menghubungkan bandar ke Casablanca dan utara Maghribi.
🔴Marrakesh mempunyai beberapa universiti dan sekolah, termasuk Cadi Ayyad University.
🔴Beberapa kelab bola sepak Maghribi juga ada di bandar ini, termasuk Najm de Marrakech, KAC Marrakech, Mouloudia de Marrakech dan Chez Ali Club de Marrakech.
🔴Litar Jalan Marrakesh menganjurkan perlumbaan Kejohanan Kereta Jelajah Dunia, Auto GP dan Kejuaraan Formula Dua FIA.
🔴Tembok merah kota itu, yang dibina oleh Ali ibn Yusuf pada 1122–1123, dan pelbagai bangunan lain yang dibina dalam batu pasir merah selepas itu, telah memberikan kota itu nama jolokan "Kota Merah".
🔴Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mula aktif di Marrakesh bermula pada 1970-an, dan kehadiran politik antarabangsa bandar itu kemudiannya telah berkembang.
🔴Pada tahun 1985, UNESCO mengisytiharkan kawasan bandar lama Marrakesh sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, meningkatkan kesedaran antarabangsa tentang warisan budaya bandar itu.
🔴Marrakesh ialah komponen penting dalam ekonomi dan budaya Maghribi. Penambahbaikan pada lebuh raya dari Marrakesh ke Casablanca, Agadir dan lapangan terbang tempatan telah membawa kepada peningkatan dramatik dalam pelancongan di bandar, yang kini menarik lebih dua juta pelancong setiap tahun.
🔴Kerana kepentingan pelancongan kepada ekonomi Maghribi, Raja Mohammed VI berikrar pada 2012 untuk menggandakan jumlah pelancong, menarik 20 juta pelancong setahun ke Maghribi menjelang 2020.
🔴Bandar ini popular dengan orang Perancis, dan ramai selebriti Perancis telah membeli hartanah di bandar ini, termasuk mogul fesyen Yves St Laurent dan Jean-Paul Gaultier.
🔴Bahasa Arab adalah bahasa rasmi Maghribi dengan bahasa Arab klasik yang diajar di sekolah. Penduduk tempatan mengenali bahasa Arab Mesir dari televisyen terutamanya sinetron Mesir yang sangat diminati.
🔴Bahasa Inggeris kini diajar sebagai bahasa asing kedua di banyak sekolah dan ramai warga Maghribi, terutamanya di destinasi pelancongan, boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
🔴Bandar ini dibahagikan kepada "Bandar Lama" dan "Bandar Baru" - bahagian lama adalah tempat pelancongan berkembang maju. Penduduk tempatan memanggilnya "Medina", perkataan Arab untuk pusat-pusat yang terdapat di banyak bandar lama di Afrika Utara.
🔴Maghribi boleh menjadi sangat panas pada musim panas, dengan suhu selalunya melebihi 40°C. Mengelakkan Julai dan Ogos adalah idea yang baik bagi mereka yang tidak selesa dengan cuaca panas. Kalau nak suhu nyaman pergilah masa musim luruh atau musim bunga. Kami ke Morocco pada bulan April which was Spring.
🔴Waktu malam masa musim sejuk di Marrakech boleh menjadi sangat sejuk, kadangkala hingga di bawah 5°C atau bahkan hingga 0°C. Semasa musim sejuk, langit Marrakech selalunya menjadi mendung.
🔴Di Marrakech terdapat pelbagai struktur ikonik, kebanyakannya telah dibina pada milenium yang lalu. Ia termasuk Istana El Badi, dibina pada abad ke-16 oleh sultan Saadian Ahmed al-Mansour menggunakan wang yang diterima daripada Portugis selepas Battle of the Three Kings.
🔴Terdapat juga Madrasa Ben Youssef, sebuah universiti abad ke-14 yang telah dibina semula pada abad ke-16. Ia merupakan paparan seni bina Islam yang mengagumkan yang menjangkau 17,976 kaki persegi dan mengandungi 132 bilik asrama. Sejak tahun 1982, ia telah dijadikan muzium.
🔴Ini bangunan mahkamah Court of First Instance - Tribunal De Première Instance.
🔴Marrakech juga dikenali sebagai bandar mewah kerana istananya yang terkenal, restoran 5 bintang, spa dan hammam mewah serta riad (rumah tradisional) yang menawan di Medina.
🔴Antara lain, terdapat Mamounia Hotel dan taman-tamannya yang mempesonakan, Royal Mansour hammam yang mewah dan masakan mewah Istana Namaskar.
🔴Marrakech terkenal dengan souk, yang merupakan pasar tradisional yang menawarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan. Jangkakan labirin lorong sempit yang dipenuhi dengan kedai yang menjual pelbagai produk seperti rempah ratus, tekstil, seramik, barang kemas dan barangan kulit. Lawatan ke souk ada dalam itinerary kami.
🔴Maghribi mempunyai beberapa bandar yang menakjubkan, seperti Fez, Tangier, dan Rabat, tetapi Marrakesh dikatakan paling memukau pengunjung dengan koleksi monumen bersejarah dan warisan Berber yang istimewa. Adalah mustahil untuk meremehkan betapa pentingnya Marrakech kepada pelancongan Maghribi.
🔴Marrakech juga dikenali sebagai "Rose City", kerana bangunan-bangunannya dibuat secara praktikal dengan tanah liat merah semula jadi yang didapati dari bandar berdekatan. Pada waktu siang, bandar ini mengeluarkan campuran merah jambu salmon yang menakjubkan. Apabila matahari terbenam, rona merah jambu kelihatan menjadi gelap dalam warna dan memberikan suasana yang romantis.
🔴Mengikut undang-undang, semua bangunan di Marrakech mestilah berwarna merah. Bandar ini dibina menggunakan tanah liat merah dan semua bangunan asal dibuat daripadanya.
🔴Bola sepak adalah sukan paling popular di Maghribi. Ia merupakan negara Afrika pertama yang mara ke pusingan kedua Piala Dunia.
🔴Dalam budaya Maghribi, pakaian berwarna putih dipakai dan bukannya hitam semasa tempoh berkabung. Ini berasal dari budaya dan tradisi Andalusia yang saling berkaitan dengan budaya Maghribi. Seorang balu Maghribi akan memakai pakaian putih selama 40 hari selepas kematian suaminya.
🔴Adalah menjadi kebiasaan Ahl Al-Andalus untuk memakai pakaian putih semasa ada kematian dan ketika tempoh berkabung dan bukannya hitam. Tradisi ini bermula pada era Emirate of Córdoba, yang diasaskan oleh Abd ar-Rahman ibn Mu'awiyah yang tergolong dalam Bani Ummayah.
🔴Kerana pesaingnya, dinasti Abbasiyah, telah menggunakan warna hitam sebagai warna mereka, maka Bani Ummayad Al-Andalus mula memakai warna putih.
🔴Oleh itu, warna putih menjadi sebahagian daripada budaya Andalusia. Ini juga tercermin dalam pakaian lelaki dan wanita Maghribi. Sebagai contoh, wanita memakai white hayk dan lelaki Jellaba putih.
🔴A cargo tricycle truck or Bajaj Tuk Tuk.
🔴Bajaj Tuk Tuk ialah kenderaan bermotor beroda tiga yang disesuaikan untuk perjalanan bandar dan jarak dekat, digunakan secara meluas untuk pengangkutan awam, perkhidmatan penghantaran dan pengangkutan persendirian di pelbagai negara, termasuk Maghribi.
🔴Di Maghribi, 3 pengendali berkongsi pasaran telekomunikasi 2G-4G: Maroc Telecom (42.9%), Orange Maroc (33.2%) dan Inwi (23.9%).
🔴Jumlah pendapatan ketiga-tiga syarikat ini mewakili lebih daripada 75% daripada jumlah hasil industri.
🔴Kami pun turun dari bas untuk membuat lawatan pertama kami pada hari itu which was the Planète des épices, a consignment shop in Marrakesh.
🔴Pada saya walau pun ketika itu kami sekadar cuma berjalan kaki hendak menuju ke tempat lawatan/kedai, tapi saya suka anggap ianya seperti membuat walking tour 😃.
🔴Semasa berjalan kaki saya dapat menyaksikan aktiviti harian penduduk dengan lebih dekat dan intim manakala jalan-jalan sebegitu memudahkan dalam merakam imej yang lebih jelas berbanding melakukannya dari dalam bas yang bergerak.
Ok, saya kongsi lagi beberapa fun facts about Marrakech/Morocco yang saya jumpa di internet.
🔴Maghribi ialah pemproses dan pengeksport ikan sardin terbesar di dunia. Ikan itu ada banyak di luar pantai Atlantik Maghribi.
🔴Kayu thuya coklat kemerahan yang indah di Maghribi hanya boleh ditemui di kaki bukit Pergunungan Atlas.
🔴Ia adalah kayu mewah yang telah digunakan untuk membuat dashboards mewah oleh Rolls Royce, Mercedes dan BMW.
🔴Minuman paling popular di Maghribi ialah teh hijau dengan pudina dan gula.
🔴Di seluruh negara itu, pembuatan teh dianggap sebagai satu bentuk kesenian dan paling baik dihidangkan bersama keluarga dan rakan-rakan.
🔴In Morocco, the liver is regarded as the emblem of love rather than the heart.
🔴In stark contrast to the Western cultural belief that the heart (love) or brain are the sources of emotional and mental activity, the liver is the hub of emotional and mental activity.
🔴Specifically in Greek mythology, the liver is thought to be the seat of passion, emotion, rage, and fury.
🔴It's unclear why liver is associated with love in Moroccan tradition. A healthy liver is a sign of well-being, thus it could be connected to emotions of love and caring. This is one theory.
🔴What is the heart of Morocco? Casablanca the Moroccan Heart.
🔴Known as Casa, it's the home of 5.5 million people.
🔴The biggest city in Morocco lives of its history, trade and tourism.
🔴Ketika ini kami sedang berjalan di Rue Fatima Zahra.
🔴Seorang tukang kayu sedang bekerja di depan kedai. Kelihatan wall panel or partition with Islamic geometric design yang cantik.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment