Friday, December 16, 2022

BALKANS - CROATIA - DUBROVNIK - DUBROVNIK OLD TOWN - PART 03

Assalamualaikum. 
Selesai Panorama Boat Cruise di Laut Adriatik, kami masih ada masa lagi sebelum time nak ke meeting point. Since Sponza Palace adalah yang paling dekat dengan Old Port Dubrovnik, maka ke situ sajalah kami. Ini Luža square. Sebelah kanan tu ialah Sponza Palace.


Jom masuk. Tiada sebarang caj dikenakan untuk masuk.

Sponza Palace, juga dipanggil Divona, ialah sebuah istana abad ke-16 di Dubrovnik, Croatia. Namanya berasal dari perkataan Latin "spongia", tempat di mana air hujan dikumpulkan.

Istana ini pernah mempunyai pelbagai fungsi awam, termasuk sebagai pejabat kastam, gudang senjata, perbendaharaan, bank dan sekolah. Pernah juga menjadi pusat kebudayaan Republik Ragusa pada abad ke-16. Ia terselamat daripada gempa bumi 1667 tanpa kerosakan.
 
Dataran Luža di hadapan istana ini pada zaman dulu pernah digunakan untuk upacara pembukaan Festival Musim Panas Dubrovnik. Istana Sponza ini sendiri juga digunakan sebagai tempat persembahan.

Istana ini kini menempatkan Arkib Negeri Dubrovnik, yang menyimpan dokumen sejak abad ke-12, yang paling awal dari 1022. Dokumen ini termasuk lebih daripada 7,000 jilid manuskrip dan kira-kira 100,000 manuskrip individu, sebelum ini disimpan dalam Rector's Palace.

Bangunan ini dibina dengan gabungan gaya Gothic dan Renaissance, yang tipikal untuk Republik Dubrovnik yang konservatif pada masa itu.



A medal with Jesus' monogram and 2 angels was carved by the sculptor Beltrand Gallicus on the back wall.


Atrium istana ini pernah berfungsi sebagai pusat perdagangan dan tempat pertemuan perniagaan. Jadi pada gerbang ini ada dipahat:
Fallere nostra vetant et falli pondera. Meque pondero cum merces ponderat ipse deus.
"Our weights do not permit cheating. When I measure goods, God measures with me."

Dalam istana ini ada Memorial Room of Dubrovnik Defenders.


Maklumat tentang Memorial Room of Dubrovnik Defenders.



Tak lama kami di Sponza Palace, jadi kami masih lagi ada masa. Jom explore lagi Old Town ini. Ini St. Blaise's Church, lokasinya bersetentang dengan Sponza Palace. Bangunan kubah biru di belakang sana itu pula ialah The Cathedral of the Assumption of the Virgin Mary.

Souvenir shop.

Rector's Palace.

Kucing Dubrovnik!! 😃😍

Kucing Dubrovnik dianggap sebagai warga kota ini yang paling tua. Kucing di Old Town ini adalah keturunan langsung kucing yang diperkenalkan pada abad ke-14 untuk membantu melawan wabak bubonik dengan menangkap dan membunuh tikus yang membawa penyakit itu.

Kucing yang comel ini namanya Anastasia (Anastazija). Kisah sedihnya ada diberitakan dalam banyak suratkhabar-suratkhabar utama. Kisahnya, Anastasia yang sudah berusia 17 tahun, telah dihalau oleh pihak muzium di Rector's Palace (tempat tinggal Anastasia selama sudah 17 tahun) kerana sudut kecil Anastasia, dengan mangkuk makanan dan airnya di atas kadbod, tak sedap dipandang dan mahu Anastasia dihalau. 
Anastasia ~ Anastazija. Juga dikenali sebagai Kneginja Anastazija (princess Anastasia).
🐱Berita Anastasia dihalau telah menimbulkan kemarahan komuniti kucing Dubrovnik dan pelancong ke Dubrovnik. 
🐈Seramai 12,000 orang telah menandatangan petition untuk membenarkan Anastasia terus tinggal di depan Rector's Palace. Angka 12 ribu itu adalah angka yang lebih besar daripada bilangan orang yang mengundi datuk bandar bandar ini, mewakili lebih daripada satu perempat daripada penduduk bandar Dubrovnik. 
🐱Bila barang-barang Anastasia dibuang, ini telah mendorong tukang kayu tempatan Srdjan Kera untuk membina rumah kucing kayu yang indah dengan meniru warna dan butiran seni bina Rector's Palace, memberikan Anastasia bukan sahaja sebuah kediaman yang akan melindunginya tapi pada waktu yang sama rumahnya blends with the palace's facade. Malangnya rumah Anastasia ini juga dibuang kerana dikatakan mencacatkan penampilan Rector's Palaces sebagai bangunan bersejarah Dubrovnik. 
🐈Kemudian Anastasia diberitakan telah kembali ke Rector's Palace dan menikmati kemasyhurannya. Dan di situlah saya nampak Anastasia (dan kawan dia si Putih). Tiada lagi rumah cantik, cuma tidur beralaskan sekeping kadbod dengan mangkuk makanan/air di sebelahnya. Anastasia nampaknya cukup makan dan kelihatan santai saja dan cool je bila pelancong ambil gambar dia 😄. 
🐱Dan berita yang paling menggembirakan saya ialah saya baca the latest news bertarikh 8 Nov 2022, Anastasia kini telah berpindah dari Rector's Palace ke sebuah rumah di bawah jagaan doktor haiwan dari Dubrovnik yang memantau dan menjaga kesihatannya, serta kesihatan kucing lain yang hidup bebas di Dubrovnik.
So Happy Ending lah! Yay! 😃😄😁😀

Kawan Anastasia sedang peacefully sleeping di sebelah Anastasia di atas bangku batu di koridor depan Rector's Palace beralaskan sekeping cardboard. 

Ok, jom kita explore lagi. Memandangkan Old Town Dubrovnik ini juga terkenal kerana ia lokasi penggambaran siri TV popular Game of Thrones, maka isteri mengajak saya ke Walk of Shame Stairs. 

The Cathedral of the Assumption of the Virgin Mary.


Gundulic Square. 

Lorong ke Walk of Shame Stairs.






Inilah Walk of Shame Stairs yang digunakan masa penggambaran Game of Thrones. Its actual name is Jesuit Staircase.

Salah satu adegan paling terkenal dari Game of Thrones ialah adegan di mana Cersei berjalan bogel di jalan Kings Landing dari Great Sept of Baelor ke Red Keep. Adegan pertama, di mana Cersei berdiri di atas tangga, dirakam di atas Spanish stairs, berhampiran Gereja Saint Ignatius. 

Jesuit Staircase ini dibina untuk menghubungkan pasar di Gundulić Square dengan Gereja St. Ignatius of Loyola dan Jesuit College yang terletak di atas bukit. 



Adegan yang disebutkan di atas tadi adalah yang paling mahal dalam penggambaran Game of Thrones di Dubrovnik kerana terdapat banyak bar, kafe dan restoran di jalan ini dan untuk penggambaran, pihak production GoT terpaksa memberikan wang pampasan kepada pemilik kedai di sini supaya kedai-kedia mereka ditutup sepanjang hari.


Di sinilah tempat di mana Walk of Shame bermula, adegan di mana High Sparrow membuat ucapannya sebelum Cersei Lannister dibogelkan dan dipaksa bertaubat kerana dosanya dengan berjalan menuruni tangga.

Church of St. Margaret and Collegium Rhagusinum (Universidad) - Actual Theological Catechetical Institute, Department-Dubrovnik (Instituto Teológico Catequístico).




Collegium Rhagusinum (Universidad) - Actual Theological Catechetical Institute, Department-Dubrovnik (Instituto Teológico Catequístico)



This is Church of St. Ignatius. It is a Catholic church.

Jom kita masuk tengok bagaimana di dalamnya. 






Information on St. Ignatius of Loyola.







Berjalan semula ke Rector's Palace.

Ada street performers di depan Rector's Palace.



Then it was time to head on to the meeting point.

Peta serangan Serbo-Montenegro ke atas Dubrovnik Old City 1991-92.



Beberapa foto yang menunjukkan kerosakan yang dilakukan oleh tentera Serbia dan Montenegro. Sebahagian daripada strategi perang ialah pemusnahan bangunan-bangunan di dengan tujuan menghancurkan sejarah dan budaya tempat yang diserang. Sasaran pemusnahan ini adalah pada bangunan-bangunan tertentu iaitu bangunan yang simbolik yang melambangkan identiti penduduknya dan budaya mereka. 











Ini salah satu dari bangunan yang hampir musnah sepenuhnya seperti di dalam salah satu foto yang dipamerkan di sini. Kini sudah dibaikpulih.


Large Onofrio's Fountain.










Berjalan menuju ke Pile Gate. 

Pile Gate.


Peralatan yang digunakan untuk menaik dan menurunkan drawbridge.



Seperti di Sarajevo Old Town dan Mostar Old Town, kami juga really enjoy our time spent di Old Town Dubrovnik ini. Jika di Sarajevo Old Town suasananya seperti zaman Ottoman dengan banyak elemen pengaruh Islam, di Old Town Dubrovnik ini suasananya lebih European with a lot of Christian influences. Perbezaan ini memang saya akui tidak saya sangka sebab ingatkan sama saja old towns di negara-negara Balkan ini. Admittedly, I was pleasantly surprised. And I am always appreciative and bersyukur bila percutian kami memberi kami peluang untuk mengalami suasana yang berbeza-beza. Macam orang kata, bolehlah enrich our experience. 

Menuju ke Trebinje di Bosnia and Herzegovina untuk bermalam di sana. Pemandangan Old Town Dubrovnik dan Pulau Lokrum.


Bilik kami di Hotel Bellevue, Trebinje, Bosnia and Herzegovina.

Tiada teko letrik. Jadi malam tu saya jerang air guna electric kettle yang dibawa dari rumah. 



Dinner kami di Hotel Bellevue. Baguslah sebab sudah penat berjalan seharian. 




Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.  

No comments:

Post a Comment