Monday, November 14, 2022

BALKANS - BOSNIA & HERZEGOVINA - FROM PLIVA WATERFALL TO TRAVNIK

Assalamualaikum.
Selepas melawat Pliva Waterfall, kami meneruskan perjalanan dalam percutian Balkan kami ini menuju ke Travnik. 

Perjalanan dari Pliva Waterfall, Jajce ke Travnik akan ambil masa lebih sejam. Masa on the way itu, kami akan berhenti untuk bersolat di Turbe. 

Bangunan biru itu adalah bangunan BSI d.o.o, sebuah metallurgy company. 'd.o.o' refers 'društvo sa ograničenom odgovornošću' which refers to a limited liability company. 

Seperti di dalam entries sebelum ini, saya kongsi lagi foto-foto pemandangan-pemandangan bumi Bosnia & Herzegovina yang sangat indah yang sempat dirakam semasa dalam perjalanan bas kami dari bandar ke bandar. 

Yang ini pula adalah Betonara BH4 d.o.o. sebuah syarikat concrete plant engaged in the production of concrete prefabs and concrete accessories in addition to construction and civil engineering works.

Masa dalam perjalanan-perjalanan di Balkan ini sering ternampak kawasan-kawasan perumahan that are so nicely nestled in the lush green landscapes. Nampak lagi cantik dengan pokok-pokok yang berubah warna ketika musim luruh begini.


Ini Livprom d.o.o Jajce, sebuah saw mill that manufactures fir and spruce Sawn timber of various sizes and various applications.



In sungai Vrbas, sungai yang sama yang dilihat masa melawat Pliva Waterfall earlier.

Melalui kawasan Bravnice. 

Such beautiful houses by the Vrbas river.







Beautiful fur rugs. 

Bila lihat pada maps, saya noticed jalanraya yang kami lalui ini dibuat mengikut aliran sungai Vrbas.





Sekali sekala ternampak juga bee farms seperti ini. Penduduk tempatan, yang terlibat dalam pertanian dan vitikultur di kawasan luar bandar, menjana pendapatan sampingan dengan meningkatkan hasil mereka melalui penternakan lebah, yang memastikan pendebungaan.
🐝Di Bosnia dan Herzegovina yang mempunyai keadaan semula jadi yang sangat baik untuk penternakan lebah kerana zon iklimnya yang berbeza, padang rumput semula jadi dan tumbuh-tumbuhan yang subur, terdapat sejumlah 3,700 spesies tumbuhan berbeza yang sesuai untuk pengeluaran madu asli, termasuk 700 tumbuhan ubatan dan aromatik.
🐝Di negara ini, 53% daripadanya diliputi oleh hutan, blossom honey dan sage honey dihasilkan di bahagian selatan, manakala heather honey dihasilkan di bahagian barat daya, dan chestnut honey, yang mempunyai kandungan mineral yang tinggi, dihasilkan di bahagian barat laut.


Di kejauhan kelihatan gunung/banjaran yang cukup indah sekali. 


Kami pun tiba di Turbe untuk mengerjakan solat. 

Suasana Turbe dilihat dari tempat parking bas. 


Kami bersolat di masjid ini. Namanya Džamija Malezija yang bermaksud Masjid Malaysia. 

Ada sebuah sungai kecil mengalir di tepi masjid.

Design masjid ini nampak mirip masjid-masjid di Turki dengan minaret yang kurus tinggi.

Pandangan tepi masjid.

Ada 2 plak pada dinding luar masjid ini menyatakan 'Menara masjid Turba ini adalah hadiah dari rakyat dan kerajaan Malaysia kepada rakyat Bosnia dan Herzegovina'. Masjid ini dirasmikan oleh Tun Mahathir pada 2005.
🕌'Minaret carsijske dzamije turbe je poklon naroda i vlade malezije narodu bosne i hercegovine' 
The minaret of the royal mosque of Turba is a gift the people and government of Malaysia to the people of Bosnia and Herzegovina.
🕌'I reci allah je najveci i dovu cini mahathir mohamad koji sa dzematom turbeta podne namaz u ovoj dzamiji klanjase 
And say Allah is the greatest and pray to Mahathir Mohamad who prays the noon prayer in this mosque with the congregation of Turbet.

Suasana di seberang jalan dari masjid.

Pintu masuk masjid yang membawa jemaah terus ke tempat berwuduq. Air paipnya tersangatlah sejuk. Yang bagusnya, kebiasaan masjid-masjid di sini, di bilik berwuduq ada disediakan tuala-tuala kecil untuk kegunaan para jemaah. Jadi sejuknya sekejap je la.


Suasana di dalam masjid.



Ruang solat wanita di tingkat atas.

Ada beberapa students yang baru lepas habis kelas agama yang dibuat di masjid ini di ground floor. 

Pemandangan ruang solat utama dari tingkat atas.


Ini bilik kelas agama di Džamija Malezija. Masa kami sampai earlier, students baru selesai belajar. Hampir penuh kelas ini masa itu. Alhamdulillah.

Fyi, selain dari Džamija Malezija di Turbe ini, ada sebuah lagi masjid Malaysia di Bosnia & Herzegovina iaitu di Breka, Sarajevo yang namanya Maleziska Džamija yang telah dirasmikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007. Masjid ini dibina ketika konflik tercetus di Bosnia. Masjid ini unik kerana ia adalah gabungan seni bina Malaysia dan seni bina tradisional Bosniak.

Di bahagian Džamija Malezija mengadap jalanraya ada restoran Fast Food Malezija. Tapi menunya bukanlah makanan Malaysia tapi makanan mereka di sini.


Pokok-pokok bunga hiasan di tepi jalan.

Di tepi masjid juga ada kedai macam mini market yang menjual buah-buahan dan sayur-sayuran.

Antara jualan yang ada di kedai ini.

Selesai solat kami pun meneruskan perjalanan ke Travnik yang jauhnya cuma 6 km dari Džamija Malezija. 

Sebuah lagi bee farm. 


Tiba di bandar Travnik. 

Travnik ialah sebuah bandar di Bosnia dan Herzegovina, terletak 90 kilometer di barat Sarajevo. Sehingga 2013, bandar ini mempunyai populasi 15,344 penduduk, manakala di perbandarannya mempunyai 53,482 penduduk. Dari segi sejarah, ia adalah ibu kota gabenor Bosnia dari 1699 hingga 1850, dan mempunyai warisan budaya sejak zaman itu.

Bangunan IUT - Internacionalni Univerzitet Travnik - International University of Travnik. Also Hotel IUT. 



Di laman ini ada plak 'Armija Komanda 7 Korpusa' yang bermaksud 'Army Command 7 Corps' which refers to the Seventh Corps of the Army of the Republic of Bosnia and Herzegovina.
Kor Ketujuh Tentera Republik Bosnia dan Herzegovina adalah salah satu daripada tujuh kor yang beroperasi sebagai sebahagian daripada Tentera Republik Bosnia dan Herzegovina semasa perang di Bosnia dan Herzegovina. Ia diasaskan pada 7 April 1994 dengan ibu pejabat di Travnik. Komander kor untuk sepanjang masa kewujudannya ialah Mehmed Alagić.

 Sungai Lašva mengalir melalui bandar Travnik. 

Kami dibawa stop di Travnik adalah untuk makan tengahari. 

Kami diturunkan dari bas di tepi sebuah masjid namanya Hadži Ali-Begova džamija. 

🔵Masjid Hadži Ali-Begova džamija ini telah dibina pada tahun 1757 di atas tapak masjid sebelumnya oleh gabenor Bosnia dan wazir Uthmaniyyah Mehmed Pasha Kukavica, seorang pembina yang hebat. Masjid ini dinamakan sempena Hadži Ali bey Hasanpašić, salah seorang ahli keluarga dari Travnik yang membiayai pemulihannya, pada tahun 1872, berikutan kebakaran pada tahun 1856.
🔵Di sebelah masjid ini ada sebuah menara jam yang dibina pada tahun 1817, tetapi perlu dibina semula dua kali: selepas kebakaran pada tahun 1856 dan selepas keruntuhannya secara tiba-tiba pada tahun 1973 mungkin disebabkan oleh kelemahannya strukturnya selepas mengalami banyak gempa bumi.
🔵Keputusan telah dibuat untuk mengisytiharkan Masjid Hadži Alibeg dengan menara jam, harem dan air pancutnya sebagai monumen kebangsaan Bosnia dan Herzegovina. 

Bersebelahan dengan masjid Hadži Ali-beg ini ada sebuah kawasan perkuburan kecil di mana beberapa tokoh terkenal abad ke-18 dan ke-19, anak lelaki Mehmed Pasha Kukavica, Miri Miran Ibrahim Pasha dan penderma masjid sekarang, Hadži Ali-beg Hasanpašić, dikebumikan. Di sini terdapat beberapa batu nisan yang dihias dengan hiasan berukir Turki Uthmaniyyah dan inskripsi dalam bahasa Turki Uthmaniyyah.

Berjalan ke restoran, just a few meters away dari tempat turun bas.


Suasana bandar Travnik.

Lunch kami di Travnik adalah di restoran Ćevabdžinića Kod Muje. 



Menunggu hidangan sampai.

Suasana dalam restoran.


Hidangan sup yang sedap. Tak tahu apa namanya, rasa macam chicken soup, with noodles.

The main dish was Burek. Macam roti boom kita tapi dalamnya ada keju. Very nice, crispy on the outside and soft on the inside. 

Setiap seorang dihidangkan satu slice yang besar begini. 

The slice so big, I cannot finish... hihi 😅.

Burek ini juga sangat popular di Turki. Masa walking tour di Turki, ada kami dihidang burek ini bersama dengan Turkish Coffee. Burek yang kami makan di Turki itu namanya Su Böreği. Here's a couple of photos of Su Böreği.


Lepas makan burek, ada ice cream as dessert 😋. 

Lepas lunch, kami jalan-jalan sikit di sekitar kawasan berdekatan restoran.



Di tepi jalan ini ada beberapa historical landmarks which are tombs. Namanya Turbeta u Travniku. Turbeta in Travnik is represented by the memorial architecture of Bosnia and Herzegovina. Two turbets, the turbes of Abdulah Pasha Muhsinović and Hafiz Ali Dželaludin Pasha and the Perišan Mustafa Pasha turbes, under the common name Turbeta pod lipom, were declared a national monument of Bosnia and Herzegovina.
Makam-makam bekas gabenor-gabenor Uthmaniyyah.


Bangunan UniCredit Bank, Travnik yang nampaknya juga historic. 

Ok jom kita naik bas. Next kami akan ke bandar Sarajevo. Jarak antara Travnik dan Sarajevo adalah lebih kurang 90 km atau sejam lebih perjalanan. 

Beberapa lagi historic tombs di celah-celah bangunan-bangunan moden.

Historic arch.


Kelihatan Crkva sv. Ivana Krstitelja - Church of St. John the Baptist, Travnik. It is a is a Roman Catholic church in Travnik. Today it is the parish church of Ivan the Baptist parish in Travnik. It is in this church the Nobel laureate from Bosnia and Herzegovina, the writer Ivo Andrić, was baptized, and today his bust is in the yard in front of the parish church.


Sebuah restoran steak house.

Ini adalah sebuah tanah perkuburan Islam, namanya 'Šehidsko mezarje' atau Martyrs' cemetery atau 'Perkuburan para syuhada' - perkuburan para syuhada perang Yugoslavia 1992-1995.
Shaheed graveyard Travnik





Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved. 

No comments:

Post a Comment