Assalamualaikum.
Di dataran Jemaa el-Fna ini juga kami nampak ada kenderaan tuk tuk. Kelihatannya ada beberapa pemandu kenderaan tuk tuk sedang menunggu pelanggan.
Memandangkan kami ada lebih kurang sejam lagi sebelum berkumpul dengan group untuk ke tempat lawatan seterusnya, maka kami pun decided untuk buat tuk tuk tour.
🔴Personally, saya memang suka tuk tuk tour sebab ianya cepat dan selalunya dapat cover beberapa tempat menarik dalam masa yang singkat. Kiranya boleh manoeuvre around the traffic jam dengan licik lah 😄.
🔴Juga, biasanya pemandu tuk tuk akan berhenti di tempat-tempat lawatan dan beri kita peluang untuk jalan-jalan and dia akan tunggu sehingga kita selesai.
🔴Sebelum ini kami pernah buat tuk tuk tours semasa bercuti di Bangkok, Thailand dan di Colombo, Sri Lanka. Kedua-dua tours ini memanglah sangat memorable buat kami berdua.
Masa mula-mula sampai ke kota Marrakech ini, memang kami ada nampak banyak kereta-kereta kuda ini. Tapi tak perasan pula ada juga tuk tuk. Memang kami tak sangka la.
🔴Pemandu tuk tuk ini tidak begitu pandai berbahasa Inggeris. Tapi pastinya dia tahu beberapa perkataan lazim dan boleh berkomunikasi tentang menyewa tuk tuk untuk touring dengan pelancong.
🔴Jadi kami pun dengan seringkas mungkin memberitahu yang kami nak tour, tour cuma untuk kurang sejam, mahukan tour itu berakhir di dataran ini (balik semula ke dataran) dan berbincang dan bersetuju berapa caj untuk tuk tuk tour ini.
🔴Pemandu tuk tuk mencadangkan kami mengelilingi Marrakech New City kerana agaknya since kami ketika itu berada dalam kawasan old city, dia hendak bawa kami ke kawasan Marrakech yang moden pula.
🔴Memandangkan kami sudah pun jalan-jalan melihat sebahagian suasana medina, jadi kami bersetuju dengan cadangan itu. Bagus juga kami melihat kawasan Marrakech yang moden.
🔴Lebih tepat lagi, kami masa tuk tuk tour Marrakech ini, dibawa melalui 2 districts iaitu La Medina dan Hivernage.
🔴Masa buat sedikit research tentang tuk tuk di Marrakech ini, ada saya terjumpa fakta yang mengatakan tuk tuk tour ini hanya boleh dibuat di dalam kawasan medina (old city) sahaja. Tapi kami dapat pula peluang touring di new city.
🔴Mungkin di antara waktu fakta itu (hanya boleh pusing dalam medina) ditulis dan waktu kami touring ini, telah ada perubahan di mana kawasan operasi tuk tuk tour ini telah diperluaskan termasuk kawasan new city juga.
🔴Tuk tuk adalah satu bentuk pengangkutan yang agak baru di kota Marrakech dan bukan kenderaan tradisional di Maghribi seperti di Asia. 5 tahun yang lalu, pengangkutan seperti ini sangat tidak diketahui di Marrakesh. Mungkin kerana ketika itu jumlahnya sangat sedikit.
🔴Walaupun saiznya lebih besar daripada motosikal dan boleh membawa antara 3 hingga 4 orang penumpang, tuk tuk boleh menuju hampir ke semua tempat dengan mudah di dalam kawasan medina yang banyak lorong-lorong sempit.
🔴Pemandu tuk tuk adalah semuanya lelaki yang mempunyai beberapa bentuk kecacatan dan mobiliti terhad yang tidak membenarkan mereka memandu kereta.
🔴Tuk tuk adalah dikawal dengan stereng tangan jadi ianya sesuai untuk diguna oleh pemandu-pemandu tersebut. Tuk-tuk, satu inisiatif yang agak baru, membantu mewujudkan pekerjaan untuk lelaki kurang upaya berjalan.
🔴Beberapa pertubuhan amal seperti Henna Café telah menyumbangkan tuk tuk kepada orang Maghribi yang cacat untuk membolehkan mereka mempunyai pekerjaan.
🔴Perbandaran Marrakech hanya memberikan lesen tuk tuk kepada orang kurang upaya yang boleh memandu tuk-tuk.
🔴Di Marrakech, perkhidmatan teksi adalah serupa dengan banyak tempat lain.
🔴Pemandunya adalah lelaki sahaja yang kebanyakannya memandu untuk orang lain yang memegang lesen untuk teksi. Kerja memandu teksi ini "diturunkan" dari satu generasi ke generasi seterusnya.
🔴Pada waktu malam, tambang teksi adalah lebih tinggi. Ini bukan penipuan/scam, ia adalah peraturan/regulation.
🔴Semua teksi berwarna sama, berdasarkan bandar yang dikunjungi. Marrakech mempunyai teksi kuning, merah di Fes, biru terang di Meknes, merah jambu di Kelaat M’gouna dan sebagainya
Kami perhatikan di kota Marrakech ini ada begitu banyak motorsikal. Kenapa?
🔴Jalan-jalan di medina (old city), di mana kebanyakan orang Marrakech tinggal, adalah sempit dan sesak. Oleh itu motorsikal sesuai digunakan.
🔴Tambahan pula kebanyakan rumah di situ adalah kecil dan tidak mempunyai garaj atau tempat untuk meletakkan kenderaan apabila tidak digunakan. Motosikal tidak memerlukan banyak ruang seperti kereta itu, jadi ia adalah pilihan yang lebih disukai.
🔴Oleh kerana Marrakech dicirikan oleh kawasan geografinya yang rata, orang ramai tidak mengalami kesukaran untuk bergerak di bandar menggunakan motosikal. Marrakech tidak mempunyai jalan curam untuk memperlahankan pergerakkan motosikal di sana.
🔴Justeru, paras permukaan bandar banyak membantu orang ramai untuk bergerak lancar tanpa perlu meningkatkan kelajuan motosikal mereka dan ini menjimatkan kos penggunaan petrol.
🔴Untuk lebih berjimat cermat, motosikal adalah lebih murah untuk dibeli, kos bahan api dan kos pembaikan adalah kurang mahal berbanding dengan kereta. Maka ianya sesuai untuk ramai pengguna seperti pelajar, peniaga jalanan dan pengedar barangan.
🔴Selain menjimatkan wang, motosikal juga menjimatkan masa. Dalam traffic jam, boleh mencelah-celah.
🔴Selain itu, sesetengah penunggang motosikal juga menggunakan laluan pejalan kaki sekiranya jalan raya terlalu sesak dan tersumbat.
🔴Motosikal juga dipilih untuk membebaskan diri daripada insiden kemarahan jalan raya (road rage) yang kadangkala berlaku semasa kesesakan lalu lintas.
Ini satu lagi transportation mode yang popular di kota ini dan di Maghribi amnya, the three wheel motorcycle truck.
Eh,.. ada iklan Loto pulak!!
الجائزة الكبرى أكثر من 600 مليون - The jackpot is more than 600 million.
🔴Loto Morocco - Loto ialah permainan loteri yang dianjurkan dan tersedia untuk dimainkan di Maghribi. Bermain loteri Loto memerlukan untuk memilih 6 nombor antara 1 dan 49.
🔴Ya, perjudian adalah sah (legal) di Maghribi, menjadikannya salah satu daripada beberapa negara di dunia Arab di mana perjudian dibenarkan.
🔴Kerajaan Maghribi mengawal perjudian melalui Kementerian Dalam Negeri dan Direktorat Keselamatan Negara. Umur perjudian yang sah di Maghribi ialah 18 tahun.
🔴Dari segi geografi, Afrika Selatan dan Maghribi mendominasi pasaran pelancongan kasino di rantau ini, menyumbang bahagian pasaran terbesar disebabkan industri kasino mereka yang mantap dan persekitaran kawal selia yang menggalakkan - July 2024.
Ketika ini kami sampai di Parque Kutubía atau Koutoubia Park.
Pemandu tuk tuk kami terus membawa kami ke Koutoubia Mosque. Walaupun kami sudah pun melawat masjid itu (lihat dari luar) earlier, kami ok je sebab lawatan dengan tuk tuk kali ini ke masjid itu adalah melalui Parque Kutubia ini.
Kalau tengok maps, di sekitar Masjid Koutoubia ini ada beberapa taman awam iaitu Parque Kutubia, Jardin Elkoutoubia dan Parc Lalla Hasna.
Taman-taman itu terbentang di seluas lebih dua hektar dan menyediakan "ruang hijau" yang mendamaikan dengan pelbagai pokok-pokok besar, pokok-pokok bunga seperti mawar yang dijaga rapi, laluan pejalan kaki simetri sempurna dan banyak bangku berteduh; menjadikannya tempat berehat kegemaran ramai penduduk Marrakech tempatan.
Masuk ke taman ini adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai pada setiap masa, juga ketika waktu petang dan malam apabila taman dan masjid "diubah suai" menggunakan pencahayaan yang cantik.
Selain taman itu sendiri, Taman Koutoubia juga menampilkan beberapa kemudahan lain, termasuk taman permainan, kafe dan gerai makanan. Taman-taman ini adalah tempat yang popular untuk berkelah, dan ramai orang datang untuk menikmati suasana yang damai dan persekitaran yang indah.
Kami dibawa masuk menuju ke Masjid Koutoubia melalui jalan masuk utama yang merentasi taman-taman yang cantik iaitu Parque Kutubia dan Parc Lalla Hasna.
Terdapat juga beberapa air pancut dan kolam di seluruh taman, yang menambah keindahannya dan menyediakan tempat yang menyegarkan untuk berehat pada hari yang panas.
Kami sebenarnya rasa terkejut bila pemandu tuk tuk kami bawa kami masuk ke kawasan taman masjid ini dengan menaiki tuk tuk. Eh... adakah kenderaan bermotor seperti tuk tuk ini dibenarkan masuk ke kawasan taman ini? Apparently, yes 😃.
Di sebelah kiri kami masa itu adalah Taman Koutoubia yang juga dikenali sebagai Taman Lalla Hassna.
Semasa memasuki taman ini melalui pintu pagar utama, pandangan mata kami dipandu melintasi air pancut yang besar dan di laluan berkolam yang panjang ke arah menara masjid yang tinggi menjulang. Kesannya sungguh mempesonakan.
Ada sebuah plak perasmian taman di sini.
Ini yang terukir di plak tersebut.
Semakin jelas kelihatan Masjid Koutoubia.
Pemandu tuk tuk kami kata kami boleh turun di sini dan jalan-jalan dan dia akan tunggu. Tapi kami minta teruskan saja dengan tour sebab risau nanti kami tak cukup masa.
Penjual air di taman.
Seterusnya kami di bawa ke bahagian tepi Masjid Koutoubia, the exact same spot we were brought to earlier during the group visit.
Turun sekejap dan ambil gambar.
Saya pun ajak pemandu tuk tuk kami untuk bergambar. Saya berharap dia akan turun dari tuk tuk untuk bergambar tapi dia tetap di dalam tuk tuk. Masa itu saya ok je, berfikir mungkin sebab masa itu sedang panas terik. Lepas saya research tentang pemandu tuk tuk Marrakech, barulah saya tahu yang mereka adalah orang kurang upaya dengan mobiliti terhad. Still he managed a nice pose for us 😃😁.
Sambung lagi perjalanan tuk tuk tour Marrakech.
Sungguh cantik dan hijau taman di sini.
Seterusnya dari daerah La Medina kami dibawa pemandu tuk tuk ke daerah Hivernage.
Ini adalah salah satu hotel ikonik dan bersejarah di Marrakech. Namanya La Mamounia atau Mamounia Hotel.
🔴La Mamounia ialah sebuah hotel lima bintang di Marrakesh, Maghribi. Lokasinya bertentangan dengan Masjid Kutubiyya.
🔴Dianggap sebagai salah satu hotel terbaik di dunia, La Mamounia telah dinamakan sebagai hotel terbaik di dunia oleh Condé Nast Traveler.
🔴"Mamounia" bermaksud "safe haven" atau "reservoir" dalam bahasa Arab.
Tetamu terkenal di hotel ini termasuk ahli politik seperti Charles de Gaulle, Winston Churchill, Franklin D. Roosevelt dan Nelson Mandela dan pereka fesyen Yves Saint Laurent dan artis Andy Warhol.
Pemandu kereta kuda yang berpakaian tradisional Maghribi djellaba dan bertopi jerami buatan tangan.
Melalui Place Bab Jdid atau Bab Jdid Square di sempadan Daerah La Medina dan Hivernage.
Di bulatan ini, dari Avenue Hommane Al-Fatouaki kami masuk ke Avenue Guemassa. Ketika ini kami sudah masuk ke Daerah Hivernage.
Ketika ini kami berada di Rue Haroun Errachid (Haroun Errachid Street). Ini pemandangan Rue du Temple (Temple Street). Di sini ada deretan kedai-kedai jual barangan mewah berjenama seperti dsquared2 dan Louis Vuitton. Juga lokasi Nobu Hotel Marrakech, a 5 star hotel in Marrakech.
Nobu Hotel Marrakech is a 5-star hotel in the heart of Marrakech offering 71 spacious suites with views of the city and Atlas Mountain range.
Ini Hivernage Hotel & Spa, satu lagi hotel 5 bintang yang ada di sini.
Your Wellness Break. A space of absolute zenitude offers massage sessions with ancestral rituals, in the heart of its luxurious hammams.
Di kawasan ini ada banyak hotel-hotel mewah. Di belakang sana adalah Es Saadi, juga sebuah hotel 5 bintang. Ketika ini kami di bulatan Place de l'Hivernage.
Sofitel Marrakech Palais Imperial & Spa - 5 star hotel. Di sini hotel 5 bintang belaka.
This avant-garde, chic space at the heart of the hotel's lush gardens serves up contemporary, refined Franco-Moroccan cuisine.
Es Saadi also 5 star hotel.
Experience the unique Es Saadi 5-star Hotel, just steps from the heart of Marrakech and yet steeped in tranquillity.
Novotel Marrakech Hivernage - a 4 star hotel.
With its elegant rooms, modern facilities, and convenient location, Novotel Marrakech Hivernage offers an unforgettable stay in the vibrant city of Marrakech.
Cafe Extrablatt, Hivernage, Marrakesh. Ketika ini tuk tuk tour kami melalui Avenue Echouhada.
Bliss Point Boutique Hotel Marrakech Bar & Night Club.
Dari Avenue Echouhada, kami masuk ke Avenue de Paris. Ini Omazonia Restaurant - a fusion restaurant.
Di depan restoran ini ada patung water seller / penjual air yang satu ketika dahulu adalah merupakan salah satu pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk Marrakech. Patung ini dibuat oleh Jadali Hôtel & Spa.
Foto kiri adalah water seller yang kami ajak bergambar semasa kami melawat dataran Jemaa el-Fna.
Hotel Akabar - 3 star hotel.
Hotel El Andalous Lounges & Spa. Ini di persimpangan Av. du Président Kennedy dan Av. El Kadissia.
Di Av. El Kadissia.
Kami pun sampai ke jalan besar, Boulevard Mohamed VI. Avenue Mohammed VI ini adalah salah satu jalan utama di barat Marrakech.
Jalan sepanjang 8 km (sehala) ini merentasi bandar, dari P2006 di Champ El Ghoul di utara hingga P2017 di Agdal di selatan. Terdapat laluan pejalan kaki berturap yang lebar membariskan median tengah untuk keseluruhan boulevard, menampilkan taman, air pancut dan pokok palma. Terdapat juga kaki lima di kedua-dua belah jalan. Di sepanjang jalan ada Taman Oliveraie dan Menara Gardens/Cyber Park.
Grand Mogador Menara - a 5 star hotel.
This 5-star hotel is directly inspired by traditional Moroccan architecture: it enjoys an ideal location in the heart of the prestigious Mohammed VI Avenue.
Ini bangunan Palais des Congrès - Congress Center - Convention center in Marrakesh.
Pusat Kongres Marrakech ini terserlah kerana lokasinya yang strategik di pusat bandar serta reputasinya di seluruh dunia yang menjadikan bangunan ini lokasi utama untuk pelancongan perniagaan di Maghribi.
Hotel Les Idrissides - a 4 star hotel.
Ini bangunan Régie Autonome de Distribution d'Eau et d'Electricité de Marrakech (Autonomous Water and Electricity Distribution Authority of Marrakech) - Electric utility company. Dan Siege Radeema (Radeema Headquarters) - a government office.
This is the Royal Theatre - a performing arts theater.
🔴Dirasmikan pada 19 September 2001 oleh His Majesty King Mohammed VI, Théâtre Royal de Marrakech telah berusaha untuk memastikan reputasi Marrakech sebagai salah satu pusat tumpuan seni dan budaya utama dunia.
🔴Dibina oleh arkitek Tunisia Charles Boccara, Teater Diraja ini menggabungkan reka bentuk estetik tradisional seni bina Arab dengan kesan pengaruh moden. Kubah yang mengagumkan dan tiang marmar yang besar memberikan rasa kagum yang dipadankan dengan dewan pintu masuk dalaman dan auditorium. Ini adalah monumen yang megah; adalah mudah untuk melihat bagaimana bangunan ini menjadi kebanggaan dan kegembiraan Marrakchis.
Opera Plaza Hotel - 4 star.
Marrakech Royal Theatre.
This is Gare de Marrakech - Marrakech train station.
Marrakech train station itu berada dalam daerah seterusnya, iaitu daerah Gueliz, betul-betul di sempadan antara daerah Gueliz dan Hivernage di mana kami berada ketika itu.
Daerah Gueliz, seperti juga Daerah Hivernage, ialah juga merupakan sebahagian pusat bandar moden Marrakesh. Kejiranan yang mewah, ia adalah tempat hotel-hotel berbintang, pusat beli-belah dan restoran mewah. Walaupun tanpa sebarang tarikan bersejarah seperti yang ada di Daerah La Medina, kawasan ini adalah tempat yang bagus untuk memahami Maghribi moden.
Di bulatan Square March (di depan Royal Theatre), pemandu tuk tuk kami membuat u-turn untuk berpatah balik di Boulevard Mohamed VI dan menuju semula ke dataran Jemaa el-Fna.
A mural "Aziz the shepherd" by German artist Hendrick Beikirch.
Ini Congres fountain, di depan bangunan Palais des Congrès - Marrakech Convention center, yang kami passsed by earlier.
Ini Menara Mall. Tidak sepenuhnya tipikal seperti malls lain, di dalam mall ini juga ada souk Moroccan medina tradisional.
Kelihatan ada beberapa ekor unta dan kuda.
Ini seperti station/depot untuk kereta-kereta kuda. Jika betul, eloklah kalau tempat ini teduh. Kesian kuda-kuda tu.
Dari Boulevard Mohamed VI kami masuk ke Avenue Prince Moulay Rachid. Dari jalan ini kita boleh nampak menara Masjid Koutoubia yang tinggi menjulang itu. Di kiri jalan adalah merupakan kawasan perumahan dan hotel-hotel mewah yang hijau dengan pelbagai pokok-pokok besar termasuk pokok palma.
Dari kawasan Daerah Hivernage yang serba moden, kami masuk semula ke Daerah La Medina yang bersejarah.
🔴Dinding tembok besar dalam foto di bawah adalah yang merupakan salah satu mercu tanda bersejarah Marrakech.
🔴Tembok dinding yang di sebelah kiri terletak di Avenue Guemassa dan yang kanan berada di Boulevard Al Yarmouk.
🔴Jalan yang melalui 'gerbang' ini adalah Avenue Hommane Al Fatouaki.
🔴Laluan masuk antara dua tembok itu dipanggil باب الجديد - Bab El Jadid - 'New Door'.
🔴Satu ketika dahulu laluan ini mempunyai sebuah gerbang yang cantik dengan rekabentuk yang menarik.
🔴Tapi sekitar tahun 1948 ia telah dirobohkan kerana ketika itu pembinaan landasan keretapi telah sampai ke Marrakech.
🔴Telah ditentukan kereta api perlu melalui dari sisi tembok ini untuk sampai ke Hotel Al-Mamouniya. Sebab itu gerbang yang cantik ini terpaksa dirobohkan.
Melalui Place Bab Jdid atau Bab Jdid Square untuk balik semula ke dataran Jemaa el-Fna.
Kelihatan lagi beberapa unta. Mungkin pelancong boleh tunggang unta di sini dan jalan-jalan di ladang pokok zaitun yang ada berdekatan.
Saya baca di Marrakech ini terdapat banyak pintu/gerbang bersejarah yang telah dirobohkan atau diubah kerana menghalang laluan mesin/kenderaan perang dan alat pengangkutan moden pada zaman penjajah. Yang tinggal hanya dinding seperti di 'gerbang' ini.
Gerbang masuk ke La Mamounia.
Penjual air tebu. Di Morocco air tebu sering dijual oleh peniaga jalanan yang mencampurkannya dengan limau nipis atau jus lain dan menghidangkannya minuman lazat itu dengan ais. Penjual air tebu seperti ini selalunya mendapatkan bekalan tebu mentah dari wilayah Rabat-Salé.
Ketika ini kami sudah hampir tiba di dataran Jemaa el-Fna. Lega sungguh rasanya sebab earlier kami risau juga kalau-kalau kami tak sempat nak balik semula ke dataran itu dalam masa sejam. Kesian pula nanti tour guides/bus driver dan group members kami kena menunggu kalau kami terlambat. Tambahan pula lokasi di mana bas akan stop untuk naik/turunkan penumpang tidak boleh lama berada di situ.
Alhamdulillah. Kami pun selamat tiba di dataran Jemaa el-Fna. Bagi kami berdua pengalaman naik tuk tuk di Marrakech yang memang tidak dirancang ini adalah satu pengalaman yang menarik. Yang menariknya bagi kami adalah dalam tuk tuk tour ini kami berpeluang melihat kawasan Marrakech mewah dan moden yang merupakan satu kelainan yang kami 'alu-alukan' dan tidak cuma dapat mengalami suasana Al Medina yang bersejarah.
Caj tuk tuk tour kami adalah Dirham 120 (RM 60) yang pada kami adalah berpatutan. Kerana kami seronok dan berpuas hati dengan tour ini, maka kami pun memberi tip yang jumlahnya agak besar juga. Gembira menerima tip dari kami, pemandu tuk tuk ini terus menarik kepala saya dan diciumnya dahi saya. Wah! Terkejut saya sambil tergelak 😄. Saya rasa memang sudah begitu agaknya budaya mereka kalau hendak tunjuk appreciation. Macam isteri saya kata, "Arabic betul!" 😄.
Sebenarnya, pada ketika itu dan sehinggalah saya menulis blog tentang tuk tuk tour kami ini, saya tidak tahu yang pemandu-pemandu tuk tuk di Marrakech ini adalah lelaki-lelaki yang kurang upaya dengan mobiliti terhad (kaki lumpuh, kudung dll). Tentulah tidak terlintas langsung di fikiran untuk melihat kaki pemandu ini. Kalau saya tahu kecacatan dia, definitely I will consider untuk memberi tip yang lebih besar lagi.
🔴Terdetik di hati ingin tahu apakah yang dapat dibeli dengan sejumlah tip yang kami beri itu di Morocco? Saya pun research.
🔴It can buy you:
🔺A full day shoppings of perishables.
🔺1 kg of minced beef, 1 kg of chicken breast and 1/2 kg of beef steak
🔺15 to 20 kg of fresh sardines
🔺It can buy 150 regular baguettes.
🔺Enough fruits and vegetables for two weeks
🔴It can pay you a full month of an average utility bill (both water & electricity) or a telephone bill.
🔴It can pay for a doctor's visit.
Alhamdulillah.
Dan inilah peta perjalanan Marrakech Tuk Tuk Tour kami bermula dari Daerah La Medina ke Daerah Hivernage dan balik semula ke La Medina. Dari Jemaa el-Fna hingga ke Royal Theatre dan patah balik ke Jemaa el-Fna.
Snake charmers.
Henna painting.
Caps with 'Marrakech' stitching in English and Arabic.
Kami pun join group members lain dan naik bas untuk balik ke Hotel Ibis Marrakech.
Ada juga kami ternampak kumpulan pelancong begini yang datangnya dari pelbagai negara, yang dikumpulkan jadi big groups, contohnya, untuk walking tours.
Masjid Koutoubia.
Walls of Marrakech.
🔴Tembok Marrakesh ini ialah satu set benteng pertahanan yang merangkumi daerah medina bersejarah Marrakesh, Maghribi.
🔴Ia dibina pada awal abad ke-12 oleh dinasti Almoravid yang mengasaskan bandar itu pada 1070 CE sebagai ibu kota baharu mereka.
This is Gare Routiere Voyageurs Marrakech - Marrakech bus station.
Elaraki International School of Morocco.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment