Friday, August 2, 2024

MOROCCO-SPAIN-PORTUGAL - MOROCCO - MARRAKECH - RESTAURANT PALAIS CHAHRAMANE & CHECK-IN IBIS MARAKECH

Assalamualaikum.
Seterusnya dari Casablanca kami ke Marrakech pula yang perjalanannya ambil masa hampir 3 jam sejauh 243 km. Keletihan kerana telah berjalan sepanjang hari, duduk je dalam bas, tak lama selepas itu kami terus lena sehinggalah dikejut Mohsein (local tour guide) bila sampai di Marrakech.








Suasana Marrakech.






Kelihatan seperti ada pasar malam di hujung sana.

Meriah jalan raya ini. Nama jalan ini adalah 'Passage Prince Moulay Rachid'. 
Passage ini adalah salah satu jalan paling popular di Marrakech Medina. 
πŸ”΄Ia menghubungkan dataran utama ke selatan Medina termasuk Istana El Badi dan Makam Saadian dan merupakan laluan penting bagi mereka yang menerokai Marrakech dengan berjalan kaki pada waktu siang atau malam.
πŸ”΄Pada waktu malam, seperti dalam foto di bawah, jalan itu menjadi hidup dengan penduduk tempatan dan pelancong berpusu-pusu ke Dataran Jemaa el Fnaa utama. 
πŸ”΄Walaupun Passage Prince Moulay Rachid lebih kerap berfungsi sebagai laluan dan bukannya sebagai destinasi tersendiri, ia masih merupakan tambahan menarik kepada sejarah budaya Marrakech yang sentiasa berkembang.

Suasana Marrakech di malam hari. Masa itu sudah pun hampir jam 12 tengah malam. Ini ketika kami passed by dataran Kutubiyya Mosque atau Koutoubia Mosque. Even sudah midnight masih kelihatan ramai kerana kata Mohsein masa itu adalah musim cuti sekolah di Morocco.

Minaret of the Koutoubia Mosque.

Juga kelihatan the 'Walls of Marrakesh' yang dibina sebagai benteng pertahanan yang merangkumi daerah medina bersejarah Marrakesh pada abad ke-12 oleh dinasti Almoravid yang mengasaskan bandar Marrakech pada 1070 CE sebagai ibu kota baharu mereka.

Ketika itu suasana jalan raya juga kelihatan sibuk.

Salah satu tarikan pelancong di Marrakech ini ialah bersiar-siar dengan kereta kuda.

Kami turun dari bas dan berjalan kaki ke restoran. Yes indeed, dinner at midnight... hihi πŸ˜„. Sejuk masa ini, lebih kurang 14℃.
Sometimes I wonder if the travel agent was charged extra for the restaurant to remain open and hold our reservation till midnight and served the meals so late incurring extra costs for having the restaurant staff to stay back so late. Atau mungkin pihak restoran sudah tahu atau sudah biasa dengan kebarangkalian kelewatan groups yang travel seperti kami ini dan sudah ada standard charges for different situations. 


Malam itu kami makan di Restaurant Palais Chahramane serving Moroccan cuisines.

Dari luar nampak biasa, tapi di dalamnya hebat. 

Jom kita masuk.

Ooo... Aaaah... kami berdua... hihi πŸ˜„. Lorong nak masuk ke ruang makan je dah cantik macam ni πŸ˜ƒ.





Opulent and palatial!


Ada pemuzik.

Sementara menunggu makanan tiba, apa lagi.... saya explore la restoran ni dan ambil gambar πŸ˜„.








Hidangan sudah sampai, jom makan.


The main dish was Moroccan chicken tagine. Memanglah kami berharap masa di Morocco ini kami dapat makan tagine sebab selalu tengok dalam TV. Alhamdulillah dapat juga. Jadi, sedap ke? Absolutely! Tapi saya tak makan olives tu sebab pahit... hahaha πŸ˜†.

Dan di sini hidangan mesti ada roti. Kenapa la roti mereka ni sedap sangat. Makan begitu saja pun sudah sedap. Cecah pulak dengan kuah tagine tu, lagi la sedap. The rest of the dishes complements the tagine very well as well. 

I love the cookies πŸ˜„.



Menjamu selera, di tengah malam, di Marrakech πŸ˜„.



Selesai makan kami pun balik ke bus dan menuju ke hotel. 


Bergambar sekejap di sofa cantik ini.

Across the road ada Medina Mall Marrakech.

Berjalan ke bas.


Koutoubia Mosque.

Walls of Marrakesh.


Berhenti sekejap di money changer. Nak senang tukar, siap-siaplah tukar MYR kita ke Euro di Malaysia. Di Morocco guna Euro tu to buy their Dirham. 

Royal Theatre, Marrakech.

Gare de Marrakech - Marrakech train station.

Ensemble Artisanal Craft Complex.




Di Marrakech ada banyak taman-taman kecil hijau begini.

CIH Bank S.A. (CrΓ©dit immobilier et hΓ΄telier) is a Moroccan bank. It is part of the Caisse de dΓ©pΓ΄t et de gestion (CDG) group, concentrating especially in the real estate and tourism sectors. It also provides retail banking services.


Shell Marrakech.




Tiba di hotel.

Kami menginap di Hotel Ibis Marrakech.





Tour Leader (Encik Hatta) dan Tour Guide (Mohsein) membuat pendaftaran bilik.


The room. Kami menginap di sini selama 2 malam.





Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment