Assalamualaikum.
Masih lagi cerita percutian kami di negara-negara Balkan, pada hari kedua di Bosnia & Herzegovina. Dalam entry ini saya cerita pula walking tour kami di Sarajevo Old Town.
Turun saja dari bas, kami dibawa oleh Mehmet (tour guide) ke kawasan Sarajevo Old Town.
Sungai Miljacka. Lebih dari sedozen jambatan dibina merentangi sungai ini.
Sungai Miljacka |
Tram Sarajevo. Semasa Pengepungan Sarajevo 1992-1995, landasan dan banyak tram telah rosak teruk. Operasi tram berhenti pada 15 April 1992, 9 hari selepas pengepungan bermula, dan diteruskan walaupun terdapat bahaya pengepungan yang berterusan pada 15 April 1994. Kenderaan ini sekali lagi beroperasi walaupun terdapat tanda-tanda kerosakan pada beberapa tram.
Bangunan indah bersejarah ini adalah Vijećnica (town hall) - Sarajevo City Hall. Bangunan itu dibina dalam gabungan gaya eklektikisme sejarah, kebanyakannya dalam reka bentuk pseudo-Moor, yang mana sumber gaya boleh ditemui dalam seni bina Islam Sepanyol dan Afrika Utara. Bangunan ini telah dibuka semula pada 9 Mei 2014 dan sekarang adalah ibu pejabat Datuk Bandar Sarajevo, serta Majlis Bandaraya Sarajevo.
Jambatan ini namanya Šeher-Ćehajina ćuprija - Šeherćehaja bridge yang dibina merentang sungai Miljacka. Ia boleh diterjemahkan sebagai "Jambatan Datuk Bandar" daripada perkataan Turki untuk 'Datuk Bandar'. Semasa pemerintahan Uthmaniyyah, 13 jambatan telah dibina di Sarajevo.
Di seberang Sungai Miljacka sana ada sebuah masjid namanya Hadžijska džamija - Hajji's Mosque. Ia terletak di Alifakovac, kejiranan di komuniti tempatan Babića bašća, salah satu penempatan bandar tertua di Sarajevo. Masjid ini dibina antara 1541 dan 1561 oleh quartermaster Gazi Husrev-beg. Ia telah digunakan oleh jemaah haji di bandar ini sebelum mereka bertolak ke Makkah, jadi dikenali juga sebagai Pilgrim's mosque.
Sungai Miljacka yang panjangnya 35.9 km, mengalir melalui bandar Sarajevo, membahagikan bandar ini kepada dua bahagian - sebelah selatan dan sebelah utara atau, sebagaimana Sarajevan lebih suka memanggilnya, sebelah Bistrik (berkulat dan lembap) dan sebelah Vratnik (cerah).
Kawasan bukit di hujung sana itu adalah kawasan namanya Hrid-Jarčedoli, terdiri daripada kawasan yang sangat berbukit dengan kawasan perumahan dan kawasan hijau yang besar. Di situ ada beberapa picnic area.
Ok, roughly inilah peta kawasan Sarajevo Old Town yang kami explored dalam walking tour kami ini. We visited some key point of interests like mosque, cathedral, synagogue, water fountain, historical sites and of course enjoying the whole unique bazaar scenes.
Bangunan sebelah kanan itu adalah bangunan Sarajevo City Hall yang kita nampak earlier.
Pada info board ini ada Jata Sarajevo (Coat of Arms of Sarajevo, also known as the Seal of Sarajevo).
Di tepi bangunan Sarajevo City Hall ini juga ada another info board about the City Hall building itself by the Bosnia and Herzegovina Commission to Preserve National Monuments.
The ground plan and section of the building.
Sejarah bangunan Sarajevo City Hall.
Walking to the main market place. Sambil itu saya ceritalah serba sedikit tentang old town ini.
Lokasi Sarajevo Old Town adalah dalam Stari Grad Municipality yang merupakan sebuah perbandaran di bandar Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina. Ia adalah bahagian tertua dan paling penting dalam sejarah Sarajevo.
Di tengah-tengah old town ini ialah Baščaršija (main market place), lokasi pasar lama di mana bandar ini diasaskan oleh jeneral Uthmaniyyah Isa-Beg Ishaković pada abad ke-15. It is one of Sarajevo's main tourists attraction. Ke situlah kami dibawa Mehmet.
Walaupun dikenali sebagai 'Old Town', Baščaršija bukanlah bahagian tertua di bandar ini kerana ada sebuah kubu lereng bukit di pinggir Sarajevo yang berusia lebih tua beberapa ribu tahun dari Baščaršija.
Old Town ini telah direka oleh pemerintah Uthmaniyyah Sarajevo untuk mempromosikan perdagangan dan industri di Sarajevo. Pasar, masjid dan madrasahnya menjadi ciri penting metropolis yang semakin berkembang pesat pada masa itu, yang terkenal sebagai tempat pertemuan Timur dengan Barat.
Sejarah Baščaršija bermula pada 1462, apabila Isa-beg Ishaković, gabenor Uthmaniyyah Bosnia, membina karavanserai, sejenis stesen servis tepi jalan di mana pengembara-pengembara boleh mencari penginapan, makanan untuk kuda, menukar wang dan membaiki kenderaan-kenderaan mereka.
Ketika ini kami sedang melalui jalan Bravadžiluk Veliki. Jalan ini sudah ujud sejak abad ke-16, ketika ia adalah sebahagian daripada Hadadan Čaršija, tempat tukang besi bekerja. Ini menunjukkan bahawa tukang sebegitu telah bekerja di sini sejak awal lagi dan menawarkan pelbagai jenis barangan buatan tangan. Pada ketika itu, tukang-tukang yang mempunyai kedai mereka di bazar ini mula mengkhususkan diri dalam membuat locks and padlocks, yang mempengaruhi nama-nama 'Brava' yang kini digunakan (brava = lock).
Jalan Bravadžiluk Veliki |
Salah satu daya tarikan Sarajevo adalah pada gabungan budaya-budayanya seperti Uthmaniyyah, Austro-Hungary, Slavic, Muslim, Ortodoks, Katolik dan Yahudi yang menarik.
Stari Grad Municipality dicirikan oleh banyak struktur keagamaannya, dan merupakan contoh seni bina Bosnia yang unik. Bahagian timur Stari Grad terdiri daripada sektor bandar yang dipengaruhi Uthmaniyyah, manakala bahagian barat mempamerkan seni bina dan budaya Austria-Hungary, secara simbolik mewakili bandar itu sebagai tempat pertemuan antara Timur dan Barat.
Stari Grad mempunyai banyak tarikan pelancong termasuk Gazi Husrev-beg Mosque, Emperor's Mosque, the Sarajevo Cathedral dan banyak lagi.
Baščaršija ialah sebuah bazar oriental, lorong-lorongnya sempit dan penuh dengan kedai-kedai kecil tempat tukang membuat dan menjual produk mereka.
Kedai jual pizza. Baunya sungguh menyelerakan! 😋 |
Pada satu masa dahulu, setiap jalan didedikasikan untuk jenis-jenis kraf yang berbeza seperti kerja logam, barang kemas, tembikar dan sebagainya. Pada masa kini, banyak kedai artisan lama telah ditukar kepada kedai cenderamata dan kafe.
Baklavas. Pengaruh Ottoman masih kuat di sini. In fact, masa kami jalan di bazar ini rasa macam berjalan di bazar Istanbul.
Pembinaan semula Baščaršija pernah dilakukan pada 2015 kerana the underground installations sudah berusia dan rosak setelah lebih 30 tahun. Semasa pembinaan semula dibuat untuk lampu-lampu awam, tiang lampu elektrik pertama di Sarajevo telah ditemui. Projek bernilai 1.2 juta KM itu dibiayai bersama oleh Municipality Stari Grad Sarajevo and the sister city Osmangazi (Bursa) from Republic of Turkey menunjukkan sehingga kini negara Bosnia & Herzegovina dan Turki mempunyai hubungan yang baik.
Baščaršija telah banyak berubah sejak abad ke-15 semasa melalui beberapa era bersejarah utama seperti: Zaman Uthmaniyyah (oriental) berlangsung sehingga 1878, Austro-Hungarian (permulaan pemodenan) hingga 1918 dan selepas itu zaman moden dan pasca-kecenderungan moden. Setiap era meninggalkan characteristics yang kukuh pada identiti visual Baščaršija.
Sambil berjalan terus merakam suasana di bazar open air ini. Brown building ini ialah sebuah restoran. Namanya Buregdžinica Bosna. Menarik reka bentuk bumbungnya. Kelihatan di belakangnya kubah dan menara Baščaršija Mosque.
Di sekeliling Baščaršija terdapat beberapa pasar lain seperti Franjevačka, Sabilj dan Terezi. Tumpuan pasar-pasar ini pada pasaran utama Baščaršija menjadikan Baščaršija nukleus bahagian perniagaan bandar Sarajevo sejak abad ke-15, yang asalnya bermula sebagai persimpangan laluan perdagangan timur dan barat.
Sebuah lagi kedai jual baklava.
Dan tentunya bazar ala Turki ini ada tempat-tempat minum kopi begini. Very cozy and inviting indeed.
Sebelah kiri tu ialah Ćevabdžinica Hodžić, sebuah restoran. Salah satu restotan paling terkenal di Baščaršija. Menghidangkan makanan barbecue dan Eastern European meals. Ianya sebuah restoran Halal.
Kami pun sampai di satu dataran. This is the main square of Baščaršija. Juga dikenali sebagai pigeon square sebab ada banyak pigeons. Tapi masa tu tak nampak pulak the pigeons.
Di sini ada satu lagi restoran terkenal iaitu Burgo. Specialty restoran ini adalah burgers.
Di Baščaršija main square ini ada sebuah masjid lama namanya Baščaršijska džamija - Havadža Durak mosque yang lebih dikenali sebagai Baščaršija Mosque. Tidak diketahui secara tepat bila masjid ini dibina, tetapi sebuah manuskrip dari tahun 1528 menyebut tentang kejiranan di sekitar Havadža Durak mosque, jadi masjid ini tentunya dibina sebelum tahun itu.
Pembinaan semula secara besar-besaran telah dibuat pada masjid ini setelah ia mengalami kerosakan teruk semasa perang (1992-1995). Baščaršija mosque juga telah diisytiharkan sebagai Monumen Nasional Bosnia dan Herzegovina pada tahun 2006.
Penjual jagung bakar di tepi Havadža Durak mosque.
Kami dibawa berjalan sedikit lagi ke hujung sana Baščaršija main square ini sebab Mehmet nak tunjuk tempat untuk kami berkumpul setelah kami selesai jalan-jalan sendiri di Baščaršija ini nanti.
Ok, di fountain inilah nanti tempat our meeting point. Nama fountain ini adalah Sebilj dibina pada tahun 1753 dan merupakan salah satu mercu tanda bersejarah di Sarajevo. More of this beautiful fountain in my next blog entry, inshaAllah.
Baik, setakat ini, di bawah adalah peta perjalanan 'Walking Tour' kami di Sarajevo Old Town ini, passing by mosques and fountains, cafes and restaurants, lots of souvenir shops, clothing shops, baklava shops, barber shop, pizza shop, hotel, money changers etc.
Baik, sekarang kami dibawa pula oleh Mehmet ke satu lagi masjid bersejarah Sarajevo yang ada di Baščaršija ini untuk bertemu dengan seorang local tour guide.
Sekarang kami masuk ke Sarači street yang dikatakan jalan paling terkenal di Baščaršija ini. Kalau dahulu jalan Bravadžiluk Veliki that we passed through earlier adalah jalan di mana terdapatnya banyak kedai-kedai dan bengkel tukang besi, di Sarači street ini pula adalah di mana tertumpunya kedai dan bengkel membuat pelana. Sarači Street ini dinamakan sempena Saraç, perkataan Turki untuk tukang yang membuat pelana. Sudah ujud sejak 1462, Sarači street adalah salah satu dari 3 jalan-jalan yang telah pertama kali diberi nama di Sarajevo.
Sarači street ini terletak dalam "Historical City Area - Sarajevo Čaršija", yang diisytiharkan pada 2014 sebagai National Monument of Bosnia and Herzegovina. |
A beautiful shop selling scarfs, towels, shawls, scented soaps and lots of other wonderful products.
Mehmet pointed out to us, kalau nak makan ais krim kata dia, belilah di kedai ini. Selain confirm halal, Mehmet kata rasanya sedap.
Carigrad Ice Cream nama kedai ini.
Yang di atas tu adalah domaci rahat lokum atau homemade turkish delights. Ais krimnya pula ada pelbagai perasa: mango, limun (lemon), sneakers, cheese cake, jagoda (strawberry), kajsija jogurt (apricot yogurt), kinder bueno, smokva orah (fig nut), vanilija (vanilla), domaca vanilija (homemade vanilla), strumf (yang ini actually mereka nak eja smurf, kartun tu 😄... macam mana ya rasa smurf?), cokolada (chocolate) dan sumsko voce (wild berries).
Ok sambung lagi jalan. Di Baščaršija memang ada banyak restoran-restoran.
Ini pula BH Posta. Kata Mehmet kalau nak tukar duit boleh buat di sini. Rate dia bagus, tapi tambah Mehmet lagi kalau nak tukar di tempat lain pun boleh juga sebab tak banyak beza rate tukarannya. Mungkin Mehmet suggested BH Posta sebab it is the national post of Bosnia & Herzegovina. So regulated lah.
Mehmet juga kata kalau kami nak lepak-lepak minum kopi dalam suasana ambiance yang menenangkan, bolehlah ke Caffe Divan ini. Di dalam tu dia kata ada a big inner courtyard with big shady trees.
Mehmet also said look out for this huge question mark sign kalau tak jumpa cafe ini.
Cafe Divan ini terletak di Ulica Sarači - Sarači street.
Di kedai-kedai lain juga menjual pelbagai jenis traditional desserts.
Seperti biasa pada masa-masa tertentu, mestilah kami buat toilet break dahulu. Di sebelah kanan tu adalah ablution room for women.
Lepas itu kami pun dibawa masuk ke perkarangan Gazi Husrev-begova džamija - Gazi Husrev-beg Mosque.
Ada kemudahan audio guide untuk sesiapa yang ingin melawat masjid ini yang boleh di download dari Google Play. Juga ada info board tentang masjid bersejarah ini.
Jom kita baca tentang masjid ini dan sejarahnya.
Juga ada info on the Gazi Husrev Beg's Museum and mausoleum.
Gazi Husrev-beg Mosque. Dibina pada abad ke-16, ia merupakan masjid bersejarah terbesar di Bosnia dan Herzegovina dan salah satu daripada struktur Uthmaniyyah yang paling terkenal di Balkan.
Di sebelah kiri itu adalah the mausoleum yang menempatkan makam Gezi Husrev-Beg dan komandernya yang bernama Murat Bey Tardic. Makam Gezi Husrev-Beg terletak di bawah kubah biru yang besar dan di sebelah kirinya adalah makam Murat Bey Tardic.
Di perkarangan masjid ini ada sebuah fountain yang cantik bernama Sadrvan Fountain.
Mehmet sedang memberi penerangan di perkarangan masjid.
Pandangan Masjid Gazi Husrev-beg dari atas.
Juga terdapat maklumat tentang architectural ensemble masjid ini.
Then we were joined by a local tour guide. Nama dia Emir. Sedikit penerangan diberikan oleh Emir sebelum kami memulakan walking tour seterusnya.
Walking to the next place of interest, the Latin Bridge.
Perjalanan ke Latin Bridge membawa kami semula ke sungai Miljacka.
Kami dibawa masuk ke jalan Zelenih Beretki hingga ke hujung jalan ke bangunan Sarajevo Museum 1878 – 1918 di blok sebelah kiri jalan ini.
Kelihatan ada sebuah kereta lama diletak di laluan pejalan kaki. Di seberang jalan sana adalah Latin bridge.
Kami dibawa ke sini untuk melihat lokasi di mana berlakunya kejadian pembunuhan (assassination) pewaris negara Austria dan isterinya di ibu kota Bosnia yang menyebabkan berlakunya Perang Dunia Pertama.
Replika kereta '1911 Gräf & Stift 28/32 PS Double Phaeton' yang dinaiki mangsa-mangsa dipamerkan di sini. Kereta sebenar ada di Museum of Military History, Vienna.
Ketika kejadian pada June 28, 1914 kedengaran dua das tembakan dari sudut jalan di tengah bandar ini, membunuh archduke Franz Ferdinand, pewaris takhta Empayar Austro-Hungary dan isterinya Sophie the Duchess of Hohenberg. Suspek, seorang Bosnia-Serb berusia 19 tahun bernama Gavrilo Princip, telah ditahan. Princip dikatakan bergabung dengan Serbian nationalist society Black Hand, yang dilaporkan mempunyai hubungan dengan kerajaan Serbia yang berdedikasi untuk menyatukan Bosnia dengan Serbia.
Di belakang replika kereta ini ada diabadikan tapak kaki Gavrilo Princip.
Percubaan membunuh lebih awal telah dibuat ke atas archduke, sekitar jam 10:15 pagi, apabila seorang lagi suspek, seorang Bosnia-Serb bernama Nedeljko Cabrinovic, melontar bom ke arah permotoran diraja yang ketika sedang menuju ke majlis resepsi di Dewan Bandaraya Sarajevo.
Konspirator bersama Gavrilo, Nedeljko Čabrinović, seorang lagi ahli pergerakan Bosnia-Herzegovinian Mlada Bosna, melompat ke dalam sungai Miljacka dari jambatan, beberapa saat selepas melemparkan bom tangan ke arah kereta archduke. Dia berniat untuk bersembunyi di bawah jambatan supaya dia boleh menelan serbuk sianida yang dibalut ke dalam sekeping kertas. Tetapi racun itu menjadi begitu basah terkena air sungai Miljacka sehingga ia larut dan hilang ketoksikannya. Čabrinović telah diseret dari sungai dan ditangkap. Terdapat enam konspirator selain Princip, yang semuanya bersenjatakan bom dan pistol dengan masing-masing memiliki kapsul sianida.
Latin bridge. Jambatan ini juga dikenali sebagai "Principov most", sempena nama pembunuh Archduke Franz Ferdinand iaitu Gavrilo Princip. Dinamakan demikian semasa era Yugoslavia. Nama itu kembali ke Latin Bridge selepas Perang Yugoslavia.
Lepas itu kami teruskan lagi walking tour.
Di jalan Zelenih Beretki.
Dari jalan Zelenih Beretki kami masuk ke Gazi Husrev-begova street.
Gazi Husrev-begova street juga dikenali sebagai Zlatarska (Goldsmith's St.) kerana kedai emas dan barang kemas yang terdapat di sini.
Gazi Husrev-begova street dinamakan sempena Gabenor Uthmaniyyah Bosnia & Herzegovina yang berkhidmat pada separuh pertama abad ke-16 dan yang bertanggungjawab membina beratus-ratus bangunan di seluruh bandar lama ini.
Berfoto sekejap di Gazi Husrev-begova street. Sebelah kanan ialah kedai barang kemas dan di kiri adalah pintu gerbang masuk ke Bezistan (sebuah bazar zaman Ottoman).
Ini adalah salah satu pintu masuk ke Bezistan Gazi Husrev-beg. Bazar ini adalah salah satu bezistan yang masih terpelihara di Sarajevo, dari zaman Uthmaniyyah. Dibina pada 1555 di Baščaršija, bezistan ini kini masih lagi berfungsi sebagai pusat perniagaan.
Di Gazi Husrev-begova street ini ada satu lorong namanya Kujundžiluk yang darinya kita boleh nampak Gazi Husrev-beg Mosque. Di sebelah kiri foto di bawah ini adalah Sarajevska Sahat-kula/Sarajevo Clock Tower. Ia sebuah menara jam yang tertinggi daripada 21 menara jam yang dibina di negara ini dengan ketinggian 30 meter. Ia dipercayai dibina pada abad ke-16.
Seorang lelaki di depan sebuah kedai emas di Goldsmith's Street.
Satu lagi pintu masuk ke Bezistan Gazi Husrev-beg.
Kami pun sampai ke satu lagi tempat lawatan dalam program walking tour kami. Lokasi ini namanya Sarajevo Susret Kultura - Sarajevo Meeting of Cultures.
Di atas jalan Ferhadija St., berhampiran Bezistan Gazi Husrev Bey ini ada mesej "Sarajevo Meeting of Cultures". Ini adalah penanda tempat bergabungnya dua budaya dominan yang pernah membentuk Sarajevo.
Pada dasarnya, apa yang dapat dilihat dengan jelas tentang Sarajevo ialah ia adalah sebuah bandar yang menghubungkan Timur dan Barat - bukan sahaja sebagai bahagian dunia yang berbeza, tetapi juga dari segi budayanya - dengan Timur dianggap Uthmaniyyah dan Islam dan Barat dilihat sebagai Austro-Hungary dan Kristian.
Info board Sarajevo Meeting of Cultures. |
Bila kita berdiri di marker ini dan melihat ke arah barat, kita boleh lihat banyak struktur yang dibina dalam gaya Barat, semasa zaman pemerintahan Austro-Hungary.
Bila kita melihat ke arah timur pula, kita boleh lihat suasana zaman Ottoman.
Di "Sarajevo Meeting of Cultures" ini juga merupakan tempat berakhirnya walking tour kami bersama Emir the local tour guide. So we bid Emir adieu and thanked him for his service.
Dari sini kami diberi masa untuk berjalan-jalan sendiri ikut group masing-masing to explore Baščaršija further. Pada waktu yang ditetapkan, nanti kami akan berkumpul semula di fountain Sebilj yang Mehmet tunjuk pada kami earlier. Ini foto Sebilj yang kami nampak earlier.
Since earlier kami sudah pun melawat sebuah masjid iaitu Gazi Husrev-beg Mosque, maka saya rasa elok kalau kami lawat pula sebuah synagogue (Old Synagogue - Old Jewish Temple) dan sebuah katedral (The Sacred Heart Cathedral) berpandukan pada peta yang ada di info board tadi bagi melengkapkan eksplorasi kami di bandar gabungan budaya ini. Kedua-dua lokasi temple dan cathedral ini tidak jauh from our current location.
Ini peta menunjukkan lokasi kami ketika itu, juga lokasi-lokasi Old Jewish Temple, The Sacred Heart Cathedral dan Sebilj fountain. |
Memandangkan lokasi the Old Jewish Temple adalah yang paling dekat dengan kami ketika itu, maka kami pun berjalan ke situ dahulu. Tak jauh, cuma 5 minit jalan kaki sahaja.
Bersama-sama dengan tempat ibadat Islam yang didirikan pada masa itu, Baščaršija juga merupakan lokasi Sephardi temple pertama, dipanggil Old Synagogue yang dibina antara 1581-87. Bersebelahan dengan Old Synagogue ini telah dibina New Synagogue.
Info board on the synagogue.
Ground floor and section map of the building.
Sejarah bangunan synagogue ini.
Bahagian bangunan lama synagogue ini tutup.
Kini masyarakat Yahudi Sarajevo menggunakan rumah ibadat mereka yang baru. Manakala kedua-dua bangunan lama dan baru digunakan bersama sebagai pusat kebudayaan. Sinagog Baru telah didermakan oleh masyarakat Yahudi ke bandar Sarajevo dan berfungsi sebagai galeri yang dipanggil Novi Hram. Bangunan Sinagog Lama telah diubah menjadi Muzej Jevreja Bosne i Hercegovine - Museum of the Jews of Bosnia and Herzegovina, dan dianggap sebagai salah satu ruang pameran terbaik bekas Yugoslavia.
Ok, setakat ini, route walking tour Part 01 kami adalah seperti dalam peta di bawah ini. Bermula di Sarajevo City Hall, kami masuk ke jalan Bravadžiluk Veliki dan tiba di Baščaršija main square dan Sebilj. Dari situ kami masuk pula ke Sarači street dan berjumpa dengan local tour guide di Gazi Husrev-beg Mosque. Dari masjid bersejarah itu kami dibawa ke Latin bridge dan ke Sarajevo Meeting of Culture marker. Selepas itu kami ke Old Jewish Synagogue.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment