Assalamualaikum.
Sudah hari ke 4 kami dalam percutian negara-negara Balkan. Next kami ke Dubrovnik dengan persinggahan di Trebinje.
Yes it was 13°C but that was at 6:21 am. Pagi memanglah sejuk. It'll be in the 20s by noon.
Jom sarapan.
So off we went making our way to Dubrovnik. Baca doa perjalanan.
Day 01: Di Zagreb, Croatia dan bermalam di Bihac, Bosnia and Herzegovina (BiH)
Day 02: Dari Bihac ke Jajce. Then stop di Travnik masa on the way to Sarajevo. Arrived Sarajevo.
Day 03: Dari Sarajevo ke Mostar dengan stop di Jablanica. Tiba di Mostar. Then dari Mostar ke Blagaj.
Day 04: Dari Mostar ke Dubrovnik dengan stop di Trebinje.
Alhamdulillah, cuaca nampak baik.
Sungai Neretva.
Cantik sangat village ini.
Beautiful mountainous region.
Masa itu kami dalam Bosnia and Herzegovina (BiH). Pada hari pertama, kami di Croatia. Then travel ke BiH. Hari ke 4 ini kami masuk semula ke Croatia untuk ke bandar Dubrovnik. Ini kerana Croatia terpisah kepada dua bahagian dengan BiH di tengah.
Awal pagi, kedai masih tutup.
Seperti dalam previous blog entries, untuk perjalanan kami dari Mostar, Bosnia and Herzegovina ke Dubrovnik, Croatia ini juga saya buat entry khas untuk pemandangan-pemandangan indah bumi Bosnia and Herzegovina yang kami nampak dan sempat rakam dari dalam bas.
Passed through Buna village.
Banyak ladang-ladang besar.
Kadang kala kami juga berpeluang melihat villages di lembah-lembah yang subur dan hijau begini.
Beribu panel solar milik syarikat Fotonaponska elektrana Gerber. Ini loji kuasa fotovoltaik solar mereka. Usaha-usaha kerajaan BiH untuk kurangkan bergantung pada arang batu untuk menjana kuasa letrik termasuk hidroelektrik, angin dan loji tenaga solar.
Empangan hidro di Tasik Jablanica dan turbin angin di pergunungan sekitar Mostar.
Kata Mehmet, our tour guide, ini adalah sebuah kawasan perkuburan purba. It is Radimlja Necropolis at Stolac, Bosnia and Herzegovina.
Masa ini kami sedang melalui Stolac, sebuah bandar purba yang terletak di Herzegovina-Neretva Canton, Bosnia dan Herzegovina.
Stolac terletak di wilayah Herzegovina dan adalah merupakan salah satu bandar tertua di Bosnia dan Herzegovina serta merupakan salah satu bandar tertua yang berterusan didiami di dunia.
Ini sungai Bregava, sebuah 'sinking river' di Bosnia dan Herzegovina yang melalui bandar Stolac. Ia adalah anak sungai dari sungai Neretva.
Kerana persekitaran semula jadi yang subur, Stolac dan kawasannya telah diduduki sejak zaman dahulu.
Kawasan perburuan Stolac dan kawasan-kawasan persekitarannya yang kaya bersama dengan faedah semula jadi lain telah menarik minat sejak dari manusia prasejarah, dan kemudiannya orang Illyria, Rom dan Slav, yang kesemuanya meninggalkan banyak bukti-bukti antropologi.
Bee farm.
Mempunyai hari cerah sebanyak lebih 300 hari setahun dan tanah yang kaya dengan batu kapur hanyalah beberapa ciri yang membezakan bumi di sekitar bandar Ljubinje di selatan Bosnia dan Herzegovina ini.
Beberapa dekad yang lalu, ladang di Ljubinje ditanam dengan tembakau Herzegovina, yang memberikan pendapatan yang agak bagus kepada penanam kerana kualiti tembakaunya yang bagus. Bagaimanapun, disebabkan kemerosotan dalam industri tembakau domestik, petani terpaksa mempelbagaikan produk mereka.
Tanaman utama di sini adalah buah-buahan dan sayur-sayuran dan herba Herzegovinian. Di Ljubinje ada beberapa fruits and vegetables processing plants yang besar.
Herzegovina Selatan terletak pada kedudukan di mana ekosistem benua dan Mediterranean bertemu - heather, lavender dan helichrysum tumbuh subur di sini dan dianggarkan terdapat lebih 100 herba liar boleh ditemui di kawasan ini.
Lebih dari separuh penduduk Bosnia dan Herzegovina tinggal di kawasan luar bandar. Dianggarkan kira-kira 61% penduduknya tinggal di kawasan luar bandar. Pengeluaran pertanian adalah tulang belakang ekonomi luar bandar dan menjana nilai ekonomi yang signifikan untuk negara.
Di tanah tinggi Bosnia dan Herzegovina terdapat tanah pertanian yang sesuai untuk pembiakan lembu dan biri-biri dan pengeluaran pertanian pelengkap, pengeluaran tanaman untuk kegunaan manusia, pengeluaran makanan haiwan, pengeluaran barli untuk kilang bir dan penanaman kentang.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment