Tuesday, December 6, 2022

BALKANS - BOSNIA & HERZEGOVINA - MOSTAR - PART 02

Assalamualaikum.
Sambung cerita lagi cerita walking tour kami di Mostar Old Town di Bosnia & Herzegovina.

Selepas Mostar Old Bridge, next kami dibawa Ali, our local tour guide, ke sebuah lagi jambatan lama dalam Mostar Old Town ini iaitu the Crooked Bridge.

Sebuah restoran di tepi anak sungai yang mengalir ke sungai Neretva.



Ada banyak restoran di Mostar Old Town ini. Maklum sajalah tempat tourists attraction begini tentulah banyak restaurants, cafes and bars. This is Restoran Behar 2 with menus includes international, Turkish and Arabic cuisines and serving brunch, breakfast, lunch, late night and drinks.

Meneruskan perjalanan ke Crooked Bridge.

Sudah kelihatan jambatannya. Adik perempuan ini was selling some lovely laces covers for tables and other households furniture. Bila dia tahu kami dari Malaysia terus dia berteguran dalam bahasa Malaysia. Mungkin sudah biasa dengan kehadiran pelancong dari Malaysia di Mostar Old Town ini agaknya. 

Restaurants, cafes, bars and hotels by the river banks.

Ada info board dengan maklumat menarik tentang Crooked Bridge Mostar.



Berkumpul di dataran kecil ini untuk mendengar penerangan dari Ali.

Selain Stari Most (Old Bridge) yang terkenal yang sudah kami lawat earlier, terdapat satu lagi jambatan lama di Mostar Old Town ini. Namanya Kriva Cuprija (Crooked Bridge). Ia merentasi anak sungai Rabobolja, yang mengalir masuk ke Sungai Neretva. Kriva cuprija ialah jambatan batu satu gerbang berdimensi kecil dan hampir menyerupai Stari Most. Boleh dikatakan jambatan ini adalah versi miniature Old Bridge -Stari Most.

Tarikh sebenar pembinaan jambatan ini dan nama pengasasnya tidak diketahui. Ada sumber menyatakan ia dibina pada tahun 1558 iaitu 8 tahun sebelum Stari Most dibina. Dikatakan juga ia dibina sebagai percubaan sebelum membina Stari Most.

Itik di anak sungai Rabobolja.

A mallard.

Pemandangan dari tebing anak sungai Rabobolja.

Mendengar keterangan dari Ali tentang sejarah Crooked bridge dan kepentingannya dalam pembangunan bandar Mostar.

Di tepi tempat kami berkumpul ini ada sebuah masjid kecil namanya Nezir-agina džamija. Ia dibina pada separuh kedua abad ke-16, dan dibiayai oleh Nezir-aga, seorang penduduk Mostar yang berkhidmat sebagai komander tentera Uthmaniyyah.
🕌Masjid Nezir-agina ini dibina daripada batu yang dipahat dengan panjang dinding 10.20 meter, dan lebarnya 1.05 meter. Sebuah menara setinggi 22 meter dibina bersebelahan dengan dinding kanannya.
🕌Pada April 1932, masjid ini sudah tidak lagi digunakan sebagai tempat bersolat dan benar-benar terbiar terabai dari tahun 1938. 
🕌Semasa Perang Dunia Kedua, keluarga Bosniak yang melarikan diri dari timur Herzegovina tinggal di dalamnya. 
🕌Selepas terbiar lama, ia telah dirobohkan sepenuhnya pada tahun 1950.
🕌Pada musim panas 1998, penggalian arkeologi telah dijalankan di tapak masjid Nezir-aga yang musnah ini. Ia merupakan langkah pertama ke arah pengubahsuaian terakhir dan terlengkap masjid Nezir-aga, yang dijalankan pada tahun 1999. 
🕌Selepas itu, masjid ini kembali berfungsi sebagai sebuah masjid seperti asalnya.

Laluan pejalan kaki jambatan dan jalan yang menghampiri jambatan ini diturap dengan batu, seperti jalan cobblestones di jalan utama di bandar Mostar ini. Stone steps pada pejalan kakinya membantu orang ramai mendaki tanjakan jambatan ini dari kedua-dua belah.

Crossing the Crooked Bridge.

Pemandangan-pemandangan dari Crooked Bridge.

Hotels and restaurants by the river bank.

Dari Crooked Bridge ini, memandang ke arah Old Bridge, kita boleh nampak menara masjid Hadži-Kurtova, Menara Halebija, Menara Kula Tara dan masjid Nezir-agina. 



Pemandangan Crooked bridge after crossing over.


Kami kemudiannya dibawa further into this old town.

So many shops selling all sort of wonderful souvenirs and trinkets. 

Souvenir yang paling bawah tu is a Turkish evil eye pendant, cenderahati popular Turki. Turkish people believe that this amulet protects its holder from the bad energies by absorbing them. So kita tak usah belilah ya.

Banyak lagi souvernir lain yang cantik-cantik yang boleh dibeli 😃.

So inviting! 😃

Sehingga tahun 70-an, Mostar mempunyai banyak kedai minum; cafes and bars. Pengenalan "espresso coffee" telah mencipta bar moden pertama di bandar ini. Tidak lama selepas itu kedai-kedai kopi ini berkembang daripada hanya sebagai tempat untuk mendapatkan secawan kopi kepada tempat perhimpunan sosial.


Wonderful selections of fruits flavoured ice creams. 


Mehmet (our tour guide) bercerita masa dalam bas earlier, ramai penduduk-penduduk di negara-negara Balkan ini especially di lokasi-lokasi tourists attractions dan sekitarnya, mereka ni spend time melepak begini (foto bawah) saja saban hari. Do they work, you think? tanya Mehmet pada kami. No, he said sebab mereka itu selalunya sudah memiliki beberapa properties that are rented out to outsiders/tourists/vacationers and can live out of the rental incomes alone as it is quite lucrative. Mehmet is jealous of them and wished he would be able to do the same too in future.  

Kami pun sampai di sebuah restoran. Our walking tour with Ali ended here and we had about an hour to explore this old town on our own. Kami dibawa ke restoran ini supaya kami tahu lokasinya untuk makan tengahari nanti. 

Di restoran inilah nanti kami akan makan tengahari. 

Namanya Emen Restoran.


Hotel Emen at the opposite side of the restaurant.


Singgah kedai ini sekejap nak beli scarves 😄.

Bergambar bersama pekedai yang sangat baik dan peramah orangnya. 

Memandangkan masa itu kami berada di hujung old town ini dan dekat dengan Franciscan church, maka ke sanalah kami. Tak ada plan nak masuk ke dalam gereja Katholik itu, cuma nak ambil gambar dari luar sahaja.


Sekitar kawasan berdekatan the old town ada banyak hotels, villas dan dormitories. 

This is the Franciscan church and monastery of St. Peter and Paul in Mostar.

Gereja ini mempunyai menara loceng tertinggi di Bosnia dan Herzegovina dengan ketinggian 107 meter. Ia juga merupakan menara loceng tertinggi di tenggara Eropah. Namanya Mostar Peace Bell Tower.

Lepas itu kami berjalan semula ke Mostar Old Town to explore parts yang kami tidak lalu earlier. Sebenarnya old town ini tidaklah terlalu besar jadi bolehlah explore dengan santai. Cuma at certain lorong ianya boleh jadi agak sesak. 

Kelihatan Menara Halebija dan Menara Tara.

The evil eyes.

A wonderful shop selling blankets, towels and other household items made of cotton.

Masa jalan tu, kami cuba nak cari peta old town ini and was looking for a tourist information center. Then we spotted this kedai, House Travel namanya. Thinking mungkin kedai ini ada jual map, kami pun masuk ke dalam.

House Travel offers many information for tourists and travellers.

House Travel also offers day tours.

Lepas bertanya pada tuan punya kedai ini, kami pun disarankan membeli buku bertajuk 'Mostar' for all the info that I asked for and more. Saya memang la seronok sangat jumpa buku macam ini dan terus setuju beli. Kebetulan pula pekedai ini juga adalah pengarang buku ini. Maka haruslah minta bergambar... hihi 😃. Nama dia Vladimir Petković.

Mostar by Vladimir Petković.

Ok, sambung jalan-jalan lagi. View of the Rabobolja river and Crooked Bridge. 


Pemandangan Masjid Nezir-agina dan Crooked bridge.

Kriva Cuprija - Crooked bridge. 


Dari Rade Bitange, salah satu jalan utama di old town ini, kami masuk ke satu lorong and came upon Trg preživjelih branioca.

Trg preživjelih branioca bermaksud Square of Surviving Defenders. 

Di dataran ini sebuah Art Market dan restoran.

Di sini juga ada sebuah Turkish bath yang dibina pada abad ke 17. Ianya adalah satu-satunya Turkish Bathhouse yang masih ada di Mostar dan tidak lagi digunakan sebagai tempat mandian. Sekarang ia adalah The Hamam Museum.

Dari dataran ini juga boleh nampak Cathedral of the Holy Trinity sebuah gereja katedral Ortodoks Serbia di Mostar. Gereja itu adalah hasil kerja arkitek terkenal Andrey Damyanov. Ia dibina antara 1863 dan 1873. Ia telah menjadi simbol toleransi antara agama 25 tahun selepas tamatnya Perang Bosnia. Seperti bangunan-bangunan lain di Mostar, gereja ini turut musnah semasa pengepungan Mostar pada tahun 1992. 

Gereja ini telah menerima 'hadiah istimewa' dari tiga orang penyumbang penganut tiga agama berbeza, iaitu seorang Muslim Bosnia, seorang Katolik Croat dan seorang Serbia Ortodoks, menunjukkan bahawa toleransi antara agama masih hidup di bandar itu. Tiga rakan yang meminta untuk tidak dikenali ini, menyumbangkan tiga jam besar yang mereka minta diletakkan di tiga sisi menara gereja. Setiap jam mempunyai angka yang berbeza, Arab, Rom dan Slavik, untuk melambangkan setiap kepercayaan dalam harmoni.

Dan di dataran ini juga ada sebuah masjid lama. Namanya Hadži-Kurtova džamija atau Hadži-Kurt's mosque atau Haji Kurt's mosque, juga dikenali sebagai Tabačica mosque.

Masjid ini dibina antara abad ke-16 dan ke-17, oleh Hajji Kurt, member of the ancient Mostar Kurt family. 

Berdiri di tebing kanan Sungai Neretva, kira-kira 100 meter dari Mostar Old Bridge, masjid ini dibina bersebelahan dengan kawasan 'Tabhana' yang merupakan kawasan tumpuan bengkel-bengkel pemprosesan kulit suatu ketika dahulu. 

Nama 'Tabačica' masjid ini datangnya dari jenis kerja di bengkel-bengkel ini iaitu dari  istilah 'Tabaci' yang bermaksud 'penyamak kulit'. Dengan deretan kedai, restoran dan cafe serta lokasinya menjadikan masjid Tabačica antara yang paling kerap dikunjungi di Mostar.

Masjid kecil yang indah ini mengalami kerosakan yang teruk semasa operasi ketenteraan pada 1992 dan 1993: menaranya musnah, bumbungnya runtuh dan anjung kayunya juga turut musnah. Begitu juga bahagian dalamannya. Projek pemulihan dibuat dan masjid ini berjaya dipulihkan dan dirasmikan pada Jun 2000.

Jom kita masuk ke dalam masjid ini.

Suasana di dalam Hadži-Kurt's mosque. 

Mungkin lukisan-lukisan pada dinding dalam masjid ini adalah lukisan asal ketika masjid ini mula-mula dibina.


Bahagian dalam kubah dibuat dan dihias dengan kayu dengan sususan yang sangat cantik sekali. 


Anjung ruang solat wanita. Juga sangat cantik!

Such beautiful original paintings.

Selesai lawat Hadži-Kurt's mosque, kami masuk semula ke jalan Rade Bitange. 

Restoran Šadrvan.

Delicious selections of ice cream.

Boleh tahan sesak juga masa itu. 


Sebab masa itu lunch time, ramai pelancong berpusu mencari tempat makan, menjadikan jalan utama old town ini makin sesak. So we made a detour and opted to rest a bit and then continue to explore this old town using the smaller back lanes. 

Lorong yang wonderfully calm and tranquil 😃. 

Grape vines canopy.

Berehat sekejap. 

Masa itu sudah hampir masa untuk kami lunch di restoran Emen. So let's go. 

Tiba di Emen restoran.

The menus.

Group members yang lain juga sudah sampai.



Sementara menunggu makanan sampai saya pergi dari meja ke meja untuk ambil gambar group members sebagai kenangan 😄. Juga gambar tour guide dan bus driver. 


Ok, makanan dah sampai. Jom makan 😋. 

Hidangan makan tengahari kami ~ Ćevapčići, tasty homemade grilled sausage with rice and fresh vegetables. Sedap! Alhamdulillah.


As dessert kami boleh pilih mana-mana perasa ais krim. Nice!

Besar sungguh saiz ais krimnya. Kecoh juga la nak habiskan sebab takut meleleh 😄😅. 

Macam-macam perasa ada. 

Selesai makan kami pun dibawa berjalan ke tempat parking bas yang disediakan khas untuk pelancong big groups yang travel by bus seperti kami. 

A Jewish synagogue.



Franciscan church and monastery of St. Peter and Paul and Mostar Peace Bell Tower.






About Mostar Peace Bell Tower.



Mostar Peace Bell Tower dapat dilihat dari banyak lokasi di Mostar.






Ok, inilah peta walking tour kami di Mostar Old Town. Overall, it was a very nice walk among many historical buildings and landmarks that had been in existence for centuries. Witness how a devastated city restored and flourished. Cuaca dan suhu pun just nice. Syukur Alhamdulillah.    

Ok, jom naik bas.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.  

No comments:

Post a Comment