Monday, December 23, 2019

MELAKA - PERIGI HANG TUAH

Lepas spent time lebih 3 jam di Hang Tuah Center, it was time for lunch. Moreover, masa tu dah pun pukul 1 tengahari. Lapar dah!

But before we head on back ke Bandar Melaka, I had to make one more stop iaitu ke Perigi Hang Tuah. 

Kami masih lagi di dalam kawasan Kampung Duyong Tengah. 

En. Zarir pun parked his car di kedai souvenir dan kedai makan 'Serbanika Hildalia' ini.  

As I mentioned in my previous entry, En. Zarir was the Grab Car driver who drove me from Thistle Hotel Port Dickson to Hang Tuah Center. And he had offered to drive me to all the places that I planned to visit for the rest of the day.

Kampung Perigi Hang Tuah.

Pintu masuk ke Perigi Hang Tuah.

Perigi Hang Tuah Duyong ini telah didaftarkan sebagai 'WARISAN' di bawah Akta Warisan kebangsaan 2005 oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Budaya.

Kawasan ini nampaknya bersih dan dijaga rapi. Saya baca setiap hari ada seorang penduduk di kampung ini yang datang ke sini dan membersihkan tempat ini, yang sudah dilakukannya selama 8 tahun.

Sebelum masuk, ambil foto info ini dulu. 

'Perigi Hang Tuah lokasinya terletak di Kampung Duyong, Melaka. Perigi ini dikatakan digali sendiri oleh Hang Tuah. Pada asalnya perigi ini agak kecil tapi lama kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering walaupun di musim kemarau panjang. Perigi Hang Tuah telah diwartakan sebagai tapak Warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.'

En. Zarir tanya, 'Ada tak dengar bacaan Yasin?'. 'Ada', jawab saya. En. Zarir kata bacaan rakaman Surah Yasin yang kami dengar dari pembesar suara itu memang sering dipasang oleh rumah-rumah di sekeliling Perigi Hang Tuah ini. Tapi En. Zarir sendiri tidak pasti kenapa diperdengarkan. 

Di ruang ini ada beberapa pameran. Let's have a closer look at them first.











Dan di hujung sebelah kanan (dari jalan masuk utama) ruang inilah lokasi Perigi Hang Tuah.

Kelihatan ada murid sekolah sedang mencedok air menggunakan timba bertali yang ada disediakan di situ.

Ok, mula-mula saya kongsi info tentang perigi ini yang saya jumpa di internet dan papan maklumat di pintu masuk tadi.
🌓Asal saiz perigi ini adalah kecil. Overtime it got bigger and deeper.
🌗Unofficially, its current depth is said to be about 1.8 meter.
🌓Ia tidak pernah kering even masa musim kemarau yang teruk dan panjang seperti yang berlaku di sini sekitar tahun 1991. 
🌗Masa airnya banyak diambil, ia surut sedikit tapi kembali ke paras normal selepas waktu Subuh. 
🌓Dulu-dulu air di perigi ini boleh dicapai dengan mencedok dengan tangan sahaja tanpa guna timba bertali. 
🌗Berkemungkinan ada sumber air bawah tanah yang menjadikan airnya sentiasa segar dan tidak tercemar. Ia tetap jernih walaupun bercampur dengan air hujan.


Ada dua versi tentang asal usul perigi ini. 
🌓Ada yang mengatakan perigi ini asalnya dari hentakan kaki Hang Tuah yang ingin bersolat di kampung ini. Selepas beberapa hentakan terpancarlah mata air yang jernih dan bersih. Maka sebab itu juga dikatakan perigi ini berbentuk bujur surih seperti bentuk tapak kaki, in this case, tapak kaki kanan Hang Tuah. 
🌗Versi lain mengatakan perigi ini digali sendiri oleh Hang Tuah selepas dijatuhkan hukuman bunuh oleh Sultan Melaka. Ketika itu Hang Tuah dikatakan disembunyikan di atas bukit berhampiran.


Cerita mistik.
🌓Ada sesetengah orang percaya air telaga ini boleh menyembuhkan macam-macam penyakit serta digunakan untuk membayar niat. 
🌗Ada juga kata orang yang minum airnya akan kekal muda. 
🌓Di kawasan perigi ini juga ada orang buat hajat nak cari jodoh. 
🌗Diceritakan ada buaya putih tinggal di sini yang merupakan jelmaan roh Hang Tuah, yang hanya boleh dilihat oleh orang alim. 


Sumber semua info di atas adalah dari www.tempatmenarik.my, www.bharian.com.my dan melakakini.my.


Selesai lawatan di Perigi Hang Tuah ini kami pun bertolak ke Bandar Melaka for lunch. 

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment