Assalamualaikum.
Sambung cerita lagi dengan hari ketiga kami di Bosnia & Herzegovina. Selepas travel dalam bas selama lebih 2 jam, kami pun selamat tiba di bandar Mostar dari Sarajevo. Alhamdulillah.
Sambung cerita lagi dengan hari ketiga kami di Bosnia & Herzegovina. Selepas travel dalam bas selama lebih 2 jam, kami pun selamat tiba di bandar Mostar dari Sarajevo. Alhamdulillah.
Bandar bersejarah Mostar, merentangi lembah Sungai Neretva yang dalam, dibangunkan pada abad ke-15 dan ke-16 sebagai bandar sempadan Uthmaniyyah dan semasa zaman Austro-Hungary pada abad ke-19 dan ke-20. Nama 'Mostar', disebut buat pertama kali pada tahun 1474 dan berasal daripada "mostari" yang bermaksud 'penjaga jambatan'.
Bahagian bersejarah Mostar terbentuk hasil dari interaksi antara fenomena semula jadi dan kreativiti manusia berlaku dalam tempoh bersejarah yang panjang. Intipati kesinambungan budaya selama berabad-abad ini boleh dilihat dari jambatan dan kubunya serta lapisan arkeologi yang banyak dari zaman pra-Uthmaniyyah, bangunan keagamaan, zon kediaman (mahala), tanah pertanian, rumah, bazar dan kehidupan awamnya di jalanan dan sungai.
Seni bina di Mostar juga mencerminkan simbol toleransi: kehidupan bersama umat-umat Islam, Kristian dan Yahudi dengan Masjid, gereja dan rumah ibadat wujud berdekatan.
Di Mostar Orang Croat Roman Katolik dengan budaya Eropah Barat mereka, Serb Ortodoks Timur dengan unsur budaya Byzantine mereka, dan Yahudi Sephardic dapat terus hidup bersama dengan Bosniaks-Muslims selama lebih daripada empat abad. Oleh itu, seni bina-seni bina dari beberapa wilayah dapat dilihat di bandar ini dalam siri pencapaian seni bina yang unik.
Koski Mehmed Pasha Mosque, Franciscan church, Holy Trinity Orthodox Church and Jewish Synagogue |
Kaya dengan sejarah dan warisan semula jadi, Herzegovina sentiasa dihuni oleh orang-orang dari pelbagai bangsa yang membawa sebahagian daripada budaya dan kepakaran mereka ke negara ini. Hasilnya, Herzegovina dan pusatnya Mostar menjadi terkenal sebagai sebuah konglomerat budaya yang tidak dapat dipisahkan dalam agama dan tradisi, makanan dan seni bina, lagu dan seni.
Secara amnya Mostar dibina dalam tiga tempoh: dari pertengahan abad ke-15 hingga akhir abad ke-17, dari 1878 hingga 1918 dan dari 1945 hingga 1992. Kitaran masa ini menyaksikan bukan sahaja pencapaian seni bina pembina Mostar, tetapi juga perubahan sejarah yang dilalui oleh negara-negara Balkan.
Dengan memperoleh kemerdekaan daripada Yugoslavia pada tahun 1992, Bosnia dan Herzegovina terlibat dalam peperangan di mana Mostar dan rakyatnya menjadi mangsa kebiadaban yang kejam. Dalam tempoh yang sangat singkat, "The City of Bridges" menjadi "The City without Bridges", di mana banyak binaan-binaan yang paling bersejarahnya telah dimusnahkan dan warga Mostar sama ada terbunuh atau terpaksa berpindah.
Mostar kontemporari telah berjaya bangkit daripada keputusasaan yang disebabkan oleh perang. Hari ini, ia adalah sebuah bandar Eropah moden yang menerima ramai pelawat setiap tahun. Dengan dua Universiti, Mostar telah menjadi bandar belia, dengan banyak restoran, bar dan kedai kopi yang memenuhi keperluan generasi muda ini. Teras bandar lama Mostar adalah tempat pelancongan yang paling banyak dikunjungi, walaupun terdapat beberapa tarikan lain yang juga menarik. Mostar juga telah menjadi destinasi membeli-belah yang hebat dengan beberapa pusat membeli-belah di seluruh bandar. Terdapat juga banyak kelab sukan yang memenuhi keperluan pelancong yang mencari keseronokan sukan lasak dan pengembaraan.
Kami diturunkan di jalan Maršala Tita, di sebelah timur sungai Neretva. Jalan ini adalah jalan terpanjang di bandar Mostar, juga jalan terpanjang di zon bandar di Herzegovina. Ia menghubungkan pintu masuk selatan ke zon bandar Kota Mostar dengan pintu masuk utaranya.
Alhamdulillah, suhu nyaman, sesuailah dengan program walking tour di sebuah old town. By the way di Mostar ini kami dibawa explore kawasan sekitar the Old Bridge of Mostar.
Passed by a small park yang ada monumen peringatan patung penyair terhormat Aleksa Šantić.
Aleksa Šantić ialah seorang penyair dari Bosnia dan Herzegovina. Puisinya mencerminkan kedua-dua budaya bandar di rantau ini. Tema yang paling biasa dalam puisinya ialah ketidakadilan sosial, cinta nostalgia dan perpaduan Slav Selatan.
Kami juga passed by a cluster of 'War buildings' among many other such buildings in Mostar that were marked as historical landmarks. Sebuah bangunan yang menjadi saksi kepada kesan perang ke atas Bosnia dan pengepungan Mostar. Bangunan itu kelihatan terbiar tapi kukuh.
Dari jalan Maršala Tita ini, boleh nampak Mostar Peace Bell Tower yang jauhnya 1.5 km dari jalan ini.
Dengan ketinggian 75 meter, menara ini dapat dilihat jelas dari banyak lokasi di Mostar.
Menara ini juga dapat dilihat dari highway earlier, semasa kami tiba di bandar Mostar dari Sarajevo.
Di jalan Maršala Tita ini ada banyak war buidings. Semasa Perang Yugoslavia, banyak rumah dan bangunan di Mostar telah rosak atau musnah. Walaupun selepas bertahun-tahun, banyak kerosakan masih tidak dibaiki. Ada yang dikekalkan begitu sebagai peringatan.
Sebahagian daripada strategi perang di Bosnia-Herzegovina ialah pemusnahan bangunan-bangunan di Mostar dengan tujuan menghancurkan sejarah dan budayanya. Sasaran pemusnahan ini adalah pada bangunan-bangunan tertentu iaitu bangunan yang simbolik yang melambangkan identiti penduduknya dan budaya mereka.
Bangunan-bangunan ini mempunyai warisan budaya yang penting, seperti bangunan ibadat, perpustakaan, muzium, universiti dan dataran. Ini adalah taktik perang yang terkenal: melumpuhkan penduduk secara psikologi dengan memusnahkan segala-gala yang boleh melambangkan identiti mereka, menyebabkan hilangnya harapan, lumpuh emosi dan kehilangan keupayaan untuk melawan.
"These buildings are attacked not because they are in the path of a military objective: to their destroyers they are the objective". - The Destruction of Memory, Robert Bevan
We were then joined by a local tour guide named Ali. Dia akan bawa kami walking tour ke Mostar Old Bridge (Stari Most) dan kawasan sekitarnya.
Mendengar penerangan ringkas dari Ali tentang Mostar dan Mostar Old Town.
Kami juga passed by Yunus Emre Enstitüsü - Yunus Emre Institute. Institut ini ialah pertubuhan non-profit yang mempunyai banyak cawangan di seluruh dunia yang dicipta oleh kerajaan Turki pada tahun 2007.
Dinamakan sempena penyair terkenal abad ke-14 Yunus Emre, ia bertujuan untuk mempromosikan Turki, Bahasa Turki, sejarah, kebudayaan dan kesenian, membuat maklumat dan dokumen yang berkaitan sedemikian untuk kegunaan di dunia, menyediakan perkhidmatan di luar negara kepada orang yang ingin mendapat pendidikan dalam bidang Bahasa Turki, budaya dan seninya, untuk meningkatkan persahabatan antara Turki dan negara-negara lain dan meningkatkan pertukaran budaya di sekitar dunia. Ia diwujudkan melalui decree oleh Recep Tayyip Erdoğan. Institut ini paling banyak diadakan di pusat dan sekitar wilayah Balkan. Institut ini juga di Kuala Lumpur. Yunus Emre Enstitüsü mempunyai lebih daripada 58 pusat kebudayaan di luar negara.
Ini Yunus Emre Enstitüsü di Kuala Lumpur.
Berjalan menuju ke Mostar Old Bridge.
Ini menara Kula Tara yang digunakan sebagai menara kawalan pintu masuk timur ke Mostar Old Bridge bersama Menara Halebija. Ia kini menempatkan muzium khusus untuknya iaitu Muzej Stari Most sejak tahun 2006. Dari lokasi kami ini, ia kelihatan bulat tapi sebenarnya ianya berbentuk separuh bulat dengan bahagian sebelah lagi berbentuk segi empat bila dilihat dari arah Mostar Old Bridge. Ia mempunyai lima aras dengan ketinggian kira-kira 20 meter dengan dinding setebal 3.5 meter. Ia telah dibina pada tahun 1676 di tapak menara kayunya asalnya yang sudah ada sejak abad ke-11.
Ini lokasi Menara Kula, Mostar Old Bridge dan Menara Halebija.
Sehingga akhir zaman Uthmaniyyah, pada tahun 1878, ia digunakan sebagai gudang serbuk senjata dan peluru. Menara ini telah mengalami kerosakan yang teruk semasa perang dan telah dipulihkan sebagai sebahagian daripada projek pembinaan semula Mostar Old Bridge.
Dari jalan Maršala Tita, kami turun tangga ini untuk ke Mostar Old Bridge.
Ada cafes and restaurants.
Dari sini juga boleh nampak Mostar Peace Bell Tower.
Beautiful Turkish lamps.
6 pieces of fridge magnets for 5 euro which is about RM23, around RM3.80 per piece.
Kira-kira 1.5 juta pelancong melawat Herzegovina-Neretva Canton setiap tahun, di mana kira-kira 400,000 telah didaftarkan melawat Mostar.
Tarikan sebenar untuk pelancong yang datang ke Mostar buat kali pertama adalah berjalan secara walking tour melalui bandar bersejarah ini.
Di old town ini, jalan-jalan serta lorong-lorongnya kebanyakkannya adalah cobblestone walkways. They look nice of course but they are actually quite slippery.
Laluan pejalan kaki ke Old Bridge dan jalan yang menghampirinya diturap dengan cobblestones, seperti di kebanyakkan jalan utama di bandar ini.
Kami pun sampai ke Stari Most yang bermaksud Old Bridge. Jambatan Uthmaniyyah abad ke-16 yang dibina semula di bandar Mostar di Bosnia dan Herzegovina ini merentasi sungai Neretva dan menghubungkan dua bahagian bandar ini.
Kedai-kedai kraf Mostar sebahagian besarnya menyumbang kepada semua fasa pembangunan Mostar. Selepas ketibaan pasukan tentera Uthmaniyyah yang pertama di Old Bridge, tukang dari semua bahagian Empayar Uthmaniyyah berpusu-pusu ke Mostar untuk menjual produk dan perkhidmatan mereka. Tidak lama kemudian, Mostar menjadi stesen penting untuk laluan perdagangan yang bergerak dari barat ke timur, serta dari selatan ke utara. Terdapat pelbagai produk yang dibuat dan dijual seperti produk-produk tembaga, kayu, kulit, serta pengeluaran roti dan kek.
Bekas bandar yang pernah dilanda peperangan ini telah pulih untuk menjadi salah satu destinasi pelancongan paling menarik dan popular di Bosnia-Herzegovina. Bandar ini dinamakan sempena penjaga jambatan lama (mostari) yang menjaga Stari Most.
Di tepi jalan ini ada info boards about The Old Bridge and Towers.
Jom baca maklumat rasmi yang disediakan oleh Bosnia and Herzegovina, Commission to Preserve Monuments ini.
Dalam konflik tahun 1990-an, banyak bahagian bandar bersejarah ini dan jambatan lamanya, yang direka oleh arkitek terkenal Sinan, telah musnah. Mostar Old Bridge telah dibina semula bersama banyak bangunan-bangunan di bandar ini dengan sumbangan jawatankuasa saintifik antarabangsa yang ditubuhkan oleh UNESCO. Kawasan Jambatan Lama, dengan ciri-ciri seni bina pra-Uthmaniyyah, timur Uthmaniyyah, Mediterranean dan Eropah barat adalah merupakan contoh cemerlang penempatan bandar berbilang budaya. Jambatan Lama dan Kota Lama Mostar yang dibina semula adalah simbol perdamaian, kerjasama antarabangsa dan kewujudan bersama masyarakat pelbagai budaya, etnik dan agama.
Pada tahun 2004 the Old Bridge (yang telah disenaraikan dalam Warisan Dunia UNESCO), akhirnya kelihatan seperti ianya pada tahun 1566. Untuk pembinaan semula jambatan ini, keputusan telah dibuat untuk mengali batu dari gunung yang sama seperti yang dilakukan berabad-abad yang lalu, dan ia juga telah dibina semula menggunakan teknik yang sama seperti dahulu.
Kawasan Mostar tidak padat penduduknya sebelum zaman pemerintahan Ottoman. Beberapa kampung di lembah Mostar terpisah-pisah dan tidak membentuk sebarang kawasan bandar. Pusat wilayah pada ketika itu adalah di Blagaj, tenggara Mostar.
Ali sedang memberi penerangan tentang Old Bridge dan Mostar Old Town. |
Hanya setelah kedatangan Uthmaniyyah pada abad ke-15 Mostar mula berkembang. Sebelum ini hanya dikenali sebagai "Two castles at the Neretva bridge" seperti yang tercatat dalam arkib Dubrovnik, bandar ini selepas itu mendapat manfaat dari jambatan Neretva itu sendiri, di mana perdagangan dan penghasilan pelbagai kraf berkembang.
Ini adalah Menara Halebija. Seperti Menara Kula Tara yang kita lihat tadi, Menara Halebija ini juga adalah sebuah menara kawalan pintu masuk ke Mostar Old Bridge. Menara Halebija yang terletak di sebelah barat sungai Neretva, pernah dijadikan penjara di tingkat bawahnya, dan berek kecil di tingkat atasnya, disamping sebagai menara peninjau. Dibina pada masa yang sama dengan Menara Kula Tara (1676), ia juga berbentuk separa silinder, tetapi dengan ketinggian yang lebih rendah, kira-kira 18 meter.
Menara Kula Tara. Dari sini ia kelihatan berbentuk segi empat. Dari arah kami masuk ke Old Town ini tadi ia kelihatan berbentuk bulat/silinder.
Permukaan jalan/lorong di sini dibuat dari susunan batu-batu segi empat putih pelbagai saiz. Overtime and after being continuously trampled upon by endless flocks of tourists, the surface had become quite slippery. Pada permukaan jalan ini juga disusun batu-batu secara memanjang dan timbul tinggi sedikit dari permukaan jalan sebagai pemijak bagi memudahkan mendaki dengan memberikan firm footing untuk elak dari tergelincir. Tapi masalahnya batu-batu merentang itu pun licin juga 😅😐.
Sebuah kedai yang offer wine tasting despite Muslims comprising the single largest religious community in Bosnia and Herzegovina at 51%. Yes, orang Islam di sini memang ada yang minum arak. Secular mereka ni, macam Turki.
Menara Kula Tara.
Mostar Old Bridge dibina merentasi sungai Neretva ini. Sungai Neretva yang juga dikenali sebagai 'emerald beauty', mengalir dari timur Herzegovina melalui lembah di kawasan pergunungan. Dari Konjic ke Mostar, di Sungai Neretva telah dibina empat tasik buatan yang telah menenggelamkan antaranya perkampungan, ladang, jalan raya, landasan kereta api dan jambatan. Di sempadan Croatia, sungai Neretva menjadi sungai yang luas dan tenang sehingga bertemu dengan laut Adriatik. Dengan panjang keseluruhan 230 kilometer, banyak sungai dan anak sungai yang lebih kecil di seluruh Herzegovina dan Croatia mengalir ke dalamnya. Mostar tidak dapat dibayangkan tanpa sungai ini, kerana keujudannya secara langsung berkaitan dengan sungai Neretva dan tebingnya.
Ada beberapa restoran dan cafe with terrace overlooking the river bank and the old bridge.
Ini masjid Koski Mehmed Pasha. Uthmaniyyah juga membawa Islam ke Bosnia dan Herzegovina. Banyak bangunan keagamaan Islam yang dibina di Mostar membuktikan kepentingan agama untuk pemerintahan Uthmaniyyah, tetapi juga untuk kepentingan bandar yang semakin berkembang. Beberapa masjid tercantik di Bosnia dan Herzegovina boleh ditemui di Mostar, dibina oleh dermawan-dermawan yang kaya.
Kemudian kami dibawa jalan di Mostar Old Bridge ini menyeberang sungai Neretva ke bahagian Mostar Old Town sebelah barat.
Laluan jambatan ini adalah curam dan licin. Dibina curam untuk menghalang air tembus ke dalam struktur jambatan. Setelah diasak oleh beribu, mungkin sudah berjuta pelancong, batu-batu gunung yang digunakan untuk membina jambatan asal ini ketika zaman Uthmaniyyah dahulu yang juga digunakan untuk pembinaan semula jambatan ini, telah menjadi sangat licin.
Pemandangan ke arah selatan sungai Neretva dari Mostar Old Bridge.
Kami akan dibawa ke tepi sungai di bawah tu untuk melihat jambatan ini dari sana pula.
Dua orang lelaki ini adalah penerjun, the bridge divers. Mereka akan menunggu sehingga ramai pelancong berkumpul dekat jambatan ini hendak melihat mereka terjun. Bila sudah ramai, mereka akan go round to the tourists untuk mengutip sumbangan sehingga dapat Euro 30. Lepas baru mereka terjun.
Kalau dulu-dulu terjun dari jambatan ini ke dalam sungai Neretva adalah untuk menguji keberanian anak-anak muda Mostar. Kini ia sudah menjadi satu persembahan oleh menerjun terlatih dan berpengalaman dari kelab terjun tempatan dan luar negara.
Kalau tadi masa mendaki jambatan ini kita kena berhati-hati sebab permukaan lantainya licin, masa menurun ini kenalah lagi berlebih berhati-hati. Btw, di hadapan tu ialah Menara Halebija, yang dahulu adalah menara kawalan keluar/masuk Mostar Old Bridge.
Mujurlah ada batu panjang sekat ini untuk dapatkan pijakan yang selamat. Pijakan dan geselan dari jutaan tapak-tapak kasut menjadikan batu-batu ini macam digilap licin.
Kelihatan sudah ada pelancong yang sudah mula menunggu nak tengok bridge divers terjun.
Langkah demi langkah menuruni tanjakan curam dengan perlahan dan sangat berhati-hati 😅.
Sampai di seberang barat sungai Neretva / bahagian barat Mostar Old Town. Di sebelah kanan foto di bawah ialah Menara Kula Tara yang dahulu merupakan menara kawalan keluar/masuk Mostar Old Bridge.
Di hujung sebelah kiri foto di bawah adalah menara sebuah gereja ortodoks, Pravoslavna crkva Svete Trojice - Holy Trinity Orthodox Church.
Masa berjalan di sini suasana cukup sesak. Kata Mehmet, our tour guide, ketika musim panas keadaan adalah lebih-lebih lagi sesaknya sehingga sukar untuk bergerak.
Mostar mempunyai banyak bar dan kafe. Dengan fahaman sekularisme dan kebebasan meminum arak secara terbuka di bandar ini, maka boleh dikatakan dengan pasti bahawa bar-bar di sini telah mempengaruhi gaya hidup kebanyakkan penduduk Mostar. Minum kopi di bar/kafe adalah sebahagian daripada ritual harian bagi kebanyakan penduduk di bandar ini.
Apa yang perlu difahami adalah bahawa Bosnia & Herzegovina adalah sebuah negara Sekular (sama dengan Turki), di mana undang-undang negera dan undang-undang agama secara eksklusif tidak bercampur. Oleh itu, tidak boleh melarang seseorang minum jika itu yang dia mahu, dan juga tidak boleh memaksa sesiapa pun untuk minum. Sungguh pun Islam mempunyai pengaruh yang sangat besar di negara ini, kebanyakan penduduknya tidak menginginkan sebarang "undang-undang syariah" yang akan melarang mereka melakukan sesuatu yang dianggap haram. Jika mereka tidak mahu untuk melakukannya, mereka tidak akan melakukannya. Mereka tidak memerlukan sesiapa yang akan mengecam mereka kerana membuat apa yang mereka mahu walau pun bercanggah dari ajaran Islam.
'Agama adalah perkara peribadi', kata seorang pemudi Bosniak beragama Islam, sambil minum sebotol Sarajevsko (beer popular) sejuk pada satu hari ketika musim panas. |
Kedai ais krim.
Ramai tukang mahir yang menetap di daerah komersial di sekitar Mostar Old Bridge juga menyumbang kepada pembangunan Mostar. Dengan mencipta produk-produk mereka untuk memenuhi keperluan tempatan dan untuk pasaran lain dari Istanbul ke Trieste, dan dari Dubrovnik ke Sarajevo, tukang-tukang mahir ini menjadi teras ekonomi Herzegovina bermula sejak semasa zaman Uthmaniyyah.
A shop selling finely embroidered fabrics and lace, created according to the ancient Balkan traditions in the alleys of Mostar.
Lovely lace.
Restaurant Šadrvan. Its menu includes grilled salads, fried fish, cevapi, baklava dessert, tufahije and doughnuts.
Jalan turun tangga menuju ke tepi sungai Neretva.
Tourists having coffee at a cafe by the river bank.
Ada dataran kecil di tepi sungai ini yang memberikan pengunjung sudut yang bagus untuk melihat Mostar Old Bridge dan bergambar dengan jambatan itu sebagai background.
Street artist melukis pemandangan sekitar Mostar Old Town atas ketulan batu leper.
Spot ini nampaknya memang popular and a must place to be at when exploring this old town. Dalam map it is known as Mostar Old Bridge Photopoint.
Kelihatan Menara Kula Tara dan Yunus Emre Enstitüsü - Yunus Emre Institute.
Dinamakan sempena nama sebuah bandar di Mostar iaitu Luka, jambatan ini dibina pada tahun 1913 semasa zaman Austro-Hungary. Ketika perang, jambatan ini turut rosak teruk dan dibina semula 13 tahun selepas itu.
Nampaknya lambat lagi bridge divers tu nak terjun.
Ducks by the river.
Then one of the bridge divers came down to collect donations before their jumps.
No, we did not wait for the dive and continued our walking tour.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment