Wednesday, November 9, 2022

BALKANS - BOSNIA & HERZEGOVINA - JOURNEY FROM BIHAC TO PLIVA WATERFALL - PART 02

Assalamualaikum.
 
Sambung dengan Part 02 entry pemandangan-pemandangan indah yang dirakam dari dalam bas semasa dalam perjalanan kami dari Bihać ke Pliva Waterfall di Bosnia & Herzegovina.

Duduk di bahagian depan bas sebelah bus driver memang best. Dengan cermin depan bas yang besar, saya dapat menikmati keindahan suasana landskap Bosnia & Herzegovina fully. And the country's beauty is simply breathtaking... subhanAllah.


Kadangkala lalu kawasan yang berkabus agak tebal. Cantik sungguh suasana cahaya matahari menembus kabus pagi.

And I must add that our bus driver's driving is exemplary. Nice and steady dan patuh pada speed limit. Baguslah begitu kerana at certain areas laluan jalanrayanya agak sempit dan berselekoh dan berbelok-belok. Fyi, for most parts, the roads' condition is pretty good and well maintained. By the way, as mentioned in my previous blog entry, our bus driver's name is Dragan and he is from North Macedonia. 




Masa tu mid October, so it was autumn. Musim luruh di Bosnia dan Herzegovina bermula pada akhir September - awal Oktober.


As mentioned in previous entry, before departure ada saya check weather forecast di Bosnia & Herzegovina ini for mid October, and katanya akan partly cloudy with high chances of rain.  So far tidak hujan. Rain was also forecasted for the other Balkans countries that we visited tapi juga tidak hujan. 







Hampir di setiap beberapa km, akan kelihatan sebuah masjid berminaret tinggi begini. Alhamdulillah. Fyi, masjid-masjid di sini adalah dibina dengan reka bentuk masjid Ottoman/Turki, kesan jajahan Empayar Uthmaniyyah.  

Sebilangan besar orang Bosnia memeluk Islam selepas penaklukan oleh Empayar Uthmaniyyah pada separuh kedua abad ke-15, memberikan watak unik dalam wilayah Balkan. Penukaran ini tidak berlaku secara tiba-tiba tetapi melalui proses beransur-ansur berdasarkan pelbagai peraturan yang dikenakan oleh Uthmaniyyah. Ia telah mengambil masa lebih seratus tahun untuk bilangan umat Islam menjadi agama majoriti di sini. Pandangan umum di kalangan ulama ialah pengislaman penduduk Bosnia bukanlah hasil daripada kaedah penukaran agama yang ganas tetapi, sebahagian besarnya, secara aman dan sukarela. Well, ini adalah salah satu dari info yang saya jumpa di bawah topik 'Islamization of Bosnia and Herzegovina'. Tentunyalah ada beberapa lagi pandangan-pandangan lain.




Sesekali kelihatan especially at big farms, bales of hay wrapped in plastic like in below photo. Dibungkus begitu bagi pengurangan masa pengeringan, pengekalan daun yang lebih baik berbanding jerami kering, struktur penyimpanan tidak diperlukan, dan pengurangan risiko cuaca. Juga bertujuan untuk menghalang kemasukan udara dan mengehadkan kerosakan oleh kulat.


Lepas lebih kurang satu setengah jam dalam bas, we made a, what was called, 'happy hour' stop for toilet break, for some drinks and for stretching. Di sana rule memang begitu, pemandu kenderaan di jalanraya dimestikan buat stops every 1 1/2 to 2 hours. Kalau ikut Europan Labour Authority, selepas memandu selama 4.5 jam, mesti berehat sekurang-kurangnya 45 minit. Kami henti rehat di Bingo, yang merupakan salah satu supermarket terbesar di Bosnia & Herzegovina.

Dalam hipermarket Bingo ini ada supermarket yang sungguh besar, cafe, bio shop dan lain-lain kemudahan. Kami ada nampak beberapa ahli rombongan kami yang sempat menyelinap masuk ke supermarket dan membeli belah walaupun stop kami itu cuma untuk 15 minit sahaja. Dah tak sabar nak shopping tu, which I so totally understand... hihi 😄.

Ini kawasan perumahan di sebelah Bingo Hipermarket. They looked deserted though. 

Hipermarket Bingo ini adalah di Ključ. 



Sambung semula perjalanan.


Sebuah tanah perkuburan Islam dan masjid.















Sebuah lagi masjid.






























Dom za starija lica Vidik ini adalah sebuah nursing home. Rumah orang tua. Nama kawasan yang kami lalu ini ialah Podorugla.








Sebuah gereja ortodoks.







Next entry will be about our visit to Pliva Waterfall, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.  

No comments:

Post a Comment