Assalamualaikum.
Sambung lagi cerita walking tour kami di Old Town Dubrovnik, Croatia.
Setibanya kami di masjid The Islamic Community Croatia tadi, maka selesai sudah walking tour kami bersama local guide Janna. Selepas solat kami diberi masa untuk explore sendiri Old Town ini.
Sambil jalan kami berbincang ke mana nak pergi masa free time ini. Since earlier kami ada ternampak cable car naik ke Dubrava Observation Point di atas Gunung Srd, maka ke situlah kami nak tuju.
Di dataran ini kami bertanya pada salah seorang peniaga di situ arah nak ke stesen cable car dan diberitahu the station is just outside this Old Town wall. She also explained how to get to the station.
Berjalan di lorong-lorong cobblestone di celah-celah bangunan yang sudah berusia lebih 100 tahun. Memang macam boleh feel berada dalam sebuah old town.
We passed by a few restaurants in the narrow lanes.
Bertemu semula jalan Stradun, jalan utama di Old Town ini.
Dan kami pun jumpa lorong ini, laluan untuk ke stesen cable car. Bila nampak betapa tingginya tangga yang perlu didaki, berfikir dua kalilah kami. Akhirnya kami cancel rancangan nak ke Dubrava Observation Point. Bukan hanya kerana tak larat nak panjat tangga itu, tapi juga peniaga di Gundulić Square tadi ada kata masa peak season begini very likely there will be long queue memandangkan cuma ada 2 cable car sahaja yang beroperasi. Queue panjang satu hal lah, also kami takut nanti tak cukup masa nak beratur, naik ke atas, then masa nak turun kena beratur lagi.
Anyway, masa kami on they way ke Old Town ini dalam bas earlier, ada la kami dapat rakam beberapa foto pemandangan Old Town Dubrovnik dan Pulau Lokrum dari atas. Here are the photos.
So cancel naik cable car dan decided untuk ke bahagian tepi laut Old Town ini. Dubrovnik Clocktower di Luza Square.
Untuk ke tepi laut kami lalu di gerbang besar sebelah Dubrovnik Clocktower ini.
Kemudian masuk ke Ribarnica Ul. Tuuu... dah nampak laut 😃.
Old Port Dubrovnik terletak di bahagian Timur Old Town Dubrovnik.
Pada zaman Republik Dubrovnik, beberapa kubu dibina melindungi pelabuhan ini iaitu Kubu St. Luke, Kubu St. John dan Kubu Revelin. Pelabuhan ini juga dilindungi oleh dua pemecah ombak: pemecah ombak Porporela di hadapan kubu St. John dan pemecah ombak Kaše yang merentasi teluk pelabuhan.
Tembok besar yang boleh dilihat dari Old Port Dubrovnik ini adalah sebahagian dari Walls of Dubrovnik.
Pemandangan ke arah Revelin Fortress dan St. Luke Fortress.
Hari ini pelabuhan itu merupakan tempat untuk banyak bot persendirian warga tempatan, laluan bot biasa ke pulau Lokrum yang berlepas dari pelabuhan ini, serta laluan bot ke Cavtat, Mlini, dan pelbagai laluan bot-bot persiaran lain.
Syukur Alhamdulillah cuaca baik langit biru pada petang itu.
Jeti di sini dibina pada akhir abad ke-15 oleh pembina utama Paskoje Miličević yang juga arkitek yang membina Tembok Dubrovnik. Dia juga mereka bentuk pemecah ombak di pelabuhan ini.
Ada pelbagai jenis boat tours di sini termasuk private boat tours, group boat tours and boats rental services. There are full day, half day or 1 hour or less boat cruises. Ada yang lawat pulau, snorkeling and panorama boat tours.
Contohnya bot nama Skala ini bertolak setiap setengah jam. Tiket adalah 35 kuna iaitu sekitar 5 Euro. Perjalanan cruise ini mengambil masa selama 15 minit dan ia beri peluang yang baik untuk penumpang melihat Tembok Old Town ini dari laut.
Bangunan tinggi itu ialah St. John Fortress yang merupakan sebahagian dari Walls of Dubrovnik iaitu kompleks pertahanan tembok Kota Dubrovnik. Ia adalah salah satu dari 3 kubu yang dibina untuk melindungi pelabuhan ini masa zaman dahulu. Ia juga dikenali sebagai Mulo tower. Pada mulanya Dock Fort dibina dan kemudian ditambah dengan Gundulić Fort. Kemudian kedua-dua kubu ini digabungkan dan diberi nama St. John Fortress.
St. John Fortress adalah kubu monumental yang terletak di sebelah tenggara Old Town Dubrovnik. Ia dibina untuk mengawal dan melindungi pintu masuk pelabuhan. Kubu ini dibina sebagai salah satu daripada banyak cara peningkatan sistem pertahanan pelabuhan. Bentuk dindingnya ke arah laut adalah bulat denagn bahagian bawahnya condong, manakala bahagian yang menghadap pelabuhan mempunyai dinding menegak yang rata.
Kalau nak naik bot glass bottom ini pun boleh untuk menikmati keindahan dunia bawah air laut Adriatik. Laut Adriatik digambarkan oleh Jacques Cousteau sebagai salah satu laut paling bersih di dunia.
Di bahagian sana tepi laut Adriatik ini adalah kawasan perumahan mewah dengan hotel-hotel berbintang-bintang Dubrovnik. Juga ada beberapa pantai yang katanya ada juga nudist beach.
Di pelabuhan lama ini juga ada bangunan tiga gerbang ini yang mempunyai sejarah yang menarik. Dipanggil Old Arsenal, ia adalah bekas tempat kapal dibina pada zaman Republik Dubrovnik.
Dahulu Old Arsenal ini mempunyai bilik-bilik kebal di mana di dalamnya kapal-kapal dibina. Semasa pembinaan kapal sedang dilakukan, bilik-bilik kebal ini ditutup dengan batu bata dalam tempoh kapal itu dibina untuk mengelakkan pengintip musuh mencuri rahsia cara-cara pembinaan kapal mereka. Selepas kapal dibina, dinding batu bata itu akan dirobohkan dan kapal itu dilancarkan ke laut. Hari ini Old Arsenal ini adalah sebuah restoran.
Di pier ini ada beberapa boat tour kiosks yang menawarkan pelbagai jenis boat cruises.
Memandangkan kami ada banyak masa lagi, maka kami berdua bersama abang ipar dan isteri dia decided to go for one of the boat cruises. Earlier masa sampai ke sini kami dapat melihat Old Town ini dari arah darat. Semasa walking tour tadi dapat pula melihat Old Town ini dari dalam. So it would be nice to also see the Old Town from the sea.
Kami memilih Panorama Boat Cruise because it was a short cruise, cuma 50 minit sahaja. Jadi cukuplah masa sebelum time untuk berkumpul di meeting point.
Inilah route Panorama Boat Cruise kami. Berlepas dari Port of Dubrovnik then menyusuri benteng laut Old Town Dubrovnik. Lepas tu pusing Pulau Lokrum, terus menyusuri tepi laut Dubrovnik paling selatan dan balik semula ke Port of Dubrovnik.
Kami ke kaunter syarikat boat cruise Adriana Niko Miljas i Sinovi ini. Layanan staff ini sangat bagus jadi kami decide terus saja ambil cruise dengan dia. Tambahan pula kata dia sudah ada satu bot sedang menunggu penumpang. So we can depart immediately which was just excellent since we do have time constraint.
Kami juga terus saja setuju ambil cruise ini tanpa shopping around di kaunter-kaunter lain sebab harganya Euro 5 seorang which was about RM23. Juga sebab we got a private boat, hanya kami berempat, tiada orang lain.
In boat cruise kami. Cukup selesa saiznya, sesuai untuk kami berempat. Konsepnya terbuka jadi dapat pemandangan 360 darjah tanpa sebarang halangan. Of course this is important lah bila nak ambil gambar 😄. Masa dalam pelayaran, saya noticed bot ini bukanlah macam speedboats yang saya nampak meluncur begitu laju. Kalau memecut laju begitu, susahlah sangat nak ambik gambar dan akan melambung-lambung. Bot ni nice, slow and steady je, smooth sailing kata orang 😄. It has comfortable seats di depan dan belakang dan boleh je nak berdiri sambil menikmati angin laut sambil ambil gambar.
Melangkah masuk ke bot sambil membaca doa. |
Since earlier tadi kami tak jadi naik ke Dubrava Observation Point, kami ganti dengan naik cruise. Tidak dapat lihat Old Town Dubrovnik dari gunung Srd, kami ganti dengan pemandangan dari Laut Adriatik.
Bangunan Old Arsenal yang dulu pernah menjadi limbungan kapal tertutup.
Ada juga kami nampak beberapa pelancong lain yang ambil boat cruise as their excursion.
This is a much bigger boat, suitable for bigger groups of people.
Jom kita mulakan cruise di Laut Adriatik.
Kawasan perumahan orang kaya Dubrovnik di lereng gunung Srd dengan pemandangan Old Town Dubrovnik dan Laut Adriaktik dan pulau-pulau sekitarnya. Entah berapalah agaknya harga rumah di situ. Juga ada beberapa hotel mewah di tepi laut situ.
On the left is St. John's Fortress. Next to it are Church of Our Lady of Mt. Carmel and a restaurant.
Dari pandangan sini pula kami nampak kubu-kubu St. Luke Fortress and Revelin Fortress juga Church of St. Dominic and Dominican monastery.
Pandangan depan Old Arsenal (limbungan bina kapal) yang lebih jelas dari yang kami nampak dari jeti.
Church of St. Dominic and Dominican monastery.
The 31 meter Dubrovnik Bell Tower at Luža Square.
Semasa kami belayar keluar dari pelabuhan purba ini, saya membayangkan agaknya begitulah pemandangan Old Town Dubrovnik yang dilihat oleh setiap pedagang dan pengembara ketika mereka pertama kali berlayar masuk ke di Old Port of Dubrovnik ini berkurun-kurun yang lalu.
Laluan pejalan kaki di sepanjang pelabuhan dan pemecah ombak Porporela ini telah dibina pada abad ke-19 semasa pemerintahan Austria Dubrovnik.
Saya labelkan beberapa historical landmarks di Old Tow Dubrovnik seperti di foto bawah.
Ini pemecah ombak Porporela di Pelabuhan Lama Dubrovnik yang asalnya dibina pada zaman dahulu untuk mengurangkan pukulan ombak, mengurangkan hakisan dan melindungi bot dan kapal yang berlabuh di pelabuhan Dubrovnik. Pada musim panas tempat ini jadi lebih meriah dengan aktiviti orang ramai yang datang untuk berjalan, berjemur dan berenang.
Ini pula satu lagi pemecah ombak di teluk Old Port Dubovnik ini. Namanya pemecah ombak Kaše (Kaše breakwater - Valobran Kaše) dibina pada abad ke 15.
Sebelum pemecah ombak Kaše ini dibina, rantai pertahanan besi merentas teluk ini dipasang pada waktu malam antara kubu St. John (St. Juan Festung) dan kubu St. Luke (Kula Luka) untuk melindungi pelabuhan daripada dimasuki kapal musuh. Pemecah ombak Kaše juga memberikan perlindungan tambahan daripada serangan musuh kerana selepas ia dibina, rantai pertahanan besi itu boleh diletakkan pada jarak yang lebih pendek, iaitu antara kubu St. John dan pemecah ombak Kaše.
Gambaran rantai pertahanan besi rentas teluk yang dipasang antara St. John Fortress dan St. Luke Fortress dan antara St. John Fortress dan pemecah ombak Kaše. |
Saya kongsi di sini beberapa foto rantai besi sebenar yang digunakan bagi tujuan menyekat laluan air sebuah bandar dari dicerobohi oleh kapal-kapal musuh. Foto-foto di bawah adalah foto rantai pertahanan besi yang pada zaman dahulu yang dipasang di laluan masuk Golden Horn, Istanbul. Rantai ini saya rakam di Military Museum and Cultural Centre Command di Istanbul.
Puncak gunung Srd, lokasi Dubrava Observation Point.
Skipper bot kami terus bawa kami menyusuri Walls of Dubrovnik. Dari laut tembok ini kelihatan lebih hebat dan mengagumkan. Ini adalah Sveti Spasitelj Fortress yang juga dikenali sebagai menara/benteng Saint Savior terletak di sebelah tenggara tembok bandar dibina dari 1647 to 1657. Di sebelah kanan itu adalah St. John Fortress.
Antara Sveti Spasitelj Fortress dan St. John Fortress ada tempat mandian public.
Sveti Spasitelj Fortress. Ke sebelah kirinya adalah Fort St. Stephen dan di kiri sekali itu adalah Fort St. Margaret.
Pemandangan Sveti Spasitelj Fortress dan St. John Fortress.
Then we came upon two more bastions, the Fort St. Stephen (right) and Fort St. Margaret (left).
Fort St. Stephen adalah salah satu kubu terbaru di Dubrovnik, yang dibina pada abad ke-17. Perbinaan tembok pertahanan bandar ini bermula pada abad ke-7, dan tempoh kerja pembinaan yang paling pesat bermula pada abad ke-12 dan berlangsung selama 500 tahun lagi.
Fort St. Margaret adalah merupakan lokasi sebuah gereja lama yang dianggarkan dibina pada tahun 1571.
Di tepi St. Stephen Fortress ada satu lagi tempat mandian awam namanya Dubrovnik City beach.
Dari lokasi kami masa itu boleh nampak keseluruhan pulau Lokrum.
Terus menyusuri Walls of Dubrovnik ini. Di hujung sana adalah Fort St. Peter.
Kayak juga boleh disewa untuk berdayung sekitar tebing Old Town.
Fort St. Peter (Kula sv. Petra).
Kelihatan ramai juga orang berkayak di tengah laut ni. May be these are kayaking tours, a combination of sightseeing and kayaking around the Old Town.
Kayakers heading to Lokrum island. Satu benda yang saya noticed masa itu laut di kawasan ini airnya tenang. Jadi selamatlah untuk berkayak. I'm sure the kayak tours company would have checked the sea conditions and weather beforehand.
Di hujung barat Walls of Dubrovnik ini ada satu lagi kubu namanya Fort Bokar. Kubu ini dibina pada abad ke-15 dengan tujuan untuk mempertahankan pintu masuk utama bandar Pile Gate, jambatan dan paritnya.
Fort Bokar dianggap sebagai titik utama pertahanan laut barat serta darat. Kubu ini telah direka oleh arkitek Florentine Michelozzo di Bartolomeo Michelozzi sebagai bangunan dua tingkat separuh bulatan, yang dianggap pada masa kini sebagai salah satu kubu tertua di Eropah. Oleh kerana rupanya yang menarik, ia sering diambil sebagai contoh seni binaan kubu abad pertengahan yang berfungsi yang indah.
Bangunan di tebing bukit tepi laut itu pula adalah Fort Lovrijenac atau St. Lawrence Fortress yang sering dipanggil "Dubrovnik's Gibraltar". Ia adalah sebuah kubu dan teater di luar tembok barat bandar Dubrovnik.
Pada awal abad ke-11, the Venetians cuba membina kubu di tempat yang sama di mana Kubu Lovrijenac berdiri sekarang. Sekiranya mereka berjaya berbuat demikian, mereka akan menguasai Dubrovnik, tetapi penduduk bandar ini menghalang the Venetians dengan membina kubu ini terlebih dahulu.
St. Lawrence Fortress ini berbentuk segi tiga dengan tiga teres. Ketebalan dinding yang menghadap ke luar mencapai 12 meter manakala bahagian dinding yang menghadap ke dalam hanya setebal 60 sentimeter.
Ok, ini peta lokasi kubu-kubu yang kami nampak semasa cruise di sepanjang tebing tembok Old Town Dubrovnik.
Selepas menyusuri tebing laut Walls of Dubrovnik kami dibawa ke Pulau Lokrum pula. Pemandangan western Walls of Dubrovnik dan Dubrava Observation Point di gunung Srd.
Dubrava Observation Point dan Homeland War Museum (Fort Imperial).
Meluncur ke Pulau Lokrum dibawa skipper sambil menikmati keindahan suasana di Laut Adriatic.
Pemandangan tanah besar Dubrovnik.
Kayakers making their way between city of Dubrovnik and the Lokrum island.
Lokasi beberapa kubu di Walls of Dubrovnik dilihat dari arah laut.
Dubrovnik affluent area.
Kayak and speedboat.
Beautiful view of Old Town Dubrovnik, city of Dubrovnik and the Srd mountain seen from the Adriatic sea.
Bila sudah hampir ke pulau Lokrum, saya pun ke bahagian depan bot untuk ambil gambar pulau itu.
Bergambar bersama skipper. Bila diajak bergambar dia terus suruh saya mengemudi bot ini... berlakon je tu 😄.
Skipper kami ini orang local yang tinggal beberapa km sahaja dari Old Town Dubrovnik. Banyak juga info menarik yang dia kongsi bersama kami.
Kelihatan di celah-celah pokok itu ialah Benedictine Monastery of St. Mary. Ia adalah biara Benedictine tertua dan paling penting di kawasan Dubrovnik, yang diasaskan pada abad ke-11.
Glass bottom boat. To see the Adriatic sea's wonderful underwater world.
Dikenali sebagai 'Dubrovnik's Green Oasis' oleh orang tempatan di sini, pulau Lokrum adalah rizab alam semula jadi Dubrovnik. Ada perkhidmatan feri ke pulau ini dari Old Port Dubrovnik.
Nama Lokrum berasal dari bahasa Latin, acrumen, yang bermaksud buah masam. Ini berasal dari tradisi menanam tumbuhan eksotik di pulau itu, suatu tradisi yang bermula pada zaman Benedictines. Benedictines terakhir meninggalkan pulau itu pada tahun 1808.
Di puncak tertinggi pulau ini, pada ketinggian 96 meter di atas paras laut ada Fort Royal Castle, yang dibina oleh Perancis semasa pendudukan Napoleon di Croatia. Ia kemudiannya dinamakan 'Menara Maximilian' oleh Austria.
Fort Royal ialah penempatan tentera yang terletak di puncak tertinggi Lokrum yang menghadap ke Dubrovnik. Pembinaan kubu ini bermula di bawah Empayar Perancis pada tahun 1806 dan siap pada tahun 1835 oleh Austria.
Archduke Austria (dan Maharaja Mexico) Maximilian pernah mempunyai rumah percutian di pulau ini. Sebuah biara dan taman botani dari zamannya masih ada di pulau ini.
Legenda menyatakan bahawa kapal King Richard the Lionheart telah karam berhampiran pulau ini dalam perjalanan pulang dari Perang Salib. King Richard berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke Pulau Lokrum. Dia berjanji untuk membina sebuah gereja di pulau ini tetapi, atas rayuan warga Dubrovnik, gereja itu dibina di tanah besar berhampiran.
Ini adalah Plaže Lokrum (Lokrum beach).
Ada satu lagi kisah legenda tentang pulau ini iaitu sumpahan pada pulau ini dan kepada sesiapa sahaja yang memiliki pulau ini oleh the Benedictines monks yang dihalau keluar selepas mereka sudah tinggal di pulau ini selama lebih 7 abad. Sumpahan yang menyebabkan setiap pemiliknya mati secara trajik hingga menyebabkan kejatuhan Habsburg Empire. Kalau berminat nak baca legenda ini silalah ke link ini.
Pulau ini telah menjadi lokasi penggambaran Game of Thrones. Hari ini terdapat pusat pelawat untuk siri TV Game of Thrones di pulau ini lengkap dengan Iron Throne yang sebenar.
Pantai berbatu di Pulau Lokrum.
Dari segi geolojinya, seluruh pulau ini terbentuk daripada lapisan tebal batu enapan iaitu batu kapur dan dolomit.
The sedimentary rocks hide an interesting geological story millions of years old – they used to be a part of the Adriatic-Dinaridic carbonate platform. The platform’s remains still make up the karst region in Croatia, from Karlovac, Gorski Kotar and Lika to Istria, the Croatian Littoral and Dalmatia, but its largest part has sunk under the Adriatic Sea.
Wonderful rock formations.
Di pulau ini juga ada banyak tebing-tebing berbatu yang tinggi. Sesuai untuk aktiviti jump off the cliffs.
Skipper kami juga menunjukkan keunikan rock formation di sini by pointing out to us this, what he called, natural bridge. In the map it is labelled as 'Buža na Lokrumu'.
Pantai berbatu pulau ini sentiasa terdedah kepada ombak, terutama ketika ribut kuat di mana hakisan kawasan pantai berlaku terutamanya di bahagian selatan pulau ini.
Salute and respect. Happy gelak-gelak je mereka 😃.
Ini satu lagi gua, namanya Golub spilja atau Pigeon Cave.
Airnya jernih sangat!
Port Lokrum.
Jauh di sana kelihatan pulau-pulau Bobara, Mrkan dan Supetar.
Memang gigih betul couple ni! Jauh sungguh mereka berkayak.
Such a beautiful seascape... subhanAllah.
We also encounter a few caves. This one is at the southern part of the Lokrum island.
Gua ini boleh dimasuki dengan berkayak atau berenang. Jika dengan bot saiz yang kami gunakan ini, cuma boleh sampai di pintu gua sahajalah.
Kami dibawa ke pinggir gua.
Pemandangan ke arah laut lepas dari dalam gua.
Kata our skipper di sini ada nudist beach tapi kami tak nampak mungkin sebab masa itu autumn dan bukannya summer time. Jadi sejuk kot nak berbogel.
Nama nudist beach ini ialah FKK Rocks Lokrum. 'FKK' is German for nudism, Frei Korper Kultur (Free body culture), but is used all over Europe to point out nudist places. So kalau pergi mana-mana pantai di Eropah yang ada sign 'FKK'... haaa... larilah segera menyelamatkan diri 😂.
No, we did not see any nudity during our cruise, fortunately 😄.
Dari Pulau Lokrum kami merentasi Laut Adriatic menuju ke Bandar Dubrovnik yang terletak di sebelah timur Old Town Dubrovnik pula.
Dari Pulau Lokrum kami menuju ke bahagian paling selatan Dubrovnik yang dipanggil Zlatni Potok.
Bangunan biru itu adalah Hotel Belvedere, dulu sebuah hotel mewah tapi kini sudah terbengkalai. Kompleks itu kekal terbiar sejak Perang Kemerdekaan Croatia. Semasa pengepungan di bandar ini pada tahun 1991, berpuluh-puluh pelarian Croatia berlindung di dalamnya. Amphitheater hotel ini juga pernah digunakan sebagai set penggambaran siri TV Game of Thrones.
Di Zlatni Potok, kawasan kediaman hebat yang eksklusif ini terdapat hotel Villa Dubrovnik dan Grand Villa Argentina, dan juga beberapa hotel milik persendirian. Yang paling menyerlah ialah Villa Šeherezada.
Bangunan warna biru cair tepi tebing itu adalah Villa Dubrovnik, a 5 star hotel. Berapalah agaknya rate satu malamnya.
Walls of Dubrovnik / Old Town Dubrovnik.
Hotel Belvedere.
Terdapat beberapa pockets of small beaches along this stretch of seafront properties. Ini Plaža Sveti Jakov atau Sveti Jakov beach.
Pantainya jauh di kaki tebing tinggi. Bayangkanlah nak panjat tangga tu lepas mandi/santai di pantai.
Di lereng gunung Srd ini juga ada gereja. Yang ini namanya St. Jacob Church dibina pada 1222.
Pastinya sangat mencabar membina bangunan di lereng gunung.
Kami terus dibawa menyusuri pinggir bandar elit Dubrovnik ini.
Villa Dubrovnik.
Then we came upon this unique beach, the Betina Cave beach. Pantainya dalam gua besar bersiling sangat tinggi. Boleh ke pantai ini hanya melalui laut, kerana tiada laluan atau tangga.
Some say this is a real five-star coastline.
Ini Villa Šeherezada. Dikenali sebagai 'Taj Mahal of Dubrovnik'. Arkitek Alfred Keller dari Vienna mereka bentuk villa ini untuk Vilim Zimdin, seorang jurubank dari Ukraine. Vilim nak impress mistress dia dan juga penduduk Dubrovnik dengan sesuatu yang belum pernah ada di Dubrovnik. Tetamu villa hari ini antaranya adalah orang kaya, putera raja dan selebriti dari seluruh dunia.
Ini Grand Villa Argentina, juga 5 bintang. Sini semuanya hotel 5 bintang belaka.
The Beachfront Dubrovnik Old Town, a holiday apartment.
Ini satu lagi pantai, Banje Beach.
Dan kami pun selamat kembali ke Old Port Dubrovnik.
Fort St. John.
We had an amazing time during the 1 hour Panorama Boat Cruise, I had to thank the staff 😄. For only Euro 5 seorang atau RM23, terjangkau dan berbaloi sangat. Pulak tu dapat 'private' boat. Cuaca pula baik dengan langit biru cantik, membuatkan banyak foto-foto kami yang menjadi 😃. Syukur Alhamdulillah.
Ada peta Pulau Lokrum di dinding ini.
Ada banyak juga tempat-tempat menarik di pulau itu. Definitely kena luang masa sehari kalau nak jalan-jalan di situ.
Lepas boat cruise selama 1 jam, kami masih lagi ada masa. Jom kita explore sikit lagi Old Town Dubrovnik ini sebelum ke meeting point.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
salam tuan, tuan pergi under syarikat travel apa ye?
ReplyDeleteSalam tuan. Kami pergi dengan Muslimtravelbug Sdn Bhd.
Delete