Thursday, November 3, 2022

BALKANS - CROATIA - ZAGREB - BAN JOSIP JELAČIĆ SQUARE, DOLAC MARKET, CATHEDRAL OF ZAGREB

Assalamualaikum.
Selepas selesai makan tengahari, bersolat dan jalan-jalan di taman dan Memorial Park di Zagreb Central Mosque, kami pun naik semula bas untuk ke bandar Zagreb for a bit of walking tour.

Di dalam bas we were joined by a local tour guide that will take us for walking tour. Nama dia Ivana. 


Sambil itu terus merakam suasana di Zagreb. Selalunya bila saya research di internet tentang sesuatu tempat percutian kami, biasanya mostly jumpa foto-foto places of interest sahaja, which of course are what we usually look for. Jarang saya terjumpa foto-foto 'suasana' di tempat/bandar tersebut. So sudah memang jadi kebiasaan kami berdua suka capture the sights other than the touristic places. Just the normal stuff, like the day to day happenings while we brisk through the cities/towns/rural areas.

Bandar Zagreb saya noticed has many nice pockets of lush green parks with proper walkways and bicycle paths. Some parks can be huge ones or a nice by the road side parks like in this photo.

It seemed to me bicycle is one of the popular mode of transportations among the Zagrebians (or is it Croats).

Iklan kad Visa oleh Commercial Bank of Zagreb dengan endorsement oleh Luka Modric, the Croatian professional footballer.
'It Is Important To Have A Quality Teammate'

Sebuah bangunan apartment di Zagreb.

Rata-rata saya perasan most aprtments di bandar ini mempunyai metal shutters pada tingkap-tingkap. 
Pengatup tingkap mempunyai beberapa tujuan. Pertama adalah untuk penebat. Ia membantu mengekalkan haba di dalam rumah pada musim sejuk dan udara sejuk di dalam pada musim panas. Beberapa rumah mempunyai penghawa dingin, jadi adalah penting untuk mengelakkan panas matahari dan membenarkan dinding batu tebal menyejukkan rumah.

A Zagrebian zooming by on her bicycle.

Zagrebians sedang menunggu tren/tram. 


Zagreb Mass Transit ialah rangkaian kereta api pinggir bandar/komuter yang menyediakan perkhidmatan mass transit di bandar Zagreb, Croatia dan pinggir bandar.

Mass Transit di Zagreb terdiri daripada 19 laluan trem dalam bandar dan 120 laluan bas, kedua-duanya diuruskan sepenuhnya oleh Zagrebački električni tramvaj.

Masa ini kami sedang lalu di Avenija Marina Držića, salah satu jalan utama di bandar Zagreb yang paling sibuk.

Di bandar Zagreb ini, selain tren, tram juga ada digunakan sebagai pengangkutan awam mereka.

Then masa bas stop di trafic light, tiba-tiba muncul seorang street performer doing juggling clubs while balancing a football on his head on the zebra crossing. How fascinating!

The juggler and his bicycle and props. 'Traffic light jugglers' begini akan buat persembahan masa lampu trafik sedang merah, selama lebih kurang 20 hingga 30 saat (it depends), kutip duit dari pemandu-pemandu di jalanraya, semua sebelum lampu trafik bertukar hijau.

On the other side of the road, this street performer did clubs juggling on a unicycle. 

Zagreb blue tram. Pengangkutan awam di Zagreb terbahagi kepada pilihan trem dan bas.

Semua kenderaan pengangkutan awam di Zagreb dicat dengan warna biru, yang merupakan warna tidak rasmi bandar ini. Trem biru ini sememangnya merupakan pengangkutan yang paling popular kerana ia beroperasi mengelilingi bandar pada waktu siang dan malam dengan 15 laluan harian dan 4 laluan malam. Rangkaian laluan trem ini tersusun dengan baik membolehkan penumpang sampai ke semua bahagian bandar. 

Trem pertama muncul di Zagreb pada akhir abad ke-19, dan ia ditarik menggunakan kuda. Pada tahun 1910, rangkaian trem telah dielektrikkan dan diperluaskan.

Ini pula adalah bangunan Autobusni Kolodvor Zagreb atau Zagreb Bus Station. 

Zagreb Bus Station merupakan stesen bas terbesar dan paling moden di bahagian Eropah ini. Dengan 44 platformnya, ia menyediakan sambungan ke Croatia dan kebanyakan bandar utama Eropah.


Another apartment building. Look a bit dilapidated.  

Suasana di bandar Zagreb ini pada saya lebih kurang sama seperti di bandar Eropah yang lain yang pernah kami lawat. Cumanya bandar-bandar di negara lain itu mungkin lebih besar dan lebih banyak bangunan bersejarah. Ada yang mungkin kata nampak macam lebih kurang sama sahaja, perhaps because the cities have similar climates and landscapes.

Di jalan-jalan dan berhampiran kawasan perumahan di Zagreb, kita boleh nampak stesen kontena sisa ini yang terdiri daripada tong sampah biru untuk kertas, kuning untuk plastik, hijau untuk kaca dan coklat untuk logam.


Salah satu gas station di Zagreb.

United Colors of Benetton.


Apartment at Ulica Neznane Junakinje.




At Ul. kralja Zvonimira.



Ini salah satu pintu masuk ke Cathedral of Zagreb, looming high at the back.

Di dataran kecil antara Branjugova Ul. dan Vlaška Ul. ini ada Monument to August Šenoa, a Croatian novelist.

August Ivan Nepomuk Eduard Šenoa (14 November 1838 – 13 December 1881) was a Croatian novelist. Born to an ethnic German and Slovak family, Šenoa became a key figure in the development of an independent literary tradition in Croatian and shaping the emergence of the urban Croatian identity of Zagreb and its surroundings at a time when Austrian control was weaning. He was a literary transitional figure, who helped bring Croatian literature from Romanticism to Realism and introduced the historical novel to Croatia.

Ini Vlaška Ul. Kami turun dan mulakan walking tour di sini.

Pada facade atas bangunan di Palmotićeva Ul. ini ada tertera tulisan 'SVECENICKI-DOM' which translated to 'priest's house Zagreb'.

The priest's house in Palmotićeva is a Roman Catholic priest's house of the Pension Fund of the priests of the Zagreb Archdiocese in Zagreb, in Palmotićeva Street. It was designed by one of the greatest Croatian Art Nouveau architects, Rudolf Lubynski , in 1909 - 1910 .- wikipedia

Facade depannya ada banyak ciri hiasan Art Nouveau.

Unfortunately, it looks dilapidated.

Berjalan ikut our tour guide Mehmet dan local tour guide Ivana ke Vlaška ul. Kami akan ke Zagreb’s Upper Town – Kaptol. Kaptol terkenal dengan Katedral Zagreb (bangunan tertinggi di Croatia) dan 25 rumah agam Kaptol dengan tempoh pembinaan dari Zaman Pertengahan, hingga ke Baroque dan abad ke-19. 

Vlaška ulica. I think ini antara jalan utama for tourists to go to Ban Josip Jelacic Square. 

Tentunya area touristy macam ni ada tempat melepak minum-minum trendy macam ni. 

Bankomat bermaksud ATM.

Sempat bergambar sekejap dengan Ivana our local tour guide di Zagreb. 

Dari Vlaška ulica ini kita boleh nampak puncak dua menara Cathedral of Zagreb. Kedai Bio Trgovina (organic trade) tu adalah sebuah bioshop yang menjual produk bio yang diperakui, iaitu produk yang mempunyai sijil penanaman organik dan pengeluaran organik.

The mid-13th century spires of the Cathedral of Zagreb.

Jangan risau kalau tak sempat tukar duit untuk membeli belah. Di sini dan di bandar-bandar negara Balkan lain yang kami lawat, mudah nak cari money changers especially at touristic areas. Kami dah siap-siap tukar MYR to Euro di Malaysia sebab senang lagi nak tukar Euro ke matawang negara-negara Balkan while there. Well actually, at most places we visited Euro adalah diterima, cumanya the balance pekedai akan bayar dengan matawang merekalah. 

Bila jalan di tempat macam ni memanglah ada feel macam jalan di sebuah Europe Old Town with its cobblestone roads and surrounding historic buildings.



Kami pun sampai ke sebuah dataran kecil ini, namanya Europe Square. Ia terletak antara Vlaška Street dan Augusta Cesarca Street. Dataran ini sering menjadi lokasi acara luaran alternatif, seperti pasar kraf dan set DJ. Bangunan tengah itu adalah Konzulat Republike Estonije (Consulate of the Republic of Estonia). Sebelah kiri tu adalah bangunan Ban Centar. 


Ban Centar di Augusta Cesarca Street. 
Modern business-residential building located on the most attractive location in Zagreb - right next to the central square. Retail and office premises of high A class provide business environment of the highest rank.

Dari Vlaška Street kami masuk ke Augusta Cesarca Street. Pada petang itu di Europe Square ini ada craft market. 

Menjual pokok-pokok bunga.

A 'glass box' in the middle of the pedestrian street. 


Kedengaran live music dari hujung sana. Oh ya, suhu masa itu adalah antara 19°C ke 22°C. So it was just nice dan selesa. So far tak hujan seperti weather forecast yang saya check masa a few days sebelum bertolak ke Zagreb. 

Pelbagai produk domestik dijual di sini.

Stalls selling homemade wine vinegar, apple cider vinegar from ancient varieties of apples and aronia (red chokeberry) juice. 

Ada pula dua orang lelaki berpakaian macam caveman. Eh... dah halloween ke? 😁 May be they are street performers.


Ada live band. 

We were actually heading to Ban Jelačić Square, just around the corner di hujung jalan ini.

Gerai ini pula menjual produk-produk dari hasil penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran secara ekologi dari ladang OPG Korade.
Ladang OPG Korade menanam raspberi, currant (sejenis anggur), aronia (Chokeberry), ceri, pic kebun anggur dan membuat produk-produk seperti jem, jus, cuka dan teh.

Gerai jual locally made jewelries pun ada juga using perhaps semi-precious stones.

Bangunan Ban Centar di Augusta Cesarca Street. Ada beberapa tiang/bendera negara-negara lain di tepi bangunan ini. Rupanya dalam bangunan ini ada beberapa kedutaan seperti Netherlands and Switzerland embassies. 

More stalls selling variety of products.

Di sebelah kanan Augusta Cesarca Street ini kelihatan Cathedral of Zagreb.

Of course la ada wine bars.


Häagen-Dazs. Bertahun dah tak makan aiskrim ni. Mahal sangat... hihi. 

Müller, a chain of retail stores. 


Bangunan Gradska štedionica (the bank's old name) or Zagrebačka banka. 

Tiba di Ban Jelačić Square. 

Ban Jelačić Square ialah dataran tengah bandar Zagreb, Croatia, dinamakan sempena Ban Josip Jelačić. Nama rasminya ialah Trg bana Jelačića. 

Dataran ini dalam bahasa sehari-hari dipanggil Jelačić plac. Ia terletak di bawah teras bandar lama Zagreb Gradec dan Kaptol dan terus ke selatan Dolac Market. Ia adalah pusat zon pejalan kaki Zagreb Downtown.

Di dataran ini ada patung Count Josip Jelačić menunggang kuda.

Count Josip Jelacic merupakan seorang bekas tentera yang dilantik menjadi Gabenor Croatia di bawah Empayar Austria yang membantu mematahkan penentangan Nasionalis pada tahun 1848.

Dataran ini menampilkan bangunan yang dibina dengan gaya seni bina yang berbeza daripada classicism, secession dan modernism. Kebanyakannya mempunyai fasad antik yang saya noticed memerlukan pembaikpulihan.

Ibu pejabat Zagrebačka banka ini terletak di premis monumen budaya yang dilindungi iaitu bangunan Gradska štedionica di Ban Josip Jelačić  Square di Zagreb. 
Gradska štedionica yang mempunyai ciri-ciri neoklasik dan art deco adalah salah satu simbol yang paling terkenal di bandar Zagreb. Ia adalah hasil kerja Ignjat Fischer, arkitek terkenal Zagreb yang hasil kerjanya mempengaruhi pembentukan pusat dan identiti bandar Zagreb.




Ban Jelačić Square ialah tempat pertemuan paling popular untuk orang ramai di Zagreb. Sebagai sebahagian daripada zon pejalan kaki, ia tidak boleh diakses dengan kereta, tetapi ia adalah hab utama untuk trem.


Bermula sebagai lokasi pasar (1641), lokasi dataran ini mula menjadi penting dan dijadikan dataran utama bandar pada tahun 1848 dengan nama Ban Jelačić Square. 

Patung Ban Josip Jelačić di atas kuda, yang dicipta oleh pengukir Austria Anton Dominik Fernkorn telah dipasang pada 19 Oktober 1866 oleh pihak berkuasa Austria. 

Pada tahun 1946, dataran itu dinamakan semula kepada Trg Republike (Dataran Republik). Patung Jelačić telah dialihkan pada tahun 1947 apabila kerajaan Komunis baru SFR Yugoslavia mengecamnya sebagai "servant of foreign interests". 

Pada 11 Oktober 1990, semasa perpecahan Yugoslavia dan selepas pilihan raya 1990 di Croatia, peranan bersejarah Jelačić sekali lagi dianggap positif dan patung itu dikembalikan ke dataran ini. Nama dataran itu sekali lagi ditukar.



Selesai mendengar penerangan dari Ivana, mengambil gambar dan bergambar, kami dibawa pula ke Dolac Market melalui bangunan ini. Bižuterija Vladimir bermaksud costume jewelry Vladimir. 

Ini kedai Bižuterija Vladimir. 

Melalui tepi bangunan Dolac Market. Tapi yang Ivana nak tunjuk pada kami adalah pasar Dolac open air. 

Panjat tangga. 

Iklan Kelab Taekwondo Pantera Zagreb. 

Kami pun tiba di dataran Dolac Market. Unfortunately, masa itu pasar tani sudah pun berakhir. So dengar sajalah penerangan dari Ivana sambil membayangkan suasana pasar ini. Bila saya cari foto pasar ini di internet, memang nampak menarik. 

Dolac ialah pasar tani yang terletak di daerah bandar Gornji Grad - Medveščak di Zagreb, Croatia. Ia paling kerap dikunjungi dan paling terkenal di Zagreb, terkenal dengan gabungan pasar terbuka tradisional dengan gerai dan pasar berbumbung di bawahnya. Ia terletak hanya beberapa meter dari dataran bandar utama iaitu Ban Jelačić Square, antara bahagian tertua Zagreb, Gradec dan Kaptol. 

Pasar harian ini telah menjadi tempat perdagangan utama di bandar ini sejak 1930. Petani-petani dari kampung sekitar datang untuk menjual bahan makanan buatan sendiri dan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar. Di pasar berbumbung di tingkat bawah pula terdapat penjual daging dan penjual ikan. Bunga dan renda juga ada dijual. Pasar ikannya menjual hasil segar setiap hari kecuali hari Isnin.

Beginilah suasana Dolac Market masa beroperasi.

From Dolac Market, one can also see the Parish Church of St. Marije na Dolac. 

The Church of the Visitation of the Blessed Virgin Mary in Zagreb, also known as Saint Mary Dolac, is a parish church located at Dolac 2. The church is a protected cultural property of the Republic of Croatia. 

Dari Dolac Market ini juga kita boleh nampak Cathedral of Zagreb. Katedral ini kelihatan kuning keemasan pada waktu petang begini.



Ada beberapa kedai-kedai souvenir di sini.


Ivana pun bawa rombongan kami ke salah satu kedai cenderamata di sini. Sememangnya ada antara ahli rombongan kami yang hendak membeli.

Walaupun kami tidak membeli apa-apa, tapi since nampak menarik kami pun masuk juga ke dalam kedai ini. Curious kami nak tahu apa yang dijual.

Macam-macam ada. Dan most souvenir and trinkets nampak macam cantik dan berkualiti.


Masa menunggu ahli rombongan lain membeli, kami dapatkan sedikit penerangan dari Ivana tentang cenderamata-cenderamata yang popular di Zagreb. Antaranya ialah Šestine umbrella ini. 
Kisah legenda menceritakan suatu masa dahulu sepasang suami isteri muda berlindung di bawah satu payung gelap semasa hujan yang sangat lebat. Kuasa cinta mereka sangat kuat sehingga menyebabkan warna payung yang gelap menjadi merah 💖💕.

Payung ini juga mendapat namanya dari Šestine sebuah perkampungan kecil yang indah di Zagreb dan payung adalah sebahagian daripada pakaian rakyat mereka yang cantik.

Kata Ivana lagi payung merah terang ini adalah simbol Zagreb, dengan corak yang sama digunakan untuk payung di Dolac Market.

Kasut comel ini pula namanya Opanak. Ia adalah kasut petani tradisional yang dipakai di Eropah Tenggara, khususnya di Bosnia dan Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Serbia, dan juga Romania dan Albania. Ia dibuat dari kulit.

These are Croatian beautiful and colorful wooden toys. Diperbuat daripada kayu sumber tempatan - terutamanya kayu lembut seperti kapur, maple, willow atau beech - mainan ini dibuat sepenuhnya dengan tangan, menggunakan ketukangan yang kini merupakan kemahiran yang dilindungi dan warisan yang sangat bernilai. Tradisi membuat mainan ini bermula pada abad ke-19.

Another authentic Croatian souvenir are the Croatian Honeybread Cookies (Licitars). Yang ini cuma souvenir, not the actual cookies, so tak boleh dimakanlah. Biskut ini ada dibuat pelbagai bentuk seperti kuda, burung, cendawan dan lain-lain bentuk, tapi yang paling popular adalah bentuk heart. 

Bentuk heart lebih diutamakan kerana ia bagai adat seorang pemuda menghadiahkannya kepada gadis yang disukainya. Licitar biasanya dihiasi dengan cermin kecil yang mempunyai makna simbolik.
Apabila seorang lelaki memberi seorang gadis licitar heart, dia akan berdiri di belakang gadis itu. Dengan cara itu, lelaki itu akan menjadi orang pertama yang dilihat oleh gadis itu apabila si gadis melihat cermin tersebut. Dari cermin itu si lelaki bagai mengatakan hanya gadis itu yang ada di dalam ruang hatinya. Bersama dengan cermin kecil simbolik, licitar heart sering mempunyai mesej di bawahnya yang mengesahkan keterikatan romantis dengan kata-kata seperti: 'Saya sayang awak'. So sweet 😊.

Ini pula adalah Croatian lace. Renda Croatia ini terkenal dengan keindahan dan kualitinya, dan pembuatan renda Croatia telah dicatat dalam 'UNESCO List of Intangible Cultural Heritage' di Eropah pada tahun 2009. Renda Croatia secara tradisinya dibuat untuk menghiasi pakaian, linen, alas meja dan peralatan tempat tidur.

These are Croatian traditional footwear - Slavonian woolen socks, handmade, knitted.

Tentunya ada fridge magnets. 

Other souvenirs.

Beautiful fridge magnets.


Since masa itu ahli rombongan lain masih lagi rancak memilih dan membeli, kami pun decided to go to the Cathedral of Zagreb to have a closer look. Tak jauh dari kedai souvenir, kurang 100 meter. 

Katedral Zagreb adalah gereja-katedral Roman Katolik. Ia bukan sahaja bangunan kedua tertinggi di Croatia tetapi juga bangunan paling monumental dalam gaya Gothic di tenggara Alps. Ia didedikasikan untuk Assumption of Mary dan kepada raja-raja Saint Stephen dan Saint Ladislaus. 

Katedral ini mempunyai nilai seni bina yang hebat. Menaranya yang menonjol dianggap sebagai mercu tanda kerana ia boleh dilihat dari kebanyakan bahagian bandar. Salah satu daripada dua menaranya rosak dalam gempa bumi yang berlaku pada 22 Mac 2020.

Di sebelah Cathedral of Zagreb ada Monument of the Assumption of the Blessed Virgin Mary ini. 

Monument of the Assumption of the Blessed Virgin Mary.


Ada patung Mary berwarna emas di puncak column monumen ini. 

Di dasarnya pula ada patung-patung angels dan fountains.

Patung-patung ini juga berwarna emas.

The fountains.




Di sebelah katedral, ada sebuah tembok pertahanan lama dan menara kawalan yang masih utuh. Menurut sejarah, ia dibina sebagai persediaan menghadapi ancaman serangan Empayar Turki Uthmaniyyah yang ketika itu telah memasuki Croatia pada akhir kurun ke-15.







Lepas itu kami pun berjalan ke meeting point which was the same place di mana kami turun dari bas earlier untuk berkumpul semula dengan rombongan.



Sebenarnya ada sangat banyak tempat yang boleh di lawat di Zagreb ini seperti yang tertera pada papan maklumat ini. So many museums, galleries, churches and other historic buildings/places. 









Tiba di meeting point. Based solely on the short walking tour, pada saya bandar Zagreb adalah seperti bandar-bandar lain di Eropah yang pernah kami lawat. Mungkin skalanya tidak sehebat bandar-bandar seperti Budapest dan Prague, but still it has that old world charms with its many historic buildings, churches, squares and places. 

Naik bas dan menuju ke hotel penginapan kami pada malam itu. 

Sunset over Zagreb.

Lepas Croatia, seterusnya kami dibawa ke Bosnia and Herzegovina. 





Selepas travel selama lebih kurang 4 jam kami pun sampai di Hotel penginapan kami, Safir Hotel, Bihać, sebuah bandar di Bosnia and Herzegovina. 



Urusan check-in. 


Makan malam. 






Alhamdulillah, sedap dan mengenyangkan. 

Biliknya luas dan selesa.






Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.  

No comments:

Post a Comment