Assalamualaikum.
Ini pemandangan dari tingkap bilik hotel kami di ibis Marrakech Palmeraie, hotel penginapan kami selama di Maghribi.
Pada hari itu, waktu masuk solat Subuh adalah pada pukul 5.15 pagi dan Syuruk pada pukul 6.45 pagi.
Keindahan pemandangan matahari terbit di Marrakech. Bila check foto ini dalam camera, ada pula bintik-bintik hitam. Ingatkan habuk pada tingkap, tapi bila zoom-in those were hot air balloons.
Kami tak tahu pun di Marrakech ini ada hot air balloon ride. Bila zoom-in, ada banyak rupanya.
Cantik pulak silhouette belon-belon udara dengan backdrop cahaya matahari terbit. Saya baca belon udara panas di Marrakkech ini menawarkan pengalaman belon udara panas yang tulen dan eksotik dengan pemandangan perkampungan berberi yang menakjubkan, oasis padang pasir, lembah-lembah dalam dan hadapan pergunungan High Atlas.
Sarapan tipikal orang Marrakech ringkas sahaja iaitu yogurt, pastri, telur rebus, jus oren, jem, keju tempatan dan roti tempatan. Fyi, roti bulat tu pada saya adalah sangat sedap. Seriously.
Lepas sarapan, naik semula ke bilik dan pack beg untuk terus check-out. Pagi itu kami akan meninggalkan Marrakech untuk menuju ke Fes dengan persinggahan untuk makan tengahari di Rabat sebelum menuju ke Fes.
Tarik beg bawa turun ke lobi, serahkan kunci dan menunggu di ruang tamu/lobi hotel yang cantik ini.
Beautiful authentic Morrocan arches with exquisite blue tiles on the wall and floor.
🔵Salah satu warna yang paling dikenali yang digunakan dalam perabot dan hiasan Maghribi ialah biru, sering dirujuk sebagai "Moroccan blue" seperti warna Laut Mediterranean yang melambangkan kerohanian dan perlindungan terhadap kejahatan. Ia biasanya ditemui dalam perabot kayu yang dilukis tangan, jubin berhias, dan tekstil yang unik.
🔵Warna-warna pekat seperti merah tua, biru dan kuning adalah lazim dalam reka bentuk Maghribi. Warna-warna ini sering digunakan dalam kerja jubin, tekstil dan butiran seni bina.
🔵Maghribi mempunyai landskap budaya yang pelbagai, dengan warisan Berber yang kaya. Orang Berber, juga dikenali sebagai Amazigh, mempunyai tradisi lama yang sering menggunakan warna biru pada pakaian mereka. Hubungan kepada warna biru ini adalah aspek penting dalam identiti budaya mereka dan cara menghormati tradisi nenek moyang mereka.
Moroccan blue ini sangat cantik. Warna biru istimewa ini dipanggil Majorelle Blue.
Pada tahun 1924, artis Perancis Jacques Majorelle membina karya seni terbesarnya, Taman Majorelle di Marrakech, Maghribi, dan mengecat dinding taman, air pancut dan vila dengan warna biru yang sangat pekat, yang mana dia trademarked sebagai Majorelle Blue.
Ruang tamu ini turut dihiasi dengan lukisan-lukisan potret wanita Berber.
🔴Berber, juga dipanggil Amazigh atau Imazighen, ialah kumpulan pelbagai etnik berbeza yang berasal dari Afrika Utara yang mendahului kedatangan orang Arab dalam penghijrahan Arab ke Maghribi.
🔴Berber adalah orang asal Afrika Utara yang kebanyakannya mendiami Maghribi tetapi juga boleh ditemui di Algeria, Tunisia, Kepulauan Canary, Libya dan Mesir.
🔴Orang Berber adalah Muslim Sunni, dan kumpulan puak tempatan mereka sering diketuai oleh pemimpin agama ikut keturunan.
🔴Struktur sosial tradisional orang Berber adalah berpuak (tribal). Pada Zaman Pertengahan, ramai wanita Berber mempunyai kuasa untuk memerintah, seperti Dihya dan Tazoughert Fatma di Pergunungan Aurès, Tin Hinan di Hoggar, Chemci di Aït Iraten, Fatma Tazoughert di Aurès. Lalla Fatma N'Soumer ialah seorang wanita Berber di Kabylie yang berperang menentang Perancis.
🔴Dalam perkahwinan, lelaki Berber biasanya yang memilih bakal isteri, dan bergantung kepada suku kaum, keluarga sering membuat keputusan. Sebaliknya, dalam budaya Tuareg, wanita yang memilih bakal suaminya. Upacara perkahwinan adalah berbeza bagi setiap suku. Keluarga adalah sama ada patriarki atau matriarki, mengikut suku kaum.
🔴Amnya, wanita Berber menjaga keluarga dan pakar membuat kraftangan untuk kegunaan peribadi mereka dan untuk dijual di souq di kawasan mereka.
🔴Wanita Berber adalah artis dalam budaya Berber. Wanita Berber mengekspresikan seni dalam tenunan permaidani, membuat tekstil, tatu badan, dan hiasan muka, tangan dan kaki. Amalan wanita Berber ini telah dijalankan selama beribu tahun. Adalah diketahui bahawa keujudan ekspresi visual itu jauh mendahului sebarang bentuk rekod bertulis.
Hotel ibis Marrakech Palmeraie.
Hotel ibis Marrakech Palmeraie ini terletak di Avenue Abdelkrim Khattabi, Rte de Casablanca (Casablanca Road), Marrakesh, Morocco.
Moon over Marrakech.
🔴Negara-negara Islam bergantung kepada pelbagai kaedah untuk menentukan hari pertama bulan suci Ramadan dan sambutan dua hari raya. Paling ketara, mereka merujuk kepada sabda Nabi Muhammad SAW, “Berpuasalah kamu apabila melihatnya (anak bulan Ramadhan) dan berbukalah (berhentilah puasa) juga apabila melihatnya (anak bulan Syawal)."
🔴Sehubungan itu, sesetengah negara seperti Maghribi mengasaskan kalendar mereka dengan sebenarnya melihat anak bulan dengan mata kasar. Lain-lain negara, seperti Brunei dan Oman menggunakan teleskop untuk pemerhatian bulan. Negara-negara seperti Turki dan Tunisia bergantung terutamanya pada pengiraan astronomi.
🔴Kumpulan ketiga, termasuk Malaysia dan Indonesia, menggunakan kedua-dua penglihatan dan pengiraan seiring. Sementara itu, majoriti negara lain mengikuti perisytiharan rasmi melihat anak bulan dari Arab Saudi.
🔴Melalui amalan bertahun-tahun, Maghribi telah mengasah metodologi yang boleh dipercayai untuk memerhati dan mengesahkan penampakan bulan, memperoleh kemasyhuran global untuk ketepatannya. Kerajaan Maghribi menggunakan rangkaian jawatankuasa khusus dan menyemak silang penampakan visual terhadap pengiraan astronomi untuk tidak meninggalkan sebarang ralat.
🔴Pendekatan Maghribi bergantung pada dua kaedah utama untuk melihat anak bulan.
🔺Proses melihat anak bulan di Maghribi secara aktif melibatkan ulama, ahli astronomi dan unit angkatan tentera dalam usaha yang diselaraskan. Pada hari ke-28 setiap bulan lunar, Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam mengeluarkan arahan untuk memantau pada hari ke-29.
🔺Kementerian itu menghubungi 270 pusat pemerhatian rasmi di seluruh negara, meminta pakar undang-undang Islam yang ditetapkan, hakim dan pegawai kementerian untuk mengenal pasti anak bulan secara visual.
Ada group member distribute buah kurma Marghribi.
Di Maghribi, pokok kurma ditanam di tiga kawasan oasis besar yang terletak di lereng selatan pergunungan Atlas: Lembah Drâa, Tafilalet dan lembah Ziz, dan wilayah Tata-Bani, merangkumi hampir 90% daripada ladang kurma negara yang meliputi lebih daripada 59,000 ha dengan 453 variasi.
Pada pukul 8.30 pagi, kami berangkat dari Marrakech ke Rabat dalam perjalanan sejauh 325 km. Encik Hatta, tour leader kami kata, persinggahan singkat akan dibuat di Airport Casablanca kerana salah seorang group members kami yang telah kehilangan bagasinya semasa tiba di Airport Casablanca tempoh hari, telah dimaklumkan yang bagasi tersebut telah berada di Airport Casablanca. Bandar Casablanca terletak dalam perjalanan kami dari Marrakech ke Rabat.
Ketika ini kami sedang pass by Ouahat Sidi Brahim, a town in Morocco.
Di Ouahat Sidi Brahim ini pengunjung boleh menyertai aktiviti-aktiviti pengembaraan Quad Bike (dune buggy) di Palm Grove dan menunggang unta.
Ouahat Sidi Brahim (Arabic: واحة سيدي ابراهيم) is a town and rural commune in Marrakesh Prefecture of the Marrakesh-Safi region of Morocco. At the time of the 2014 census, the commune had a total population of 25,320 people.
Ouhat Sidi Brahim is located north of Marrakesh, on the right bank of Tensift River, at the foot of the Jbilet massif.
Wikipedia
Bouderka sarl exclusive dealer of Volkswagen, Audi, Porsche, Škoda.
Antara souvenir popular dari Marrakech adalah periuk tagine tradisional dan tembikar hiasan.
Ini Cooperative Oueld Aadou - Manufacture and marketing of traditional industry products.
🔴Di Marrakech sebuah 'Cooperative' atau Koperasi ialah perusahaan sosial yang dimiliki dan dikendalikan oleh anggotanya. Sama ada ahli tersebut adalah pekerja, pelanggan atau komuniti setempat, mereka berkongsi keuntungan dan mempunyai hak yang sama dalam cara perniagaan dijalankan.
🔴Koperasi selalunya membolehkan individu yang kurang bernasib baik untuk bersaing secara kolektif dalam pasaran melalui pembuatan keputusan demokratik dan perjanjian pemilikan bersama.
🔴Model koperasi di Maghribi telah disokong oleh pembiayaan penderma dan dalam sektor minyak argan, telah merangsang pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar.
Pagi itu kami menuju ke Rabat dengan persinggahan di Casablanca.
Perjalanan kami ke Casablanca menggunakan lebuh raya A301 dan A3 atau Casablanca–Agadir expressway. Dari Casablanca kami melalui lebuh raya A101 untuk ke Rabat.
Toll Marrakech - Palmeraie.
Ada solar panel di toll ini.
🔴Maghribi telah melancarkan salah satu pelan tenaga solar terbesar dan paling bercita-cita tinggi di dunia dengan pelaburan sebanyak USD 9 bilion. 'Moroccan Solar Plan' dianggap sebagai mercu tanda dalam laluan negara itu ke arah bekalan tenaga yang selamat dan mampan yang bersih, hijau dan berpatutan.
🔴Projek mega ini melibatkan lima lokasi - Laayoune (Sahara), Boujdour (Sahara Barat), Tarfaya (selatan Agadir), Ain Beni Mathar (tengah) dan Ouarzazate - dengan mekanisme moden tenaga suria terma, fotovoltaik dan concentrated solar power.
🔴Noor Ouarzazate Solar Complex di Maghribi adalah loji 'Concentrated Solar Power' terbesar di Dunia.
🔴Dibina di atas kawasan seluas lebih 3,000 hektar - seluas 3,500 padang bola sepak - kompleks Noor-Ouarzazate, menghasilkan tenaga elektrik yang mencukupi untuk sebuah bandar sebesar Prague, atau dua kali saiz Marrakesh.
Masa bercuti, saya suka ketika dalam perjalanan dari bandar ke bandar melalui lebuh raya kerana inilah peluang untuk melihat keindahan landskap muka bumi negara yang dilawati. Tidak seperti landskap bandar, pemandangan ketika di highway adalah luas dengan pelbagai jenis dataran dari kawasan pertanian hinggalah ke kawasan pergunungan.
Baik, saya kongsi di sini pemandangan-pemandangan muka bumi Maghribi yang sempat kami rakam ketika melalui Casablanca–Agadir expressway ini.
🔴Apakah haiwan yang diternak di Maghribi? Terutamanya biri-biri, kambing, lembu dan ayam.
🔴Pertanian, dan khususnya 'penternakan haiwan', adalah salah satu tonggak ekonomi yang paling penting di Maghribi.
🔴Pada tahun 2021, ayam menjadi ternakan utama di Maghribi dengan jumlah sekitar 217 juta ekor ayam. Diikuti dengan biri-biri, berjumlah hampir 22 juta ekor. Sebaliknya, unta dan babi merupakan bilangan ternakan terkecil di Maghribi.
🔴Populasi biri-biri Maghribi terdiri daripada beberapa baka. Baka yang paling penting ialah D'man, Timahdite, Béni Guil, Sardi, Béni Ahsen dan Boujaâd.
🔴Di Morocco, biri-biri dan kambing diternak terutamanya untuk pengeluaran daging. Pengeluar biri-biri menggunakan kepelbagaian genetik yang wujud dalam stok biri-biri dan kambing mereka dan mewujudkan penyesuaian untuk menghadapi ketersediaan bermusim padang rumput gunung dan keperluan untuk mempelbagaikan aktiviti mereka sendiri.
🔴Pada 2023, harga biri-biri dan kambing meningkat tinggi.
🔺Sebab utama di sebalik kenaikan harga itu adalah peningkatan kos baja dan makanan haiwan, didorong oleh konflik di Ukraine, yang mengeksport lebih satu pertiga daripada gandum dunia.
🔺Kemarau yang tidak pernah berlaku sebelum ini juga telah mengancam pengeluaran bijirin Maghribi sendiri, memburukkan keadaan pasaran.
🔺Disebabkan masalah harga tingi dan kemarau, ramai rakyat Maghribi berharap istana Maghribi akan membatalkan Aidil Adha tahun itu.
🔺Membatalkan sambutan Hari Raya ini telah menjadi tradisi di Maghribi setelah ia dimulakan oleh mendiang King Hassan II pada 1996 untuk tujuan melegakan rakyat daripada perbelanjaan Hari Raya semasa kesusahan ekonomi.
🔴Ternampak juga banyak solar panel di ladang-ladang seperti dalam foto di bawah yang digunakan oleh petani Maghribi menggerakkan sistem pam pertanian mereka.
🔴Cara ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kos operasi untuk petani dalam jangka masa panjang, dengan menggantikan sistem pengepaman gas butana dengan sistem solar.
🔴Maghribi sentiasa menjadi tanah pengeluaran zaitun. Selama ribuan tahun, pokok zaitun telah salah satu elemen penting dalam budaya, masakan, tabiat, irama dan musim negara Maghribi dan semangat untuk pengeluaran minyak zaitun telah diwarisi dari generasi ke generasi.
🔴Para arkeologi telah menjumpai kesan pertama kilang minyak zaitun purba di Maghribi yang bermula selepas pemerintahan Juba II (25 SM – 23 AD) pada Abad ke-2 dan ke-3 Masihi semasa kemuncak Tamadun Rom di Mauretania Tingitane.
🔴Penanaman pokok zaitun meliputi sebahagian besar Maghribi, terutamanya di Meknes, Marrakech, Beni Mellal, Fes, Ouazzane Casablanca, Taourirt, Khemisset, dan Agadir.
🔴Minyak zaitun Maghribi dan terutamanya minyak zaitun extra virgin Maghribi telah memenangi pelbagai anugerah berprestij dalam pertandingan kualiti antarabangsa.
🔴Musim pengeluaran minyak zaitun di Maghribi berlaku pada bulan Oktober, November dan Disember.
🔴Musim optimum untuk menuai buah zaitun di Maghribi ialah November hingga akhir Disember tetapi boleh berlanjutan hingga pertengahan Februari. Kualiti optimum biasanya dicapai apabila semua warna-warna buah zaitun dapat dilihat pada pokok zaitun.
🔴Walaupun penuaian adalah secara manual, pengilangan adalah 100% mekanikal dan dilakukan dalam masa 6 jam untuk memastikan extra virgin olive oil, diperoleh daripada penekanan pertama buah zaitun.
🔴Minyak zaitun sering dihidangkan bersendirian dalam hidangan sebagai saus yang lazat untuk roti. Persatuan Maghribi dengan minyak zaitun kembali ke zaman Rom purba. Bandar Volubilis berhampiran Meknes zaman moden terkenal dengan pengeluaran zaitunnya.
🔴Minyak zaitun adalah ramuan utama dalam masakan Maghribi. Orang Maghribi menggunakan rasa lembut minyak zaitun dan lemak sihatnya untuk hampir setiap hidangan, daripada beet salad dan rebusan lentil berempah kepada ikan panggang, kambing yang dimasak perlahan dan tagine ayam.
🔴Minyak zaitun Maghribi bukan sekadar hidangan atau ramuan dalam masakan, ia juga mempunyai manfaat pada kesihatan. Kaya dengan polifenol, antioksidan yang melawan keradangan dan tekanan oksidatif, minyak zaitun Maghribi menawarkan perlindungan daripada penyakit kronik. Tambahan pula, ia mengandungi oleocanthal, sebatian semula jadi yang terkenal dengan sifat anti-radangnya, yang boleh membantu mengurangkan gejala pelbagai penyakit.
Ketika ini kami melalui Settat Province.
🔴Settat City adalah ibu kota Wilayah Settat dan merupakan bandar terbesar di wilayah itu dari segi saiz dan populasi. Mercu tanda bersejarah Settat City termasuk Kasbah Ismailiya (kubu tua atau citadel yang dibina untuk pertahanan kota) yang sangat tua.
🔴Dengan membina Kasbah di tapak berbukit Settat, pemerintah Maghribi abad ke-18 Moulay Ismail telah mencetuskan proses urbanisasi. Kasbah itu memberikan ketenteraman dan keselamatan bagi pengembara dan penduduk. Moulay Ismail memformalkan status Settat sebagai ibu kota wilayah ini.
🔴Settat menjadi pusat pentadbiran pada awal abad ke-18, kerana kedudukannya yang strategik sebagai laluan yang tidak dapat dielakkan antara Utara dan Selatan.Ia juga makmur pada abad ke-18 dan ke-19 sebagai pusat perdagangan penting untuk produk pertanian, menarik minat usahawan.
Dengan backdrop langit biru yang begitu indah, pemandangan gurun ini kelihatan sangat mempesonakan.
Di rest area ini ada toilet (kena bawa air botol sebab tak ada paip dalam cubicle), kafe dan kedai runcit dan surau. Tandasnya adalah bersih dan masuk adalah percuma.
Ini bukan macam RnR kita, jadi tandas ada di dalam bangunan kafe ini, di bahagian belakang.
Kedai runcit. Ada bahagian, antaranya, souvenirs, tobacco, take away, cold drinks and ice creams.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment