Friday, December 9, 2022

BALKANS - BOSNIA & HERZEGOVINA - FROM MOSTAR TO DUBROVNIK - TREBINJE

Assalamualaikum.
Sambung lagi cerita perjalanan bas kami dari Mostar ke Dubrovnik. Sebelum ke Dubrovnik, kami stop di Trebinje dulu. 

We came upon Trebisnjica river. Sungai ini menarik kerana beberapa sebab. Sungai Trebišnjica ialah sebuah sungai di Bosnia dan Herzegovina yang berasal dari dua anak sungai yang datang dari Gunung Lebršnik dan Gunung Čemerno, di wilayah tenggara Bosnia & Herzegovina, berhampiran dengan sempadan Montenegro. Ia adalah sungai 'sinking river' sepanjang 187 km di atas dan di bawah tanah dan merupakan salah satu 'sinking river' terpanjang di dunia.

'Sinking river' ialah aliran atau sungai yang kehilangan air semasa ia mengalir ke hilir. Airnya meresap ke dalam tanah mengisi semula air bawah tanah tempatan, kerana paras airnya berada di bawah dasar saluran sungai. Ini adalah bertentangan dengan aliran air sungai yang biasa (aliran efluen) yang meningkatkan jumlah airnya bila ia mengalir lebih jauh ke hilir apabila ia memperoleh air dari akuifer tempatan.

'Sinking river' adalah kejadian biasa di kawasan gersang akibat iklim yang mengakibatkan sejumlah besar air menyejat dari sungai secara amnya mengalir ke arah muara. Kehilangan aliran juga biasa berlaku di kawasan topografi karst di mana air sungai boleh mengalir sepenuhnya ke dalam sistem gua, menjadi sungai bawah tanah.

Di sungai Trebisnjica ini juga kami nampak beberapa old water wheels. Kata Mehmet roda air tradisional ini mempunyai nilai sejarah yang tinggi dan masih lagi digunakan untuk mengairi ladang-ladang di kawasan sekitarnya disamping juga digunakan untuk air minuman ternakan seperti lembu. 
Dolap točak za navodnjavanje - Dolap irrigation wheel

Kerangka roda pengairan ini dibuat daripada batu kapur tetapi bahagian-bahagiannya yang berputar adalah dibuat dari kayu, khususnya kincir airnya.  Apabila paras air terlalu rendah ia tidak akan berfungsi. Ia memerlukan paras sungai Trebišnjica yang tinggi supaya ia boleh berputar. 



Menurut tradisi lisan, semasa perjalanan ke Mekah pada pertengahan abad 18, Mustafa Mujaga Hadžihasanović ternampak sebuah binaan beroda yang digunakan untuk menarik air dari Sungai Nil. Sebaik sahaja dia kembali ke Trebinje, dia terus bina roda pengairan Hadžihasnović.
Kolo/Dolap na rijeci Trebišnjici - Kolo/Dolap on the river Trebišnjici

Tidak lama selepas itu, banyak roda pengairan telah dibina bukan sahaja di Sungai Trebišnjica, tetapi di sungai di kampung berhampiran Trebinje. Pembinaan sistem pengairan ini telah meningkatkan pertanian dengan ketara di sepanjang tebing Sungai Trebišnjica.

Dalam landskap luar bandar dan bandar Trebinje, roda pengairan masih mempunyai peranan yang sangat penting, walaupun, pada masa kini, terdapat tiga lagi sistem pengairan yang jauh lebih moden dan efisen dibina merangkumi kawasan yang lebih luas, bukan hanya di sepanjang tebing Sungai Trebišnjica.





Territorial Fire Department. 

Di sini kami berhenti sekejap untuk ke tandas. Ini Bingo Mall, Trebinje, a hypermarket.



Kafe dalam Bingo Mall.

Lepas ke tandas kami tinjau-tinjau barangan dalam hypermarket ini. Memang hebat. Macam-macam ada. Dan sangat luas. 

Abang ipar dan isteri dia beli sebuah beg besar sebab beg mereka pecah semasa baggage handling di airport. Fyi, harga beg itu separuh lebih murah harganya dari di Malaysia. Nice!

Food section.

Lepas toilet break, kami pun sambung semula perjalanan. Next was lunch. Tapi since masih awal lagi nak makan tengahari Mehmet bawa kami singgah di sebuah pasar terbuka yang terkenal di Trebinje ini, namanya Green Market. 


Most Branilaca Trebinje (jambatan) yang merentangi Sungai Trebišnjica

Di sepanjang jalan ini ada bangunan-bangunan Akademija likovnih umjetnosti Trebinje (Trebinje Academy of Fine Arts), Fakultet za proizvodnju i menadžment (Faculty of Production and Management), Visoka škola za turizam i hotelijerstvo (College of Tourism and Hotel Management) dan JU Dom Ucenika (JU Home of Students). 


This is Crkva Rođenja Sv. Jovana Krstitelja (Church of the Nativity of St. John the Baptist), an Orthodox church.


This is Park Trebinje.


Ok, jom kita ke Green Market yang juga dikenali sebagai City Market (Gradska Trznica/Gradska Pijaca).

Walking by Hotel Central Park and Hotel Platani.

Lokasi Green Market adalah di Trg Slobode atau Freedom Square, Trebinje. Dataran ini cukup cantik dengan banyak pokok besar dan rendang. 
"... you might think yourself  transported to southern France, with its chestnut trees and stone-flagged pavements, old stone buildings with wrought-iron overhangs, appealing street cafes...".  

Di bandar Trebinje ada banyak taman-taman yang indah dan dataran ini adalah salah satu darinya. 

Lokasi City Market/Green Market, Trebinje. Masa itu suhu 20°C, so just nice la. 

Essentially the Green Market is an open outdoor market. Tapi di dataran ini ada juga supermarket menjual pelbagai produk seperti yang ada dijual di pasar terbuka itu.

Nampaknya ada macam-macam jenis keju.

Green Market Trebinje telah menjadi tarikan pelancong yang unik berdekad lamanya. Pasar ini sudah wujud sejak zaman pemerintahan Austria-Hungary, dan ada yang mengatakan bahawa ia telah wujud sejak zaman pemerintahan Uthmaniyyah lagi.

Pasar Trebinje beroperasi setiap hari Rabu dan Ahad di Freedom Square. Pada hari Sabtu ia lebih meriah dengan penjual-penjual yang menawarkan lebih banyak produk yang pelbagai dan pelanggan-pelanggan yang sibuk membeli produk-produk tempatan kesukaan mereka. Kami di pasar ini pada hari Isnin, jadi ia tidaklah semeriah hari Rabu dan Ahad. Which means pada hari-hari selain Rabu dan Ahad juga ada penjual yang berniaga di sini.

Just look how succulent these tomatoes are!

Bell peppers.

Collard greens.

Beautiful fresh onions straight from the sellers farms.

Pasar ini mula sibuk sekitar jam 6 pagi, apabila penjual pertama tiba dan mula mempamerkan barangan mereka. Ini adalah salah satu daripada beberapa pasar yang, sehingga hari ini, telah bertahan bukan sahaja sebagai tempat berjual beli tetapi juga sebagai tempat pertemuan.
Epal hijau, epal merah, lemon, labu, pear dan oren. Yang kanan tu namanya Dragon Tongue beans. 

Pengunjung pasar ini berpeluang membeli buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang ditanam di kebun penjual sendiri. Terdapat kiwi, limau dan oren tempatan yang ditanam di kawasan Trebinje.
Chestnuts, pomegranates, plums and a variety of juicy grapes.

Buah delima.

Buah pear. Yang kiri tu soft dan juicy sangat! 😋

Fairly tart with a bit of sweetness underneath - pomegranate. 

Dried figs.

Simbol bandar Trebinje pastinya adalah pasar tani ini. Sejak akhir abad ke-19, ia telah terletak di tempat yang sama, di central town square iaitu Trg Slobode (Freedom Square).

Such wonderful selections of fruits and vegetables. 

Selama beberapa dekad, Green Market Trebinje telah menjadi salah satu pasaran paling terkenal di rantau ini untuk produk domestiknya yang berkualiti tinggi dan terkenal. Pembeli boleh mencari pelbagai produk tempatan yang tidak terdapat di pasar raya besar.

Pasar ini juga terkenal dengan keju campurannya dari keju segar hingga aged cheese, salted, unsalted and with more or less percentage of fat. 

Pengunjung juga boleh mencuba keju kambing yang telah berusia beberapa bulan yang dikatakan setanding dengan keju Itali yang terbaik.

Dari gerai ke gerai, terdapat pelbagai jenis produk tempatan seperti madu Herzegovinian dan produk madu lain, herba perubatan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar, buah-buahan kering, keju buatan sendiri, pelbagai jenis krim (pavlaka dan kajmak), daging kering, wain buatan sendiri, minuman keras, sirap, teh dan sabun. Salah satu produk yang terkenal di sini ialah sage honey.


Produk-produk yang dijual bergantung pada musim, tetapi yang sentiasa sama adalah kualiti bagus barangan yang dijual.

Kentang dan labu juga ada dijual di sini.

Tomato Trebinje, juga dipanggil "tomato epal" kerana bentuk dan saiznya yang sama seperti epal. 
The Trebinje tomato is very tasty and highly appreciated by those who eat it; it is best eaten fresh in a salad, but it also makes good sauces and preserves.

Kopriva is nettle atau jelatang. Di sini ia dijual dalam bentuk yang sudah dikeringkan. 

Homemade cigarettes made from Herzegovina tobacco. 
🚭Marinko Čavara, presiden Persekutuan Bosnia dan Herzegovina, telah menandatangani undang-undang kawalan tembakau yang komprehensif yang akan mengurangkan penggunaan tembakau dan melindungi rakyat, khususnya belia, daripada bahaya penggunaan tembakau.
🚭Undang-undang baharu ini mewajibkan larangan merokok di kebanyakan tempat awam, tempat kerja dan pengangkutan awam yang tertutup; merokok juga dilarang di dalam kenderaan persendirian jika kanak-kanak di bawah umur berada di dalam. Peruntukan tersebut melarang pengiklanan, promosi dan penajaan tembakau di luar tempat jualan, mengharamkan penggunaan bahan tambahan dan perisa dalam rokok, mengenakan label amaran kesihatan ke atas semua produk tembakau, dan mengharamkan penjualan rokok yang mengandungi perisa ketagihan.

Bawang putih. 



A variety of herbs and spices.

Kami pun sampai di hujung Freedom Square ini. Since ada masa lagi, jom kita explore kawasan ini pula.

Ini lorong Jovana Dučića yang dinamakan sempena Jovan Dučić seorang penyair-diplomat dan akademik Serb Herzegovina. Beliau adalah salah seorang penulis lirik dan penyair modernis Serbia yang paling berpengaruh.

Beautiful artworks.


Arah dan jarak bandar-bandar dunia dari Trebinje.

Book seller.

Taman ini namanya Pod Platanima (under the plane trees). Plane trees adalah salah satu simbol Trebinje yang paling dikenali.

Bagi kebanyakan pelawat semasa hari panas, tempat ini bagai sebuah oasis yang dinaungi pokok-pokok rendang yang sudah berusia lebih daripada 120 tahun. Teduhan semula jadi dari 16 pokok besar yang terletak di tengah-tengah bandar dan lebih 500 tempat duduk membuat laman ini tempat pertemuan yang unik dan kegemaran untuk semua generasi di Trebinje.


Tourist info center.

Mural Jovan Dučić. 

This is Katedrala rođenja Blažene Djevice Marije - Cathedral of the Nativity of the Blessed Virgin Mary. It is one of four Roman Catholic cathedrals in Bosnia and Herzegovina.

Di hujung taman ini ada statue Petar II Petrović Njegoš.


Petar II Petrović Njegoš was a Prince-Bishop of Montenegro, poet and philosopher.

Across the road at the Poet Square is a monument to Jovan Dučić,  the famous poet and diplomat born in Trebinje.

Berjalan semula ke Freedom Square.



Di Freedom Square ini ada Fountain of Baron Babich. 

A commemorative water fountain dedicated to Imperial Lieutenant General Đuro Baron Babić was cast in 1890, and placed at the central point of the city market in downtown Trebinje. 

Lepas selesai lawatan ke Green Market, kami pun bertolak untuk pergi makan tengahari di Bellevue Hotel.

Statue of King Peter I of Serbia. 



Sungai Trebišnjica. Bangunan di seberang sana itu adalah Zatvoreni bazen yang dalamnya ada Olympic size swimming pool.



Dari dalam bas juga kami nampak di sungai Trebišnjica ini sebuah jambatan lama namanya Arslanagić Bridge yang sejak 2006 telah diisytiharkan sebagai National Monument of Bosnia and Herzegovina.

Jambatan Uthmaniyyah ini dibina pada tahun 1574. Lokasi sebenar asalnya adalah kira-kira 10 km di hulu sungai di mana pembinaan loji kuasa hidro pada tahun 1965 telah menyebabkan ia ditenggelami air. Pada tahun 1966 Institute for Protection of Cultural Monuments meminta jambatan itu dipindahkan ke lokasi baru. Jambatan itu telah dibongkar sekeping demi sekeping dan dipindahkan ke kedudukannya sekarang, tempat yang lebih mudah diakses oleh pelawat.
Jambatan ini telah dibina oleh Mehmed-Pasha Sokolović pada 1574 sebagai penghormatan kepada anaknya yang terbunuh dalam pertempuran dengan Venice. Apabila orang Turki dihalau dari bandar Herceg Novi pada tahun 1687, banyak keluarga Turki berpindah ke Trebinje. Seorang individu bernama Arslan-aga adalah antara mereka. Dia telah diberikan tanah di timur Trebinje dan juga ditugaskan untuk mengutip yuran dari orang ramai untuk menyeberangi jambatan ini. Sejak itu, jambatan ini dinamakan sempena namanya - jambatan Arslanagić (Arslan-aga).

Meneruskan perjalanan ke Bellevue Hotel.





Tiba di Bellevue Hotel. Hotel ini cuma 3 km away from Trebinje city center.


Kami makan tengahari dan bermalam di hotel ini. Beg-beg kami diturunkan dan disimpan dulu di hotel kerana lepas lunch kami akan ke Dubrovnik.

Hotel reception.

Makan tengahari.

Pemandangan dari hotel.

Hidangan makan tengahari.



Lepas lunch, explore sikit kawasan depan hotel.



Di depan hotel ini adalah Leotar mountain. Bellevue hotel ini juga terletak di sekitar tempat kelahiran penyair terkenal Trebinje Jovan Dučić.



Melihat pada facade Bellevue Hotel ini, nampaknya arkitek yang design hotel ini memastikan estetika hotel ini mengikuti persekitaran semula jadinya. Warna dan patterns pada facade bangunan hotel ini matched dengan warna dan texture kars gunung Leotar di depannya. Nice!

Rose bushes di depan entrance hotel.


Beautiful abelias, a fragrant white flowers that bloom in spring through fall, attracting many pollinators.


Ehhh...  ada lebah! Jom ambil gambar lebah... hihi 😄. 

Busy bee.


There could be bee farms nearby this hotel. So I'm guessing these beautiful pollinator insect are responsible for the wonderful variety of honey products that we saw on sale at the Green Market. 

A wonderful morning watching a parade of honeybees busy colleting nectar among the abelia shrubs.






And there are roses too.



Off we went to Dubrovnik.

Perjalanan ke Dubrovnik ambil masa lebih kurang 40 minit sejauh 35 km. Passing through Hercegovacka town.

Sungai Trebišnjica.


Menyeberang Sungai Trebišnjica dengan Stari Most (Stari bridge). 

Kelihatan Most (bridge) Iva Andrica. 


Hercegovacka town, Trebinje.

That is the sculpture of vojvoda Nedeljko Vidakovic in Trebinje. A Trebinje patriot.




Dubrovnik lagi 32 km.



Sempadan Trebinje.






Dari Trebinje, Bosnia and Herzegovina kami pun masuk ke Croatia ikut jalan masuk di Ivanica Border Crossing. Di border crossing ini, kami dikehendaki turun dari bas untuk melalui pemeriksaan passport di salah satu kaunter. Lepas itu naik semula bas untuk ke sempadan Croatia pula. Jarak antara kedua-dua border crossings Bosnia and Herzegovina dan Croatia adalah lebih kurang 2 km.

Sampai di Brgat Gornji Border Crossing, di Croatia. Kami tidak perlu turun bas. Passport kami dikumpul oleh Dragan (our bus driver) to be checked and stamped by the Croatian border officer on duty. 

Sudah nampak Adriatic sea.





Pemandangan yang sungguh indah sekali. 


Bandar Dubrovnik di tepi laut. 

Otok Lokrum - Lokrum island.

Dubrovnik Old Town. Menjorok ke Laut Adriatik dengan latar belakang pergunungan batu kapur yang lasak, Bandar Lama Dubrovnik dikenali sebagai salah satu bandar zaman pertengahan yang terbaik dan terpelihara dengan sempurna di dunia.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.  

1 comment: