Friday, November 25, 2022

BALKANS - BOSNIA & HERZEGOVINA - FROM SARAJEVO TO MOSTAR - ON THE WAY TO JABLANICA

Assalamualaikum.
Sambung lagi cerita percutian kami di negara-negara Balkan pada hari ke 3. Kami masih lagi di negara Bosnia & Herzegovina dan pada hari ke 3 ini kami ke satu lagi bandar di negara ini iaitu Mostar. Untuk blog ini saya cerita perjalanan kami ke sebuah bandar namanya Jablanica. Selepas itu baru kami meneruskan perjalanan ke Mostar.

Ini pemandangan dari tingkap hotel penginapan kami di Koncept Residence Hotel, Sarajevo.  

Lepas siap pack beg-beg, kami pun turun ke cafe hotel untuk sarapan. 

Sarapan kami adalah buffet breakfast dengan pelbagai pilihan. 

Macam-macam ada. Pilihan telurnya ada 5 jenis: telur goreng, telur goreng with vegetables toppings, telur dadar, telur rebus dan scrambled eggs.

Sausages ada 2 jenis: beef and chicken. Plus toasts and vegetables.

Dan tentunya ada cheese and pasta with fresh vegetables. Dah hari ke 3 ni tak miss nasi lemak dan roti canai ke? Belum lagi masa tu... boleh tahan lagi... hihi 😄.

There were also desserts and fresh fruits. 

Our breakfast. 


Kenyang. Alhamdulillah.

Reception, Koncept Residence Hotel, Sarajevo. Lepas sarapan, naik semula ke bilik dan bawa beg-beg kami turun dan letak di lobi hotel.

Since ada masa lagi, seperti kebiasaan kami bercuti, sebelum bertolak kami akan jalan-jalan dekat sekitar hotel untuk lihat suasananya since semalam kami tiba di hotel ini pada waktu malam, so tak nampak apa-apa masa tu. Ini pintu depan Koncept Residence Hotel, Sarajevo.

Sejuk sungguh masa tu. 6°C. Fortunately, it'll get warmer towards noon reaching 20°C plus. 

The hotel.

Jalan utama depan hotel. Di hujung sana kelihatan ada sebuah masjid.

Nama masjid ini adalah Džamija Omer ibn el-Hattab - Omer ibn el-Hattab mosque.

Kelihatan juga orang menjual barangan, nampaknya seperti barangan terpakai di tepi jalan ini.




Koncept Residence Hotel, Sarajevo. 

Ooiii.. sejuk sungguh di luar tu. Jom masuk dan tengok dalam hotel pula. 

This hotel is described as an upmarket apartment hotel with spa. It is a 4 star hotel. 

Very inviting. Yang tak inviting bila ada orang merokok. Yes, di sini merokok dalam bangunan adalah dibenarkan. 

Jom bawa beg ke bas.


Beautiful white garden rose.


Baik, jom kita bertolak ke bandar Mostar dengan persinggahan di bandar Jablanica. 

Perjalanan dari Sarajevo ke Jablanica ambil lebih sejam. Dan lebih kurang sejam lagi dari Jablanica ke Mostar. 

Sebuah hotel/shopping mall. 

Merentasi sungai Miljacka, sebatang sungai yang mengalir di tengah-tengah bandar Sarajevo.

Vokel is a pottery store.

Advertising billboards.

Sebuah public park yang cantik.



Ini Džamija Omer ibn el-Hattab - Omer ibn el-Hattab mosque yang dilihat earlier dari Koncept Residence Hotel.

More street vendors.

Drvodom is a furniture maker company.

Kawasan perumahan di lereng bukit. 

Dari kejauhan boleh nampak 2 minarets. 


Domavija Namjestaj is a huge furniture store. 


Masuk ke highway.


Dari Sarajevo ke Mostar guna highway A1 motorway. Lebuh raya ini menghubungkan ibu kota Sarajevo dengan bandar besar lain, seperti Mostar dan Zenica.




Mostar, 114 km lagi.


Ini tol Наплатна станица Влаково - Vlakovo toll station. 





Masuk ke Vlakovo Tunnel. Panjangnya 390 meter.


Melalui kawasan Azapovići, Homolj dan Kuliješ all villages in the municipality of Kiseljak, Bosnia and Herzegovina. Berkabus tebal masa lalu di sini.


Semasa dalam perjalanan menuju ke Jablanica ini, kami perasan pada the highway signages ada tulisan-tulisan lain selain the normal alphabets that we are used to. Contohnya pada signage kuning ini ada tulisan 'Kiseljak-Кисељак-Kreševo-Крушево'. Fyi, Kiseljak adalah sebuah bandar di Bosnia & Herzegovina. 'Kiseljak' adalah dalam English alphabet. Yang 3 lagi adalah as follows:
Кисељак - Cyrillic alphabets
Kreševo - Croatian
Крушево - Macedonian
🔶The Cyrillic script, Slavonic script or the Slavic script, is a writing system used for various languages across Eurasia. It is the designated national script in various Slavic, Turkic, Mongolic, Uralic, Caucasian and Iranic-speaking countries in Southeastern Europe, Eastern Europe, the Caucasus, Central Asia, North Asia, and East Asia.
🔶As of 2019, around 250 million people in Eurasia use Cyrillic as the official script for their national languages, with Russia accounting for about half of them. With the accession of Bulgaria to the European Union on 1 January 2007, Cyrillic became the third official script of the European Union, following the Latin and Greek alphabets.
🔶The Early Cyrillic alphabet was developed during the 9th century AD at the Preslav Literary School in the First Bulgarian Empire during the reign of tsar Simeon I the Great, probably by disciples of the two Byzantine brothers Saint Cyril and Saint Methodius, who had previously created the Glagolitic script. The script is named in honor of Saint Cyril.

Cantik sungguh kabus di pagi hari.







Nampaknya rumah-rumah di sini kebanyakkannya dibina dengan stail gablefront house, berbumbung merah dan berdinding putih.





Bridges were built in between valleys. 

Huge farms, gabled houses, bridge and mountainous surroundings.



Lalu sebuah lagi tol.


Ketika ini kami sudah masuk ke Konjic, sebuah bandar yang terletak di Herzegovina-Neretva Canton bagi Persekutuan Bosnia dan Herzegovina, sebuah entiti Bosnia dan Herzegovina. 

Konjic terletak di utara Herzegovina, kira-kira 60 kilometer barat daya Sarajevo. Ia adalah kawasan pergunungan, berhutan tebal, dan berada pada 268 m di atas paras laut.


Konjic Karton d.o.o - a company founded in 1998, specializing exclusively in the production of transport cardboard packaging made of corrugated cardboard.

Bandar Konjic ini adalah salah satu penempatan tetap tertua di Bosnia dan Herzegovina, sejak hampir 4000 tahun yang lalu. 

Kawasan berhampiran bandar ini dipercayai telah diduduki sejak 4000 tahun yang lalu, dan penempatannya dari rekod adalah sekitar 2000 tahun yang lalu oleh puak Illyrian yang mengembara ke hulu sungai di sepanjang sungai Neretva.

Supermarket Bingo.

Semasa pendudukan Austro-Hungary, Konjic menggunakan gaya seni bina Eropah yang membentuk gabungan dengan seni bina Uthmaniyyah seperti yang dilihat di banyak bandar dan pekan di sekitar Bosnia & Herzegovina.

Selepas Perang Dunia Pertama, yang dicetuskan oleh pembunuhan Archduke Franz Ferdinand di Sarajevo, Konjic menjadi sebahagian daripada Yugoslavia. Semasa Perang Dingin, bandar itu dipilih oleh presiden Josip Broz Tito sebagai pusat perintahan tenteranya, oleh itu dikenali sebagai Tito's Bunker, yang kini menjadi tarikan pelancong yang paling terkenal.
Fyi: Tito's bunker, ialah kubu nuklear era Perang Dingin dan pusat perintahan tentera yang terletak berhampiran bandar Konjic di Bosnia dan Herzegovina.

Konjic dibangunkan berhampiran hujung timur Tasik Jablanica, di sepanjang sungai Neretva. Lokasinya di lembah Neretva memaksanya kekal sebagai jaluran tirus kawasan perumahan dan perindustrian di sepanjang sungai dan tasik. 



Melalui jambatan Most Jurij Gagarin (sempena angkasawan Yuri Gagarin) merentasi sungai Neretva, sebatang sungai yang mengalir di Bosnia dan Herzegovina dan di Croatia. 

Bermula dari Gunung Lebršnik, sungai Neretva mengalir ke barat laut melepasi Konjic ke Tasik Jablanica, kemudian ke barat daya melalui bandar Mostar untuk memasuki Laut Adriatik. Panjangnya ialah 225 km.

Semasa kami lalu di jambatan Most Jurij Gagarin ini, kelihatan juga sebuah jambatan bersejarah di Bosnia & Herzegovina di bandar Konjic ini iaitu jambatan Stara Ćuprija Konjic (the Old Bridge). Sebagai sebahagian daripada kerajaan Bosnia, Konjic juga telah dimasukkan ke dalam kawasan pemerintahan Empayar Uthmaniyyah, di mana ciri yang masih kekal hingga kini dalam bandar ini, selain daripada banyak masjid dan membawa Islam, adalah jambatan yang diilhamkan oleh Uthmaniyyah. Stara Ćuprija Konjic adalah merupakan contoh penting seni bina jambatan Uthmaniyyah di Balkan, dan merupakan salah satu Monumen Nasional Bosnia dan Herzegovina.

Jambatan itu dibina antara 1682 dan 1683 oleh Ali-aga Hasečić di atas enam gerbang batu. Pada bulan Mac 1945, dek jambatan itu telah musnah oleh letupan yang dibuat oleh tentera Jerman yang sedang berundur. Walaupun gerbangnya mengalami kerosakan teruk, semua lima tiang-tiangnya terselamat, memelihara integriti struktur asas jambatan dan membenarkan pembinaan semula.



Sungai Neretva. 

Ketika ini kami mula menyusuri Tasik Jablanica (Tasik Jablaničko) yang bersambung dengan Sungai Neretva. 






Tasik Jablanica. 

Ini lokasi Tasik Jablanica, bandar Konjic dan bandar Jablanica. Tasik Jablaničko ialah tasik besar yang dibentuk secara buatan di sungai Neretva, di mana Neretva mengembang menjadi lembah yang luas. Ia terbentang dari Jablanica ke Konjic dan dari Jablanica ke barat laut, perbandaran Prozor-Rama.

Sungai Neretva menyediakan banyak tanah pertanian yang subur, sebelum tasik membanjiri sebahagian besarnya. 

Tasik Jablanica dicipta pada tahun 1953 selepas pembinaan Empangan Jablanica berhampiran Jablanica di tengah Bosnia dan Herzegovina.

Tasik Jablanica mempunyai bentuk memanjang yang tidak teratur. Lebarnya berbeza-beza di sepanjang tasik. 

Tasik ini adalah destinasi percutian popular di Bosnia dan Herzegovina. Berenang, berperahu, dan terutamanya memancing adalah aktiviti popular di tasik ini. 

Bosnia & Herzegovina, sebuah negara dengan aliran air dan tasik yang banyak, tidak mempunyai kekurangan air yang tulen dan berkualiti. Ia adalah antara negara di dunia yang jarang mengalami situasi kekurangan air. 

Selain banyak sungai pergunungan, sumber air penting lain adalah juga dari tasik-tasik buatan. Salah satu daripadanya ialah Tasik Jablaničko ini. Ia mempunyai bentuk yang agak memanjang di atas permukaan 13km2 dengan kedalaman tasik berubah-ubah antara 25 m dan 80 m (80 m adalah maksimum).

Bukan sahaja tasik ini cantik, malah alam semula jadi yang mengelilinginya juga menakjubkan. Antara lain, tanah tinggi yang menakjubkan adalah Blidinje Nature Park dan Mount Prenj yang dikenali sebagai Bosnian Himalayas.

Berenang di Tasik Jablaničko ini adalah merupakan salah satu activiti popular di tasik ini. Pencinta sukan air pula boleh menyewa bot kayu tradisional atau boleh juga menyertai beberapa pelayaran tasik yang dianjurkan. 

Di tasik ini juga merupakan lokasi terbaik untuk fly-fishing di negara ini. Terdapat 13 jenis ikan, sebahagian daripadanya adalah endemik dan hanya terdapat di sini. Terdapat juga nelayan tempatan menjual hasil tangkapan mereka di sepanjang jalan di sekitar tasik seperti large carp, trout, bass dan ikan lain. 

Sekali sekala ternampak juga side stops begini di mana pemandu boleh stop sekejap untuk menikmati keindahan tasik ini. 

Tasik Jablanicko selamat untuk aktiviti berenang tetapi disyorkannya hanya untuk perenang yang mahir kerana tiada penyelamat atau sebarang mekanisme keselamatan lain sekiranya berlaku kecemasan.

Kawasan indah Bosnia dan Herzegovina ini telah dibangunkan menjadi kawasan pelancongan. Banyak lokasi di tepi Tasik Jablanica ini yang dipenuhi dengan hotels, guest houses, boarding houses dan tapak perkhemahan.

Keindahan tasik Jablanica dengan latarbelakang gunung ganang berawan dan langit biru.


Di sebalik keindahan tasik Jablanica ini pernah terjadi satu peristiwa yang menyedihkan. Asalnya lembah ini sebelum dilimpahi air dan menjadi tasik, ia adalah tempat tinggal penduduk-penduduk sekitarnya. Ada plak yang diletakkan di tepi tasik ini bagi mengenang 'kehilangan' kampung-kampung, ladang-ladang, masjid, tanah perkuburan Islam penduduk tersebut. 

Pada plak ini tertulis "Uspomena na raseljeno stanovništvo njihova potopljena naselja polja harlme džamiju i vakufe" yang maksudnya lebih kurang "The memory of the displaced population, their submerged settlements of the Harlma fields, the mosque and the foundation".
🔵Kawasan penduduk di pertengahan antara Mostar dan Sarajevo ini, telah ditenggelami oleh tasik buatan pada tahun 1950-an. Selepas hampir 70 tahun, penduduk masih menunggu keadilan. Sementara itu, kampung itu telah ujud semula, dan tasik ini telah menjadi sekutu terbaiknya.
🔵Peristiwa ini di lihat sebagai akibat dari seni bina kejam sosialisme Yugoslavia.
🔵Ketika proses perpindahan, penduduk diberi tarikh untuk meninggalkan rumah-rumah mereka dan diarah ke mana untuk pergi dengan membawa beberapa barangan. Ancaman hukuman berat akan dikenakan sekiranya ingkar.
🔵Tiba-tiba menjadi miskin, terlantar di tengah-tengah timur Bosnia di mana mereka tidak mempunyai sebarang cara berhubung, kehidupan penduduk jadi makin terdesak.
🔵Jika penempatan haram dibuat, ia tidak akan mempunyai sebarang hak untuk disambungkan ke grid elektrik atau ke saluran air, termasuk jalan raya dan jambatan.
🔵Untuk pergi ke sekolah kanak-kanak perlu menyeberangi tasik dengan rakit dan bot yang teruk keadaannya, setiap hari, dalam hujan atau salji.
🔵Pada tahun 1970-an, dengan menggunakan kapal korek, penduduk membina jalan raya dengan usaha sendiri mengikuti jalan pantai sehingga ke bandar Konjic. Selama bertahun-tahun, ia menjadi sebuah kampung yang dihormati, dengan klinik pesakit luar dan juga stadium kecil untuk pasukan bola sepak tempatan.
🔵Kampung-kampung mula dibangunkan, tetapi perkhidmatan masih kurang. Sambungan ke grid elektrik - paradoks kejam untuk penduduk yang dipindahkan atas nama tenaga - hanya ada pada tahun 1970-an, selepas bertahun-tahun memprotes.
🔵Pada tahun 1990-an, para perenang dari kampung-kampung ini menjadi antara pengasas Persekutuan Renang Kebangsaan Bosnia dan Herzegovina. Pertandingan di perairan tasik, dipanggil Suljo dan Mujo (watak jenaka Bosnia yang popular), telah berlangsung selama 25 tahun.
🔵Perubahan bermula selepas perang tahun 1990-an. Peraturan baru memaksa Elektroprivreda untuk membayar pampasan kepada majlis perbandaran yang terlibat, yang seterusnya komited untuk melabur 50% dalam infrastruktur. Pada tahun 2010 sebuah jambatan akhirnya dirasmikan: selepas 55 tahun, pengasingan berakhir.

Ok, here are the rest of the photos of Lake Jablanica that I managed to capture.







Melalui Ostrožac village.

Viseći Most - Jambatan Viseći.











Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.  

No comments:

Post a Comment