Wednesday, December 7, 2022

BALKANS - BOSNIA & HERZEGOVINA - BLAGAJ

Assalamualaikum.
Ok, lepas selesai lawatan di Mostar Old Town, kami dibawa ke satu lagi tourist attraction di Bosnia & Herzegovina iaitu Blagaj. Lokasinya cuma 12 km dari Mostar Old Town.





Masa dalam perjalanan ternampak Mostar International Airport. 

Kami pun sampai ke Blagaj. 

Kelihatan di atas bukit sana sebuah kubu lama. Namanya Kula hercega Stefana Vukcica Kosace - Tower of Herceg Stefan Vukcic Kosaca. 

Turun bas terus dibawa berjalan sejauh lebih kurang 600 meter ke bahagian dalam tempat ini di mana ada sebuah Dervish House yang juga dikenali sebagai Tekija Blagaj. 

Cuaca agak panas masa itu. 

Hotel Blagaj.

'Produkty krajowe' means local products. Di jalan masuk ini ada beberapa kedai/gerai kecil yang menjual produk-produk tempatan dan souvenirs. 

Buku tentang Blagaj. Kenapa saya tak beli buku ini pun saya tak pasti 😕.

Mungkin di kawasan Blagaj ini ada banyak bee farms jadi ada produk madu lebah dijual di sini. Juga ada fruit jams and oils. 


Buah delima.

Berpeluh juga la masa berjalan ni 😅.

Pokok buah delima.




Bergambar sekejap.

Masih jauh lagi. 

Ada historical monument di bawah sana tapi kami tidak ke situ.

Beberapa lagi gerai souvenirs. 







Kami pun sampai di bahagian jalan yang menyusuri sebatang sungai yang cantik jernih ini. Namanya sungai Buna. 

Buna ialah sebuah sungai pendek di Bosnia dan Herzegovina; ia adalah anak sungai sebelah kiri Neretva. Sumbernya (Vrelo Bune), mata air karstik yang kuat, terletak berhampiran kampung Blagaj, di tenggara Mostar. Ia terkenal dengan Mata Air Buna (Vrelo Bune), salah satu mata air terkuat di Eropah dan airnya yang sangat sejuk. Buna mengalir ke barat kira-kira 9 km, bermula di Blagaj dan berliku-liku melalui kampung Blagaj, Kosor, Malo Polje, Hodbina dan bergabung dengan sungai Neretva di penempatan Buna.


Ada jambatan yang dibina merentasi sungai ini.



Seperti di tempat tourist attractions lain, di sini juga ada banyak gerai-gerai souvenirs.


Mehmet perkenalkan pada kami tuan kedai ini. Boleh dapat harga yang bagus kalau berbelanja di sini kata Mehmet.

Beautiful and luxurious fur rugs.



Satu lagi jambatan di sungai Buna.

Walau pun suhu about 27°C, bila berada di tepi sungai ini, di bawah pokok-pokok rendang, terasa begitu nyaman sekali. Blagaj berkemungkinan besar dinamakan kerana cuacanya yang sederhana. Blaga dalam bahasa Bosnia bermaksud "mild".



Hu, yang bermaksud Dia, refers to Allah swt.

Blagaj terletak di mata air sungai Buna dan lokasi tekke bersejarah (tekija atau biara Darwis). Tekija Blagaj dibina sekitar 1520, dengan unsur seni bina Uthmaniyyah dan gaya Mediterranean dan dianggap sebagai monumen negara. Blagaj Tekke ialah sebuah biara yang dibina untuk Dervish.


Dervish House ini dibina di kaki pergunungan di sebelah sungai Buna yang mengalir keluar dari gunung tersebut. Ia adalah sebuah rumah Sufi yang di dalamnya ada Musafirhana (rumah tetamu), bilik solat, dapur, hamam, courtyard, washroom dan türbe (makam). Bangunan ini kemudiannya telah dibaiki beberapa kali. Blagaj Tekke ini dikatakan dibina sejurus selepas pemerintahan Uthmaniyyah ditubuhkan di Herzegovina, selewat-lewatnya sekitar 1520.

Melalui kedai souvenirs untuk ke Dervish House.

Tapi terus ke toilet dahulu untuk berwuduk dan kemudiannya bersolat di dalam Dervish House. 

Arah ke toilet wanita. 


Maklumat tentang Blagaj Tekke (Dervish House).

Pelawat yang hendak masuk ke dalam rumah ini dimestikan berpakaian sopan dan bagi wanita perlu memakai tudung yang ada disediakan. 

Di tingkat bawah ada bilik solat untuk lelaki. Bilik solat wanita ada di tingkat 1.

Lepas bersolat saya explore Dervish House ini. 

Ruang tamu. 

Dapur.

Tangga naik ke tingkat 1.

Ada 2 makam di dalam bilik berkunci ini.

Ia adalah makam-makam Sari-Saltuk dan Acik-pasha sheikh. 

🔵Sarı Saltık (also spelled Sarı Saltuk - died 1297/98) was a 13th-century Alevi Turkish dervish, venerated as a saint by the Bektashi Sufi Muslims in the Balkans and parts of Middle East as well as the mainstream Sunni Muslim community.
🔵Achik-pasha (Muhammad Hindi), who in 1848 became the sheikh of the tekke. He falsely presented himself as an Indian, only to later discover that he had been sent from Istanbul to spy on Ali Pasha Rizvanbegovic and other Herzegovinian feudal lords.

Ruang di tingkat 1.


Ruang rehat dengan fireplace. 

Bilik solat wanita di tingkat 1.

Satu lagi ruang tamu, di tingkat 1.


Beautiful ceiling designs.


Pintu masuk ke ruang tamu.

Al Quran dan rehal. 


Pemandangan sungai Buna dari tingkat 1 Dervish House.

Gua di kaki gunung di mana air sungai Buna mengalir keluar.


Turun ke bawah untuk melihat sungai Buna dengan lebih dekat lagi. 


Sungguh jernih airnya. 





Kalau nak naik bot masuk ke dalam gua, kita mesti ke seberang sana. Kami tidak ke sana kerana untuk sampai ke tebing situ kita mesti jalan memanjat bukit yang curam. 






Boleh turun tangga ini kalau nak sentuh air sungai Buna yang sejuk ini. 





Beautiful reflection.


Minum air sungai Buna dari pam air ini. Sejuk sungguh!


Masih ada masa lagi jadi kami jalan-jalan sekitar sungai ini. 


Menyeberang sungai Buna dengan jambatan ini. 



Pemandangan sungai Buna dari jambatan.




Berhenti berehat dan minum di salah satu kafe di tebing sungai Buna. Sitting there sipping my drink with such beautiful surroundings, I now understand the allure of visiting and spending time at a place like this. Such a relaxing atmosphere.


The bridge.



So pristine.

Mallards on Buna river.


Tiba masanya untuk berjalan balik ke bas.


Gerai jual fresh and dried fruits.

Gerai jual pomegranate juice.

A restaurant by the river.

Tiba di tempat parking bas. Maka selesailah program jalan-jalan kami pada hari ke 3 ini, di Bosnia & Herzegovina. Seterusnya kami dibawa ke hotel penginapan. 





Nampaknya supermarket, shopping mall dan other places of business tutup masa itu. 



Kami bermalam di Ha Hotel, sebuah hotel di pinggir Mostar.


Petang itu suhu masih lagi in the 20s. Esok juga diramalkan sunny with temperature above 20s. 

Biliknya luas dan cukup selesa.

Gembira bila nampak cerek letrik tu... hihi 😄. Actually kami memang ada bawa cerek setelah diberitahu oleh travel agent mungkin ada hotel penginapan kami yang tidak menyediakan electric kettle.

The bathroom. With heated floor. How awesome is that! 😃

The mini bar.

Malam itu kami makan malam di hotel. Pada kami baguslah sebab letih dah nak keluar pergi restoran. 


Kebetulan hari itu adalah harijadi kakak ipar isteri saya. She was so delightfully surprised. Kami pun turut tumpang terkejut juga 😃.

Kebetulan juga ada seorang group member kami his birthday was a few days ago. So celebrate sekalilah. 

The cake. 

Lepas tu pun kami pun makan malam. 

Sedap dan mengenyangkan. Alhamdulillah. 


Lepas makan jalan-jalan sekejap di depan hotel. 

Nyaman.



Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.  

No comments:

Post a Comment