Assalamualaikum.
Sambung cerita walking tour kami di Sarajevo Old Town, Part 02.
Walking tour yang kami ikuti telah membawa kami ke salah satu place of interest di old town ini iaitu Sarajevo Susret Kultura - Sarajevo Meeting of Cultures. Marker tulisan "Sarajevo Meeting of Cultures" merentang di atas Ferhadija St. adalah penanda tempat bergabungnya dua budaya dominan yang pernah membentuk Sarajevo iaitu bahagian Timur mewakili Uthmaniyyah dan Islam dan Barat sebagai Austro-Hungary dan Kristian.
In keeping with tema gabungan budaya ini, maka kami pun decided that during our free time kami akan pergi mencari dan melawat sebuah synagogue dan sebuah katedral yang lokasinya berdekatan dengan lokasi kami masa itu. Selepas melawat Old Jewish Synagogue (cerita dalam pervious entry), kami pun berjalan menuju ke The Sacred Heart Cathedral.
Lokasi katedral itu tidak jauh, cuma lebih kurang 200 meter atau 5 ke 10 minit berjalan kaki. Nak cari pun tidak susah, cuma ikut sahaja Ferhadija Street ini and the cathedral will be on the right side of the street.
Bebakids, a children clothing shop.
ASA Banka is the largest domestic bank in Bosnia & Herzegovina.
Luisa Spagnoli boutique, an Italian fashion company.
Pomegranate juice seller.
Di sebelah kiri adalah lorong kecil bernama Saliha Hadžihuseinović Muvekita Street. Di lorong itu ada Museum of Crimes Against Humanity and Genocide 1992-1995.
Historic Austro-Hungarian building di depan sana dengan two-tiered domes seperti yang selalunya ada pada orthodox churches itu adalah bangunan Hostel Inn Luxury.
Kami pun tiba di Trg fra Grge Martića atau Fra Grga Martić square. Di dataran inilah lokasi The Sacred Heart Cathedral.
Ini the Sacred Heart Cathedral Sarajevo. Ia adalah sebuah gereja Katolik di Sarajevo, (dikenali sebagai Sarajevo Cathedral), katedral terbesar di Bosnia dan Herzegovina dan merupakan pusat ibadat Katolik di bandar itu.
Sacred Heart Cathedral was built in honor of the Sacred Heart of Jesus, an important Catholic concept. The building is in the Neo-Gothic style, with Romanesque Revival elements. The building was awarded to the Viennese contractor Baron Karl Schwarz with supervising architect Josip Vancaš. He modeled it after the Notre-Dame in Dijon (France). Work began on 25 August 1884, and was completed on 9 November 1887. The Bishop of Dubrovnik was present for the consecration on 14 September 1889.
The building was damaged during the Siege of Sarajevo, but not completely destroyed, and the damage has since been repaired. The building is often considered as a symbol of the city: The design above the door to the cathedral is part of the flag and seal of Sarajevo Canton and the Romanesque towers are featured on the flag and coat of arms of Sarajevo.
Katedral ini dibuka untuk lawatan to the public, tapi tutup masa kami sampai.
Terdapat juga patung di hadapan katedral ini sebagai penghormatan kepada Pope John Paul II, yang melawat Sarajevo pada tahun 1997, tidak lama selepas perang berakhir, untuk menyampaikan mesej keamanan dan toleransi dari ibu kota BiH.
Info board about the cathedral.
Masih lagi ada masa untuk kami jalan-jalan sebelum berkumpul semula dengan group di meeting point. Jadi kami made a quick stop at the Museum of Crimes Against Humanity and Genocide which is located just around the corner.
Kami berjalan semula di Ferhadija Street dan masuk ke lorong kecil namanya Saliha Hadžihuseinović Muvekita Street. Jalan ini dibina semasa zaman Ottoman. Setelah namanya ditukar berkali-kali dengan nama-nama orang kenamaan barat, kini namanya adalah Saliha Hadžihuseinović Muvekita Street, sejak tahun 1993. Jalan ini dinamakan sempena Salih Hadžihuseinović - Muvekita (1825 – 1888), kerana dia bertugas sebagai seorang muvekkit (orang yang mengira waktu dengan tepat bagi menentukan waktu-waktu solat) di Gazi Husrev-beg Mosque. Beliau juga adalah pengarang "Tarihi Diyari Bosna" (Sejarah Bosnia), sejarah bertulis pertama Bosnia dan Herzegovina di bawah pemerintahan Uthmaniyyah.
Jom kita masuk ke dalam Museum of Crimes Against Humanity and Genocide ini. Kami tidak boleh lama sangat di sini sebab nak explore tempat-tempat lain juga sebelum berkumpul semula dengan group.
About the war and the museum.
Selesai di muzium ini kami pun berjalan santai sambil menikmati suasana 'Ottoman' di sebelah timur Baščaršija ini. Ini adalah lokasi Sarajevo Meeting of Cultures yang kami sudah lawat earlier.
Macam-macam restoran ada di sini. Kalau nak makan heavy, ada restoran kebab, pizza, pasta, burgers etc. Kalau nak just sit and chill, boleh duduk-duduk tepi jalan/lorong di cafes yang jual drinks especially coffee and enjoy many variety of local desserts.
Restoran Aeroplan ini menjual makanan seperti pasta, risotto, grilled food and cakes & pancakes.
Masa berjalan ke meeting point kami passed by and made a quick stop at Gazi Husrev-beg's Madrasa.
Seperti di Gazi Husrev-beg Mosque, di Gazi Husrev-beg's Madrasa juga pelawat boleh download the audio guide for this place.
Maklumat dari info board tentang madrasah ini yang disediakan oleh Bosnia & Herzegovina, Commission to Preserve National Monument untuk pelawat. This are the floor plans of the madrassa and khaniqah.
Pandangan Gazi Husrev-beg's Madrasa dari atas.
The madrassa's architectural ensemble.
Madrasa Gazi Husrev-beg ialah madrasah tertua yang masih ada di Bosnia & Herzegovina. Ia adalah sebuah sekolah menengah dan kolej, sebuah madrasah dalam bahasa Arab, yang diasaskan pada 8 Januari 1537 CE (26 Rejab 943 AH) dan dibina di Sarajevo sebagai wakaf kedua Gazi Husrev-beg. Ia dibina mengikut gaya madrasah Istanbul.
Hari ini, Gazi Husrev-beg Madrasa berfungsi sebagai sebuah sekolah menengah dan kolej. Pembelajaran di sini berlangsung selama empat tahun. Kelas diadakan dalam bahasa Bosnia mengikut Kurikulum yang diterima pakai oleh Komuniti Islam di Bosnia dan Herzegovina, dan diluluskan oleh Kementerian Pendidikan dan Sains Sarajevo Canton. Pelajar yang telah menamatkan sekolah menengah di sini boleh meneruskan pendidikan mereka di mana-mana fakulti di Bosnia dan Herzegovina dan di banyak fakulti di luar negara.
The madrasa is a boarding school and all regular students live there. This, in addition to regular classes, allows them a variety of extracurricular activities through different sections, clubs and circles. The choir section, which has a dozen recorded audio and video features with Islamic religious songs glorifying Allah (ilahija) and songs about famous people from the Islamic milieu (kasida).
Di perkarangan luar Gazi Husrev-beg's Madrasa, kita boleh lihat menara Gazi Husrev-beg Mosque dan Clock Tower (Ottoman era lunar clock).
Sambung semula jalan-jalan heading to the meeting point.
Kalau tidak beringat-ingat, mungkin sampai kena beli extra beg nak bawak barang-barang shopping... hihi. In fact ada group members kami yang did exactly that! Aaa.. the joy of shopping and at a place macam ini pulak 😁.
Ini Caffe Divan yang Mehmet ada tunjuk pada kami earlier. Curious nak tahu, kami pun masuklah sekejap nak tengok suasana di dalam tu.
Masuk je kami ternampak abang ipar, his wife and Kanesh sedang lepak-lepak minum kopi. Kebetulan 😃.
Suasana di dalam Caffe Divan memang very cozy and inviting. Ada big inner courtyard with big shady trees.
Kami tak join abang ipar sebab kami berdua nak jalan-jalan explore lagi.
Ternampak buku 'The Bridge on the Drina' oleh Ivo Andric yang ada Mehmet cerita pada kami. Mehmet kata buku ini adalah antara karya Ivo Andric yang sangat bagus dan popular.
Di kedai buku ini juga ada buku-buku agama yang ditulis dakam bahasa Bosnia.
Sambung lagi jalan.
Trinkets shop.
Dan kami pun sampailah ke Baščaršija main square, lokasi Sebilj fountain, tempat meeting point kami.
Pemandangan di Sarači street, salah satu lorong paling bersejarah di Baščaršija ini.
Since kami sampai awal di meeting point ini dan ramai lagi group members belum sampai, kami pun explored this Baščaršija main square.
Seorang penjual jagung bakar di sebelah Baščaršija Mosque.
Sebuah kedai besar jual bermacam jenis Turkish Delights.
Ini Sebilj, a pseudo-Moorish fountain yang merupakan salah satu simbol bandar Sarajevo yang paling dikenali. Sebilj ialah air pancut kayu (sebil) gaya Uthmaniyyah di tengah-tengah Dataran Baščaršija di Sarajevo yang dibina oleh Mehmed Pasha Kukavica pada tahun 1753. Ia telah dipindahkan oleh arkitek Austria Alexander Wittek pada tahun 1891. Menurut legenda tempatan, pengunjung yang minum air dari air pancut ini akan kembali ke Sarajevo suatu hari nanti.
Dahulu terdapat ratusan sebilj di Sarajevo, tetapi hari ini Sebilj yang terakhir ada di Dataran Baščaršija ini, di mana ia berfungsi sebagai simbol utama bandar itu. Sebilj di Baščaršija ini sudah ujud sejak zaman Austro-Hungary. Sebilj yang asal, dibina oleh Mehmed Pasha Kukavica, terletak beberapa meter dari tempat Sebilj sekarang, tetapi telah roboh selepas rosak semasa kebakaran.
Sebilj, satu historical landmark di Baščaršija main square. |
Asal-usul air pancut ini boleh dikesan kembali ke Semenanjung Arab dan adat membina sebilj telah dibawa ke Bosnia dan Herzegovina oleh Uthmaniyyah. Sebiljdžija, pekerja yang menerima upah dari kerajaan negeri atau wakaf, mengendalikan kiosk ini dan menyalurkan air secara percuma kepada orang yang lalu lalang yang kehausan.
Beberapa replika Sebilj ini ada dibuat dan diletakkan di bandar-bandar Belgrade-Serbia, St. Louis-Missouri USA, Novi Pazar-Serbia, Bursa-Turkey dan Rožaje, Montenegro. |
Di seberang jalan dari Dataran Baščaršija ini ialah Muslihudin Čekrekčija Mosque.
Dari Dataran Baščaršija ini juga kita boleh nampak Yellow Bastion, sebuah kubu atau benteng di atas bukit tidak jauh dari dataran ini.
Suasana di Dataran Baščaršija ini kelihatannya lebih sibuk lagi di waktu lewat petang begini.
Dataran Baščaršija adalah salah satu meeting point yang paling popular di Sarajevo.
Retoran Simidçe Coffee & Bakery di Dataran Baščaršija. It is a halal breakfast & brunch restaurant.
A 4-meter street clock was erected here as part of the efforts to decorate this square.
Dari kebanyakkan tempat di sini, kita boleh nampak menara-menara masjid. Dalam foto di bawah ini, kelihatan menara Bakijska džamija - Bakija Mosque dibina sekitar awal abad ke-17.
Sarajevan sedang menunggu tram.
Di Dataran Baščaršija ada satu lagi historical landmark. Dalam foto di bawah ini, nampak tak tiang lampu jalan berwarna merah itu? Itulah tiang lampu awam pertama di Sarajevo, yang telah beroperasi secara rasmi pada 1 Mei 1895, diletakkan di Dataran Baščaršija untuk mengekalkan sejarah dan tradisi Sarajevo.
Bergambar di Dataran Baščaršija yang bersejarah.
Pemandangan arah ke selatan di Dataran Baščaršija. Di depan adalah Sebilj fountain. Di sebelah kiri foto di bawah adalah menara Baščaršija Mosque. Bangunan yang ada beberapa kubah di tengah foto itu adalah Brusa Bezistan (sebuah pasar tertutup style Ottoman). Dan di sebelah kanan itu pula adalah menara Gazi Husrev-beg Mosque.
"The primordial love for water is deeply rooted in the consciousness of every inhabitant of Šeher Sarajevo".
"It seems to a man that he can live a long time there, because in a thousand places around Sarajevo fountains flow from the well of immortality."
Nekresija, penyair Sarajevo yang paling terkenal dari akhir abad ke-16 dan awal abad ke-17.
Bermacam jenis buah ada dijual di kedai ini. All looked so fresh!
Sebuah kedai Turkish Delights.
Bergambar kejap 😄.
Maka selesailah sudah walking tour kami bersama local tour guide dan eksplorasi sendiri kami di Sarajevo Old Town ini. I must say that it was one of the most wonderful old town walking tour I had ever had thus far. Ini adalah peta keseluruhan walking tour kami di Sarajevo Old Town.
Granted that I would have like to explore further, perhaps step into one of two mosques and other historical buildings, leisurely have a cup of coffee at one of those cool and inviting cafes and even perhaps do a bit of shopping. Alas, as in any group package vacations, time to explore and enjoy places of interests is usually limited. I guess by now after having been in such situations before for quite a few times actually, I had learn to make the best with what I had, cover as many areas as possible and more importantly to just enjoy the whole experience. And take loads and loads of photos lah... hihi 😄. Anyway, needless to say, if you're in Bosnia & Herzegovina, Sarajevo Old Town is a must visit.
Ok, semua group members sudah sampai. Jom kita jalan ke bas.
Suasana waktu malam di Sarajevo.
Hotel penginapan kami di Sarajevo adalah di Koncept Residence Hotel.
Checking-in and distribution of room keys.
Bilik kami. Alhamdulillah, cukup luasnya dengan ruang selesa untuk bersolat.
Ada 1 extra bed. It is actually a triple sharing room.
The bathroom.
Makan malam kami disediakan di Koncept Residence Hotel. Baguslah, tidaklah perlu keluar lagi.
We had goulash. Sedap! Alhamdulillah.
Hidangan makan malam kami juga ada roti, sup, salad dan dessert yang super manis 😅.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment