Assalamualaikum.
Sambung lagi cerita percutian di negara-negara Balkan kami. Hari kedua kami di Bosnia & Herzegovina, bermula dengan perjalanan dari Bihac ke Jajce dengan lawatan ke Pliva Waterfall, lepas itu stop di Turbe untuk solat dan di Travnik for lunch.
Lepas lunch di Travnik, we made our way to Sarajevo. Jarak Tavnik ke Sarajevo lebih kurang 90 km atau sejam lebih perjalanan.
Seperti biasa, kami terus merakam foto semasa dalam perjalanan dalam bas. Kelihatan di atas bukit sana Travnik Castle. Travnik Castle, locally known as Stari Grad Castle (old town castle), is a medieval town-fortress complex in the town of Travnik.
🏰Bertarikh ke zaman Bosnia pra-Uthmaniyyah apabila bekas Kerajaan Kristian memerintah rantau ini, tidak ada data sejarah mengenai tarikh tepat pembinaan kubu Zaman Pertengahan. Walau bagaimanapun, jenis pembinaan dan ciri-cirinya menunjukkan bahawa Travnik Castle ini dibina pada separuh kedua abad ke-14 atau pada separuh pertama abad ke-15. Jadi ia mungkin dibina pada zaman Raja-raja Bosnia Tvrtko II atau Ostoja, dan kemudian dibina semula dan diperluaskan pada zaman Stephen Thomas.
🏰Kubu Travnik telah didirikan sebelum kedatangan Turki Uthmaniyyah untuk tujuan pertahanan, ketika Uthmaniyyah menembusi lebih dalam ke Bosnia. Travnik sendiri adalah salah satu daripada beberapa bandar berkubu di rantau ini yang dibina untuk pertahanan, tetapi dibina terlalu lewat untuk menghalang kemaraan Uthmaniyyah.
Travnik Castle |
Passed through Travnik city heading to Sarajevo. Kelihatan banyak rumah-rumah di lereng-lereng bukit.
Džamija Merdani - Merdani Mosque.
Lašva river.
Lalu lebuhraya berjambatan menyeberangi Sungai Bosnia. Sungai Lašva yang kita nampak tadi bertemu dengan Sungai Bosnia di sini.
Passed through Naplatna stanica Bilješevo - Bilješevo toll station.
This is Termoelektrana Kakanj - Thermal power plant Kakanj - a power plant.
Passed through Naplatne kućice Sarajevo Sjever - Sarajevo North toll booths.
Lebuhraya di atas sungai Bosnia.
Dapat pun juga satu foto lembu-lembu ternakan, shot by my wife... Yay! 😃
Passed through Vogošća. Vogošća is a town and a municipality located in Sarajevo Canton of the Federation of Bosnia and Herzegovina, an entity of Bosnia and Herzegovina. The municipality is located about 6 kilometers north of the city of Sarajevo and is its secondary suburb, after Ilidža.
Tiba di Sarajevo. Masa dalam perjalanan ke city center, kami lalu di tepi satu tanah perkuburan besar, a Roman Catholic cemetery.
Tiba di Sarajevo city center.
Masuk ke jalan Bulevar Meše Selimovića.
Mehmet, tour leader kami pointed our attention to this old abandoned building. Dia kata bangunan ini adalah salah satu bangunan-bangunan di Sarajevo yang teruk dibedil peluru dan senjata perang yang masih lagi ada di bandar ini.
Kelihatan dinding-dindingnya penuh dengan graffiti.
Ini Hotel Radon Plaza. Selain Dom Penzionera, bangunan Akhbar Oslobođenje yang terkenal juga telah musnah. Lokasinya dahulu adalah di mana Hotel Radon Plaza berdiri hari ini.
Modern apartment complexes.
Addiko Bank d.d. Sarajevo is part of the Austrian bank Addiko Bank AG in Federation of Bosnia and Herzegovina.
Bangunan Općina Novi Grad - Novi Grad Municipality.
Ini sungai Miljacka, sebuah sungai di Bosnia dan Herzegovina yang mengalir melalui bandaraya Sarajevo.
Ini adalah bangunan BHRT atau Bosnia & Herzegovina Radio & Television. Semasa Perang Bosnia (April 1992 - Disember 1995), stesen radio dan TV ini merupakan sumber siaran penting bagi mereka yang dikepung di bandar Sarajevo. Jadi ia juga menjadi sasaran serangan artileri oleh tentera Serb Bosnia.
Ini Istiqlal džamija - Istiqlal Mosque.
Masjid Istiqlal adalah salah satu masjid terbesar di Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina. Ia dinamakan sempena Masjid Istiqlal, Jakarta, masjid kebangsaan Indonesia, memandangkan masjid itu adalah hadiah daripada rakyat dan kerajaan Indonesia untuk Bosnia dan Herzegovina sebagai tanda solidariti dan persahabatan antara kedua-dua negara. Nama "istiqlal" adalah perkataan Arab untuk "kemerdekaan", oleh itu ia juga bertujuan untuk memperingati kemerdekaan Bosnia dan Herzegovina.
Ini bangunan Olimpijski Bazen Otoka Sarajevo atau Otoka Olympic Swimming Pool, an indoor water arena. Sukan Olimpik Musim Sejuk 1984 pernah diadakan di Sarajevo, Yugoslavia (pada masa itu).
Tram-tram lama masih lagi digunakan. Very retro and unique. Nice!
Juga ada laluan city tram atas jalanraya.
Kelihatan sebuah masjid di tengah-tengah kesibukan bandar. Itu adalah Kuwait mosque dibina oleh seorang dermawan dari Kuwait.
Di sini, dari jalan Bulevar Meše Selimovića kami pun dibawa masuk ke jalan Zmaja od Bosne. Bahagian jalanraya ini digunakan sejak pada zaman dahulu, semasa zaman Uthmaniyyah, yang merupakan jalan yang digunakan dari Sarajevo apabila mengembara ke bahagian tengah dan barat Bosnia. Sejak 1994, ia telah diberi nama, Zmaja od Bosne, nama panggilan untuk Husein Kapetan Gradaščević (zmaj = naga), ketua pemberontakan bersenjata yang berjuang untuk autonomi Bosnia di bawah Empayar Uthmaniyyah pada tahun 1830-an.
🔴"Sniper Alley" ialah nama tidak rasmi untuk Zmaja od Bosne dan Bulevar Meše Selimovića kerana semasa Perang Bosnia ia dibarisi dengan penembak sniper Serbia menjadikannya tempat yang sangat berbahaya untuk dilalui oleh orang awam. Jalan itu menghubungkan bahagian perindustrian bandar (dan seterusnya, Lapangan Terbang Sarajevo) ke tapak budaya dan bersejarah di Old Town. Boulevard itu sendiri mempunyai banyak bangunan tinggi yang memberikan penembak sniper Serbia pandangan yang meluas, senang untuk mereka memantau dan menembak.
🔴Walaupun bandar itu berada di bawah kepungan Serbia yang berterusan, penduduknya masih perlu bergerak di sekitar bandar untuk terus hidup, dengan itu secara rutin mempertaruhkan nyawa mereka. Papan tanda bertulis "Pazi – Snajper!" ("Awas – Sniper!") menjadi perkara biasa. Orang ramai akan sama ada berlari pantas melintasi jalan atau akan menunggu kenderaan perisai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan berjalan di belakang mereka, menggunakannya sebagai perisai. Menurut data yang dikumpul pada tahun 1995, penembak sniper Serbia telah mencederakan seramai 1,030 orang dan membunuh 225 orang, 60 daripadanya adalah kanak-kanak.
Ini adalah gereja Crkva Presvetog Trojstva - Church of the Holy Trinity, dibina pada 1906 oleh arkitek Josip Vancaš.
Bangunan kuning itu adalah bangunan Holiday Inn. Ia telah dibina untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 1984. Ia juga telah menjadi pusat laporan berita pada kemuncak perang Bosnia 1990-an, apabila para wartawan menggunakannya sebagai pangkalan mereka menjadikan ia kerap dibedil.
Bangunan putih sebelah kanan itu ialah Američki univerzitet u Bosni i Hercegovini - American University in Bosnia and Herzegovina.
Bangunan tinggi di belakang itu adalah Avaz Twist Tower.
Avaz Twist Tower ialah bangunan pencakar langit setinggi 40 tingkat, 172 meter di Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina. Ia adalah ibu pejabat untuk Dnevni avaz, sebuah syarikat akhbar Bosnia. Pembinaan bermula pada tahun 2006 dan siap dua tahun kemudian pada tahun 2008. Menara ini terkenal dengan fasadnya yang berpintal. Dari 2008 hingga 2021, ia adalah pencakar langit tertinggi di bekas Yugoslavia. Pada tahun 2009, syarikat Jerman terkenal Schuco memilih menara itu antara 10 bangunan paling indah di dunia.
Bangunan kembar biru ini ialah bangunan United Investment and Trading Company. Juga dikenali sebagai UNITIC Twin Skyscrapers.
Ini gereja Crkva svetog Josipa - Saint Joseph's Church, Sarajevo. Ia adalah sebuah gereja Roman Katolik. Ia telah diisytiharkan sebagai Monumen Nasional Bosnia dan Herzegovina pada tahun 2008.
Dari jalan Zmaja od Bosne ini juga boleh nampak Toranj Hum - Hum Tower.
Ini adalah bangunan Crkva Svetog Preobraženja Gospodnjeg (Црква Свјетог Преображења) - Church of the Holy Transfiguration of the Lord.
Ini pula bangunan Historijski muzej Bosne i Hercegovine - History Museum of Bosnia and Herzegovina. Bangunan muzium ini, dalam pengertian seni bina, mewakili salah satu contoh kreativiti yang mewakili di Bosnia dan Herzegovina dan bekas Yugoslavia.
Kata Mehmet, our tour guide, bahagian dinding depan muzium ini yang berlubang dibedil peluru ketika perang memang sengaja tidak dibaiki to preserve history. Kata Mehmet lagi, pada dinding itu ada dilekat/dipamerkan sarung tangan-sarung tangan kanak-kanak yang mati dibunuh oleh penembak sniper Serbia ketika perang di jalan depan muzium ini iaitu Zmaja od Bosne street.
This is the Zemaljski muzej Bosne i Hercegovine - The National Museum of Bosnia and Herzegovina.
Ini Greece–Bosnia and Herzegovina Friendship Building. Di kiri ialah Hotel Swissôtel Sarajevo.
Ini SCC - Sarajevo City Center, sebuah shopping mall.
Menyusuri Sungai Miljacka yang mengalir di tengah bandar Sarajevo. Jambatan ini namanya Eiffelov Most yang juga dikenali sebagai Skenderija Bridge. Jambatan itu diperbuat daripada binaan besi, hampir sama dengan Eiffel Tower. Ramai couples pasang love locks mereka di jambatan ini.
Ini bangunan Akademija likovnih umjetnosti - The Academy of Fine Arts - a pubic university. Bangunan yang dibina pada 1899 ini asalnya adalah the first and only evangelical church yang dibina pada zaman pendudukan Austro-Hungary di BiH. Seperti bangunan-bangunan lain di Sarajevo, bangunan ini juga rosak teruk pada awal tahun 1992 ketika permulaan Perang Bosnia. Ia menempatkan Academy of Fine Arts pada 1981.
Di seberang sana sungai Miljacka ini ialah Careva džamija - Emperor's Mosque dibina pada 1457-1565. Ia adalah mercu tanda penting di Sarajevo, sebuah masjid yang pertama dibina selepas penaklukan Uthmaniyyah ke atas Bosnia. Ia adalah masjid subdome tunggal terbesar di Bosnia dan Herzegovina, dibina dalam gaya Uthmaniyyah klasik pada era itu. It is Sarajevo's oldest place of worship.
Ada 20 jambatan-jambatan yang merentas sungai Miljacka (panjangnya 35.9 km) dengan setiap satunya saya perhatikan menpunyai reka bentuk tersendiri. Jambatan yang ini namanya Novi most Vijećnica - New bridge Vijećnica. Jambatan ini sudah ada sejak 2003, dan pembinaannya menambah baik keadaan lalu lintas di bahagian bandar ini.
Yang ini pula Šeherćehaja bridge. Jambatan ini adalah monumen kebangsaan negara Bosnia & Herzegovina yang dianggarkan dibina pada abad ke-16 atau ke-17. Diandaikan juga nama Šeher-Ćehaja (atau Šeherija) berasal dari perkataan (Datuk Bandar - mayor) Sarajevo. Dikatakan ia dibina oleh Hadži Husein Hodžić untuk mengingati anaknya Mustafa, yang pergi ke Constantinople dan memutuskan untuk tinggal di sana. Bagaimanapun, selepas kematian bapanya, Mustafa dikatakan kembali ke Sarajevo dan menyiapkan pembinaan jambatan ini.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment